Friday, August 10, 2018

Polemik Kebenaran dan Keadilan: Apa Jawapan Tun Mahathir?




Bagi seorang Islam, kebenaran bergantung kepada sumber rujukan (dalil, nas) yang paling benar dan pendekatan/cara yang patuh syariah. Justeru, segala pandangan alam, kerangka pemikiran, strategi, pendekatan dan perbuatan WAJIB bersumberkan al-Quran dan as Sunnah serta Ijma’ Ulamak dan Qiyas. Itu jelas.

Bagi seorang sekularis, pluralis dan liberalis (SEPILIS), kebenaran itu bersifat relatif dan subjektif. Sifat relatif dan subjektif ini berasasl daripada penolakkan mereka kepada kebenaran mutlak dan terikat. Bagi mereka, setiap orang mempunyai keyakinan sendiri. Tidak terikat. Pragmatis.
.
Bagi kebanyakan anggota masyarakat bukan Islam, keadilan berlaku dalam rangka dua pihak yang merujuk kepada negara dan masyarakat. Sebagai contoh antara Raja dengan rakyat, antara seorang dengan orang lain dan masyarakat dengan negara. Bagi mereka, keadilan menjadi dasar akhlak dan budi pekerti berdasarkan negara dan masyarakat.

Bagi seorang Islam, keadilan berpunca daripada diri sendiri . Keadilan paling tinggi ialah memilih dan meletakkan Islam sebagai keyakinan paling tinggi mempengaruhi pandangan alam, kerangka pemikiran, sahsiah, segala perbuatan, strategi dan pendekatan, amalan dan gaya hidup seseorang. Islam tidak meletakkan samarata sebagai keadilan. Sebaliknya keadilan itu meletakkan sesuatu pada tempat sepatutnya.
..
Kebanyakan isu sebenarnya berkisar polemik antara kebenaran dan keadilan. Ia persoalan kita mahu memilih kebenaran atau keadilan. Kebanyakan para SEPILIS biasanya memilih keadilan.
Umpamanya, dalam isu LGBT. Berlaku pertembungan antara persoalan kebenaran dan keadilan.
...
Dalam satu rancangan TV, pengacara cilik menanyakan soalan kepada Tun Mahathir dan Tun Hasmah. Jika diberikan pilihan antara kebenaran dan keadilan, mana satu pilihan Tun M dan Tun H?.
Tun H menjawab keadilan. Dan Tun M juga memilih keadilan.

Sekarang, jika anda diberi pilihan antara kebenaran atau keadilan, apakah pilihan anda?

CMRA
10.8.2018
Pekan, Pahang.



Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...