“Kemenangan itu lebih utama daripada keadilan?”
Khalil
Jibril
Oleh
Mohamad Ridhwan Bin Alias
Perjuangan Islam bukannya miliki kita atau
jemaah kita sahaja. Perjuangan Islam milik semua orang yang beriman. Dan Islam
sendiri adalah milik manusia bukannya terhad kepada yang beragama Islam sahaja.
Syeikh Muhammad al Ghazali yang terkenal
dengan ketinggian ilmu merupakan mantan anggota Ikhwanul Muslimin yang dipecat.
Pemecatan tersebut tidak menurunkan martabat beliau sebagai pejuang Islam yang
diteruskan dalam bidang pendidikan. Pemecatan tersebut sekitar masalah
disiplin.
Kita cuba mengenali perjuangan dan pengalaman
Syeikh Muhammad al Ghazali.
Siapa
Syeikh Muhammad al Ghazali?
Pada suatu petang Imam Hassan Al-Banna menyampaikan nasihat ringkas mengenai
penjelasan hadits 'Bertakwalah kepada Allah
di mana pun kamu berada, ikutilah setiap perbuatan buruk dengan perbuatan baik,
tentu yang baik akan menghapusnya, dan pergaulilah manusia
dengan
akhlak yang baik’. Huraian hadith oleh al Banna
menyebabkan hati Muhammad al Ghazali tersentuh dan terus tertambat dengan
perjuangan Islam bawah pimpinan al Banna.
Menurut
Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali,[1]
tema pemikiran Syeikh Muhammad al Ghazali seperti di bawah
i) Kembali Kepada Pemikiran al-Qur’an Yang
Syumul
ii) Membebaskan Wanita Daripada Belenggu
Taqlid
iii) Memperbetulkan Kefahaman Agama
iv) Konsep Ijtihad
v) Kefahaman Sunnatullah
v) Peranan Akal dan Penyeruan Kepada Kemajuan
Umat
Syeikh
Muhammad al Ghazali dan Ikhwanul Muslimin.
Dalam konteks perjuangan gerakan Islam, Syeikh
Muhammad al Ghazali boleh dianggap ‘budak nakal’ dalam jemaah ekoran sikap
kritis terhadap jemaah dan kepimpinan Ikhwanul Muslimin. Dalam konflik dalaman
Ikhwanul Muslimin, beliau diletakkan dalam kelompok anti- Mursyidul Aam (Ustaz
Hassan al Hudaybi) sehingga terlibat dalam cubaan merampas kuasa kepimpinan
Ikhwanul Muslimin.
Syeikh Muhammad al Ghazali telah dipecat
daripada Ikhwanul Muslimin. Setelah dipecat beliau bergerak sebagai ilmuwan
Islam melalui Universiti al Azhar.
Seorang pemimpin Ikhwan pernah mengatakan ‘al Ghazali bukan saudara kita lagi’.
Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi telah membantah kenyataan pemimpin tersebut dengan
berkata ‘dia bukan saudara kita dalam
jemaah tetapi dia tetap saudara kita dalam Islam’.
Yusuf al Qaradhawi menjelaskan bahawa kekurangan
Ikhwan, ‘ apabila mereka mencintai
seseorang, mereka mengangkatnya sehingga ke langit ketujuh, dan jika mereka
membencinya maka dia akan dijatuhkan ke bumi yang paling bawah”[2].
Pemimpin dan anggota Jemaah Islam jangan mengkritik
dan mencaci pemimpin yang dipecat atau keluar jemaah, doakan mereka terus
bersama perjuangan Islam walaupun bukan bersama jemaah kita lagi.
Syeikh
Muhammad al Ghazali dan Penyertaan
‘Kerajaan Perpaduan’
Revolusi Mesir 1952 digerakkan oleh Pegawai
Tentera dengan dokongan pelbagai pihak termauk Ikhwanul Muslimin. Ikhwanul
Muslimin menghantar beberapa tokohnya seperti Syeikh Hassan al Baquri seorang
Ulama Universiti al Azhar sebagai Menteri dalam kabinet Kerajaan Revolusi
pimpinan Muhammad Naquib.
Sayyid Qutb ideolog Ikhwan sangat dihormati
oleh pimpinan Pegawai Muda yang melakukan revolusi. Ada sesetengah pimpinan
mereka pernah berbaiah dengan Ikhwanul Muslimin. Gamal Abdul Nasser sendiri
didakwa berbaiah dengan Ikhwan pada tahun 1946. Kelompok Pegawai Muda
menawarkan jawatan Menteri Pendidikan kepada Sayyid Qutb tetapi beliau menolak.
Kemudian Sayyid Qutb dilantik sebagai Setiausaha Agung Majlis Revolusi.
Bagaimanapun berlakunya masalah politik yang menyebabkan Sayyid Qutb mletakkan
jawatan.
Perselisihan mula berlaku apabila pimpinan
Ikhwan mengetahui bahawa Gamal Abdul Nasser menginginkan revolusi tersebut
milik dirinya sahaja. Gesaan Sayyid Qutb agar Islam dilaksanakan telah ditolak
oleh Majlis Revolusi.[3]
Fitnah politik dan mengadu domba telah
dicanang oleh kelompok Pegawai Muda sehingga berlaku pertembungan Nizam Khas
(pasukan rahsia Ikhwan) dengan para pimpinan Ikhwan. Gamal Abdul Naser berjaya
membuang perasaan hormat kepada pemimpin dalam kalangan pimpinan Ikhwan yang
lama dan muda. [4]
Krisis semakin memuncak. Ikhwan memutuskan
hubungan dengan kerajaan Revolusi. Syeikh Hassan al Baquri diarahkan
keluar dan meletak jawatan dalam
kabinet. Malangnya beliau mengingkari arahan pimpinan ikhwan.
Syeikh Muhammad al Ghazali dan sahabat-sahabatnya
seperti Ustaz Salih Ashmawi dan Muhammad
Suhaimi masih bersangka baik dengan dengan Kerajaan Revolusi. Natijahnya,
beliau dan rakan-rakan melawan Mursyidul Aam. Keadaan semakin tidak terkawal
apabila sebahagian pengikut anti Mursyidul Aam merampas pejabat Ikhwan. Selepas
krisis rampasan pejabat Ikhwan berjaya diselesaikan. Syeikh Muhammad al Ghazali
dan beberapa sahabatnya dipecat daripada
Ikhwanul Muslimin ekoranmasalah disiplin dalam berjemaah.
Merebut
Baju Amanah
Baju amanah adalah ‘pakaian kekuasaan’ yang
dipakaikan Allah melalui bai’ah rakyat. Kisah yang berlaku pada zaman Khalifah
Uthman al Affan perlu dijadikan pengajaran kepada pihak yang mahu berebut
kekuasaan dengan berkonflik sesama sendiri. Pihak penentang Khalifah Utsan
memberi tiga pilihan kepada beliau .
Pilihan tersebut ialah
1.
Menyerahkan kekuasaan kepada
penentang
2.
Penentang boleh pilih pemimpin
mengikut kehendak mereka
3.
Dibunuh
Jawab Saidina Uthman “adapun keinginan mereka agar aku mengundur diri maka aku tidak akan
melepaskan pakaian yang telah dipakaikan oleh Allah”.
Kenyataan Saidina Uthman bukanlah bermaksud
beliau tamak dan gila kuasa. Kekuasaan politik adalah amanah dan tanggungjawab.
Ia juga melihat kesan ekoran pemberian kekuasaan kepada pihak yang tidak
amanah. Justeru tepat sekali tindakan dilakukan oleh Sadina Uthman dalam
menangani pihak penentangnya mengkritik dan mahu menumbangnya. Fahaman Saidina
Usman diteruskan politik PAS melalui kenyataan Tuan Guru Fadzil Noor, ‘tiada ruang meletak jawatan dalam Islam’
Mengkritik mudah sekali tetapi jika kita
diberi tanggungjawab, barulah kita tahu peritnya. Penulis melihat ahli gerakan
Islam bahkan pemimpin mereka yang gemar mengkritik perlu diberi peluang sebagai
pentadbir dalam jemaah Islam yang disayanginya. Moga mereka merasai keperitan menguruskan
pelbagai masalah.
Syeikh Muhammad al Ghazali pernah menemui
Muryidul Aam ketiga Ikhwan, Ustaz Umar Tilmisani dalam usaha bekerjasama dan
menyumbang untuk Islam . Beliau ditanya oleh Ustaz Umar ‘kamu tahu pekerjaan ini(memimpin Ikhwan) merupakan beban berat yang
terpaksa kupikul dan kuterima?. Muhammad al Ghazali menjawab ‘aku tahu hal itu. Kerana itu bermatlamat
tampil di depan dan tidak inginkan jawatan. Orang seperti anda sangat berhak
mendapat perlindungan dan bimbingan Allah’.
Sesiapa yang memegang baju amanah perlu
menerjang badai yang datang dari luar dan dalam jemaah sendiri. Dalam jemaah Islam
seperti PAS, baju amanah ini dibenar direbut melalui pertandingan berdasarkan
perlembagaan. Pertandingan memberi bertanggungjawab untuk berbakti kepada agama
dan negara. Jadi para pemimpin yang layak perlulah menonjolkan diri untuk
mengapai baju amanah tersebut dan dicalonkan oleh perwakilan.
Jika tiada pilihan, ahli jemaah Islam perlu
memilih seorang tokoh yang dilihat ‘penyatu atau penstabil jemaah’ walaupun
karisma, idealisme dan kekuatan kepimpinan tiada.
Walaubagaimanapun, tokoh ini wajib mendapat
suara majoriti ahli jemaah. Perkara pernah dialami oleh Mursyidul Aaam kedua
ikhwan, ustaz Hasan Hudaybi.
Muhammad al Ghazali menyatakan ‘ Ustaz Hasan Hudaybi tidak pernah berupaya
untuk memimpin Ikhwanul Muslimin, tetapi Ikhwanlah yang meminta beliau
memimpinnya. Ketegasan dan keistiqomahannya berhak diketahui oleh setiap orang.
Beliau tidak pernah berkeluh kesah atau mundur kerana musibah atau ujian.
Sehingga usia yang sudah senja pun beliau tetap memiliki keimanan yang mendalam
dan optimisme tinggi.’
Sambung Muhammad al Ghazali lagi ‘Tidaklah salah jika dikatakan bahawa
kesabaran yang mengukuhkan imannya itu menjadikannya lebih mulia dalam
pandangan saya. Musibah yang menimpa diri dan keluarganya secara bertubi-tubi
tidak mengikis sifat jujurnya dalam menghukumi masalah. Bahkan, tidak
membuatnya surut dari manhaj Jamaah Islamiyah, malah sebaliknya. Saya
menemuinya setelah berbagai musibah berlalu untuk memperbaiki hubungan
dengannya. Semoga Allah Ta'ala mengampuni kita semua’.
Ustaz Hassan al Hudaybi memang kelihatan lemah
pengaruhnya tetapi dalam muktamar tidak pernah kalah. Beliau adalah tokoh
penyatu dan penstabil Ikhwan . Tanpanya krisis kepimpinan Ikhwan semakin parah
kerana dalam Ikhwan mempunyai ramai pemimpin berbakat dan berpotensi yang boleh
menyebabkan berlakunya konflik kepimpinan.
Muhammad al Ghazali adalah ‘musuh politik’
Ustaz Hasan al Hudaybi dalam konteks politik dalaman Ikhwanul Muslimin.
Permusuhan ini hanyalah dari segi idealisme dan pendekatan. Walaupun, pihak
penentang Ustaz Hasan al Hudaybi termasuk Muhammad al Ghazali melakukan
tindakan politik yang ekstrem dengan melakukan rampasan kuasa dalam Ikhwan.
Krisis ini dilihat krisis peribadi dan antara kem pemikiran dalam Ikhwan.
Para penentang dalam jemaah Islam, gunakanlah
peluang muktamar untuk bertanding melawan pimpinan yang sedia ada. Bertanding
dan lawan secara sihat melalui jalan yang sudah ditentukan oleh jemaah Islam,
bukannya terus menanam budaya munafik dengan fitnah dan kenyataan jahat
tindakan yang tidak bermoral.
Kaum
‘Jiwa Pemberontak’ Dalam Jemaah
Kaum ‘jiwa pemberontak’ adalah kemuncup dalam
sesebuah gerakan Islam. Mereka bukan musuh, mereka adalah sahabat yang
kegatalan dan suka mencuit kepimpinan. Mereka banyak idea, terlampau
bersemangat, tak sabar nak menang, tergesa-gesa dalam melangkah dan menjadi
‘bahasa perantaraan kedua’ bagi pihak yang tak berpuas hati keputusan mesyuarat
atau pendapat pimpinan lain.
Tuan Guru Haji Fadzil Mohd Nor mengelarkan
diri mereka sebagai ‘budak nakal’. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memanggil
mereka bersemangat ‘pepsi cola’. Istilah Rashid Ghannousshi ‘gangguan’.
Mereka mudah dikesan dalam tulisan yang tidak
puas hati dengan pemimpin, mengkritik parti dan mudah melabel pada seseorang
pemimpin. Mereka cuba mengagaskan perubahan yang dirasakan perlu tetapi tidak
dapat sokongan popular. Akhirnya, mereka mabuk dengan akal-budi sendiri
sehingga hampir terbabas daripada landasan perjuangan.
Bagi penulis, mereka melakukan ijtihad tetapi
tersalah dan menggunakan pendapat minoriti untuk ‘merampas kuasa’ pendapat kepimpinan.
Mereka mahu majoriti memenuhi hasrat mereka dan mereka tidak berjaya.
Sewajarnya, jika pendapat kita minoriti, kita harus akur kepada pendapat
majoriti selagi pendapat majoriti tidak melanggari al Quran dan sunnah. Jika
tidak, mereka harus keluar parti atau bertawaquf.
Perkara sebegini pernah berlaku dalam
kehidupan Syeikh Muhammad al Ghazali. Beliau mahu perubahan dalam pendekatan
Mursyidul Aam, Ustaz Hassan al Hudaybi. Darah muda ketika membuat beliau
terlibat dalam usaha menurunkan ustaz Hassan al Hudaybi daripada kepimpinan.
Natijahnya, beliau bersama-sama sahabt beliau telah dipecat.
Kehadiran
Pemimpin Ekspres
Penghijrahan ramai manusia yang pelbagai latar
belakang mengusarkan kerana tidak mengetahui akan niat mereka. Kita tahu orang
terbaik pada zaman jahiliah adalah orang terbaik pada zaman Islam. Cuma
bersikap berhati-hati sangat perlu dalam mengangkat seseorang pemimpin baru
berbakat.
PAS merupakan organisasi yang baik, mudah
berbaik sangka dan percaya kepada ahli baru. PAS mengamalkan keahlian terbuka
berdasarkan keupayaan individu melalui prestasi, pengaruh dan komitmen yang
dinilai oleh para perwakilan. Berbanding dengan jemaah Islam lain yang
mempunyai pemeringkatan dalam sistem keahlian mereka. Sebagai contoh, ahli
biasa, ahli aktif, ahli teras dan ahli kehormat.
Untuk rekod PAS pernah melantik ahli baru sebagai Timbalan Ketua Penerangan,
Setiausaha Agung, Naib Presiden bahkan Dr Burhanuddin al Helmy dilantik sebagai
Yang Dipertua PAS setelah 11 hari menjadi ahli PAS!.[5]
Ada sesetengah pemimpin gerakan Islam berjuang
di sebalik tabir akibat beberapa kekangan. Perkara ini berlaku pada Imam Hassan
al Hudaybi, anak didik Imam Hassan al Banna yang berjuang di sebalik tabir.
Kehadiran al Hudaybi sebagai seorang pemimpin tertinggi amat mengejutkan
pemimpin senior Ikhwan.
Di Malaysia kita dikejutkan bahawa Prof Ahmad
Ibrahim dan Aminuddin Baki adalah seorang yang pro PAS. Ustaz Hassan al Hudaybi adalah ahli usrah khusus
dan menyertai aktiviti khusus bersama al Banna. Beliau juga adalah penasihat
dalaman al Banna. Pada malam kematian al banna, al Banna datang ke rumah Ustaz
Hassan al Hudaybi. Ustaz Hassan Hudaybi sendiri membantah pertemuan itu
diteruskan tetapi ia tidak dipersetujui oleh al banna.
Kehadiran pemimpin yang ekspres meningkat
dalam jemaah Islam sudah tentu mengusarkan pemimpin senior. Ustaz Hassan al
Hudaybi sebagai contoh, beliau adalah bekas Hakim yang lama berkhidmat dengan
kerajaan, berada disebalik tabir dan lambat muncul diri sebagai pimpinan
menyebabkan fitnah dan salah faham mula berlaku dalam Ikhwan. Tidak hairanlah
anak muda yang bersemangat tinggi seperti Syeikh Muhammad al Ghazali menentang
peningkatan mendadak dan pendekatan beliau.
Kelemahan
Kepimpinan
Setiap pemimpin ada kelemahan yang tersendiri.
Kita mudah mencari kelemahan berbanding memuji kekuatan dan kejayaan seseorang
pemimpin.
Pemimpin mesti akur dengan keputusan
mesyuarat. Mesyuarat dilakukan dalam perkara ijtihad bukannya dalam perkara
yang sudah ada nas al Quran dan hadith. Bahaya yang besar jika mesyuarat
dikuasai oleh pihak bernafsu politik kekuasaan
yang mengalahkan politik dakwah.
Dalam membuat keputusan, ada keputusan
pimpinan yang tersalah langkah atau tidak digemari oleh segelintir pimpinan
yang lain. Kesilapan ini haruslah dimaafkan diatas kesalahan ijtihad seseorang
pemimpin dan majlis syuranya. Pemimpin jemaah Islam bukanlah para nabi yang
maksum daripada dosa. Kesilapan pimpinan seringkali berlaku ekoran kelemahan
akal dan kekurangan maklumat seseorang.
Jangan noktahkan pemikiran kita dengan dendam
kesumat bahawa pemimpin yang melakukan kesilapan mesti dinyahkan daripada
jawatannya. Pemimpin itu harus dibenci.
Iman
Hasan al Banna pernah menasihati jiwa memberontak Sheikh Muhammad al Ghazali
dengan menyatakan ‘jangan sekali-sekali
ada unsur negatif [dendam] di hatimu terhadap seseorang tetapi jangan berhenti
daripada mengharapkan petunjuk buatnya!’. Jangan kita berdendam dengan seseorang tetapi berdoa untuk
mereka dengan mengharapkan petunjuk Allah meluruskan keputusan yang akan
dilakukan oleh mereka.
Semangat
dan Jiwa Muda Mengelabui Jalan Perjuangan: Satu Penginsafan
Apabila melihat kezaliman dan permusuhan Gamal
Abdul Nasser terhadap islam dan dakwah ikhwan, beliau terus mengubah sikap.
Beliau memuji keberanian dan kesabaran Ustaz Hassan al Hudaybi dalam menghadapi
dugaan tersebut. Selepas Ustaz Hassan dibebaskan, terus beliau menziarahi dan
berjabat tangan dengan penuh penghormatan dan persaudaraan.[6]
Semangat anak muda melahirkan sikap gopoh
dalam perjuangan, akal pendek dalam bertindak dan suka melawan pemimpin atau
ketua. Mereka juga mengharapkan
perubahan berlaku dengan cepat. Mereka juga kagum dengan kekuatan fizikal dan
akal mereka. Tetapi tiada penglaman. Pengalaman bagaikan roda kereta. Sehebat
mana kereta dan jalan raya, tanpa roda ia tidak membawa ke mana-mana.
Pengalaman memerlukan usia. Usia yang dimiliki oleh orang lama. Oleh itu orang
muda perlu bimbingan orang lama dalam bertindak.
Orang muda adalah pelaksana
Bukan pemikir.
Orang Muda berkampung dengan lumpur
Bukan hanya menulis di kerusi empuk dengan starbuk!
Orang muda membaca, berwacana dan menulis
untuk menghasilkan tindakan.
Orang muda
hidupnya mesti berjasa.
[1] Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali adalah tokoh ABIM yang banyak mengkaji
pemikiran tokoh gerakan Islam. Beliau banyak menulis buku, kertas kerja dan
artikel. Antara blog yang boleh dirujuk adalah Minda Madani.
[3] Fauzi Zakaria, Pengaruh
Pemikiran Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam di Malaysia, KL: Jundi, 2007
[5] PAS pernah bercadang
melantik Anwar Ibrahim sebagai YDP PAS pada awal 1980an tetapi harapan tersebut
hancur berkecai apabila pemimpin harapan gerakan Islam di Malaysia itu masuk
UMNO.
No comments:
Post a Comment