Sunday, October 02, 2016

Kebangkitan Neo-Mahasiswa Islam



Cari sebuah parti yang didalamnya ramai ulama’- Pak Da Eil

Di atas adalah rumusan Pak Da Eil (Ulama besar Melayu di Makkah) tentang parti politik. Dasar Islam dan ramai ulama dalam sesebuah parti bernuasa Islam, insya Allah kita selamat dunia dan akhirat walaupun parti Islam itu mundur, kalah dan dianggotai oleh ahlinya yang lemah iman dan akhlak. Ulama dan Dasar Islam dalam parti tersebut adalah penawar yang boleh mengubati penyakit tersebut dengan izin Allah.

Sheikh Ismail Al Fathani atau Pak Da Eil adalah guru muktabar yang mengajar di Makkah Al Mukaramah . Beliau sangat alim . Sheikh Ismail merupakan tokoh guru yang mashur di Makkah.

**********************

Tahun 2015, JIK UM akhirnya ‘bubar’. Cerita nak bubar JIK atau putus hubungan dengan PAS adalah cerita warisan zaman berzaman. 14 tahun yang lepas, ada cerita JIK UM yang mahu putus hubungan dengan PAS. 10 tahun yang lepas, JIK UM pernah dikatakan memutuskan hubungan dengan PAS. Paling hebat tahun 2015, JIK UM bukannya putus hubungan dengan PAS tetapi ‘bubar’ JIK. Apabila bubar, tanzim dalaman berkubur. PMIUM merdeka daripada PAS.

Tahun 2015, PRK tidak disertai oleh Pro M Universiti Malaya. Ramai yang berpendapat ia melibatkan isu pengolakkan dan perpecahan dalaman PAS. Kebanyakan JIK dan alumni JIK UM pro pihak ‘progresif’ dalam PAS. Dalam suasana ini, muncul seorang anak muda bernama Muhammad Shahrulanwar yang bertanding secara individu. Sharulanwar adalah salah seorang pimpinan The Thinkers (pengasas), sekumpulan anak muda yang mencintai ilmu termasuk pengajian kitab turath.

The Thinkers didokong oleh kebanyakan mahasiswa Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM (PMAPIUM).  Dalam PRK 2016, The Thinkers dilihat menjadi asas kepada penubuhan kumpulan Mahasiswa Hybrid yang akhirnya dikenali Neo Siswa UM. The Thinkers diasas oleh sekumpulan anak muda daripada Nilam Puri batch 2013/2014. Fokus kepada pembudayaan ilmu dan cakna isu semasa.

Dalam PRK 2016, Pro M telah berpecah kepada UMANY yang bertanding bersendirian, Demokrat UM dan Angkatan Mahasiswa. Aspirasi PMIUM mendokong Angkatan Mahasiswa.

Walaupun Penggerak Mahasiswa UM memenangi 29 kerusi daripada 40 buah kerusi, Neo Siswa UM dilihat mencapai keputusan yang memberangsangkan.  Neo Siswa UM hanya bertanding 4 kerusi dan memenang 3 kerusi daripada 4 kerusi tersebut. UMANY mendapat 5 kerusi, Angkatan Mahasiswa mendapat 2 kerusi manakala calon bebas mendapat 1 kerusi. Demokrat UM dan Harmoni IKRAM tidak menang mana-mana kerusi.

Beberapa pemerhatian dan saranan

1. Kenapa Demokrat UM, UMANY, Harmoni dan Angkatan Mahasiswa tidak bergabung menjadi kumpulan yang mengantikan peranan Pro M (ia hanya diambil alih oleh Angkatan Mahasiswa). Pengabungan dalam satu kumpulan meninggikan lagi peluang kemenangan.

2. Tertarik dengan Model The Thinkers sebagai sel diskusi ilmu yang bangkit menjadi grup politik. Diharapkan sel-sel diskusi ilmu lebih banyak bercambah.

3. Neo Siswa UM yang didokong oleh PMAPIUM menjadi alternatif kepada pengundi beragama Islam. Pada masa depan, diharap Neo Siswa UM bekerjasama dengan lebih banyak persatuan seperti AKIUM, PBMUM dan lain-lain. Dan paling baik cuba bertahaluf siyasi dengan gerakan mahasiswa non muslim.

4. Konsep ‘Mahasiswa Memimpin Demonstrasi’ bukan lagi sesuai pada ‘abad’ ini. Mahasiswa boleh menyertai demonstrasi aman sebagai tanda solidariti bukannya sebagai pemimpin demonstrasi. Pada abad ini, mahasiswa perlu mengerakkan politik dakwah melalui sel-sel diskusi ilmu di kolej-kolej dan fakulti.

5. Hubungan mahasiswa dengan masyarakat luar kampus wajar dijalinkan dengan program pendidikan seperti kelas tambahan. Pendidikan memandaikan bangsa. Segala aktiviti yang melibatkan perlawanan dengan pemerintah, gerakan mahasiswa boleh menyerahkan perkara tersebut kepada parti politik.

6. Kumpulan pengajian kitab turath perlu diperkenalkan bagi mengukuhkan aqidah anak muda agar tidak terpesong dengan Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme. Penulis mencadangkan agar anak muda mempelajari 3 kitab yang baik untuk menjadi benteng aqidah anak muda iaitu

I.          Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf oleh Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Mutalib Al Indunesia Al-Mandili.
II.        Kitab Bakurah Al-Amani oleh Syeikh Ismail Abdul Qadir al-Fathani.
III.       Mastika Hadith keluaran JAKIM

7. Adakah kebangkitan Neo Siswa UM menjadi titik permulaan kebangkitan semula JIK?. Adakah Neo Siswa UM akan mewujudkan model baru ‘JIK’ yang lebih dinamik dan harmoni?.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...