Saturday, October 08, 2016

Menolak BERSIH 5



1. Pertamanya, kita menghormati mana-mana pihak yang mahu melakukan demonstrasi aman selagi tidak menyalahi syarak dan undang-undang negara. Demonstrasi aman untuk menunjuk rasa bukannya menjatuhkan kerajaan.

2. Demonstrasi aman perlu mengunakan pendekatan aman dan damai, jika sudah bermula bibit-bibit rasis, sentimen kebencian dan provokasi, sebaiknya ia dibatalkan. Ia tidak menguntungkan majoriti rakyat. Jangan sampai usaha menghilangkan kemudharatan yang besar menghasilkan kemudharatan yang lebih besar.

3. BERSIH 5 dilihat gelanggang yang dipenuhi hiasan bersifat sementara nan palsu. Walaupun kita gembira dengan ukuran kehadiran peserta yang begitu ramai, hakikat sebenarnya, gabungan BERSIH adalah rapuh dari segi kekuatan dan kesepakatan politik. Tanpa kekuatan dan kesepakatan politik, usaha BERSIH dilihat kurang berkesan.

4. BERSIH 5, kehadiran BERSATU yang dimentori oleh Tun M menunjukkan pendokong BERSIH 5 hanyalah ‘bahan mainan’ oleh para gergasi politik negara. Ia sekitar permainan NGO beragenda, dan parti-parti politik yang sukar untuk bersepakat dan bersatu. Generasi era ‘reformasi’ dan pro keluarga DS Anwar Ibrahim sukar untuk menerima Tun M.

5. Kita mahu mengetahui dari mana dana kewangan badan-badan/individu penggerak BERSIH 5 diperolehi..

6. BERSIH 5 berperanan memberitahu dunia, pemberitahuan ini dan kelemahan kepimpinan negara oleh pemerintah sekarang bakal menjejaskan reputasi Malaysia di mata dunia dalam jangka masa panjang dan membebankan rakyat dikala negara mengalami kelembapan ekonomi. Ia bakal memberi kesan kepada  kehidupan majoriti rakyat bukannya kelompok elit yang hanya mahu menang dalam pilihanraya.

Saranan

1. Selesaikan dalam pilihanraya. Seburuk-buruk PRU masih menerima kemenangan di Selangor dan Pulau Pinang.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...