Oleh: Ahmad Lutfi Othman
Petikan Buku "Siapa Dalang? Cerita Di Sebalik Tabir" (hlm.159-168)
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap sempena minggu Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Petaling Jaya, Ogos lalu memberi keizinan kepada para pelajar universiti tersebut untuk berdemonstrasi.
"Tapi jika saya dahulu ditangkap kerana berdemonstrasi, kamu semua kena bersedia untuk ditangkap"kata Presiden UIA itu dengan disambut oleh gelak ketawa pelajar.
Bekas Presiden ABIM yang memang pandai berjenaka itu bagaimanapun membuat kesimpulan ringkas bahawa tindakan beliau berdemostrasi dahulu didorong oleh kemiskinan luar bandar "Sekarang rakyat tidak lagi miskin" Kata bekas pemimpin pelajar itu dengan penuh yakin.
Apa yang lebih menarik diulas adalah kenyataan Anwar bahavva demontrasi pelajar pada zamannya lebih bertujuan membela rakyat yang dihimpit kemiskinan. Ketika itu pelajar amat sensitif apabila rumah-rumah setinggan dirobohkan, peneroka pinggir bandar diusir. Lalu meletuslah suara kebenaran pelajar, tanpa takut, tanpa gentar.
(Tanpa sebarang hasrat untuk merendah-rendahkan demonstrasi pelajar menentang isu kemiskinan di Baling, tahun 1974, menarik juga dibaca usikan nakal ruangan pojok "Nak Marah Marahlah!", dalam akhbar Mingguan Politik, 1-14 September 1994: Anwar Ibrahim mahu supaya jangan diikut cara-cara melancarkan rusuhan untuk mencapai matlamat perjuangan. Pada tahun 1974 dulu, ada tunjuk perasaan akibat kematian dua anak petani di Baling, Kedah yang dihebohkan kononnya akibat kebuluran. Berikutnya, WHO telah meminta Malaysia menghantar laporan segera, benarkah ada kematian akibat kebuluran kerana mereka mahu mengirimkan bantuan menyelamat ke Baling, Kedah. Zainal Abidin Wahid yang dilantik menjadi pengerusi jawatankuasa penyiasat mengirim gambar kediaman keluarga petani yang malang itu. "Macam mana boleh kebulur kerana di sekeliling rumah kediaman keluarga itu kelihatan pokok pisang dan pokok betik yang sedang mengeluarkan buah?" tanya WHO. Rupanya pembohongan ketika itu mendapat sokongan sehingga berlakunya rusuhan di sana-sini ....")
Bagaimanapun di era 1990-an, para pelajar bukan sahaja berdemonstrasi kerana isu kemiskinan rakyat (yang menjadi isu terpenting perjuangan gerakan pelajar di era 1970-an) tetapi juga bagi menentang sebarang rupa 'jembalang akta' yang menzalimi masyarakat Melayu di luar bandar. Kalau dulu golongan setinggan dihalau bagi pembinaan padang golf, sekarang penduduk kampung tanah adat Melayu, warisan ratusan tahun, hak milik mereka yang sah (yakni bukan setinggan) dipaksa meninggalkan tanah tumpah darah tanpa pampasan yang sewajarnya.
Bertitik-tolak daripada inilah, perkarangan Kompleks Seri Negeri yang menempatkan pejabat pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka digegarkan oleh demonstrasi pelajar pada 10 September 1994.
Tidak siapa menyangka para pelajar daripada Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Maahad Tahfiz bergabung tenaga di bawah Jawatankuasa Bertindak Hak Asasi Rakyat, Universiti-universiti Tempatan bagi membantah sikap rakus kerajaan negeri merampas tanah penduduk kampung di Pantai Tanah Merah dan Pantai Kundor.
Demonstrasi yang bermula seawal pukul 11.00 pagi itu melibatkan lebih 500 pelajar. Slogan-slogan penuh semangat mengecam tindakan kerajaan negeri memecah keheningan pagi dengan diselang-selikan oleh laungan takbir.
Poster dan sepanduk pelbagai rupa dan warna dijulang oleh para pelajar menjadikan demonstrasi aman itu meriah dan penuh bertenaga.
Kompleks Seri Negeri yang dikelilingi oleh pusat membeli-belah dan terletak berhampiran dengan perhentian teksi dan bas memang menjadi pusat tumpuan orang ramai. Dan tidak hairanlah }ika demonstrasi pelajar itu ber-jaya menarik perhatian orang-ramai yang berdiri di sepanjang bahu jalan utama bertentangan kompleks bangunan kerajaan negeri itu.
Kakitangan kerajaan negeri yang baru memulakan tugas harian pada pagi Sabtu itu turut tidak melepaskan peluang merasai kehangatan dan bara demonstrasi tersebut. Koridor Kompleks Seri Negeri yang menempatkan tiga blok bangunan lima tingkat itu dipenuhi oleh wajah-wajah ingin tahu yang semestinya terkejut dengan kehadiran ratusan pengunjung tidak diundang iru.
Tidak sampai setengah jam demonstrasi aman itu berlangsung, Ketua Polis Melaka Tengah, Penolong Pesu-ruhjaya Polis Mat Drus Sudin tiba bersama beberapa pegawainya. Beliau mengarahkan para pelajar bersurai. Tanpa mengendahkan arahan tersebut, para pelajar meneruskan demonstrasi dan menunrut wakil mereka dibenarkan menemui Ketua Menteri Melaka bagi menyampaikan memorandum bantahan.
Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang menjadi tumpuan media massa kerana hubungannya dengan pelajar perempuan bawah umur diberitakan bercuti keluar negara. Lain-lain anggota Exco Kerajaan Negeri juga dilapor tidak berada di pejabat kerana sibuk dengan urusan rasmi luar pejabat.
Rundingan antara pihak polis, wakil pelajar dan Pengerusi Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB) Dr. Mohd. Nasir Hashim menghasilkan tolak-ansur yang memberangsankan.
Akhirnya, empat wakil pelajsr diketuai o/eh Saudara Adly Zahari memasuki Jabatan Ketua Menteri bagi menyampaikan memorandum bantahan.
Dengan pelbagai bentuk kesukaran, mereka akhirnya berjaya menemui Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Encik Jemal Zainal Kasim yang dengan penuh ceria menerima memorandum bantahan setebal tiga muka surat itu.
Kandungan memorandum pelajar itu adalah seperti berikut:
"Di atas kesedaran bahawa Islam menganjurkan umatnya agar membuat kebajikan dan menyeru untuk keadilan di samping mencegah kemungkaran serta penindasan bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu umat (golongan) yang menveru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat yang jahat. Mereka itulah orang-orang yang berjaya (bahagia)". (Surah Ali-lmran: 104)
"Di atas kesedaran, rasa tanggungjawab dan keprihatinan maka kami mengemukakan memorandum ini selaras dengan inspirasi program induk belia negara, di bawah tema Malaysia Prihatin: "Suatu program bagi membentuk generasi bangsa yang mempunyai kesedaran untuk membela masyarakat yang kurang bernasib baik dan membantu mereka yang ditimpa kemalangan serta mengamalkan sifat-sifat perikemanisiaan, bertanggungjawab, penyayang dan mempunyai semangat kekitaan." (Sumber: Pamflet Pelan Induk Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia 1991)
"Keputusan untuk mengemukakan memorandum ini adalah terbit daripada rasa tanggungjawab terhadap betapa pentingnya hak-hak rakyat dipertahankan bagi memastikan generasi seterusnya mempunyai jaminan terhadap hak yang dipusakai.
"Bantahan ini dikemukakan di atas dasar bersimpati dengan para penduduk yang dirampas hak kebebasan mereka di mana kebebasan pada umumnya membawa erti: Kemerdekaan dan kebebasan dari segala belenggu kebendaan dan kerohanian yang tidak sah dan kadang-kadang dipaksakan kepada manusia tanpa alasan yang benar pada kehidupannya sehari-sehari yang menyebabkan manusia tidak dapat menikmati hak-hak yang sewajarnya dari segi sivil, agama, pemikiran, politik, sosial dan ekonomi.
"Kebebasan menurut pengertian di atas, tidak terpisah dari hak-hak tabiat (fitrah), hak untuk setiap manusia di setiap waktu dan tempat. Oleh kerana itu, antara hak tabii yang amat menonjol sekali ialah hak untuk hidup, bebas, mewakili, hak memperolehi ketenteraman, persamaan, keadilan dan sebagainya.
"Hasil tinjauan kami di kampung terbabit pada 27 Ogos 1994 serta perjumpaan dengan penduduk penduduk kampung terbabit, maka kami merumuskan di antara hak-hak rakyat yang telah dicabul:
"Tindakan bagi menyelesaikan masalah dengar penduduk terbabit semenjak tahun 1991 sehingga terpaksa diakhiri dengan kekerasan pada tahun 1994 adalah tindakan yang tidak beradab, di luar norma-nornu kemanusiaan sekaligus menampakkan kepincangan kerajaan negeri dan Persekutuan bagi menyelesaikan permasalahan rakyat secara aman dan terkawal. Disusuli dengan tindakan pihak berkuasa yang menangkap 12 penduduk kampung dan menggunakan anjing pada kejadian 18 Ogos 1994 di kampung terbabit adalah amat dikesali ketika negara sedang mempelopori wawasan masyarakat penyayang menjelang tahun 2020 dengan merujuk kepada ucapan Perdana Menteri Malaysia pada 3hb Februari 1991: "Cabaran ketujuh adalah untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi...." [Sumber: Kertas kerja berjudul Malaysia: Melangkah Ke Hadapan (Wawasan 2020)].
"Penafian hak ke atas tanah yang dimiliki oleh rakyat bukanlah merupakan satu bentuk pendidikan yang baik kerana ini telah ditegaskan dalam inspirasi cabaran ketiga wawasan 2020: "Cabaran ketiga yang sering dihadapi oleh masyarakat Malaysia ialah usaha mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang menga-malkan saru bentuk persefahaman, matang dan demokrasi Malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun" (Sumber: Wawasan 2020).
"Pemotongan bekalan air, elektrik, telefon, pos dan sekatan pengangkutan awam ke atas kampung terbabit adalah merupakan saru bentuk kezaliman kepada rakyat dengan membelakangkan sifat perikemanusiaan. Akibat daripada itu, masyarakat kampung terpaksa menggunakan pelita dan mengambil air dari perigi sekali gus menjadikan kehidupan masyarakat di kampung terbabit semakin terhimpit dan serba kekurangan.
"Tindakan menyekat kemudahan infrastruktur rakyat di kampung terbabit benar-benar tidak mengambilkira nasib pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan semua kemudahan ini seterusnya menjejaskan penumpuanpendidikan harian mereka.
"Tindakan "rampasan" secara paksa ke atas sebidang tanah wakaf, dua buah masjid iaitu Masjid Kampung Pantai Kundor dan Masjid Kampung Pantai Merah dan sebuah surau benar-benar menyentuh sensitiviti umat Islam di mana menjadi kewajipan umat Islam untuk mempertahankan institusi ini dari dirobohkan.
"Tindakan kerajaan membayar pampasan dengan hanya menilai tanah dan rumah rakyat adalah tidak wajar. Kerajaan sepatutnya turut mengambil risiko yang dihadapi oleh rakyat di kampung terbabit yang rata-ratanya adalah nelayan, di mana kesan pemindahan ini telah menutup mata pencarian mereka.
"Kami menuntut supaya Kerajaan Persekutuan mengkaji semula Akta Pengambilan Tanah 1992 (pindaan) kerana akta ini secara jelas dipergunakan sehingga membelakangkan kepentingan dan hak rakyat. Rakyat bukannya menolak pembangunan tetapi menolak cara kerajaan mengambil tanah rakyat dengan menafikan hak rakyat di atas tanah milik mereka.
"Kami dengan ini mendesak supaya Yang Amat Berhormat Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, selaku Ketua Menteri Melaka agar meletakkan jawatan di atas penin-dasan yang dilakukan terhadap rakyat di mana rakyat menjadi "mangsa pembangunan", seterusnya terpaksa mempertahankan hak mereka dengan linangan air mata dan kekerasan oleh pihak berkuasa.
"Kami juga mendesak supaya ADUN kawasan terbabit iaitu Yang Berhormat Datuk Ali Rustam agar turut sama meletakkan jawatan di atas kegagalan beliau bagi mewakili suara rakyat, sebaliknya mewujudkan suatu suasana yang tegang dengan rakyat. Sekali gus tindakan beliau langsung tidak mengambil kira pandangan dan hasrat rakyat.
"Kami menuntut Kerajaan Negeri mengumumkan jumlah pampasan sebenar yang diperuntukkan oleh Perronas dan jumlah yang diagihkan kepada rakyat di kampung terbabit.
"Kami menuntut Kerajaan Negeri membawa permasalahan rakyat ke meja rundingan di antara masyarakat kampung terbabit, pihak Kerajaan Negeri dan pihak Petronas dengan mengambilkira tuntutan-tuntutan dan hak-hak rakyat. Seterusnya menilai kembali pampasan yang telah diberikan kepada rakyat dengan turut mengambilkira kerugian rakyat dari sudut punca pendapatan, di mana kebanyakan nelayan di kampung terbabit hilang mata pencarian akibat pemindahan ke kawasan jauh dari pantai.
"Sesungguhnya segala yang dinyatakan di atas adalah merupakan suara rakyat, di mana rakyat dengan terang menolak Akta Pengambilan Tanah 1992 (pindaan). Wajarlah bagi Kerajaan Persekutuan menilai semula kehendak rakyat. Kami masyarakat mahasiswa akan senriasa bersama rakyat dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan ini.
"Berdasarkan kepada sebab-sebab yang digariskan, kami berharap agar memorandum ini mendapat perhatian yang serius, seterusnya mempertimbangkan segala tuntutan-runrutan di atas."
Demonsrrasi pelajar itu berakhir sejam kemudian selepas wakil pelajar selesai menyerahkan memorandum pelajar. Doa dibaca dan turut diaminkan oleh pegawai polis beragama Islam yang hadir.
Mereka akhirnya berarak keluar daripada perkarangan Seri Negeri dan meneruskan 'demonstrasi ringkas' di jejantas berhampiran.
Dr Nasir Hashim melahirkan kegembiraan beliau terhadap perkembangan tersebut. Beliau juga berharap Anwar Ibrahim turut berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh para pelajar untuk membela nasib rakyat yang tertindas.
Mungkin kata-kata beliau itu boleh dianggap separuh benar kerana statistik rasmi kerajaan sendiri (1990) menunjukkan kadar kemiskinan di negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu berada pada paras 29 peratus hingga 36 peratus berbanding 17 peratus kadar kemiskinan negara. Malahan jurang antara golongan kaya dengan mereka yang papa kedana semakin melebar. Golongan petani, nelayan dan peneroka Felda terus terhimpit tanpa disokong oleh dasar pembangunan khusus bagi menyantuni mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment