Sunday, January 04, 2026

DAP Beri Masa DSAI untuk Menunaikan Janjinya.

 DAP Beri Masa 6 Bulan Untuk DSAI menunaikan janjinya..


DAP mengugut dan memberi amaran DSAI


“Jika Perdana Menteri Anwar Ibrahim gagal melaksanakan reformasi bermakna dalam tempoh enam bulan akan datang, DAP akan menilai semula peranannya dalam kerajaan” kata setiausaha agung parti Anthony Loke. (Malaysiakini, 9.9.25)


Kenyataan para pemimpin DAP boleh memberi gambaran bahawa mereka sedang menggugut DSAI. 


Kelemahan terbesar Kerajaan Perpaduan-Madani ialah PKR yang mengemudi kerajaan adalah parti minoriti berbanding DAP dan GPS. DSAI sangat bergantung harap kepada DAP, GPS dan UMNO-BN.


Ugutan DAP juga mengambarkan bunga-bunga  konflik dalaman kerajaan Perpaduan-Madani menjelang PRU 16 mula memekar. GPS, GRS, Warisan, PH dan lain-lain ada dua pilihan:


  1. Berada dalam satu pakatan bersama-sama untuk menghadapi PN

  2. Bertanding secara berasingan dan berkerjasama setelah PRU


PRU 16, kelihatan sukar bagi GPS kerana mereka akan menghadapi DAP di Sarawak manakala UMNO-BN risau kehilangan pengundi tegar mereka jika terus bersama DAP dalam PRU 16 nanti. Tidak hairan, Dr Muhammad Akmal Saleh memulakan langkah  awal memarakkan idea keluar kerajaan sebagai tekanan kepada PH agar tidak pandang sebelah mata pengaruh UMNO-BN.


DAP tak selesa dengan UMNO-BN. Mereka risau kehilangan undi tegar mereka jika terus berada sekumpulan dengan UMNO-BN. Pengikut akar umbi DAP tidak dapat menerima kerjasama dengan UMNO-BN.


Ketidakselesaan terus membakar apbila “DAP Sabah gagal meraih sebarang kerusi daripada lapan kerusi yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah”- RTM, 29.11.2025. Ia dilihat satu desakan kepada DAP agar menjauhi UMNO-BN.


Jika DAP atau UMNO keluar kerajaan sedia ada dengan mengekalkan sokongan kepada kerajaan sedia demi kelangsungan dan kestabilan politik. Tidakkah ia sama seperti tindakan PAS kekal menyokong kerajaan Perlis sehingga habis penggal?.


.UMNO-BN risau menjadi pembangkang kerana


  1. Tiada faedah menjadi pembangkang. Satu kenyataan yang ilkhlas dan jujur. Ia sesuai dengan ucapan Ahmad Maslan

  2. Pemimpin UMNO akan didakwa. Ia seperti kata Tun, “UMNO nampak marah kepada DAP, tetapi mereka juga sedar kalau mereka tidak berada dalam kerajaan, pemimpin mereka akan berhadapan dengan tindakan mahkamah. Sebab itu walaupun marah, mereka sebenarnya penyokong kuat DAP,” 



DSAI nak mula memberi ucapan untuk mempelawok orang ramai  alasan bukan mudah untuk melaksanakan reformasi. Kata beliau


“Kadang-kadang kita lupa, kalau KEADILAN ada 30 kerusi, PH 82 kerusi tetapi kita bicara macam kita kawal 222 kerusi Parlimen”


“Kita kena ingat, perubahan mesti dilakukan tapi mesti waras dan bijaksana, mesti faham harus runding dengan baik dalam kalangan semua parti.”


“Ini bukan mudah kerana masing-masing parti ada keutamaan  mereka, jadi kita harus mengemudi dengan bijak” Anwar Ibrahim (BH, 4.1.2026)


No comments: