Saturday, October 01, 2016

#TangkapMO1



Pada 27 Ogos 2016, Himpunan Aman Mahasiswa dan Rakyat Tangkap MO1 yang digerakkan oleh mahasiswa dipimpin oleh Anis Syafiqah dari PMIUM. Anis Syafiqah adalah jurucakap gerakan ini.

Menariknya, gerakan ini menaikkan anak muda dan seorang heroin sebagai ikon utama. Perkara ini meneruskan lagi pengupayaan para wanita dalam aktivisme sebagaimana Dato Ambiga dan Maria dalam BERSIH.

Anis Syafiqah bersama kumpulanya mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas nama-nama yang dinyatakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk mendapatkan kembali hampir AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan 1MDB.

Ulasan Penulis

1. Perjuangan yang baik tetapi cara kurang tepat. Ia mengulangi peristiwa rempuhan pagar UM. Apa motif rempuhan pagar yang membawa Dato Seri Anwar Ibrahim ke dalam UM?. Semua orang mahu M01 ditangkap. Cuma kita serahkan kepada pihak berkenaan menyiasat dengan lebih detail.

2. Tangan-tangan ghaib masih menjalar dalam gerakan mahasiswa. Pihak tertentu cuba menghasilkan watak hero. Watak ini akan digunakan sehingga madunya hilang. Ke manakah ‘pemimpin harapan negara’ yang diangkat oleh Anwar ketika rempuhan pagar. Dimana parti beliau memposisikan beliau?.

3. Jangan sampai emosi dan kebencian kita menyuntik semangat kita kerana emosi hanya meninggi ketika panasnya. Jadikanlah iman dan ilmu sebagai kiblat dalam menguruskan semangat kita agar pemikiran tauhid terus ada dalam lipatan tindakan kita.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...