Followers

Monday, October 31, 2016

Yunus Lebai Ali, Maria Chin dan BERSIH



Yunus Lebai Ali, seorang mahasiswa sosialis dari Universiti Malaya yang melarikan diri ke  luar negara. Beliau pulang ke Malaysia pada tahun 1990. Hishamuddin Rais teman rapat beliau pulang pada tahun 1994.


Yunus Ali berkahwin dengan Maria Chin Abdullah seorang aktivis. Sebaik pulang ke Malaysia, Yunus Ali dan Maria Chin telah menubuhkan sebuah NGO yang dinamakan NIEI (National Institute for Electoral Integrity). NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) telah mendapat tajaan Asia Foundation untuk bekerjasama dengan ANFREL (Asian Network for Free and Fair Elections) untuk memantau Pilihanraya di Malaysia.

Maria Chin aktif dalam NGO sebagai Presiden Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM) sehingga 1990 dan terus bekerja sebagai Pengarah Eksekutif WDC (Women’Development Collective) sehingga 2005 yang mengetengahkan isu kesaksamaan gender, keganasaan wanita dan hak wanita.

Pada tahun 2005, Maria Chin menjadi Pengasas dan Pengarah Eksekutif kepada Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) yang memperjuangkan kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat, terutamanya wanita dan remaja.

EMPOWER adalah ahli Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang membentuk COMANGO (Gabungan Persatuan-persatuan Malaysia), sebuah gabungan yang menyediakan laporan status hak asasi manusia Malaysia utnuk proses Unitied Nations Universal Periodic Review.

Maria Chin juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah kepada Pusat Asia Pasifik Sumber dan Penyelidikan Wanita (Asia Pacific Resource and Research for Women – ARROW) sejak 2010. Pada 2013, Maria Chin dilantik sebagai Pengerusi baharu BERSIH 2.0.

No comments:

Nota Diri

Nama: Mohamad Ridhwan Bin Alias

Pendidikan

+ Mendapat pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (Major: Sejarah, Minor: Antropologi dan Sosiologi)

+ Diploma Pendidikan, MPTAA

Fokus Penulisan

+ Sejarah dan politik terutamanya di Malaysia, Timur Tengah, Gerakan Islam dan Gerakan Mahasiswa/Anak Muda.

Penafian

+ Penulis bukan ustaz
+ Penulis bukan pakar
+Segala pembacaan perlu dibuat lebih lanjut untuk pemurnian fakta.
+ Segala penulisan adalah pendapat peribadi.