Tuesday, December 18, 2007

BAB 4: GERAKAN MAHASISWA DI UNIVERSITI MALAYA

BAB: GERAKAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA(1980-1985)
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias
(Penulis seorang yang suka menghikayatkan cerita-cerita ‘mitos’ Gerakan Mahasiswa)


“akta boleh memisahkan persatuan-persatuan peringkat kampus dari pendaftaran
tetapi akta tidak dapat memisahkan persatuan-persatuan tersebut dari segi realiti
kerana kekuatan ideologi Islam yang sama-sama didokong tidak membenarkan
permisahan”
Mahmud Mohd(YDP PKPIM 1976/77)



1.0 PENDAHULUAN

Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) telah memberi impak besar dalam masyarakat kampus. AUKU dilihat mengekang gerakan pelajar dalam memperjuang isu-isu nasional sehingga gerakan pelajar menggunakan pendekatan keilmuan dan diplomasi bagi mengantikan demonstrasi. Pada tahun 1980 hingga 1985, muncul gerakan pelajar Islam bagi merampas tampuk kekuasaan Majlis Perwakilan Pelajar agar cita-cita Islam tercapai.Dalam bab ini, penulis akan mengupas regenerasi semula gerakan pelajar Islam, permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh gerakan pelajar terutamanya pelajar Islam. Penulis juga melihat isu yang diperjuangkan oleh pelajar dan pendekatan yang diaplikasi dalam menghadapi permasalahan di era AUKU.

FAKTOR KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DI KAMPUS PADA TAHUN 1980AN.

Kebangkitan Islam mula dimainkan pada awal 1970an setelah pembantaian secara radikal terhadap Ikhwanul Muslimin dan kepulangan pelajar Islam dari Barat dan Timur Tengah. Mengikut Ustaz Asahaari Mohamad, Syeikhul Al Arqam yang diharamkan, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan tempoh peralihan pemikiran dan gaya hidup jahiliah Moden ke pemikiran dan gaya hidup Islam. Pada masa ini, orang Melayu mula dahaga agama dan Islam sendiri dianggap sumber perpaduan Melayu. Walau bagaimanapun, Islam pada masa itu masih di tahap ‘jambul’ [kerana wanita menutup aurat tetapi menampakkan jambul]. Islam secara praktikal dan ‘berjubah’ mula bersemarak setelah Iran membuktikan Islam boleh menjadi teras kepada kerajaan moden. Di bawah ada beberapa faktor kebangkitan Islam era 1980an.

1 Revolusi Islam Iran

Revolusi Islam Iran memberi impak besar kepada dunia Islam terutamanya kepada gerakan Islam. Revolusi Iran memberi satu fenomena luar biasa pada abad ke-20 dan satu pengalaman baru kepada sejarah dimana golongan mullah telah membuat pentafsiran baru kaedah bernegara dalam konteks pemikiran politik moden. Gerakan Islam sedunia telah mendapat inspirasi dan harapan dalam eksperimen negara Islam dalam zaman moden oleh Iran. Iran mengaplikasikan konsep kepimpinan ulama iaitu wilayat-i-faqih dalam pentadbiran negara.

Gerakan Islam Iran yang dipimpin oleh golongan ulama mula cuba menggugat kerajaan Iran sejak kurun ke-16 lagi semasa pemerintahan dinasti Safavid di bawah Shah Abas yang berdepan dengan Mullah Ahmad Ardabli. Pada tahun 1826 iaitu pada zaman Dinasti Qajar, ulama Iran bangkit menentang Rusia yang menindas rakyat Iran di wilayah yang dijajah oleh Rusia dalam Perang Rusia-Iran pada tahun sebelumnya. Pada tahun 1829, Mujtahid Mirza Hasan Dhirazi memprotes tindakan kerajaan memberi monopoli pengeluaran dan pemasaran tembakau kepada British. Pada tahun 1905 hingga 1911, ulama seperti Sayyed Muhammad Bihbihani dan Sayyed Muhammad Tatatabai berjuang menempatkan Islam dalam dasar pemerintahan negara semasa Revolusi Perlembagaan.[1]

Penentangan terbuka Ayotullah Khomenei bermula pada tahun 1963 dan beliau telah diusir ke Paris. Suasana tegang di Iran bermula pada 7 Januari 1978 apabila SAVAK telah menyiarkan kenyataan memburukkan Khomenei. Ulama di Qom telah membuat demontransi secara aman tetapi ditembak oleh SAVAK sehingga beratus terkorban. Api kemarahan rakyat mula merebak apabila demonstrasi mula meluas ke Tabriz, Kazarun dan Tehran. Shah Iran telah mengisytiharkan undang-undang tentera dan melantik panglima tentera, Ghulam Reza Azhari sebagai Perdana Menteri. Pada 16 Januari 1979, Shah Iran meninggalkan Iran bersama keluarganya atas alasan kesihatan. Pemerintahan diserahkan kepada Dr. Shahpur Bakhtiar sebagai Perdana Menteri. Suasana berterusan sehingga Bakhtiar melarikan diri pada 11 Februari 1979 setelah tentera menyokong revolusi. Khomenei pulang dari Paris dan menubuhkan Republik Islam Iran pada 1 April 1979.[2]

Kejayaan Iran telah menarik gerakan pelajar terhadap konsep politik Islam sebagai cita-cita sosial mereka. Oleh sebab itu, PMIUM telah mengorak langkah menceburi pilihan raya kampus bagi menguasai tampuk kekuasaan PMUM. Pada tahun 1979, PMIUM yang disaluti imej ABIM telah menaja calon MPP. Redzuan Othman bertanding di Fakulti Sastera dan calon bercenderung idealis PAS, Yazid Othman bertanding di kawasan umum[3] menentang golongan Nasionalis. Kehadiran golongan pelajar Islam membawa perubahan dalam hala tuju politik kampus agar lebih Islamis.


2 Pengaruh Islam di Barat.

Menurut Zulkifli Yusof, Presiden PMUM sesi 1985/86, perkembangan Islam di Barat turut mempengaruhi gerakan pelajar Islam di kampus.[4] Pengaruh Islam dibawa pulang oleh graduan Islam yang belajar di Barat. Graduan Islam ini membawa idea-idea Islam yang ingin menjadikan Islam sebagai gaya hidup. Mereka yang pulang menyertai sektor profesional dan pendidikan sehinggakan mewujudkan kelas menengah Melayu yang Islamis.

Negara Malaysia sebagai sebuah negara membangun memerlukan tenaga pakar dalam mengembleng tenaga-idea bagi menjalankan pembangunan negara. Bagi memenuhi keperluan tenaga kerja pakar, kerajaan mengambil keputusan menghantar pelajar ke luar negara bagi mendalami ilmu-ilmu baru dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Pada tahun 1971 hingga 1973 sebanyak 1962 biasiswa dikeluarkan oleh kerajaan diberikan kepada pelajar untuk pelbagai lapangan. Selain pemegang biasiswa kerajaan, terdapat 18,000 orang pelajar persendirian Malaysia di luar negara.[5]

Pada tahun 1976, sekitar 4000 orang pelajar Malaysia di London dan sebahagian daripada mereka adalah orang Melayu. Pelajar di perantauan ini telah berkumpul bagi merayakan hari kebesaran, berforum dan beriadah di suatu tempat yang sama bagi mengeratkan perhubungan mereka. Kebejatan sosial di Barat menyedarkan mereka bahawa pembangunan material di Barat telah mengabaikan pembangunan rohaniah. Menurut Ralph Wendell, agama telah kehilangan pengaruh di Barat. Peratusan mengatakan agama tiada pengaruh meningkat dari 14% pada tahun 1957 kepada 75% pada tahun 1970.[6] Kontradiksi sekular ini menyebabkan para pelajar mencari wahana Islam bagi menjamin akidah dan menghayati Islam sebagai cara hidup mereka.

Wahana Islamis milik masyarakat Melayu di United Kingdom adalah Kesatuan Melayu United Kingdom(KMUK), Malaysian Islamic Study Group(MISG), Islamic Representive Council(IRC), Kelab UMNO dan Suara Islam. Golongan pelajar yang menyertai kumpulan Islam kelihatan berbeda dari segi pertuturan dan pemakaian. MISG muncul pada tahun 1963 yang menumpukan kepada cita-cita Islamiyah dan objektifnya mengekalkan nilai spiritual dan menjayakan kehidupan Islam.[7] MISG menyuarakan pandangan Islam mereka melalui penerbitan majalah Reflection dan Qiblat. MISG juga bergabung dengan Federation of Islamic Students Organisation(FOSIS) yang ditubuh pada 1962. FOSIS adalah pertubuhan antarabangsa bagi pelajar Islam.

MISG mencanang kehidupan berpaksi tauhid, berlandaskan hukum Allah dan aktiviti Islam yang sebenar.[8] Idealis MISG mendekati idea Maududi seorang tokoh Islam Pakistan. Lantaran kawalan FOSIS ke atas MISG, kumpulan serpihan mula muncul iaitu Suara Islam(Voice of Islam) dan IRC. IRC ditubuhkan pada 1975 dan mempunyai pengaruh kuat di kalangan pelajar A-Level dan maktab teknik di Liverpool dan Manchester. IRC lebih terpengaruh dengan idea Ikhwanul Muslimin. Mereka menyalurkan idea mereka melalui buletin yang dikenali Furqan. IRC menubuh unit kecil bagi mentarbiyah ahlinya dan cuba menerobos pertubuhan lain dalam kaedah memulakan tranformasi dari dalam.[9]

Suara Islam ditubuhkan pada tahun 1975 merupakan pertubuhan pelajar paling radikal dan bersifat politicised. Suara Islam terpengaruh dengan idea Jamaat-i-Islami yang mementingkan kekuasaan politik[10] melalui parti politik Islam.[11] Mentor utama Suara Islam adalah Javed Ansari(ahli Jamaat-i-Islami) yang menjadi pengajar ekonomi. Suara Islam berkontrontasi secara terbuka dengan penentang idealis Islam mereka. Menurut Chandara Muzaffar, pelajar dogmatik inilah yang mencorak pemikiran pelajar tempatan di dalam negara.[12]

Kepulangan pelajar yang terdidik dengan idealis Islam banyak mempengaruhi persekitaran politik, sosial dan ekonomi negara. Mereka adalah golongan kelas menengah telah diberi tugas untuk membantu negara. Golongan pelajar ini cuba melakukan Islamisasi dalam masyarakat. Menurut Siddiq Fadil, Islamisasi mempunyai makna ‘proses merubah sesuatu supaya lebih Islamik’.[13] Kebanyakan pelajar idealis Islam menjadi pensyarah mengajar di Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerapkan idea mereka di kalangan pelajar tempatan. Pelajar Islam tempatan mula menjadi pensyarah mereka sebagai mentor dalam aktiviti gerakan pelajar mereka.

3 Pengaruh Parti Islam SeMalaysia(PAS).

Selepas kegagalan gabungan UMNO dengan PAS, golongan Nasionalis-Islamis yang telah disingkirkan dari tampuk kepimpinan PAS. Kaum muda PAS menjadi indikator dalam usaha menjatuhkan kepimpinan Dato Asri pada Oktober 1982 dengan slogan PAS di bawah ‘kepimpinan ulama’.[14] Kaum muda PAS dipelopori oleh bekas tokoh ABIM dan pimpinan kelab pelajar Islam di luar negara. Bekas pimpinan ABIM ialah Fadzil Mohd. Nor(Timbalan Presiden ABIM), Abdul Hadi Awang(Pesuruhjaya ABIM Terengganu), Nakhaie Ahmad(Lajnah Dakwah)[15] manakala pimpinan pelajar luar negara seperti Khalid Samad(Suara Islam)[adik Shahrir Samad, ahli Parlimen UMNO Johor Bahru] dan Ishak Ali(Suara Islam).

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada bulan Mac 1982 dan kejatuhan Dato Asri[16] dalam PAS pada 23 Oktober 1982 membolehkan kumpulan muda menghakis budaya nasionalis dalam PAS. Tokoh ideolog seperti Ustaz Abdul Hadi Awang merupakan tokoh yang banyak berjasa kepada PAS dalam memberikan kefahaman jalinan agama dengan politik[17] dimana Islam menolak ‘politik suku, agama suku’.[18] Lantaran itu, wujud idea negara Islam yang menjadi sistem Islam sebagai falsafah dan gagasan dalam kehidupan.[19] Perkembangan kaum muda PAS yang menghiasi akhbar, majalah-majalah dan kaset ceramah pada tahun 1980an membawa pengaruh besar dalam perjuangan pelajar Islam bagi mengembalikan Islam sebagai cara hidup di kampus terutamanya selepas Anwar Ibrahim terjun ke dalam UMNO.


3.0 PENGUASAAN PELAJAR ISLAM DALAM POLITIK KAMPUS PADA AWAL 1980AN [KES DI UM].

Kemenangan kumpulan Islamis dalam Revolusi Iran mencetus fobia kepada masyarakat sekular terhadap kebangkitan semula Islam. Gerakan pelajar Islam yang digelar orang dakwah dilihat satu elemen yang menakutkan kerana ia cuba menggugat ideologi sekular yang dianuti oleh pemerintah, penguasa universiti dan pelajar sendiri. Kerajaan sendiri mengkritik kegiatan dakwah di kalangan pelajar yang dilihat berlaku ketidakfahaman para pendakwah terhadap kemurnian Islam itu sendiri.[20] Kezahiran Islam dalam cara hidup pelajar seperti berpurdah melahirkan kegelisahan kepada pihak pentadbir. Di Universiti Teknologi Malaysia, Anuiddin Wahid tidak menggalakkan pelajar memakai purdah.[21] Bahkan pelajar Universiti Malaya pula terpaksa menandatangani perjanjian larangan pemakaian purdah oleh Ungku Aziz. [Lihat Utusan Malaysia, 24.6.1986.] Namun, gerakan pelajar Islam terus subur dan cuba membentuk kuasa politik di kampus.

Peningkatan kesedaran Islam pada tahun 1970an telah meletakkan PMIUM sebagai wadah penting dalam perjuangan Islam di kampus. Walau bagaimanapun, PMIUM bukanlah satu kuasa politik yang mendominasi politik kampus sebagaimana Kelab Sosialis. PMIUM pada ketika itu bersifat Nasionalis-Islamis yang berjuang untuk kepentingan Islam dan bangsa Melayu termasuk isu bahasa dan kemiskinan. Siddiq Fadil Presiden PMIUM sesi 1972/73 telah berjaya mengikis semangat nasinalisme sempit dan mengarahkan semangat tersebut mengikut perspektif Islam.[22] Kewujudan golongan Nasionalis-Islamis ini mestilah dibuktikan dengan komitmen yang tegas termasuk pelaksanaan Islam sepenuhnya serta langkah amali yang konkrit secara bersungguh-sungguh.[23] Oleh sebab itu, PMIUM cuba menghalang upacara kemaksiatan di Universiti Malaya seperti majlis ball night dan unsur judi dalam pestaria.[24]

Perjuangan Islam PMIUM tidak serasi dengan aktiviti PMUM yang bercorak kebudayaan dan kemaksiatan sehingga berlaku ‘perang dingin’ antara PMIUM dengan PMUM.. Oleh sebab itu, PMIUM disingkir daripada AJK Orientasi sesi 1975/76 dan hanya diterima semula pada sesi 1977/78 tetapi pada sesi 1978/79 sekali lagi PMIUM disingkirkan.[25] Keadaan ini mendorong PMIUM mengubah corak perjuangan dengan memasuki politik kampus agar mereka lebih progresif untuk mengambil alih tampuk pimpinan PMUM. Cubaan pertama PMIUM untuk memenuhi cita-cita siasah dengan meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kampus. Pada tahun 1977, PMIUM meletakkan calon mereka iaitu Sidek Baba [pensyarah UIA, orang kuat ABIM], Syed Muhamad Dawilah al Idrus [pensyarah USM], Nasaruddin Abdul Jalil dan Naharuddin Abdullah. Sidek Baba dan Naharuddin Abdullah berjaya memenangi kerusi.

Pada pilihan raya sesi 1979/80, PMIUM memenangi 10 kerusi tetapi gagal memperolehi majoriti 2/3. Antara calon PMIUM adalah Redzuan Othman di fakulti Sastera dan Yazid Othman bagi kerusi umum. Kumpulan Islam membentuk Barisan Mahasiswa bagi menentang Gabungan Mahasiswa.[26] Pilihan raya sesi 1979 telah menelurkan budaya berparti dalam politik kampus. Barisan Mahasiswa yang ‘menang tipis’ telah memilih Anual Bakri[27]{kini, S.U. MB Kelantan] sebagai Presiden PMUM dan Yazid Othman [kini, aktif dalam persatuan wartawan di KL] sebagai Naib Presiden. Kerajaan pelajar Islam mula mencegah aktiviti mungkar seperti jamuan arak dan budaya makan malam tahunan yang dihiasi program mungkar. Aktiviti persatuan perlu terbatas kepada aktiviti tidak bercorak ‘yahudi’.[28] Penubuhan kerajaan pelajar Islam yang pertama ditentang hebat oleh proksi Nasionalis.[29] Barisan Mahasiswa tidak dapat membentuk kabinet PMUM yang mantap kerana Gabungan Mahasiswa mendapat 11 kerusi daripada 21 kerusi.[30] Kesilapan Barisan Mahasiswa adalah memperuntuk tiga kerusi untuk orang bukan Melayu tetapi tiada orang bukan Melayu mahu bertanding untuk Barisan menyebabkan Gabungan Mahasiswa menang mudah.[31]

Pada 4 Ogos 1979, Barisan Mahasiswa cuba menubuhkan kabinet tetapi Ketua Gabungan Mahasiswa, Yusuf Abdul Rahman cuba melakukan undi tidak percaya. Kelompok Islamis mengambil tindakan bijaksana dengan keluar mesyuarat agar korum 2/3 tidak mencukupi untuk mengundi. Yusuf Abdul Rahman menyifatkan tindakan 10 anggota Barisan tidak demokrat.[32] Barisan mencabar Gabungan agar meletak jawatan supaya pilihan raya dapat diadakan semula. Kekecohan ini menyebabkan pendaftar HEP Yunus Nawal dan Puan Chua campurtangan. Akhirnya, Gabungan bersetuju bekerjasama walaupun cuba dihalang oleh ketuanya. Barisan kabinet PMUM diketuai oleh Anual Bakri Haron(Presiden), Yazid Othman(Timbalan), Redzuan Othman[33] (Setiausaha Agung), Zaidan Ali(Bendahari), Amir Hamzah Abdul, Anuar Yusof, Yahya Husin, Mohd Nor Anuar, Abdul Ghani Ghulam Din, Abdullah Rahman, Fong Seng Wah, Cheng Huck Joo, Rosli Ahmad dan Yusuf Abdul Rahman.[34]

Menurut Yusuf Abdul Rahman, Barisan adalah golongan radikal dan perkauman.[35] Gabungan berjuang berdasarkan untuk perpaduan dan kebajikan pelajar. Gabungan menawarkan dasar kompromi dimana jika pihak menjawat jawatan presiden tidak boleh memegang jawatan setiausaha agung tetapi Barisan membolot kesemua jawatan utama. PMUM tidak berfungsi dengan baik menyebabkan Anual Bakri mahu berbincang dengan Yusuf di Dataran Ekonomi. Pada mulanya Yusuf menolak pelawaan tersebut tetapi setelah diugut oleh Roselan Abdul Rahman untuk menarik balik sokongan terhadap Gabungan, beliau bersetuju berbincang.[36] Krisis PMUM selesai apabila Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung meletakkan jawatan[37] iaitu Anual Bakri [S.U. Menteri Besar Kelantan], Yazid Othman dan Redzuan Othman [kini pensyarah Jabatan Sejarah UM, bekas Naib Presiden ABIM]. Kebuntuan kepimpinan PMUM sejak 23 Julai 1979 dapat diselesai dengan kompromi iaitu Yazid Othman sebagai Presiden, Yap Ching Kiat(Timbalan), Rosli Ahmad(Setiausaha Agung), Zaidin Ali(Bendahari) dan Redzuan Othman(Penolong Setiausaha Agung).[38] Tekanan HEP dan masalah pemilihan personaliti menyebabkan golongan Islamis tewas dalam pilihan raya kampus 1980/81 pada 18 Julai 1980 kepada golongan Nasionalis.[39]

Selain itu, kemenangan Gabungan disebabkan kegagalan Barisan menangani kes kepincangan perasmian TIG(aktiviti sukan), kegagalan baktisiswa di Sabah dan kegagalan program ke Indonesia.[40] Calon ternama golongan pelajar Islam yang tewas adalah Zaidan Ali, Yazid Othman, Abdul Ghani Golamadin dan Che Yazid Che Seman. Roselan Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden PMUM manakala Rosley Ahmad dilantik sebagai Naib Presiden.[41] Kekalahan kumpulan Islamis dalam pilihan raya kampus di Universiti Malaya wajar ditelusuri daripada aspek tekanan psikologi yang dicanang oleh akhbar tempatan terutamanya Utusan Malaysia. Utusan Malaysia memberi gambaran kotor dengan mewujudkan polemik ‘Regim KAMI’[42] di kampus-kampus universiti tempatan. Kekalahan kumpulan Islamis yang disifatkan sebagai pelampau agama di UKM disebar secara meluas di muka utama akhbar tersebut.[43] Secara terancang, isu perjudian semasa Pestaria 1980 dihangatkan kembali dengan tuduhan sempitnya pemikiran pimpinan PMUM terutamanya Yazid Othman.[44] Tekanan psikologi menyebabkan pelajar terpaksa menolak kumpulan pelajar Islamis.[45]

Pada pilihan raya sesi 1981/82 yang diadakan pada 24 Julai 1981,[46] Islamic Group yang dipimpin oleh Ahmad Shabery Cheek telah berjaya menguasai MPP. Kumpulan Islam dikenali sebagai ‘Kepimpinan Dinamis Mahasiswa Progresif’ berjaya memenangi pilihan raya kampus[47] dan Ahmad Shabery Cheek[48] dilantik sebagai Presiden PMUM.[49] Kemenangan ini meningkat imej kumpulan Islamis yang tercalar pada pilhan raya sesi yang lepas.

Penguasaan golongan Islamis atau PMIUM terhadap politik kampus tidak berterusan kerana PMIUM memboikot pilihan raya kampus sesi 1983/84 kerana masih terdapat unsur judi dalam Pesta Ria sesi tersebut.[50] Kemantapan PMIUM membolehkan calon-calon mereka menguasai pilihan raya kampus 1985/86. Kemenangan ini menelurkan aspirasi baru kepada pelajar Islam kerana kumpulan Islam mula memdominasi kampus-kampus di seluruh negara. PMUM mengorak langkah menubuhkan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara(BBMN)[51] yang menyelaras aktiviti pelajar Islam di bawah pimpinan Zulkifli Yusof[52] (Presiden PMUM).[53]


4.0 MENGIMBAU SEJARAH: KRISIS GERAKAN PELAJAR ISLAM 1980an di UM

Anwar Ibrahim banyak mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup kepimpinan pelajar sehingga beliau menjadi idola di kalangan pelajar termasuklah penampilan berpakaian beliau. Kemasukan tokoh ABIM ini ke dalam UMNO pada tahun 1982 telah mengoncang institusi gerakan pelajar Islam kerana menongkah arus perjuangan Islamis yang lebih menghampiri perjuangan PAS. Ketokohan Anwar Ibrahim dilihat sebagai pelapis bagi mengantikan tugas Dato Asri sebagai presiden.[54]

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO menelurkan kecelaruan pemikiran di kalangan penggerak gerakan pelajar Islam. Di Universiti Malaya, muktamar PMIUM sesi 1983/84 terpaksa ditangguh.[55] Perebutan kuasa tertinggi dalam PMIUM dimenangi oleh Mohamad Hussein dari proksi PAS setelah mengalahkan proksi ABIM-PKPIM yang pro Anwar.[56] Pemangku Presiden PMIUM, Azami Zaharim mencadangkan Takiyuddin Hasan sebagai presiden dan Mohamad Hussein sebagai timbalan tetapi ahli exco PMIUM bersetuju melantik Mohamad Hussein[57] sebagai presiden dan Takiyuddin sebagai timbalan. Kekecohan berlaku apabila Takiyuddin menarik diri[58] dalam muktamar dengan memberi laluan kepada Mohd Taib Ahmad.[59] Kumpulan pro Pas yang menjatuhkan juak ABIM terdiri daripada Mohamad Hussein, Takiyuddin Hasan [exco Kerajaan Kelantan], Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali dan Fuad Zarkhashi (bekas Presiden PBMUM, sekarang Dr., orang kuat UMNO Johor) dan Mohd Taib Ahmad berbincang di kg. Kerinchi bagi menaikkan kumpulan pro PAS. Mereka dikenali Kerinchi 6. Azami Zaharim yang pro ABIM-PKPIM membantah tetapi gagal apabila proksi ABIM hanya mendapat 35 undi. Kekalahan proksi pro Anwar Ibrahim menandakan kelunturan pengaruh ABIM-PKPIM di kampus Universiti Malaya dan kemunculan PAS sebagai wadah perjuangan pelajar Islam yang baru.

PKPIM-ABIM mula melakukan pewarnaan semula bagi mengarahkan matlamat perjuangan di kampus. Proksi ini mula kembali semula mengakari PBMUM yang semakin kelesuan. Pengaruh PKPIM-ABIM terkelihatan dalam PBMUM dengan kehadiran Saifudin Abdullah sebagai Presiden PBMUM.[60][ mantan EXCO PMIUM sesi 1981/82 yang pro ABIM-PKPIM, kini ketua Akademi Belia Malaysia] Pertembungan golongan Islamis pro PAS dengan golongan Islamis pro ABIM-PKPIM yang telah bergabung dengan golongan Nasionalis(pro kerajaan dan universiti)[61] telah merancak kembali suasana politik kampus. Golongan PKPIM-ABIM dan IRC bergabung tenaga membentuk BMB mula bertempur dengan NADI-Kelab PENA-PMIUM. Disinilah muncul pemimpin seperti Shamsuddin Moner yang licik bermain politik.


Kehangatan politik kampus boleh dilihat selepas tahun 1986 iaitu 1989 dan 1990 tetapi di luar lingkaran kajian penulis(era kajian penulis adalah dari tahun 1970 hingga 1985).






5.0 ISU DAN PEDEKATAN:

MAHASISWA PROGRESIF AWAL 1980AN: PENERUS TRADISI MENGGUGAT(KES DI UM)

Pendekatan dan isu yang ditangani oleh Mahasiswa Progresif era 1980an berbeda dengan Mahasiswa era 1970an. Mahasiswa progresif beraliran Islam tidak lagi menumpukan isu bahasa dan kemiskinan seperti yang disarankan oleh pelajar Nasionalis dan Sosialis tetapi isu yang ditangani lebih banyak bersifat pro Islam atau proses pemurnian Islam di kampus seperti isu anti Amerika, anti Israel dan anti konsert. Di bawah terdapat beberapa isu dan pendekatan yang digunakan oleh Mahasiswa Progresif dalam menangani masalah mereka di UM. Tindakan mereka ini dilihat sebagai penerus tradisi menggugat dan tradisi mencabar di kampus UM.

1 Isu Pestaria Kebajikan

Pestaria Kebajikan dibuat sempena majlis konvoksyen universiti. Kelaziman pestaria mempunyai program bercorak maksiat termasuk judi, konsert, arak dan ratu cantik. Lantaran itu, kelompok Islamis selalu menentang program yang bertentangan dengan Islam sehingga mencetuskan konflik dengan penguasa universiti. Pestaria paling bersih daripada maksiat dalam era 1980an hanya mampu dilakukan pada tahun 1986 sahaja di bawah pimpinan kelompok Islamis. Pestaria 1980 dijalan pada 19 Jun hingga 22 Jun dan disertai makan malam amal pada 23 Jun 1980. Pestaria ini bertujuan bagi mengutip derma untuk rumah-rumah kebajikan.

Permasalahan pestaria 1980 berlaku kerana pestaria itu belum mendapat kelulusan daripada MPP tetapi pihak tertentu(Gabungan yang disokong oleh HEP) cuba membuat seperti pestaria sudah diluluskan. Bagi meluluskan program itu sekurang-kurang 14 undi diperlukan. Pihak HEP dan Gabungan bekerjasama menjalankan pestaria dengan meminggirkan suara ahli MPP termasuk Presidennya, Yazid Othman [kini, aktif dalam persatuan wartawan di KL]. Menurut Yazid Othman, beliau kecewa Gabungan dan HEP menggunakan nama Ungku Aziz untuk majlis makan malam amal yang diadakan pada 23 Jun 1980 dan nama Sultanah Kedah[62] sebagai penaung pestaria itu dengan memasukkan acara judi. Beliau tidak kisah Gabungan ingin melaksanakan program tersebut dengan syarat bersungguh-sungguh mencegah acara judi.[63]

Pihak Barisan PMUM bertindak tegas cuba menghapuskan judi sebagaimana termaktub dalam AUKU 1971: Akta 30, Bahagian 1, Perkara 15. Cubaan ini menghadapi cabaran yang hebat dimana banyak pihak seperti Gabungan, HEP dan akhbar tempatan[64] mengecam kewibawaan kerajaan pelajar Islam. Pihak Barisan PMUM telah mengarahkan gerai permainan berunsur judi[65] milik PMUM[66] dihentikan pada hari Khamis. Mesyuarat tergempar dilangsungkan pada pukul 1.30 pagi tetapi Barisan PMUM gagal menghalang unsur perjudian apabila TNC, Zainal Kling menggunakan kuasa mutlaknya[67] dengan membenarkan amalan tersebut.[68] Bagi mereka, usaha pihak Barisan PMUM sebagai satu kegagalan dan tidak menarik keuntungan seperti tahun-tahun lalu.[69]

PMUM memperjuangkan moral dan etika yang sihat dengan kepatuhan prinsip-prinsip Islam bukannya keuntungan semata-mata. Natijahnya, Yazid Othman dibicarakan di mahkamah Universiti Malaya pada 19 Julai 1980 atas tuduhan menuduh HEP mencemari nama Sultanah Kedah dan membuat kenyataan keras terhadap Musa Hitam tentang pengharaman penceramah bukan anggota kerajaan di kampus.[70] Mahkamah universiti telah mendenda Yazid Othman sebanyak $75 ringgit melalui surat bertarikh 18 Ogos 1980 walaupun ramai pelajar beranggapan Yazid akan digantung atau dibuang.[71]

Dalam Pestaria 1983 pula tercetus kontroversi apabila pihak universiti membuat perjanjian dengan Anita Sarawak tanpa pengetahuan PMUM. PMUM bertindak memulau Pestaria 1983 kerana bertentangan dengan moral. PBMUM, PKPIM, ABIM dan Persatuan Mahasiswa Pahang menyokong pendirian PMUM. Presiden PBMUM, Saifuddin Abdullah[72] mengecam TNC Mohd Yunus Mohd Nor kerana membelakangi PMUM dan program itu menjuruskan mahasiswa ke arah maksiat.[73] Pada tahun 1985 pula, PMUM(dikuasai oleh Nasionalis) mengadakan konsert Sudirman bagi mengisi Tabung Mangsa Kebuluran di Afrika.[74] PMIUM di bawah pimpinan Misbahul Munir[75][ kini, Naib Ketua Pemuda PAS] menentang konsert ini kerana Islam tidak membenarkan matlamat menghalalkan cara. Namun, Naib Canselor meneruskan program ini. Secara jelas, program maksiat dalam Pestaria seperti konsert dan judi tidak dapat dihapuskan kerana HEP membentengi program maksiat tersebut.

2 Demonstrasi Anti Israel

Serangan Israel ke atas Lebanon Selatan dilakukan pada 5 Jun 1982 apabila sebanyak 200 buah[76] kereta kebal dan 90,000 ribu askar mengempur kedudukan pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO). Matlamat Israel adalah menghancurkan infrastruktur PLO yang terdapat di Lebanon Selatan[77] tetapi tentera Israel terus mara ke Beirut Selatan dan Timur dimana mereka dan tentera Kristian Falangis yang dipimpin oleh Pierre Gemayer mengepung Beirut. Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata pada pada 11 Jun 1982[78] tetapi mencabul perjanjian ini.[79] Tindakan ganas Israel mendapat kutukan dari negara-negara di dunia termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB),[80] Liga Muslim Sedunia[81] dan Malaysia[82] sendiri.

Tindakan Israel membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia termasuk golongan pelajar. PMUM, PMUKM,[83] PMUPM[84] dan ABIM(pertubuhan belia) melontarkan kemarahan di medan demonstrasi. PMUM mengorak langkah pertama mengadakan demonstrasi di depan Bangunan AIA, Jalan Ampang selepas solat Jumaat pada 2 Julai 1982.[85] Presiden PMUM, Ahmad Shabery Cheek [kini, ahli parlimem Kemaman, UMNO] mendesak agar Amerika memberhentikan bantuan senjata kepada Israel. Seramai 1000 orang pelajar ini melaungkan takbir dan sologan anti Amerika seperti ‘Reagen! Keluar Amerika’. Bagi mengurangkan bebanan pelarian-pelarian mangsa perang, PMUM juga mengadakan Tabung Perpaduan Rakyat Palestin.[86]

3 Menegak Hak Asasi Pelajar.

Pelajar cuba menegak hak mereka sebagai warga universiti yang dewasa dan matang. PMUM sebagai badan induk pelajar mahu hak asasi di universiti dipelihara. Oleh sebab itu, PMUM mendesak agar kerajaan mengisytiharkan 10 Disember sebagai hari hak asasi selaras pengistiharan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di peringkat antarabangsa.[87] Perjuangan hak asasi manusia membawa satu peringkat baru di kalangan pelajar. Mereka lebih prihatin dengan permasalahan semasa dan bercorak global. Sejajar perjuangan hak asasi kemanusiaan, PMUM mendesak agar perundangan yang menyekat hak asasi seperti AUKU, Akta Polis dan ISA dikaji semula. Ramachelvam sebagai Pemangku Setiausaha Agung PMUM mengatakan pelajar dibelenggu oleh AUKU yang mengongkong pemikiran pelajar.[88]

PMUM sesi 1981/82 mendesak AUKU pindaan 1975 dirujuk bahagian III perkara 15 dan 16 dimansuhkan. Segala kemudahan dan hak asasi PMUM sebelum akta dikembali semula seperti perkhidmatan Bas, bangunan Baktisiswa dan hak kewangan sendiri.[89] Hak untuk berforum juga terhad. Walaupun PMUM pernah menganjur debat isu semasa bertajuk ‘Politik Malaysia: ke arah mana?’ tetapi pengawalan HEP masih ketat. Buktinya apabila PMUM mahu mengadakan Kongres Mahasiswa peringkat nasional, HEP telah menolak permintaan PMUM tanpa sebarang alasan walaupun Kementerian Pendidikan sendiri tidak menghalang. Pihak HEP bersetuju jika Naib Canselor bersetuju mengdakan kongres tersebut.[90] Perkara ini menunjuk kedangkalan HEP kerana program yang diadakan di Universti Malaya harus mendapat kebenaran pentadbiran Universiti Malaya bukannya Naib Canselor universiti lain.

Kes pencabulan hak asasi pelajar yang cuba penulis paparkan ialah kes Yazid Othman,[91] mantan Presiden PMUM sesi 1979/80 yang membuat 2 saman untuk TNC Zainal Kling kerana menganggu tugas-tugas PMUM.[92] Saman susulan dilakukan oleh exco kanan PMUM 1979/80, Muhamad Nur Anuar yang menegaskan HEP menekan dan mengongkong pelajar.[93] Selain isu judi dalam Pestaria 1980, TNC didakwa menekan penerbitan majalah Varsiti walaupun telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri dan dilulus sendiri oleh HEP. Penahanan majalah Varsiti 1980 belaku semasa hampir pilihan raya kampus.[94]

Kes kedua, pada 16 Mac 1985, pelajar Universiti Malaya berkumpul di depan DTC membantah pencabulan hak asasi pelajar dan kebebasan akademik. Perhimpunan ini dilakukan bagi mendesak pihak pentadbir varsiti agar menarik balik tuduhan terhadap rakan-rakan mereka. Seramai 14 orang pelajar termasuk seorang siswi yang terdiri daripada pelajar tahun akhir dibicarakan kerana menonton video berbau politik bersama 50 pelajar yang lain di Kolej Pertama.[95] Video itu memaparkan pengebumian Osman Taib yang terbunuh ekoran pengaduhan di Lubuk Tapah semasa pilihan raya kecil Padang Terap.[96] Tontonan itu dikatakan menganggu keselamatan dan kesentosaan varsiti. Mantan Presiden PMUM, Takiyuddin Hasan mengatakan ia merupakan satu pencabulan pihak pentadbir pro UMNO kerana didalangi oleh Senator Ghani Osman dan Puan Jamilah(bekas pengetua dan pengetua kolej) yang terkenal pro UMNO.[97]

Isu penginapan pelajar antara isu hangat pada tahun 1986. Penginapan tidak mencukupi dan kemudahan di kolej pada tahap minima menyebabkan pelajar memprotes pihak pentadbiran. Isu penginapan pelajar tercetus semasa kempen pilihan raya umum tahun 1986. Seramai 400 orang pelajar berdemonstrasi secara aman di Kolej Seksyen 17 apabila kemudahan asas seperti air tidak mencukupi.[98] Pada 7 Julai 1986, seramai 600 orang pelajar berdemonstrasi mendesak pentadbiran memyediakan lebih banyak tempat penginapan[99] tetapi Ungku Aziz telah membuat polemik baru dengan menuduh PAS mendalangi demonstrasi itu.[100] PAS membidas pentadbiran Universiti Malaya yang cuba mengalihkan kelemahan mereka dalam pentadbiran kepada pengaruh PAS dalam demonstrasi. Nakhaie Ahmad[101][dulu PAS, kini UMNO] menafikan keterlibatan PAS dalam mempengaruhi pelajar.[102]

Isu pemakaian purdah merupakan isu yang sensitif bagi gerakan pelajar Islam yang mendokongi idea kesyumulan Islam. Penguasa Universiti Malaya telah mewajibkan larangan pemakaian purdah semasa kuliah, tutorial, makmal dan perpustakaan.[103] Isu pemakaian purdah memuncak apabila pihak pentadbir UTM memecat Setiausaha Agung PMUTM, Ahmad Lufti Othman [kini, penulis politik] pada 2 Jun 1986 apabila mempertahankan pemakaian purdah di kampus UTM.[104] Satu demonstrasi diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap pemecatan Lufti yang disertai ahli gabungan BBMN.[105] PMUM dan PMUTM cuba mendapat bantuan guaman untuk membela Lufti. Timbalan Presiden PMUM, Che Johan Che Pa menyatakan PMUM akan menyediakan bantuan kewangan untuk menyeret pihak pentadbiran UTM ke mahkamah.[106]

4 Kecaman Gerakan Pelajar Terhadap Kerajaan.

Gerakan pelajar di Universiti Malaya banyak membuat kenyataan mengecam penguasa (kerajaan) terutamanya keceluparan para menteri semasa mengulas sesuatu isu. PBMUM telah mengecam kenyataan bertulis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Suhaimi Kamaruddin [ketua Pemuda UMNO] di Parlimen pada 14 Oktober 1982 yang bersifat menghina hukum Allah. Suhaimi menyebut;

‘Perundangan Islam di negara ini dilaksanakan mengikut sunnah nabi
mengambil kira kedudukan penganut Islam dan kemanusiaan’[107]

Setiausaha Agung PBMUM, Husam Musa[108] [kini, exco Kerajaan Kelantan] membidas kenyataan ini dengan menyifatkan alasan ekonomi dan siasah(politik Malaysia bersifat plural) bukanlah alasan untuk menidakkan hukum Allah.[109] PBMUM mendesak agar Majlis Fatwa mengambilkan tindakan terhadap Suhaimi. Selain kenyataan Suhaimi, kenyataan Musa Hitam[110] dan Tunku Abdul Rahman[111] turut dikecam kerana mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Islam.

Kes kedua, Menteri Perusahaan, Rafidah Aziz mengecam golongan pelajar universiti yang gagal bertindak membawa masyarakat ke arah taraf hidup baik di dalam forum ‘Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar dan Ejen Perubahan untuk Membaiki Masyarakat’. Rafidah mengkritik pelajar universiti yang pasif dan tidak mempunyai kesedaran akan peranan mereka membaiki masyarakat.[112] Pelajar hanya menggunakan AUKU sebagai alasan untuk menutup kelemahan.

Presiden PMUM, Takiyuddin Hasan membidas kenyataan Rafidah kerana pelajar banyak melakukan aktiviti ke arah membina masyarakat tetapi tidak mencapai matlamat disebabkan AUKU.[113] AUKU dilihat sebagai regalia untuk menyekat kebebasan kakitangan dan pelajar dalam memyuarakan kritikan membina kepada kerajaan. Perkara didebatkan oleh Koh Tsu Koon(wakil Barisan Nasional Tanjung) di Parlimen. AUKU menelurkan sifat kurang peduli mengenai kebangunan politik dan sosio-ekonomi negara.[114]

PMUM menegaskan mereka cuba membimbing masyarakat dengan mengadakan kelas bimbingan untuk pelajar sekolah, khidmat kesihatan dan khidmat nasihat pertanian moden melalui program baktisiswa. Namun, kemurnian hasrat PMUM selalu digagalkan oleh karenah birokrasi yang cuba menghalang ketelusan program. Contoh, pelajar tidak boleh mendedahkan bagaimana penyelewengan padi berlaku. Oleh itu, PMUM menyangkal kenyataan melulu Rafidah.[115]


5 Isu Penubuhan Universiti Utara Malaysia.

Menjelang Jun 1983 terdapat 5 buah universiti di Malaysia. Pada 16 Ogos 1983, Kementerian Pelajaran mengarahkan penubuhan universiti keenam dan dimulai pembinaan pada 1 Oktober 1983. Badan penyelaras dibentuk dan diketuai oleh Abdul Hamid. Universiti keenam diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 10 Oktober 1983 dan lawatan Perdana Menteri dilakukan pada 16 Oktober 1983 ke tapak universiti keenam dan diberi nama Universiti Utara Malaysia.[116]

Kenyataan kerajaan tentang penubuhan universiti ini dipandang dingin oleh PMUM. Presiden PMUM sesi 1983/84, Takiyuddin Hasan[117] mendesak agar kerajaan mengkaji semula pembinaannya. Rasional yang diberikan oleh Takiyuddin adalah;

a. kekurangan tenaga akademik.
b. pembinaannya meningkatkan pengangguran.
c. pembaziran kerana varsiti yang ada boleh mencapai tahap optimun.
d. kedudukannya 20 km dengan sempadan Thai tidak menjamin keselamatan.
e. persekitaran mendatang pengaruh tidak sihat kepada pelajar.[118]

Secara rasionalnya penubuhan universiti memerlukan asas akademik yang kukuh melalui pengalaman ahli akademik dan institusi itu sendiri. Pembinaan Universiti Malaya, Universiti Pertanian Malaysia(cantuman Maktab Pertanian dengan Fakulti Pertanian Universiti Malaya) dan Universiti Teknologi Malaysia mengikuti prosedur ini. Oleh sebab itu, kenaikan taraf Maktab Teknik kepada Institut Teknologi Kebangsaan(ITK) disokong oleh PMUM dan PMUKM[119] berbanding dengan penubuhan Universiti Utara Malaysia.

Kenyataan PMUM dikecam oleh kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran negeri Kedah, Zakaria Said mengecam PMUM kerana berpandangan negatif dan cetek akal daripada segi idea pembangunan. Menurut Zakaria Said, penubuhan universiti baru akan menjana peluang pelajaran tinggi kepada rakyat dan mengatasi permasalahan keselamatan secara langsung.[120] Pembinaan universiti keenam diteruskan dan beroperasi sementara di Bangunan UMNO Jitra pada 15 Februari 1984 dan dilantik Awang Had Salleh sebagai Naib Canselor pada 16 Februari 1984.

6 Serangan Amerika Syarikat ke atas Libya.

Konfrantasi Amerika dengan Libya semakin memuncak pada tahun 1986 berikutan tuduhan Amerika terhadap Libya sebagai penaja keganasan sedunia. Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dianggap berbahaya dan mengancam keamanan dan kesejahteraan dunia.[121] Walau bagaimanapun, hubungan Amerika dengan Libya telah dingin sebelum tahun 1980an lagi, api kemarahan Amerika semakin membara apabila Libya menyerang pesawat Amerika di Teluk Sidra pada 25 Mac 1986,[122] pengeboman disko di Berlin[123] dan pemgeboman pesawat TWA milik Amerika di ruang angkasa Greek.[124]

Pada 8 April 1986, Amerika menimbang menyerang Libya[125] dan menghantar dua buah kapal pengangkut pesawat ke Laut Mediterrean.[126] Pada 15 April 1986, sebanyak 30 buah pesawat Amerika yang membawa bom seberat 800 kilogram mengempur Istana Presiden Libya menyebabkan 2 anak presiden cedera dan seramai 100 orang terbunuh. Namun, Gaddafi terselamat daripada maut.[127]

Tindakan ganas Amerika membawa kemarahan kepada masyarakat dunia termasuk di Malaysia.[128] Pertubuhan-pertubuhan di Malaysia seperti UMNO,[129] ABIM,[130] Majlis Belia Malaysia dan PKPIM[131] telah mengutuk serangan Amerika. Pada 18 April 1986, PMUM mengadakan demonstrasi di Baktisiswa dengan kelulusan HEP.[132] Selepas Solat Jumaat, kepimpinan pelajar PMUM, PMUKM, PMUPM dan PMUTM telah berkumpul di kedutaan Amerika. Mereka melaungkan takbir, ‘America Child Killer’ dan ‘bunuh Reagen’. Seramai empat orang pemimpin pelajar dibenarkan masuk untuk memberi memorandum bantahan.[133]

Akhbar tempatan menamakan kumpulan pelajar ini sebagai Gabungan Pelajar-pelajar Universiti Seluruh Malaysia tetapi menurut Zulkifli Yusof [kini, pensyarah APIUM], kumpulan pelajar ini adalah Barisan Bertindak Mahasiswa Negara(BBMN) yang dianggotai oleh Presiden MPP di kampus-kampus.[134] Kebanyakan kampus pada masa ini dikuasai oleh kumpulan Islamis, penubuhan BBMN memudahkan pelajar mengembleng tenaga bagi isu nasional yang memerlukan kebersamaan.


6.0 KESIMPULAN

Secara idealnya, bab empat menjelaskan kebangkitan kelompok Islamis dalam mendominasi politik kampus Universiti Malaya. Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO membawa angin perubahan dalam aliran kepimpinan pelajar Islamis apabila proksi PKPIM-ABIM yang pro-Anwar dinyahkan dalam pimpinan PMIUM pada tahun 1983. Pimpinan baru yang pro-PAS telah melakukan regenerasi agar kepimpinan ulama direalisasikan. Sejak tahun 1983 hingga sekarang (2004), pelajar Akademi Pengajian Islam telah membentuk dinasti dalam kepimpinan tertinggi PMIUM sehingga sukar bagi pelajar fakulti lain untuk menembusi saf kepimpinan PMIUM.

Perkara yang menarik dalam era 1980an adalah kewujudan forum pelajar seperti GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia-didokongi oleh PMI di setiap kampus) dan BBMN (didokongi oleh MPP setiap kampus) yang berjaya mengembleng tenaga pelajar untuk menyelesaikan isu nasional dan antarabangsa yang memerlukan kebersamaan. Pengembalian semula gerakan pelajar ini mengejutkan kerajaan sehingga pelbagai mehnah cuba dipraktikkan termasuk penggunaan ISA. Oleh itu, era awal 1980an dilihat sebagai perintis kehadiran kuasa politik pelajar Islamis dalam menggugat kerajaan semasa memperjuangkan isu kampus, nasional,dan antarabangsa.





[1] Muhamad Abu Bakar, “Idea Kemajuan Dalam Pemikiran dan Perjuangan Golongan Fundamentalis Islam” dlm. Islamika II, Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise, 1982, hlm. 16.
[2] Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden, Kuala Lumpur: Thinker Librarys, 2000, hlm. 348.
[3] M.A. Fawzi Basri, “Senario Kepimpinan Mahasiswa” Kertas Kerja di Kongres Kepimpinan Perdana Kebangsaan, 16-17 November 1986.
[4] Temuramah dengan Zulkifli Yusof, 3.4.2003.
[5] Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1973, Kuala Lumpur: Pencetakan Kerajaan, 1973, hlm. 222.
[6] Mustaffa kamil Ayub, Gerakan Pelajar-Mahasiswa: Misi dan Visi, Petaling Jaya: Budaya Ilmu, 1991, hlm. 100.
[7] Mohamad Abu Bakar, “Pengaruh Luar dan Pengislaman Dalam Negeri: United Kingdom dan Eire dalam Kebangkitan Semula Islam di Malaysia” dlm. Redzuan Othman(ed.), Jendela Masa, Kuala Lumpur: Penerbit UM, 2001, hlm. 415.
[8] Ibid.
[9] Zainah Anwar, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, Petaling Jaya: IBS Buku, 1990, hlm. 60.
[10] Pengikut Suara Islam seperti Ishak Ali dan Khalid Samad(adik beradik Sharir Samad) cuba menubuhkan Parti Negara Islam tetapi ditolak Pendaftar Pertubuhan. Mereka memasuki PAS dan menubuh kumpulan muda dalam PAS yang mahukan kepimpinan ulama. Lihat majalah Sarina, Januari 1986, hlm. 11.
[11] Ibid., hlm. 58.
[12] Chandra Muzaffar, Kebangkitan Semula Islam di Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1988, hlm. 37.
[13] Siddiq Fadil, “Dai-Pembina Akidah Pembangun Ummah” dlm. Siddiq Fadil, Mengangkat Martabat Umat: Koleksi Ucapan Muktamar Senawi Abim, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Salam, 1989, hlm. 89.
[14] Majlis Syura Ulama PAS ditubuhkan bagi bergandingan dengan Dewan Ulama PAS dalam proses memantau dasar-dasar PAS agar berada dalam kawalan syariat. Majlis Syura diketuai oleh Musyidul Aam PAS(kini Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat).
[15] Kemasukan tokoh ABIM ke dalam PAS setelah dinasihat oleh Pak Natsir(tokoh politik Islam Indonesia) agar wadah politik Islam dipertahankan. Lihat Ahmad Lufti Othman, PAS Zaman Anwar: Memo Untuk PM, Kuala Lumpur: Penerbitan Pemuda, 1993, hlm. 56.
[16] Dato Asri meletakkan jawatan semasa muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dato Asri menerima tekanan hebat daripada kaum muda yang pro-Revolusi Iran. Ucapan Dato Asri diganggu dengan laungan marakbar Asri(Pergi Mampus Asri). Krisis Dato Asri dengan kaum muda yang dipelopori oleh Dewan Pemuda dan Dewan Ulama dapat dilihat apabila Dewan Pemuda PAS membuat muktamar berasingan di Bukit Mertajam. Lihat, Asri Mohamad, Memoir Asri: Meniti Arus, Bangi: Penerbit UKM, 1993, hlm. 117. Sebenarnya penggolakkan dalam PAS berpunca daripada kesilapan Dato Asri sendiri seperti pengguguran Syed Ibrahim(tokoh ABIM) sebagai Bendahari Agung dan diganti oleh Hasan Muhamad(calon yang pernah menentang Timbalan Presiden PAS, Zulkifli Mohamad), menggugurkan Nakhaie Ahmad(tokoh ABIM) sebagai Setiausaha Agung dan diganti oleh Abu Bakar Umar(calon yang tewas dalam perebutan jawatan parti), pelantikan Pengerusi Tetap Muktamar oleh Jawatankuasa Agung(padahal jawatan tersebut perlu dilantik oleh perwakilan muktamar) dan kekecohan perasmian Muktamar Dewan Ulama dan Dewan Muslimat. Bagi keterangan lanjut, sila lihat Kamarul Zaman Yusuf, Perjuangan Penuh Cabaran, Kota Bharu: Qamar Publishing, 1999, hlm. 89-91.
[17] Struktur Islam sebagai sistem religio-politik tidak perlu diragukan. Kerohanian Islam dan keduniaan bukanlah bidang yang terpisah-pisah. Tindakan manusia ditentukan oleh akal. Latar belakang mental akan menentukan sifat tindakan manusia. Jika latar belakang mental itu Islam, Islamlah akan memimpin setiap tindakan manusia. Lihat Muhammad Iqbal, Pembangunan Kembali Alam Pemikiran Islam, (terj.), Kuala Lumpur: Thinker Library, 1988, hlm. 211.
[18] Abdul Hadi Awang, Amanat Haji Hadi, Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan PAS, 2002, hlm. 23. Bagi menyelami pemikiran Tuan Guru Haji Hadi, lihat Abdul Hadi Awang, Islam: Fikrah, Harakah &Daulah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, 2003. Ketokohan Tuan Guru menjadi bualan akhbar-akhbar tempatan pada tahun 1980an sehingga popularitinya melebihi populariti Ustaz Yusuf Rawa dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
[19] Syed Qutb & Abul Ala’ al Maududi, Manhaj Hidup Muslim, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, 2001, hlm. 176. Berkaitan konsep negara Islam, lihat juga, Yusuf Qardhawi, Fiqh Daulah, Bangi: Maktabah al Qardhawi, 1998., dan Dokumen Negara Islam PAS, Bangi: PAS, 2003. Sunnah politik Islam pernah diregenerasi oleh golongan Islah iaitu pembinaan negara Islam Madinah selepas tahun 622 M. Golongan Islah menggunakan akhbar al Iman yang menyebarkan idea politik Islam. Lihat Abdul Aziz Mat Ton, Politik al Iman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 300.
[20] Utusan Malaysia, 13.4.1979.
[21] Utusan Malaysia, 5.6.1979. Pelajar Universiti Malaya pula terpaksa menandatangani perjanjian larangan pemakaian purdah. Lihat Utusan Malaysia, 24.6.1986.
[22] Mohd. Nasir M. Nawi, Persatuan Mahasiswa Islam di Universiti Tempatan, (B.A), Jabatan Usululludin Universiti Malaya, 1991/92, hlm. 145.
[23] Siddiq Fadil, Mengangkat Martabat Umat: Koleksi Ucapan Muktamar Senawi Abim, hlm. 102.
[24] Penolakkan tehadap kebejatan moral terkandung dalam Memorandum Peraturan Moral, dlm. Fail PMI 73/74, Surat PMIUM bertarikh 4.8.1974.
[25] PMIUM disingkirkan kerana bantahan terhadap acara Pesta Ria 1977. Antara acara Pestaria tersebut adalah pertandingan Ratu Pesta dan konsert rock. Lihat, Laporan Tahunan PMIUM 1976/1977, hlm. 44. Keterangan lebih lanjut tentang sejarah perjuangan PMIUM pada era 1970an, lihat Hasnah Ibrahim, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya: Satu Kajian Tentang Sejarah dan Perkembangan, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 1978/79.
[26] M.A. Fawzi Basri, “Senario Kepimpinan Mahasiswa” Kertas Kerja di Kongres Kepimpinan Perdana Kebangsaan, 16-17 November 1986.
[27] Mantan Pegawai Kementerian Kewangan, kini Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.
[28] Megat Dewa UKM, ‘Siswa Dakwah Mau Kuasai Kampus’, Utusan Malaysia, 6.5.1979. Lihat juga, Abdullah Tahir, “Gerakan Dakwah di Kampus”, Mastika, September 1986, hlm. 16. , Noor Hanizam, “Gerakan Islam di Kampus”, Mingguan Era, 1 Jun 1985.
[29] Sesi 1979/80 merupakan sesi pertama program Taaruf diperkenalkan. Pada 5 Jun 1980, seramai 500 menghadiri Taaruf PMIUM. Ustaz Siddiq Fadil dituduh menghasut para pelajar. Lihat, Budiman, 1.7.1980.
[30] Sebenarnya jumlah kerusi yang menangi oleh Barisan dan Gabungan adalah sama banyak iaitu 10 kerusi. Satu kerusi lain dimenangi oleh calon neutral. Pada peringkat awal, calon neutral berada bersama Gabungan tetapi beralih pula menyokong Barisan sehingga Barisan berjaya membentuk kabinet. Perkara ini disahkan oleh Dr. Redzuan Othman pada 9.2.2004.
[31] Watan, 3.8.1979.
[32] Watan, 24.8.1979.
[33] Mantan Naib Presiden ABIM sesi 2002, Setiausaha Agung PKPIM sesi 1979/80, kini Timbalan Dekan Fakulti Sastera, Universiti Malaya.
[34] Watan, 10.8.1979.
[35] Walau bagaimanapun Barisan menafikan mereka bersifat radikal. Lihat kenyataan Anual Bakri dalam Budiman, 15.9.1979.
[36] Watan, 21.9.1979.
[37] Watan, 5.10. 1979.
[38] Budiman, 21.9.1979.
[39] Watan 1.8.1980. Pilihan raya kampus pada tahun 1980 di Malaysia disifatkan kotor kerana akhbar tempatan secara jelas berkempen untuk golongan Nasionalis. Akhbar Utusan Malaysia menuduh kumpulan Islamis sebagai pelampau agama dan kolot yang menanggotai kumpulan Regim KAMI. Lihat Utusan Malaysia, 8.7.1980. UKM telah dituduh pusat gerakan ‘Regim KAMI’yang bermatlamat mengislamkan mahasiswa secara paksaan. PMUKM telah menafikan kenyataan akhbar tersebut. Lihat, Utusan Malaysia, 9.7.1980. Kesan kempen kotor akhbar Utusan Malaysia terhadap kumpulan Islamis, golongan Nasionalis berjaya memenangi pilihan raya kampus di UKM. Lihat Utusan Malaysia, 12.7.1980.
[40] Budiman, 1.8.1980. Walau bagaimanapun, Barisan masih berjaya melakukan program Baktisiswa di Batu Rakit, Terengganu yang disertai oleh semua kaum(pelajar). Pengarah projek ialah Redzuan Othman. Lihat, Budiman, 15.3.1980., hlm. 6.
[41] Budiman, 1.8.1980.
[42] Kumpulan pelampau agama.
[43] Utusan Malaysia, 12.7.1980.
[44] Bekas Siswa, “Politik Pondok di Universiti Malaya” dlm. Utusan Malaysia, 15.7.1980. Penulis berpendapat pemaparan warkah ini dilakukan secara terancang disamping kempen di dada utama akhbar. Kekalahan kumpulan Islamis di UKM dan UPM diulas secara detail(dengan memaparkan kelemahan pimpinan PMUM) sebelum pilihan raya kampus di Universiti Malaya. Lihat, Nasrul Elias Mohd. Ali, “Mahasiswa Menolak Golongan Pelampau” dlm. Utusan Malaysia, 15.7.1980.
[45] Utusan Malaysia, 19.7.1980. Utusan Malaysia menggunakan muka utama akhbar tersebut berkempen untuk Gabungan Mahasiswa(proksi Nasionalis). Lihat, Utusan Malaysia, 16.7.1980.
[46] Budiman, 15.7. 1981
[47] Mohd. Razif Ahmad, “Pilihanraya MPP:Satu Pandangan”, Budiman, 1.9.1981.
[48] Beliau mendapat undi terbanyak kawasan kampus iaitu 3662 daripada 5400 orang pelajar. Lihat Budiman, 15.9.1981. Shabery pernah menjadi Ketua Penerangan Parti Semangat 46.
[49] Budiman, 15.8.1981.
[50] Budiman, 1.9.1983. Pilihan raya diadakan pada 24 Oktober 1983.
[51] BBMN merupakan suatu forum pelajar bukan pertubuhan berdaftar. Kerajaan tidak mengiktiraf BBMN. Lihat, Utusan Malaysia, 26.6.1986.
[52] Kini Ketua Jabatan Al Quran dan Hadis, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya.
[53] Mohd. Shuhaimi al Maniri, Politik Kampus di Sebalik Tabir, Kuala Lumpur: Pustaka Generasi Baru, 1995, hlm. 73.
[54] Subky Latif, Siapa Ganti Asri?, Kuala Lumpur: Penerbitan PENA, 1977, hlm. 162. Anwar menafikan beliau akan aktif dalam PAS. Lihat Utusan Malaysia, 18.4.1981. Setelah meletakan jawatan sebagai Presiden ABIM, Anwar sekali lagi menafikan keinginan beliau untuk bergerak dalam politik. Lihat, Utusan Malaysia, 16.7.1981.
[55] Menurut Zuhdi Marzuki, Timbalan Presiden PMIUM sesi 1990/91, perpecahan dua kumpulan dalam muktamar itu menyebabkan kaum muslimat menangis. Penyataan beliau di Syarahan Umum PMIUM sempena Muktamar PMIUM sesi 2002/2003. Muktamar PMIUM ke 25 itu diadakan di Dewan Kuliah A, fakulti Ekonomi dan dipengerusi oleh Azmi Ali.
[56] Mohd. Shuhaimi al Maniri, Politik Kampus di Sebalik Tabir, Kuala Lumpur: Pustaka Generasi Baru, 1995, hlm. 68.
[57] Beliau adalah Presiden Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya(PMAIPUM) diharap membawa imej kepimpinan ulama berbanding Takiyuddin Hasan daripada fakulti Undang-Undang.
[58] Kumpulan pro Pas terdiri Mohamad Hussein, Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali dan Fuad Zarkhashi dan Mohd Taib Ahmad berbincang di kg. Kerinchi bagi menaikkan kumpulan pro PAS.
[59] Beliau daripada Akademik Pengajian Islam boleh dianggap membantu Muhamad Hussein mewujudkan kepimpinan ulama.
[60] Berita Harian, 11.8.1983. Beliau adalah mantan EXCO PMIUM sesi 1981/82 yang pro ABIM-PKPIM.
[61] Menurut Zuhdi Marzuki, era 1980an menjadi indikator pertembungan antara sesama proksi Islamis bukannya proksi Nasionalis dengan Islamis. Golongan Islamis yang pro kerajaan(ABIM-PKPIM) telah membentuk Barisan Mahasiswa Bersatu(BMB) bagi menentang PMIUM. Temuramah Zuhdi Marzuki, 15.1.2004.
[62] Tuanku Bahiyah Tunku Abdul Rahman merasmikan Pesta Ria Kebajikan Konvensyen 1980 pada 19 Jun 1980. Lihat, Utusan Malaysia, 20.6.1980.
[63] Watan, 20.6.1980.
[64] Utusan Malaysia, 26.6.1980.
[65] Permainan berunsur judi seperti lontar gelang dan anak panah diinterprestasi sebagai judi oleh Barisan Mahasiswa. Persepsi Barisan Mahasiswa disifatkan sebagai tidak liberal dan kolot. Lihat, Bekas Siswa, “Politik Pondok di Universiti Malaya” dlm. Utusan Malaysia, 15.7.1980.
[66] PMUM memiliki 40 gerai permainan berunsurkan judi dan 17 gerai lagi pemilik penyewa luar.
[67] NC dengan nasihat Majlis Fatwa yang diketuai oleh Ahmad Ibrahim mengarah TNC menutup tapak perjudian tetapi TNC meneruskan tapak perjudian pada 15 Jun 1980 melalui Seksyen 16(c) AUKU atas nama kebajikan.
[68] Utusan Malaysia, 25.6.1981. Sebenarnya, Pestaria boleh memperolehi keuntungan tanpa judi. Perkara ini dibuktikan oleh kumpulan Islamis pada Pestaria 1981/82. Di bawah kepimpinan Ahmad Shabery Cheek, Pestaria tahun itu memperolehi keuntungan sebanyak $30,000. Lihat, Suara Siswa, terbitan PMUM, Oktober 1984.
[69] M. Ayub Yusuf, “Ke mana MPP Membawa Kita”, Budiman, 1.10.1980.
[70] Utusan Malaysia, 11.7.1980.
[71] Watan, 29.8.1980.
[72] Mantan Presiden Majlis Belia Malaysia dan sekarang Pengerusi Akedemik Belia Malaysia.
[73] Berita Harian, 11.8.1983.
[74] Budiman, 1.9.1985. Setiusaha Agong PMIUM, Mohd. Saad Hashim membuat bantahan pada 1.8.1985.
[75] Sekarang Naib Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.
[76] Utusan Malaysia, 6.6.1982. Alasan Israel menyerang Lebanon ialah cubaan bunuh terhadap duta Israel di London oleh pejuang Palestin. Lihat, Alijah Garden, Rakyat Palestin Bersuara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm. 287.
[77] Tentera Israel berjaya menawan Lebanon Selatan pada 6 Jun 1982. Lihat, Utusan Malaysia, 7.6.1982.
[78] Utusan Malaysia, 12.6.1982.
[79] Utusan Malaysia, 13.6.1982.
[80] PBB menuntut Israel berundur dari Lebanon. Lihat, Utusan Malaysia, 8.6.1982.
[81] Setiusaha Agung pertubuhan ini, Sheikh Mohamad al Harkan mengecam Israel cuba memecah belah negara Lebanon. Lihat, Utusan Malaysia, 9.6.1982.
[82] Pemangku Perdana Menteri, Musa Hitam mengutuk serangan Israel. Lihat, Utusan Malaysia, 8.6.1982. Sebenarnya, kerajaan Tanah Melayu pernah ‘mengiktiraf’ Israel. Pada 1 Disember 1960, Zulkifli Mohamad(Naib Presiden PAS) mengusulkan kerajaan Tanah Melayu menarik balik ‘pengiktirafan’ terhadap Israel. Lihat Ramlah Adam, Burhanuddin al Helmy, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 173.
[83] ABIM dan PMUKM mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan AIA. Seramai 500 orang pelajar merempuh bangunan itu tetapi dihalang oleh polis. Rombongan pemimpin ABIM dan PMUKM termasuk Siddiq Fadil dan Kamaruddin Mohd. Nor dihalang masuk. Lihat, Utusan Malaysia, 7.7.1982.
[84] Presiden PMUPM, Ishak Abas dan Kamaruddin Mohd. Nor(ABIM) mengadakan perarakan aman dari Kolej Kedua UPM ke Dewan Besar UPM. Lihat, Utusan Malaysia, 10.7.1982.
[85] Utusan Malaysia, 3.7.1982.
[86] Watan, 6.7.1982.
[87] Watan, 11.12.1981.
[88] Watan, 11.12.1981.
[89] Rujuk Fasal B, Perkara B.1 dan B.2, Memorandum Khas PMUM 1981/1982.
[90] Lampiran, Majalah Varsity, 1981/82.
[91] Sekarang Presiden Kelab Wartawan Melayu Semenanjung.
[92] Watan, 14.4.1981.
[93] Lihat tuntutan pelajar dalam Memorandum Forum dan Bengkel Undang-Undang 1981.
[94] Nur Muhamad Nur Anuar, Ledakan Ubudiyah Dalam Budaya Politik Pelajar, Alor Setar: Pustaka Ikhwan, 1986, hlm. 39.
[95] Harian Nasional, 17.3.1985.
[96] Menurut Mahathir Mohamad, pembunuhan itu disebabkan haoligen PAS manakala PAS menuduh ia dilakukan oleh Pemuda Tahan Lasak UMNO. Lihat Dewan Masyarakat, Februari 1985.
[97] Pasangan ini adalah suami-isteri. Ghani Osman aktif dalam UMNO. Ketika itu juga Yuganus Yunus Presiden PMUM mengadakan rundingan dengan pengendali mahkamah varsiti bagi meredakan keadaan. Lihat, Harian Nasional, 17.3.1985.
[98] Utusan Malaysia, 7.7.1986.
[99] Ungku Aziz berjanji mendapat duit sebanyak $2 juta bagi membeli blok 10 PKNS di jalan Pantai. Lihat Utusan Malaysia, 8.7.1986. PKNS dan MARA sedia membantu pihak universiti. Lihat, Utusan Malaysia, 9.7.1986.
[100] Ungku Aziz mendakwa pelajar mengibar bendera PAS dan Zaman Khan(Penguasa Polis) telah memberi amaran agar pelajar memberhentikan demonstrasi. Lihat Utusan Malaysia, 11.7.1986.
[101] Mantan Naib Presiden PAS dan mantan pensyarah ITM. Kini Ulama UMNO dan Pengerusi YADIM.
[102] Lihat, Utusan Malaysia, 12.7.1986 dan 17.7.1986.
[103] Utusan Malaysia, 24.6.1986.
[104] Watan, 15.7.1986.
[105] Mohd. Shuhaimi al Maniri, Politik Kampus Di Sebalik Tabir, Kuala Lumpur: Pustaka Generasi Baru, 1995, hlm. 67-90.
[106] Watan, 15.7.1986. Isu pemakaian purdah cuba digelapkan oleh media massa arus perdana supaya tidak menjatuhkan reputasi kerajaan kerana isu ini timbul semasa kehangatan pilihan raya 1986. Bagi keterangan lebih lanjut lihat Samim Ongki, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya: Satu Kajian Tentang Dominasi ke atas Kegiatan Mahasiswa Di Universiti Malaya Dalam Era 1980an, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 1989/90.
[107] Watan, 22.10.1982.
[108] Kini ahli Parlimen PAS kawasan Kubang Kerian.
[109] Syed Naquib al Attas menyifatkan golongan pemerintah yang meremeh dan memperkecilkan agama sebagai firaun moden yang menghalang kemajuan Islam. Lihat Utusan Malaysia, 1.4.1972.
[110] PMIUM mengecam Musa Hitam yang menolak seruan PMIUM agar kerajaan mengkaji semula Kanun Kesiksaan dan Kanun Persediaan Jenayah atas alasan untuk keharmonian masyarakat. PMIUM melihat kanun tersebut dijadikan alat bagi kerajaan untuk menindas pembangkang terutamanya dalam isu kafir-mengkafir. Lihat Watan, 21.12.1982.
[111] PMIUM mengecam kenyataan Tunku ‘Jangan Jadikan Malaysia Negara Islam Tulen’ yang jelas menyalahi syariat dan mencemarkan kesucian agama Islam. PMIUM mendesak agar Tunku menarik balik kenyataan tersebut. Lihat Watan, 15.3.1983.
[112] Harian Nasional, 16.1.1984.
[113] Harian Nasional, 18.1.1984.
[114] Berita Harian, 28.3.1984. Keterangan lanjut tentang sifat mengongkong AUKU, lihat Sanusi Osman, “Mengapa AUKU ditentang” dlm. Aspirasi, Terbitan PMUKM, 1988/89, hlm. 257. Lihat juga Takiyuddin Hasan, Sejarah Pergerakan Mahasiswa Malaysia: Penguatkuasan AUKU, Latihan Ilmiah, Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, 1984/85.
[115] Harian Nasional, 18.1.1984.
[116] Ahmad Fawzi Basri, Siapakah Siapa, Jitra: Penerbit UUM, 1986, hlm. VII.
[117] Pelajar Fakulti Undang-Undang. Kini EXCO kerajaan negeri Kelantan.
[118] Berita Harian, 10.1.1984.
[119] Utusan Malaysia, 23.3.1972.
[120] Berita Harian, 13.1.1984.
[121] Utusan Malaysia, 7.4.1986. Bagi mengetahui dengan detail dendam Reagen terhadap Gaddafi. Lihat, Mingguan ERA, edisi 26.4.1986., edisi 3.5.1986., dan edisi 10.5.1986.
[122] Pada 19 Ogos 1981, Pesawat Amerika pernah menembak pesawat SU 22 milik Libya di Teluk Sidra. Lihat, Panji Masyarakat, September 1981. Pertempuran di Teluk Sidra dianggap medan ujian senjata kuasa besar dimana Amerika mennguji peluru berpandu HARM dan Libya menggunakan senjata buatan Soviet iaitu SAM 5. Lihat Mingguan ERA, 12.4.1986, hlm 30.
[123] Utusan Malaysia, 6.4.1986. Seramai 40 hingga 50 warga Amerika terbunuh daripada 240 mayat yang ditemui. Lihat, Mingguan ERA, 19.4.1986.
[124] Utusan Malaysia, 2.4.1986.
[125] Utusan Malaysia, 9.4.1986. Penjelasan detail tentang serangan Amerika ke atas Libya, lihat Majalah Impact International, keluaran 9-22 Mei 1986, hlm. 8-10.
[126] Utusan Malaysia, 16.4.1986.
[127] Utusan Malaysia, 16.4.1986. Tindakan Reagan merupakan satu keganasan yang dikutuk dunia kerana menodai kemerdekaan sesebuah negara. Lihat juga, Dewan Masyarakat, Mei 1986., dan Mastika, Jun 1986.
[128] Menteri Penerangan, Rais Yatim mengutuk serangan Amerika manakala di Sudan, pelajar Sudan mengempur kedutaan Amerika di negara itu. Lihat, Utusan Malaysia, 17.4.1986.
[129] Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO, Nazri Abdul Aziz menyampaikan nota bantahan kepada Setiausaha Kedua Kedutaan Amerika, Broson Purcivell. Lihat, Utusan Malaysia, 18.4.1986.
[130] Setiusaha Agung ABIM, Sidek Baba menyifatkan Amerika melakukan jenayah antrabangsa. Lihat Utusan Malaysia, 17.4.1986.
[131] Presiden MBM, Tajol Rosli dan Naib Presiden PKPIM, Nizal Mohamad(mantan pengacara TV3) turut mengecam tindakan Amerika. Lihat, Utusan Malaysia, 17.4.1986.
[132] Budiman, 1.5.1986.
[133] Utusan Malaysia, 19.4.1986. Seramai 400 orang menyertai demonstrasi tersebut. Memorandum dihantar kepada Setiausaha kedutaan Amerika, Branson Purcival. Pemimpin-pemimpin pelajar mahu kerajaan membatal lawatan Nanay Reagen ke Malaysia dalam Persidangan Dadah. Lihat juga, Berita Harian, 19.4.1986.
[134] Temuramah Zulkifli Yusof, 3.4.2003. Antara pemimpin lain BBMN ialah Idris Ahmad(dari PMUKM, kini Timbalan Ketua Pemuda PAS) dan Saifuddin Nasution dari PMUPM(seorang orator yang hebat, mantan exco Pemuda UMNO dan kini Naib Presiden Parti Keadilan Nasional).

1 comment:

TIARA TOURS said...

ASSALAMU ALLAIKUM …………. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!! SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

PERKENALALKAN KAMI DARI TIARA TOURS INDONESIA, KAMI ADALAH AGENCY PELACONGAN YANG BERLICENSED AND PROFESIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MURAH KE DANAU TOBA, MEDAN, SAMOSIR ISLAND, DAN TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
PAKEJ LAWATTAN LAINYA TERSEDIA ; SEPERTI PAKEJ TOUR KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA, BANDUNG, YOGYAKARTA, BALI ISLAND, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MANADO, TORAJA DAN PULAU NIAS .
PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )

BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TAX NO : 36 555 970 7 122 000
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068

TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...