Tuesday, October 25, 2016

Generasi Kedua Politikal Islam


Oleh Khalil Jibril
25/10/16

Sungguh melucukan apabila Barat cuba memecahkan umat Islam dengan kehendak nafsu mereka. Mereka mula mereka-cipta aliran pemikiran yang perlu diterapkan dalam masyarakat Islam. Justeru, mereka telah menelurkan watak-watak yang berjuang memartabatkan aliran pemikiran yang mengikuti kehendak nafsu mereka.

            Terkini, kita terdengar istilah Demokrat Islamis atau Muslim Demokrat meniti dibibir para pendokong politik Islam. Mereka mengatakan bahawa mereka adalah pewaris al-Afghani-Abduh-Ridha yang terkenal sebagai reformis dan progresif. 

Jika kita meninjau laporan RAND Corporation yang dilaporkan Sheryl Bernard, kita dapat merumuskan strategi mereka membahagi dan menguasai dunia Islam. Kita tahu bahawa RAND Corp. mempunyai hubungan rapat dengan pihak tentera Amerika.

Barat membahagikan masyarakat Islam 'fundamentalis', 'modenis', 'sekular'  dan 'Tradisionalis'. Mereka cuba mengasingkan kelompok sederhana dan radikal.  Kelompok sederhana ialah modenis atau moderat manakala fundamentalis digelarkan sebagai Islam Politik. Hakikat sebenar laporan itu ialah untuk 'mencari rakan kongsi strategik' di dunia Islam untuk membantu dalam mempromosikan 'demokrasi Islam' yang  diharapkan mampu menghapuskan kepada 'militan Islam', Islam Radikal, Islam Politik dan Jihadis. 

Daripada mencari rangka kongsi strategik inilah lahir watak-watak hero ciptaan mereka. Untuk hari ini, mereka digelar Muslim Demokrat. Penulis pernah mendengar ‘otai’ sebuah gerakan Islam mengatakan bahawa secara mudah dan ringkas demokrat muslim ialah mendemokrasikan seperti mendemokrasikan politik atau ekonomi.

Menariknya, secara mendunia kebanyakan gerakan Islam mengalami krisis dalaman sehingga melahirkan dua kelompok progresif-reformis versus fundamentalis (lebih tepat:konservatif)-tradisionalis. Paling membisa, ada gerakan Islam yang berpecah dua sehingga muncul gerakan Islam serpihan akibat badai pengolakkan dalaman.

Penulis menolak istilah generasi kedua politikal Islam jika ia tenggelam dalam istilah Demokrat Muslim, Demokrat Islamis dan Pasca Islamisme. Pada penulis, kekuasaan politik dalam Islam didasarkan kepada Kekuasaan Allah dan kuasa Rasulullah SAW yang direfleksikan daripada kekuasaan Allah. Justeru kita perlu mengikut 100% pendekatan Rasulullah SAW sedaya upaya mengikut kemampuan. Kita meneruskan perjuangan bukannya membawa pemikiran baru dalam beragama.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...