Saturday, September 30, 2017

Fenomena Takfiri Dan Menyelesaikan Dengan Kaedah ILMU


Kita menolak sifat bermudah-mudahan mengkafirkan orang lain.
Akhir-akhir ini ada pihak yang menuduh orang lain mengkafirkan mereka. Mereka merasakan diri mereka dikafirkan. Mereka merasakan diri mereka mangsa.
Ustaz Alias Othman menyatakan ada beberapa kelompok yang sering berkaitan dengan fenomena takfiri iaitu
1. Kelompok yang terlalu mudah mengkafirkan orang lain padahal orang tersebut masih muslim.
2. Kelompok yang berpendirian kita tidak boleh menghukum orang lain kafir walaupun seseorang itu jelas kekafirannya dan murtad.
3. Kelompok  yang menjadikan permasalahan kafir sebagai alat mengelirukan umat Islam supaya membenci, menjauhi dan memusuhi kelompok tertentu.
4. Kelompok yang jelas melakukan perbuatan kufur yang boleh mengeluarkannya daripada Islam tetapi bila diberitahu tentang hakikat perbuatannya beliau tidak mahu menerima hakikat.
5. Kelompok yang jahil membezakan antara kekafiran individu dan kekufuran sesuatu ideologi, aliran, institusi dan organisasi.
**
Dr. Abdul Rahman Abdul Khalid dalam bukunya, Garis Pemisahan Antara Kufur dan Iman menyatakan perkara yang membatalkan iman ialah
1. Menentang hikmat syariat
2.Menghukum dengan yang lain selain dari hukum Allah
3. Mempersendakan muslim kerana Islamnya dan memusuhinya kerana beliau berpegang teguh kepada agama.
4. Bekerjasama dan menolong musuh Islam
5. Merelai perleluasan kemungkaran
**
Maulana Zakariyya menyatakan dengan ilmulah seseorang itu akan FAHAM batas-batas IMAN dan KUFUR yakni syarat-syarat seseorang itu MUSLIM dan sebab-sebab yang boleh menjadikan seseorang itu KAFIR.
Justeru, para ulamak termasuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang seringkali menjelaskan bahawa fenomena takfir perlu diselesaikan dengan kaedah ILMU bukannya sentimen,

Hanya kaedah ILMU dan mengakuri ILMU dengan menurunkan keegoan membolehkan kelompok-kelompok yang dinyatakan oleh Ustaz Alias Othman menyelesaikan permasalahan takfir ini.

Politik Adalah Persoalan Aqidah.


Para pemikir Islam berbeza pandangan sama ada politik itu persoalan aqidah atau muamalat. Kedua-duanya adalah betul berdasarkan konteks.
Dalam sejarah Islam, peringkat awal sebelum Khalifah Ali, perbalahan politik tidak bersangkut paut dengan persoalan aqidah. Setelah kematian Ali, perbalahan politik menghasilkan pertembungan antara aliran Islam sehingga terhasil aliran yang sesat seperti Khawarij, Syiah dan Muktazilah. Walaupun aqidah mereka berbeza tetapi perundangan Islam masih dikekalkan. Mereka sendiri masih Islam dari segi ibadah walaupun aqidah dan feqah mereka berbeza.
Setelah tumbangnya Daulah Uthmaniyyah, pemikiran asing telah menular dalam kalangan pemimpin dan intelektual Islam. Antara pemikiran tersebut ialah sekularisme, materialisme dan sainstisme. Pemikiran asing (baca: Barat) telah memisahkan antara Islam dengan duniawi. Justeru, gerakan Islam berusaha mengembalikan Islam dalam kehidupan manusia sehingga aqidah Islam kembali bertapak. Disinilah timbul persoalan aqidah dalam perjuangan politik. Persoalan ini jugalah yang akhirnya mewujudkan fenomena takfiri.
**
Sesetengah Islamis berjuang bersama-sama sekularis lebih suka menangguh pelaksanaan syariat Islam dan melakukan Islamisasi secara berfasa-fasa. Mereka bukan tak mahu melaksanakan perundangan Islam tetapi mahu dilaksana mengikut pendekatan yang berlainan (ijtihad berbeza)
Islamis sebegini tidak salah. Pelaksanaan perundangan Islam berdasarkan konteks dan Fiqh keutamaan.
Persoalan yang timbul, adakah pendekatan ini menguntungkan Islam?. Setelah 60 tahun lebih kita merdeka, kita masih bersifat menangguh dan berfasa-fasa sedangkan peluang dan ruang sudah ada didepan mata (seperti RUU 335).
**
Fenomena Takfiri dan pertembungan sesama Islamis ini perlu diselesaikan menurut Kaedah ILMU. Ilmu yang digali daripada Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ Ulamak dan Qiyas.

Menurut Maulana Zakariyya al Kahdalawi, pertimbangan hanya ke atas perkara-perkara yang kamu telah tahu keadaannya (dengan pro atau kontranya). Keputusan ini dapat diambil jika seseorang itu sudah mendalami dalil-dalil dan hujah-hujah kedua-dua pihak.

Friday, September 29, 2017

Rasis


Setiap individu mempunyai sifat rasis. Bezanya ialah kecil atau besar, ekstrem atau tidak dan terkawal atau tidak.
Sifat ini hampir mustahil dihilang sepenuhnya terutamanya dalam kalangan rakyat bawahan.
Sifat ini boleh dikendurkan bila melibatkan kepentingan bersama seperti dalam politik, ekonomi, ideologi dan lain2.
Islam antara ubat mujarab kerana tauhidik dapat mencair sifat rasis. Lihat rangkuman bangsa yang beragama Islam. Islam menghilangkan kasta kerana segalanya dinilai atas sifat taqwa.
Kes dobi mesra muslim adalah persoalan menyediakan alterbatif bukannya rasis.
Jika nak diikut rasis, mana lebih rasis orang cina atau orang melayu?
Sejarah membuktikan orang melayu bersifat paling muhibbah.sebab bangsa laindan imigran boleh hidup sejahtera di tanah melayu.

Berbanding pemerintahan kejam Rejim Komunis selama 14 selepas kekalahan Jepun dan kemenangan besar PRU tahun 1969 dimana Gerakan dan DAP telah berdemontrasi bagaikan menguasai Kuala Lumpur.

Islam ‘Ideologi’


Islam Kiri, Islam Sosialis, Islam Liberal, Islam Plural, Islam Hadhari dan sebagainya.
Yang berbicara tentangnya bukan kepalang orang. Islam dan sosialisme dinyatakan oleh tokoh gerakan Islam Mustafa as Sibaei dan Tjokroaminoto.
Kita boleh bersangka baik terhadap mereka kerana kita tidak mengetahui [1] niat dan [2] konteks sebenar istilah tersebut dikemukakan.
**
Islam tidak perlu ditampal dengan ideologi untuk menampakkan sifat progresif dan popular. Islam sudah sempurna dan lengkap.
Cuba hayati Prinsip [1], prinsip [2] dan prinsip [3] dalam Rukun Faham Imam Hassan al Banna.
**
Si penyampai/penggagas Islam yang ditampal ini adalah manusia biasa yang tidak maksum walaupun mereka ulamak yang berilmu dan popular.
Kita mengikuti HUJAH ulamak bukannya kerana populariti seseorang dan keperibadian (sahsiah) seorang ulamak.

Cuba hayati Prinsip kelima, prinsip keenam, prinsip ketujuh dalam Rukun Faham Imam Hassan al-Banna.

Diabolisme Intelektual


Istilah ini dipopular oleh Dr Syamsuddin Arif.
Asas istilah ini ialah ‘Kesalahan Iblis bukan kerana ia tidak tahu dan tidak berilmu. Kesalahannya kerana ia membangkang, menganggap dirinya hebat dan melawan perintah Allah SWT’.
Dr Syamsuddin Arif mencirikan intelektual diabolik berdasarkan rujukan al-Quran: [1] selalu membangkang dan membantah. Tahu tentang kebenaran tetapi tidak mahu menerimanya. [2] bersikap takabbur dan [3] menyembunyikan kebenaran.
**
Sesetengah kalangan ulamak dan intelektual seringkali mengemukakan pandangan minoriti demi kepentingan tertentu terutamanya perniagaan dan politik.
Tidak salah mengunakan pandangan minoriti tetapi paling baik menerima dan mengamalkan pandangan majoriti ulamak atau sarjana.
Kita menghormati pandangan dan pengamalan sama ada pandangan ulama minoriti atau majoriti. Kita perlu melihat konteks dalam memberi pandangan dan pengamalan sesuatu amalan agar tidak menimbulkan konflik dan kekacauan. Hormatilah pandangan majoriti ulama setempat dalam persoalan khilaf.

Paling penting, ukhwah terjaga dan tiada fitnah.

Tuesday, September 26, 2017

Gerakan Islam dan Politik

Kenapa Islamis kena berpolitik?
Kenapa parti Islam kena wujud?
Sebab Islam akan lebih rosak di tangan sekularis dan parti sekular.
Islamis dan parti Islam tidak maksum dan tidak sempurna. Paling kurang mereka mahu Islam sebagai solusi dan secara keseluruhan dalam lemah dan ketidaksempurnaan mereka.
**
Untuk memahami ISLAM, kita memerlukan ILMU. Ilmu alat untuk TAHU. Tahu tentang APA?. Tahu tentang ALLAH SWT. Tahu tentang Allah ialah menYAKINI Allah itu ADA. Tahap keyakinan itu adalah tahap IMAN kita. Asas ilmu dalam Islam ialah rangkuman ilmu AQIDAH, ilmu FEQAH dan ilmu TASAWUF.
Dengan ilmu menghasilkan iman. Darjah Iman dan Taqwa berdasarkan sejauhmanakah TAAT kita kepada Allah SWT. Taat  kepada Allah itu syarat kepada kejayaan dan kemenangan dalam kehidupan beragama. Taat kepada Allah SWT dengan menjadikan Islam sebagai solusi dan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.
Tolak Sekularisme.
*****
Orang yang FAHAM Islam akan menolak ‘ideologi’ kerana ideologi bukan sekadar wacana pemikiran tetapi satu kefahaman yang mempengaruhi tingkah laku sosial (cara hidup) seseorang individu. Ideologi tidak menjejaskan seseorang individu sebagai seorang muslim tetapi menonjolkan seorang muslim itu mengalami kekeliruan dalam berIMAN.
Kenapa menyakini (atau mengimani) sesuatu ideologi selain daripada Islam? Tidak cukupkah dengan Islam?.
***
Perkembangan sekularisme dan sekularisasi tidak menghalalkan kita menerima ideologi tersebut kerana Islam sudah lengkap dan sempurna..
Permasalahan manusia yang sebenar, secara fitrah dan asas ada dalam al-Quran dan penyelesaiannya ada dalam al-Quran. Al-Quran banyak mengubah manusia lebih bertamadun dari segi spritual, intelektual dan fizikal. Bangsa Arab, Suluk, Mewat, Badwi, Chechen, Turki, Monggol yang terkenal l-sebagai gasar menjadi lebih bertamadun dengan suluhan al Quran.
**
Kalau kita boleh menerima ekonomi liberalisme, ekonomi sosialisme dan komunisme, kenapa tidak boleh menerima sistem ekonomi Islam?.


Wednesday, September 13, 2017

Nota Nik Aziz

Bunyinya kira-kira begini:
Bukan saya tidak kisah kepada perjuangan PAS, tetapi saya lebih kasih kepada perjuangan Islam. Kita bukan pejuang PAS di atas sifat PAS sebagai sebuah parti, tetapi kita adalah pejuang Islam. Kita berjuang dalam PAS kerana unsur Islam yang dibawanya.
Selagi kita berjuang untuk Islam, kita akan terus kekal kerana Islam itu tetap kekal hingga sampai ke hari kiamat. Dalam semangat itulah, saya akan membuat perubahan dalam pimpinan parti pada pagi esok (Sabtu).
Dalam semangat itulah juga saya mengharapkan penerimaan, wala' dan sokongan. Elakkan prasangka dan salah sangka. Kita perlu melangkah ke hadapan. Hentikan atau kurangkan cakap-cakap yang tiada faedah. Tumpukan perhatian untuk bermuhasabah, berzikir, berfikir dan bertahannuth.
Berkhidmatlah untuk menampilkan wajah Islam yang mesra dan sejahtera mulai sekarang kerana sememangnya itulah Islam. Jangan leka untuk menjejaki gerak-geri musuh baik dari dalam mahu pun dari luar. Musuh boleh datang dari nafsu jahat di dalam diri kita sendiri.
Musuh juga boleh muncul daripada golongan munafik yang mungkin boleh terdiri daripada kalangan kita. Kita perlu mengatasi dan menangani musuh-musuh dalaman ini sementara menghadapi musuh Islam sebenar yang telah sama-sama kita kenal.
Rekaan nafsu semata-mata
Kita perlu masuk ke dalam Islam secara kaafah (sepenuhnya) kerana Allah SWT telah berfirman dengan maksud: Hai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”(al-Baqarah : 208)."
Terdapat hanya dua perkara di hadapan kita sekarang. Sama ada kita menjadi orang beriman yang memasuki dan menerima Islam secara keseluruhan dengan menjadi mukmin sebenar, atau menurut separuh-separuh kerana mengikuti jejak langkah syaitan.
Pilihlah sama ada kita mahu menurut Allah keseluruhan atau mengambilnya separuh-separuh yang sudah dikira menurut syaitan. Dalam ruh ayat ini, tidak menerima Islam secara keseluruhan itu pun sudah dikira menolak Islam dan mengambil syaitan.
Kita perlu ingat pula bahawa syaitan itu boleh terdiri dari kalangan syaitan asli atau juga syaitan dalam bentuk pemikiran yang karut-marut dengan segala macam pengaruh dari isme buatan manusia. Di sini, samada kita menurut kehendak Allah atau menurut kehendak syaitan.
Kehendak ketiga - atau yang disebut juga sebagai atas pagar - itu tidak ada. Itu rekaan nafsu semata-mata.
Janganlah kita sekali-kali menyimpang dari jalan ini kerana Allah SWT telah memberi amaran dengan firman bermaksud: Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Perkasa (berkuasa untuk bertindak) lagi Maha Bijaksana (untuk memberi nasihat). “(al-Baqarah : 209).
Anggaplah ujian yang kita sedang lalui pada musim ini dan akan datang sebagai kelaziman bagi orang beriman. Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul (sendiri pun) dan orang-orang beriman bersamanya: “Bilakah datang pertolongan Allah?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (al-Baqarah : 214).
Mari kita terus berkorban kerana Allah SWT telah berfirman dengan maksud: Dan antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.” (al-Baqarah : 207).
Kita tidak boleh lari dari terus berkorban demi mencari keredaan Allah. Perbetulkanlah hati. Perbetulkan niat. Perbetulkan amal. Beristiqamahlah. 'Pulau itu' milik kita, insya-Allah.
Menyentuh tentang kejayaan, pejuang Islam telah disediakan dengan pelbagai unsur kekuatan. Jika kekuatan itu datang daripada kebendaan, telah lama Rasulullah SAW memilih tawaran harta benda Abu Jahal untuk membeli undi dan sokongan.
Begitulah juga dengan pangkat dan kedudukan. Hakikat kita miskin dan ditekan oleh pihak yang lebih berkuasa dan berkedudukan menandakan yang kita menyerupai ciri-ciri pejuang Islam yang sebenar.
Mari kita semak, siapa yang mempunyai kuasa dan menyalahgunakan kuasa? Siapa yang kaya dan menyalahgunakan kekayaan dan wang rakyat untuk membeli undi serta sokongan?
Jika jawapannya tidak berada “di dalam kita”, bahkan amat nyata berada di dalam parti yang melawan kita, maka kita tidak perlu bimbang. Pihak yang bergantung kepada duit, media, kuasa, akta dan auta sesungguhnya berada d pihak yang lemah.
Kita kuat. Dia yang lemah. Cuma kita gagal untuk menyusun dan mengadunkan kekuatan kita. Ini soal masa dan ramuan yang tepat. Masanya sahaja belum tiba untuk kita menumbangkan mereka.
Di sini, saya mahu mengajak semua pejuang Islam, termasuk saya untuk menyemak kekurangan diri. Sudahkah kita menggunakan segala kekuatan dan “senjata orang mukmin” yang disediakan oleh Allah SWT?
Sudahkah kita memiliki syarat-syarat yang cukup untuk dianugerahkan kemenangan? Mungkinkah kemenangan tipis kita di Kelantan ini adalah satu bentuk “teguran dari langit” untuk mengejutkan sesiapa jua yang leka?
Dengan kelekaan itulah barangkali, kemenangan besar kita masih tertangguh. Kemenangannya masih digantung di langit awan.
Izinkan saya mengajak semua orang untuk menyemak diri dan orang-orang yang berada di sekeliling diri. Wallahua’lam.”
Ringkasnya taqwa
Itu adalah petikan yang saya notakan dari matan pemikiran Tok Guru sewaktu beliau memimpin usrah Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan pada 12 Safar 1425 bersamaan 2 April 2004 di Dewan Zulkifli, Kota Bharu, Kelantan.
Catatan ini kemudiannya disemak dan disesuaikan sendiri oleh beliau pada 4 April 2004 yakni dua hari kemudian.
Disusun oleh An Bakri, mantan SU MB Kelantan TG Nik Aziz.

sumber: Malaysiakini

Saturday, September 09, 2017

Dari Tesis Ke Anti-Tesis Gerakan Islam


Dalam berorganisasi, tanpa sifat sabar dan berjiwa besar, seseorang itu mudah kecundang. Apatah lagi dalam gerakan Islam, luka akan bernanah apabila merasai didalamnya hanya  ada kesucian yang palsu dan khayali. Maka, ingatlah dalam gerakan Islam, kita bukan hanya ketemui malaikat tetapi bersemuka dengan syaitan dan binatang yang bertopengkan agama. Berwaspada dan bersabarlah!!.
Maka bertemulah mereka budaya taksub, jumud, menguasai diri pengikut secara belebihan, berhujah agama dalam menghalalkan sesuatu perkara dan doktrinisasi dalam berjemaah. Mereka bertemu pemimpin dan ahli gerakan Islam yang fanatik dan ekstrem. Ingatlah kepelbagaian latar belakang dan pemikiran, akhlak dan sifat ahli itu bakal menguji kesabaran kita. Ia boleh meningkatkan jumlah pahala dan menambah dosa kita. Carilah pahala.
Keadaan ini bertambah parah di peringkat mahasiswa dan anak muda yang mencari identiti dan bersifat memberontak. Mereka mula melawan kepimpinan gerakan Islam.
Natijahnya, mereka telah bertindak:
1.       Keluar daripada gerakan Islam dan memusuhi gerakan Islam
2.       Keluar gerakan Islam dan diam tanpa berita.
3.       Tidak aktif tetapi masih menyokong atau simpatis gerakan Islam
4.       Kekal dalam gerakan Islam tetapi bersikap kritis dan memberontak terhadap kepimpinan dalam gerakan Islam.
Mereka mula bersikap anti-tesis terhadap gerakan Islam dari segi pemikiran, pengaulan, berpakaian dan lain-lain atas nama progresif dan reformasi. Sifat pragmatis dan liberal mula muncul atas nama rasional dan toleransi. Warak mula menipis. Perjuangan dulu mula ditentang. Kononnya atas nama insaf dan taubat.
***
Usrah itu alat
Usrah pula dilihat proses pembebalan. Usrah alat doktrinisasi. Jadi, Sekdem (Sekolah demokrasi-DAP) dan sekpol (Sekolah Politik-IKD) itu bukan alat doktrinisasi?.
Usrah itu adalah alat tarbiah, islah diri dan ukhwah. Pengalaman manusia dalam usrah berbeza bergantung kepada keupayaan naqib, anggota usrah dan suasana serta silibus usrah itu sendiri. Jadi, kita akan memperolehi pengalaman bermakna sama ada baik dan buruk.
Usrah sendiri tidak cukup. Ia perlu dikayakan dengan talaqi berguru kitab turath dan baca buku. Baca buku pelbagai bidang termasuk aliran yang bertentangan dengan pandangan Islami kita sendiri.
***
Kita sebagai Individu Mukmin dan Bertaqwa
Walaupun sesuatu sifat yang diamalkan oleh ramai orang itu akan membudayakan sesebuah organisasi, unsur peribadi masih boleh menjadi benteng dalam menghadapi budaya organisasi. Disitulah letaknya kualiti darjah iman dan taqwa seseorang individu mukmin dimana suasana dan budaya tidak mempengaruhi darjah iman dan taqwa mereka.
Walaupun ada sesetengah pemimpin dan ahli gerakan Islam bermulut celupar atau bermain-main dengan isu takfir, kita masih dengan darjah iman dan taqwa yang tinggi bersedia menolak permainan yang boleh menghumbankan kita ke lembah dosa.
Kita berjuang bukan kerana nama gerakan Islam, aliran tertentu atau pemimpin tertentu. Kita berjuang IKHLAS kerana ALLAH dan untuk ISLAM. AKHLAK dan CARA kita adalah CARA NABI. FIKIR kita juga FIKIR cara NABI bukan CARA pemimpin kita yang tidak maksum.
Apabila kita bertekad dengan perjuangan ISLAM, kita berjuang dengan apa yang Islam hendak tanpa mengira nama organisasi yang kita wakili atau tidak, apatah lagi organisasi kita tidak mampu melaksanakannya. Contoh, hukum hudud, kita sokong bukan kerana PAS tetapi Islam. Berkenaan cara yang khilaf, perlu kita menghormati perbezaan tersebut. PAS mahu laksanakan hudud, IKRAM atau UMNO mesti sokong bukan kerana PAS tetapi kerana ALLAH.
***
ILMU Bukannya Membuta-Tuli
Kita aktif dalam organisasi dengan hujah ILMU bukannya mengikut membuta tuli. ILMU kita dipandu oleh AL-QURAN dan AS-SUNNAH, IJMA’ ULAMAK dan QIYAS.
Buang ego dan bersabar dengan keputusan SYURA dan ARAHAN PEMIMPIN selagi berhujah dengan ilmu yang dipandu oleh AL-QURAN dan AS-SUNNAH, IJMA’ ULAMAK dan QIYAS.
***
Solusi
1. Setiap pemimpin atau ahli gerakan Islam yang terlibat sepenuh masa perlu mencari sumber pendapatan sendiri bukannya mengharapkan sumber pendapatan daripada gerakan Islam. Jangan mencari keuntungan peribadi melalui gerakan Islam. Perkara ini banyak menyumbang kepada keciciran dan kekecewaan dalam perjuangan. Ekoran kek ekonomi.
2. Kelompok pelbagai latar belakang dan pemikiran terutamanya daripada latar belakang agama dan profesional perlu berbincang dan memutuskan keputusan bersama secara syura. Hormatilah keputusan syura.
3. Pokok asasi berjemaah ialah istiqamah dalam melakukan solat berjemaah di masjid. Ini sifat asasi seorang individu mukmin dalam gerakan Islam. Tak berjemaah tanpa istiqamah solat berjemaah.
4. Utamakan Islam daripada kepentingan politik. Pragmatis dalam politik menyebabkan politikus muda terjerumus dalam lubang nafsu yang mahu kemenangan dengan matlamat menghalalkan cara sehingga meninggal amanah dan tanggungjawab dalam menegakkan Islam dalam kehidupan manusia. Kemenangan itu perlu tetapi ia bukan segala-galanya. Redha Allah dicari walaupun dalam kekalahan. Itu keyakinan kita.
5. Buah aqidah, fekah dan tasawuf adalah akhlak. Utamakan akhlak dan ukhwah.
6. Lazimi membaca dan merujuk al-Quran. Amalkan membaca kita hadith terutamanya karangan Imam An-Nawawi. Antara kitab Hadith 40 dan Riyadhus Salihin. Kitab Muntakhab Ahadis karangan Maulana Muhammad Yusuf al Kahdalawi juga sesuai dibaca dan diamalkan. Baca hadith melembutkan hati dan motivasi dalam beramal.
7. Ikhlas perjuangan kerana Allah SWT. Kita akan dapat apa yang kita niatkan. Tetapi tidak berguna tanpa ikhlas kerana Allah.
8. Berwaspada dengan sifat taksub pemimpin dan mengikut kelompok berasaskan pengaulan kerana ia banyak meninggalkan kebenaran. Taksub pemimpin dan ketaatan berdasarkan pengaulan banyak memecah-belahkan gerakan Islam.

9. Bersedia menjadi PENGIKUT bukannya mengejar jawatan dan kuasa dalam gerakan Islam.

Thursday, September 07, 2017

Amanat Haji Hadi

Suka atau tidak, tidak dinafikan sedikit-sebanyak Amanat Haji Hadi menjadi unsur yang menyebabkan perpecahan masyarakat Islam-Melayu terutamanya era 1980an dan 1990an. Punbegitu menyalahkan Amanat Haji Hadi secara keseluruhan adalah tidak tepat.

1. Ucapan itu hanya ucapan biasa yang diangkat oleh orang tertentu sebagai amanat.
2. Ramai pemimpin UMNO ketika bercakap tentang Islam melanggari batas iman dan kufur dengan merendahkan perundangan Islam dan pengamalan Islam sebagai cara hidup. UMNO ketika itu tidak seperti UMNO pada hari ini.
3. Semangat zaman ketika yang masih tebal dengan kejahilan beragama.
4. Kekurangan ilmu Islam dalam kalangan pendokong Islam dan masyarakat ketika itu.
5. Sikap pelampau kalangan pendokong gerakan Islam yang sangat mencintai agama sehingga melakukan tindakan di luar batasan yang dibenarkan oleh Islam.
****
Solusi Isu Takfir: ILMU
Bab takfir, ia perlu diselesaikan dengan ilmu. Itu sering ditegaskan oleh tghh.
Jadi rajin2 belajar untuk mengetahui ilmu batas antara iman dan kufur. Bila kita tahu nak tuduh orang lain kafir juga takut. Kita serah yang menilai itu kepada orang berilmu dan berani bertanggungjawab depan Allah nanti.
Banyak keadaan perkataan dimanipulasi dan difahami dalam konteks dan maksud yang berbeza sehingga timbul isu takfir.
***
HANYA ILMU
Dalam satu kuliah jumaat di rusila, tghh menasihati gambar beliau tidak dicetak pada baju2 t shirt. Beliau berkata dah lepas tanggungjawab memberitahu. Dan orang masih mencetak gambar beliau.
Bab takfir, hanya ilmu boleh mengatasinya. Jika tak mahu datang kuliah, setiap orang dimakan kejahilan dan mengenyangkan sentimen dan semangat kosong.
Tak kira siapa (termasuk pengikut/simpatis PAS yang pelbagai latarbelakang) kena tahu ilmu dalam membatasi iman dan kufur agar cermat dan tidak menuduh kafir sebarang bahkan takut mengkafir orang lain.
***
Sebab Takfir
Menurut Syeikh Yusuf al Qaradhawi,  antara sebab timbulnya fenomena takfir ialah
1.            Kekufuran dan murtad secara terang terangan dalam masyarakat
2.            Terdapat sebahagian ulama mengabaikan tugas mereka terhadap kelompok yang benar-benar kufur
3.            kelompok Islam yang mahu mengamalkan al Quran dan hadith ditindas
4.            Pemuda Islam yang cetek ilmu agama.
Manakala Abdul Hadi Awang merumuskan kepada dua sebab fenomena takfir berlaku iaitu kebiadapan pemimpin terhadap Islam dan pendokongnya. Keduanya, kejahilan mereka yang cintakan Islam yang tidak dapat mengawal perasaan marah dan bersemangat begitu tinggi sehingga melenting dalam mempertahankan Islam
***
Politik Takfir
Jelajah Anti Takfir di Terengganu dianjur oleh Pemuda Amanah Terengganu. Aneh, kenapa istilah ini kembali dipopularkan oleh para pimpinan Amanah yang pernah menganggotai PAS?, kenapa isu takfir ini tidak timbul semasa mereka menjadi pimpinan PAS?
Budaya takfir dan label sesat bukanlah perkara baru. Ia berlaku kalangan pemimpin politik dan ulama yang berseberangan pandangan dalam sesuatu perkara. Sepengetahuan penulis, ia berlaku sejak zaman Khalifah Uthman lagi.
Budaya takfir adalah budaya kafir-mengkafir seiringan dengan sesat-menyesatkan, pulau-memulau, caci-mencaci dan sebagainya. Maksudnya, ia ada si penuduh dan si dituduh. Bahkan si dituduh boleh mendakwa si penuduh.
Menuduh seseorang sebagai kafir adalah tuduhan yang berat. Membuat persepsi bahawa orang mengkafirkan kita adalah tuduhan yang sama berat. Justeru, jangan mulakan kafir-mengkafir dan jangan wujudkan persepsi tentang budaya takfir.
Adakah boleh mengkafirkan seseorang?. Jawapannya boleh. Mengkafirkan seseorang memerlukan dengan ilmu untuk mengetahui syarat batas iman dan kufur.




Lampiran
Amanat Haji Hadi (wikipedia)
Amanat Haji Hadi Awang merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu.

Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985[1].

Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:

“Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

MENILAI AMANAT HAJI HADI DENGAN ADIL
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Isu Amanat YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sedang dibangkit menjelang Pilihanraya ke-13 ini. Walaupun amanat tersebut lebih dari 30 tahun usianya, namun seperti biasa politik mampu membangkit-ungkit apa sahaja. Kedua belah pihak; kerajaan dan pembangkang memakai pendekatan yang hampir sama. Cumanya, ‘kelebihan’ kerajaan di negara kita ini ia menggunakan media awam demi tujuan politik kepartian. Saya tidak pasti apakah jika pembangkang hari ini jika berkuasa akan menggunakan pendekatan yang sama ataupun tidak?!
Amanat
Amanat Haji Hadi itu berbunyi:
Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

Adil
Saya ingin mengajak pembaca melihat isu amanat ini di luar dari kerangka fanatik kepartian, sebaliknya menelusurinya secara fakta dan rasional.
Amanat Hj Hadi itu dibuat pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kpg Banggol Peradong. Ketika itu saya masih lagi bersekolah rendah. Saya rasa bukan DS Abdul Hadi yang menamakannya amanat, sebaliknya ia adalah initiatif orang-orang PAS sendiri. Apakah amanat ini satu-satunya punca sebahagian orang PAS mengkafirkan UMNO? Saya tidak pasti. Namun kita tahu, ramai guru-guru agama yang lain yang pro-PAS juga mengkafirkan UMNO. Ada sesetengah tokoh agama yang mengkafirkan UMNO ketika itu kemudiannya masuk UMNO dan mendapat pelbagai jawatan.
Saya sendiri pernah berjumpa orang-orang PAS yang mengkafirkan UMNO. Bahkan saya pernah berjumpa mereka yang mengharamkan bersekolah di sekolah kerajaan kerana kononnya ‘sekular’ dan seumpamanya. Ertinya, kafir-mengkafir disebabkan perbezaan parti politik telah berlaku dalam sejarah umat Islam dalam negara ini. Fatwa-fatwa PAS terutamanya dari Pantai Timur telah mencetuskan fenomena tersebut.
YB Dr Mujahid Yusuf iaitu seorang ahli Parlimen PAS, tokoh reformis dalam PAS dan anak bekas Presiden dan Murshidul ‘Am PAS dalam bukunya ‘Menuju PAS Baru’ menghuraikan isu ketika itu dengan menyebut:
“Akibatnya berlakulah isu kafir-mengkafir di mana tanggapan bahawa menyokong UMNO adalah sesuatu yang bertentangan dengan sikap Islam dan dengan sebab itu boleh jatuh kufur kerana UMNO parti secular yang menolak Islam… penghujahan atas garis-garis fikah yang premisnya adalah batas-batas kekufuran telah membawa agenda politik menjadi terlalu pekat dengan adunan ‘fatwa’ sehingga PAS diheret dalam kancah ini, malah ‘Amanat Haji Hadi’ telah dijadikan alasan kepada berlakunya semua kemelut ini” (m/s 115. Kuala Lumpur: Malaysian Insider Sdn Bhd).
Mungkin DS Hadi sendiri tidak pernah menyebut UMNO kafir secara jelas, namun sikap kebanyakan tokoh PAS yang tidak menangani isu-isu mengkafir ataupun seakan membiarkan orang awam PAS mengkafirkan orang UMNO sehingga berlaku dua imam, tidak makan sembelihan, tidak menjawab salam dan lain-lain ketika itu, amat mendukacitakan.
Konteks
Dalam memahami sesuatu teks, kita wajar melihat kepada konteks. Hakikatnya, pendekatan PAS ketika itu bukanlah asing jika dilihat kepada perkembangan gerakan Islam secara keseluruhan. Pada 70an dan 80an kebangkitan Islam berlaku di Asia. Kesedaran tentang perlunya umat Islam kembali kepada Islam dan menghapuskan unsur-unsur penjajahan kedengaran di sana-sini. Buku tokoh-tokoh gerakan Islam di Timur Tengah menjadi menu penting para aktivis ketika itu. Buku-buku itu ditulis oleh tokoh-tokoh berkenaan dalam keadaan tekanan yang berat oleh regim-regim Arab yang sangat zalim dan khianat. Mereka juga biadap terhadap Allah dan rasulNYA. Mereka yang membaca buku-buku cuba menyamakan hal tersebut dengan keadaan setempat.
Isu takfir (mengkafirkan) juga timbul di Timur Tengah sehingga Murshidul ‘Am al-Ikhwanul al-Muslimin menulis buku “Du‘aah La Qudah” (Pendakwah Bukan Hakim) bagi tujuan menangani isu ini.
Fatwa-fatwa ulama juga dibaca kepada masyarakat. Antaranya, fatwa Mufti Saudi masa itu al-Sheikh ‘Abd al-‘Aziz ‘Abdillah bin Baz yang menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan Islam, dalam ertikata lain menjadikan seseorang kafir. DS Hadi ketika itu antara yang mempopularkannya. Dalam fatwa itu antaranya menyebut:
“Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad saw. Itu lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpan dari hukum ALLAH (aturan-aturan Taghut), dan mengenepikan hukum Rasulullah saw. Maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. Sebagai contoh: Berkeyakinan bahawa aturan-aturan dan perundang-undangan yang diciptakan manusia lebih utama daripada syaria’t Islam, atau berkeyakinan bahawa aturan Islam tidak tepat untuk diterapkan pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya saja, tidak mengatur urusan segi kehidupan lain. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum ALLAH dalam memotong tangan pencuri, atau merejam pelaku zina yang telah kahwin (muhsan), tidak sesuai lagi di masa kini…”
Walaupun ini hanyalah kaedah umum yang perlukan perbahasan dan perinciannya, malangnya kalangan orang PAS ketika itu telah menggunakannya secara ‘borong’ untuk mengkafirkan setiap penyokong UMNO. Ia disuburkan lagi dengan kuliah-kuliah agama PAS yang menegaskan persoalan ini tanpa perbahasan yang mencukupi. Menerangkan tentang batasan iman dan kufur adalah suatu kewajipan, namun mengkafirkan individu memerlukan penelitian dan kecermatan.
Suatu perkara yang tidak boleh disembunyikan juga, UMNO pada era 70an dan 80an bukanlah seperti UMNO hari ini. Ucapan-ucapan yang tidak selaras dengan Islam, ataupun dengan seakan menghina Islam kadang-kala kedengaran di sana-sini. Proses Islamisasi dalam UMNO belum berlaku ketika itu. Sikap angkuh dan dominasi yang melampau juga wujud. Orang PAS dapat merasai sikap tidak adil kepada mereka, bermula dari JKKK di kampung sehingga ke atas. Ini menyuburkan lagi kecenderungan menghukum UMNO dengan fatwa-fatwa yang keras. Ini tidaklah menghalalkan PAS mengkafirkan keseluruhan UMNO, namun itulah realiti ketika itu. Sikap UMNO ketika itu juga menyumbang kepada keadaan itu.
Pada masa tersebut kematangan PAS dan gerakan Islam yang lain juga amat terhad. Mereka belum ada pengalaman pemerintahan. Bahkan saya percaya, Haji Hadi ketika itu tidak begitu mendalami hakikat Perlembagaan Malaysia seperti hari ini. Hari ini jika kita membaca YB PAS Dr Mujahid Yusof menulis dalam bukunya ‘Rejuvenasi PAS’, beliau membincangkan tajuk ‘Islam Dalam Kerangka Perlembagaan’, kita mendapati tokoh PAS ini melihat perlembagaan dengan harmoni yang mempunyai ruang untuk Islam. Hal ini 30 tahun lepas tidak pernah diungkapkan dalam PAS.

PAS Berubah
PAS hari ini saya lihat banyak berubah. Saya percaya sudah ramai yang tidak beriktikad seperti Amanat Haji Hadi termasuk diri Haji Hadi sendiri. Jika PAS masih berpegang dengan Amanah lama DS Hadi itu, bererti mereka mengkafirkan diri sendiri dan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat yang menerima dan mengiktiraf Perlembagaan. Sekalipun tiada penarikan rasmi, tetapi secara praktikal seakan penarikan telah dibuat. Pendekatan PAS sudah banyak yang berbeza. Kita harapkan semua pihak tidak melihat Islam dari kacamata politik semata, Islam jauh lebih luas dari politik kepartian.
Namun, ini tidak bererti kita memandang ringan isu kafir-mengkafir. Jika terbukti masih ada orang PAS yang mengkafirkan UMNO maka DS Abdul Hadi patut tampil menjelaskan kekeliruan mereka. Oleh kerana beliau diserang tanpa diberikan peluang menerang, maka itu sesuatu yang tidak adil. Pihak media patut memberikan ruang yang mencukupi untuk beliau membuat penerangannya dalam media awam khususnya RTM. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang.
Di samping PAS, jangan lupa dalam UMNO juga ada yang ‘kaki pengkafir dan penyesat’ orang lain. Seorang dua guru pondok yang masuk UMNO, ada yang menghukum akidah Menteri Besar Kelantan sesat bahkan kufur. Di Saudi, tokoh penghukum sesat umat iaitu al-Madkhali terkenal menyesatkan begitu ramai tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan aktivis umat. Golongan ulama muda UMNO amat terpengaruh dengan aliran ini maka kita boleh tonton dalam internet dan tulisan mereka di akhbar menyesatkan tokoh-tokoh seperti Hasan al-Banna, Syed Qutb, Muhammad al-Ghazali, al-Qaradawi dan lain-lain. Ini juga mesti dikritik.
Media-media UMNO juga kebelakangan ini sering menjadikan isu akidah sebagai isu politik seperti yang PAS lakukan dalam era 80an. UMNO hendaklah berhati-hati, jangan ulangi perkara yang sama. UMNO hari ini seakan menuju PAS era Amanat Haji Hadi.
Hentikan
Maka kita tegaskan, bahawa kafir-mengkafir, ataupun sekadar sesat menyesat atas perbezaan parti satu kesalahan yang besar. Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah menyebut Majmu‘at al-Fatawa:
“Sebetulnya, sesiapa yang berijtihad dalam kalangan umat Muhammad s.a.w dengan tujuan mencari kebenaran lalu tersilap, dia tidak kafir. Bahkan diampunkan kesilapannya. Sesiapa yang telah nyata kepadanya apa yang datang dari Rasulullah s.a.w , lalu dia menentang setelah terang untuknya petunjuk lalu dia mengikut selain jalan kaum mukminin, maka dia kafir. Sesiapa yang mengikut nafsu, kurang mencari kebenaran serta bercakap tanpa ilmu maka dia pemaksiat dan berdosa. Boleh jadi dia fasik, ataupun baginya kebaikan-kebaikan lain yang lebih banyak dari kesalahannya. Bukan semua yang bersalah, berbuat bid’ah, jahil ataupun sesat itu menjadi kafir, bahkan mungkin tidak fasik dan tidak berdosa”.
Semua pihak hendaklah berhenti memainkan isu kafir-mengkafir. Kembali kepada politik yang dapat membina negara.



AMANAT HADI AWANG (Che Det)
7 Jan 2013
This article appeared in the New Straits Times on Jan 3, 2013
1.            From its inception the leaders of the Pan Malayan Islamic Party (PMIP) now known as PAS (Parti Islam SeMalaysia), in their quest for support condemned UMNO members as infidels (kafir) for cooperating with non-Muslims. This was followed in April 1981 by Hadi Awang’s statement that UMNO members are kafir (infidels) because UMNO perpetuates the constitution of the colonialist, perpetuates the rules and regulations of the infidels, perpetuates the rules of the pre-Islamic Arabs, the Jahiliah. Because of these things the struggles of PAS constitute a jihad (holy struggle), their speeches are jihad, their donations (to PAS) are jihad. Because of their struggle (war) against these people (UMNO members), if they die they become syahids (Islamic martyrs) they die in Islam. He said that they don’t have to be a Jew, don’t have to be a Christian, don’t have to be Hindu or Buddhist, they become infidels if they separate politics from religion.
Click Here
2.            The effect of these two pronouncements is far more than is generally known. They have resulted in a deep split among the Malay Muslims who are all Sunnis and followers of the same Imam, Imam Shafie. Usually the splits within the Muslim community are due to the interpretations and teachings of different Imams. Thus the Sunnis and the Shiahs are so deeply divided that they regarded each other as non-Muslims. As a result they have been fighting and killing each other for more than a thousand years.

3.            There was no such division among Malay Muslim until PAS was formed. Immediately PAS declared that those who did not join it are infidels (kafir). But the most potent cause of the split among Malay Sunnis is due to the pronouncement of Hadi Awang, presently the President of PAS. His diatribe against UMNO and condemnation of UMNO Malays as kafirs (apostates or infidels) has resulted in the rejection of PAS members of UMNO Imams during prayers. They would hold separate prayers behind their own Imam.


4.            PAS members even build their own mosques, refuse to eat meat slaughtered by UMNO supporters, reject the validity of marriages officiated by UMNO kadis, and bury their dead in separate burial grounds.
5.            Members of the same family who are UMNO followers are shunned by those who support PAS.

6.            In fact PAS members truly believe that the 3 million UMNO members, their families and their supporters are not Muslims. They are all kafir or infidels and apostates.

7.            Malays are not usually violent but there have been deaths such as those in Memali where police personnel and PAS supporters lost their lives. Because we don’t have the regular violence and killings as occurred in other Muslim countries where the Muslims are divided into Shiah and Sunnis, the split and animosities between the Muslim Malays are not so noticeable. It is only during elections that this split becomes a factor.

8.            PAS members have become so fanatical in their support for the Party that even when the Party and the leaders breach their own injunctions they continue their blind support of the party. Thus after saying that UMNO is kafir because it works with kafir, now that PAS has done exactly the same, PAS members continue to support their party. Their fanaticism seem to blind them to the hypocrisy of their leaders.

9.            It is perhaps worthwhile to examine the pronouncements of Hadi Awang because most PAS members look up to him as infallible and sinless (ma’asum). What indeed does Hadi mean when he made his amanat of 1981.

10.          He said that PAS is opposed to UMNO because it had perpetuated the constitution of the colonialist. Which part of the constitution is he referring to?

11.          The constitution adopted by Malaysia upon independence provides for :

a)            A constitutional monarchy;

b)            A parliament elected by the people;

c)            An Executive Prime Minister and Cabinet from the party or representatives who have the support of the majority in Parliament;

d)            The separation of power between the executive, the legislative and the judiciary;

e)            The rule of law and equality before the law;

f)             Trials conducted by the courts where the procedures include evidence by witnesses and also circumstantial evidence;

f)             The monarch to appoint the Prime Minister or Chief Minister based on the support of the elected legislators but may not dismiss the Government so formed unless a vote of non-confidence has been passed against the Government concerned;

g)            Freedom to believe in and practice other religions and

h)            No imposition of Islamic law on non-Muslims.

12.          There are elements of the western non-Muslims concepts of governance in all these and more. If PAS consider their acceptance make UMNO kafir, what would PAS replace them with. Would PAS want the:

a)            Constitutional monarch to be replaced with an absolute monarch?

b)            Would PAS wish to replace elected Parliaments with a Dewan made of nominees of the absolute ruler?

c)            Would PAS accept a Prime Minister and his Cabinet appointed by the monarch even if they are not supported by the majority of the members of the Dewan?

d)            Would the separation of power between the executive, the legislative and the judiciary be abolished?

e)            Should there be no rule of law?

f)             Should trials be conducted without need of duly-appointed judges in legally constituted courts?

g)            Should courts only find an accused person guilty if there are four witnesses of high-standing to vouch for the facts of the crime?

h)            Should constitutional evidence such as DNA and thumbprints be rejected?

i)             Should the monarch be given the power to appoint and dismiss the Government at his whim and fancy?

13.          To clear the air and to give the religions basis for the pronouncement of Hadi Awang that the constitution is colonial, he must explain how the Malaysian Constitutions has to be changed so as not to be a perpetuation of the colonial constitution.

14.          I suspect he would answer that I am not qualified to question him as I am not a religious scholar. But I would be living under Hadi’s constitution if his PAS adorers were to give him victory in the 13th General Election. As a citizen I must know what I would be in for, even if the DAP and its supporters don’t want to know. And I believe many citizens, Muslims and non-Muslims would want to know.

15.          DAP may believe that they would be able to handle Hadi and his “Amanat”, but the DAP struggle to do this will destabilise the country, preventing it from developing and growing.


Fenomena Amanat dan Takfir
Abdul Hadi Awang,
Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang.

Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.

Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah ‘hantu kum-kum’ dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.

Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya.Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku.

Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : “Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri” dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa dan angkasa lepas.

PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku “Nahnu Dua’at La Qudat” (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu.

Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya “Batas – Batas Iman dan Kufur” dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.

Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab :”Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya “. Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.

PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab.

Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.

Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang tidak diingini." (al-Furqaan : 63)


Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
10 Januari 2013


Amanat Haji HADI tidak pernah mengkafirkan Umno
Saya tertarik untuk mengulas tentang isu Amanat Haji Hadi yang dikitar semula oleh media dan diulas dengan berbagai pandangan samada pro atau kontra. Amanat Haji Hadi bukan sahaja perlu dibahaskan berdasarkan suasana dan masa ucapan itu disampaikan tapi juga mesti dinilai dengan fakta yang tepat dan adil. Tindakan dan kefahaman pengikut-pengikut  tidak boleh menjadi ukuran dan rujukan untuk menilai tentang ucapan Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang dikatakan “Amanat Haji Hadi”. Sepatutnya sesuatu ucapan dilandaskan berdasarkan kaedah fekah  yang disebut oleh para ulama : “Hukum hakam itu berubah dengan perubahan masa, suasana, tempat dan keadaan.”
Demikian juga, tindakan berlebih-lebihan daripada pengikut-pengikut tidak boleh dijadikan sandaran untuk memperjelaskan ucapan pemimpin mereka. Ulama mazhab maliki tidak pernah mengajar pengikut mereka bersifat kasar terhadap ulama dan pengikut-pengikut mazhab lain tapi sejarah mendedahkan kematian Imam Shafei sebagaimana yang disebut oleh Al-Bujairami dan Imam Ibnu Hazmi dengan sebab tindakan agresif pengikut-pengikut mazhab maliki. Apakah kita sanggup menyalahkan ulama mazhab maliki dengan sebab tindakan agresif pengikut-pengikut mereka ? Demikian juga, pengikut-pengikut PAS terdedah dengan kejahatan pemuda tahan lasak UMNO di masa ucapan ini disampaikan.
AMANAT HAJI HADI AWANG
SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN PERCAYALAH,
KITA MENENTANG UMNO, BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO.
KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN.
KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH,
MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYAH.
OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA.
OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA.
OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD,
DERMA KITA ADALAH JIHAD.
BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN (MENGHADAPI) PUAK-PUAK INI KERANA KALAU KITA MATI MELAWAN PUAK-PUAK INI,
MATI KITA ADALAH SYAHID. MATI KITA ADALAH ISLAM.
KITA TIDAK PERLU MASUK BUDHA, KITA TIDAK PERLU MASUK HINDU,
KITA TIDAK PERLU MASUK KERISTIAN,
TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN 'POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.
TUAN GURU HJ. ABDUL HADI AWANG
BANGGOL PERADONG, 1981

Saya mengulangi semula apa yang dikatakan ‘Amanat Haji Hadi’ di atas untuk difahami dengan tepat agar kita tidak menghukum dengan terpesong daripada keadilan. Apakah implikasi dan kesan, apabila kita menghukum Haji Hadi mengkafirkan UMNO ?. Tidakkah para ulama menyatakan bahawa seseiapa yang mengkafirkan seseorang mukmin, maka dia kafir : " مَن كفَّرَ مُسلِماً، فقد كفَرَ"?. Apakah golongan yang menganggap “Amanat Haji Hadi’  telah mengkafirkan UMNO telah menghukum Haji Hadi telah terkeluar daripada Islam dengan sebab amanat ini ?. Apakah hukum seseorang yang telah mengkafirkan Haji Hadi ?.Majlis Fatwa Kebangsaan wajib menjawab persoalan ini. Adakah Dato Harussani juga telah termasuk dalam senarai mengkafirkan Haji Hadi?.

Hakikatnya, amanat ini tidak memberi pengertian dan kefahaman yang memberi maksud mengkafirkan UMNO. Amanat ini hanya menyatakan batas-batas iman dan kufuryang mesti diingati dan dielakkan untuk menyelamatkan diri daripada terjerumus dalam lembah kekufuran. Amanat ini hanya mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan menentang UMNO tanpa asas dan prinsip. Amanat ini tidak mengatasi nada tulisan Mustika Hadis yang menyatakan tentang batas-batas iman. Apakah tulisan dalam Mustika Hadis juga bererti telah mengkafirkan beberapa pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan senada dengan apa yang disebut dalam kitab Mustika Hadis dalam jilid pertama daripada mukasurat 415 – 421 dalam tajuk ‘wajib menjaga, jangan merosakkan iman dan Islam’.

Saya mahu menakalkan di sini sedikit apa yang tercatat dalam buku itu kerana bimbang Dato Harussani, Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama UMNO terlupa atau tertinggal untuk membacanya. Pada muka surat 416 ; “Bahagian yang kedua (perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam) ialah perkataan iaitu tiap-tiap perkata yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ejek dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifatnya, rasul-rasulnya, kitab-kitabnya, ayat-ayatnya dan hukum-hukumnya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasulnya..... beliau menyebut lagi : “misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam : “(1) Hukum apa ini ?, (2) hukum ini sudah lapuk ? (8) Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tidak maju”.”

Saya tidak menuduh sesiapa tapi ulama UMNO wajar membandingkan kata-kata pemimpin mereka dengan catatan kitab Mustika Hadis. Tun Mahathir pernah menuduh Nabi tidak mencukur janggut kerana tiada pisau cukur. Kenapa Dato Harussani tidak menyatakan pandangannya dalam akhbar supaya Tun Mahathir menarik balik kenyataannya ?. Banyak lagi kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO yang menghina syariat Islam. Kenapa JAKIM, ulama UMNO dan Dato Harussani mempekakkan telinga, membisu dan membutakan matanya? Sedangkan ucapan dan amanat pemimpin Negara memberi kesan yang lebih besar kepada rakyat dan ummah.

Penentangan terhadap UMNO bukan bererti mengkafirkan UMNO. Umat Islam tidak disuruh supaya menentang semua orang kafir kerana ada orang kafir yang bergelar zimmi, mua’had dan musta’min serta golongan yang tidak disenaraikan sebagai musuh Islam. Demikian juga, tidak semua musuh yang ditentang itu boleh dilabelkan kafir kerana ramai muslim yang zalim, jahat, fasik dan penjenayah mesti ditentang dan dilawan, walaupun mereka pemimpin dan pemerintah. Rasulullah mengajar umatnya dengan sabdanya :

ما من نبى بعثه الله فى أمة قبلى إلا كان له من أمته حواريون وأصحاب يأخذون بسنته ويقتدون بأمره ثم إنها تخلف من بعدهم خلوف يقولون ما لا يفعلون ويفعلون ما لا يؤمرون فمن جاهدهم بيده فهو مؤمن ومن جاهدهم بلسانه فهو مؤمن ومن جاهدهم بقلبه فهو مؤمن وليس وراء ذلك من الإيمان حبة خردل.

Maksudnya : Tiada seorang Nabi yang diutuskan oleh Allah pada satu-satu umat sebelumku melainkan mereka mempunyai pengikut-pengikut setia dan teman-teman yang memegang sunahnya dan mengikuti segala perintahnya. Kemudian, Berapa ramai penguasa yang jahat datang selepas itu, mereka berkata apa yang tidak dilaku dan melakukan perkara yang tidak disuruh oleh Allah. Maka sesesiapa yang berjihad menentang mereka dengan tangan, maka dia beriman. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan lidah, meereka beriman dan sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan hati, maka dia beriman. Tiada iman selepas itu, walaupun sebesar bijian.”

Adakah amanat ini memberi maksud ‘mengkafirkan UMNO’ kerana UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-udang kafir dan peraturan jahiliyyah? Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak berkata pun dalam ucapan ini bahawa sikap mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan penjajah akan menjadi kafir ?. UMNO memang memperakui dalam perjuangannya untuk mempertahankan perlembagaan yang ditinggalkan oleh Suruhanjaya Lord Reid. Adakah salah bahawa amanat ini melabelkan perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan penjajah, sedangkan ia tidak melabelkan perlembagaan ini kafir pun ? Tidakkah Suruhanjaya Reid merupakan badan yang ditubuhkan oleh penjajah ?. Sejarah tidak boleh ditutup. Perlembagaan, undang-undang dan peraturan adalah kalimah yang berbeza dan mempunyai makna yang diketahui oleh ahli undang-undang dan ahli akademi.

UMNO terus mempertahankan undang-undang dalam negara, walaupun banyak yang bercanggah dengan syariat Islam. Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM dan Dato Harussani memperakui dan memutuskan bahawa undang-undang Malaysia lebih baik dan bertepatan dengan syariat Islam, walaupun undang-undang Jenayah Syariat Islam (Hudud dan Qisas) tidak pernah digubal dan diluluskan dalam Parlimen ?. Amanat ini tidak mengkafirkan UMNO dengan sebab UMNO mempertahankan sebahagian undang-undang yang bercanggah dengan syariat Islam. Betapa ramai orang yang berperangai dan mengikuti sunnah perjalanan hidup Yahudi dan Kristian tapi bukan bererti kita mengYahudikan dan mengKristiankan mereka. Rasulullah bersabda :

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ ، وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ سَلَكُوا جُحْرَ ضَبٍّ لَسَلَكْتُمُوهُ " ، قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : " فَمَنْ ؟ " .

Daripada Abi said Al-Khudri  bahawa Rasulullah bersabda : “Kamu benar-benar akan mengikuti perjalanan hidup golongan sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga mereka masuk dalam lubang biawak, nescaya kamu akan mengikutinya. Para sahabat bertanya : Wahai Rasullah ! Yahudi dan Nasara ?. rasulullah menjawab : Siapa lagi !.”

Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM boleh menyenaraikan cara hidup Yahudi dan Kristian yang diamalkan oleh umat Islam hari ini tapi ia bukan bererti kita mengyahudikan dan mengkristiankan mereka. Kenapa Majlis Fatwa Kebangsaaan dan ulama UMNO tidak menyatakan hukum terhadap kata-kata yang menghina undang-undang Islam ?.

Apakah amanat ini salah, apabila melabelkan peraturan jahiliyyah yang dikekalkan oleh UMNO ? Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM memutuskan bahawa seluruh peraturan dalam negara ini selamat daripada unsur jahiliyyah ?. Apakah peraturan yang bercirikan kronisme, pragmatisma, nasionalisma, kapitalisma, khianat dan banyak lagi, tidak boleh disenaraikan sebagai peraturan jahiliyyah ? Menjahiliyyahkan sesuatu bukan bererti mengkafirkannnya. Tidakkah kita pernah mendengar sabda Rasulullah kepada Abu Zarr yang melakukan kesilapan dengan katanya : “Wahai Abu Zarr ! Engkau seorang lelaki yang masih ada sifat jahiliyyah.” ? Apakah Majlis Fatwa Kebangsaan, Dato Harussani dan JAKIM menganggap Rasulullah telah mengkafirkan Abu Zarr. Wa’iyazubillah.

APAKAH ERTI JIHAD DAN SYAHID ?

Jihad bukan disyariatkan untuk menentang golongan kuffar sahaja, bahkan jihad dituntut untuk menentang segala kemungkaran, kezaliman dan kejahatan. Para ulama telah memperjelaskan dengan terang tentang peringkat jihad :

Terdapat beberapa peringkat jihad iaitu
1-Jihad peringkat menentang hawa nafsu.
2-Jihad menentang tipu daya syaitan.
3-Jihad menentang golongan kuffur.
4-Jihad terhadap golongan munafik.
5-Jihad terhadap orang yang zalim dan fasiq.

Jihad menentang satu-satu golongan bukan bererti kita mengkafirkan golongan tersebut. Bahkan Rasulullah telah menyatakan jihad yang paling besar dan mulia sebagaimana sabda Rasulullah :

عن أبي سعيد الخدري قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:أفضل الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر أو أمير جائر

Daripada Abu said Al-Khudri berkata : rasulullah bersabda : “Sebaik-baik dan semulia-mulia jihad ialah menyatakan kalimah keadilan di sisi pemerintah yang zalim.”
Tidakkah  mati menentang pemerintah yang zalim adalah syahid ?. Tidak dinafikan mati syahid itu terbahagi kepada dua. Tapi amanat ini tidak mengkategorikan syahid dalam perjuangannya. Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM sepatutnya menyenaraikan tindakan zalim dan jahat yang dilakukan oleh UMNO. UMNO terus mempertahankan ISA dengan tangkapan tanpa bicara. UMNO terus mengkhianati hak royalti petroleum kerajaan Kelantan. UMNO terus mengamalkan politik ugut dan pilih kasih dalam pengagihan bantuan dan kebajikan. UMNO mempergunakan pihak keselamatan untuk mengganggu ceramah-ceramah PAS. UMNO terus memperkudakan SPR untuk menipu dalam Pilihanraya. UMNO terus mengenepikan hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun. UMNO terus mengambil peluang untuk menyalahgunakan kuasa dan membolot harta negara. PAS dan rakyat mempertahankan hak mereka dan menentang penyelewengan dan kezaliman. Rasulullah bersabda :
أبي هريرة قال: جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال يارسول الله أرأيت إن جاء رجل يريد أخذ مالي ؟ قال: "فلاتعطه مالك" قال: أرأيت إن قاتلني؟ قال: "قاتله" قال: أرأيت إن قتلني؟ قال: "فأنت شهيد"
Abu Hurairah berkata : Seorang lelaki datang bertemu rasulullah dan berkata : Wahai Rasulullah! Apakah pandangan baginda, jika seorang lelaki datang untuk merampas hartaku ? Rasulullah : jangan engkau serahkannya. Lelaki bertanya lagi : Apakah pandangan baginda, jika dia membunuh saya ?. Rasulullah menjawab : Engkau tentang dia. Lelaki itu bertanya lagi : Apakah pandangan Baginda, jika dia membunuh saya ?. Rasulullah bersabda : Engaku mati syahid.”
Ucapan politik suku, agama suku tidak bererti mengkafirkan UMNO. Amanat itu menyatakan ‘kita’. Kenapa UMNO terasa kata-kata itu ditujukan kepada UMNO ?. Adakah UMNO dan pemimpin-pemimpin serta Dato Harussani berpendapat bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ?. Apakah pandangan Ulama tentang kata-kata ‘politik suku, agama suku’?. Adakah amanat  ini salah dalam meletakkan hukum tentang perkataan ‘politik suku, agama suku’ ?. Majlis Fatwa kebangsaan, JAKIM dan Dato Harunssani tidak perlu merujuk kitab-kitab dalam bahasa arab dalam mencari kesahihan kata-kata ini. Sheikh Abdul Kader Abdul Mutalib Al-Mandili yang merupakan guru terpengaruh telah mengarang kitab ‘Kebagusan Undang-Undang Islam dan Kecelaan Undang-Undang Manusia’ pada tahun 1961M  telah mendahului Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam mengulas tentang undang-undang penjajah. Bahkan Tuan Sheikh Abdul Kader R.A telah menjawab dengan panjang tentang persoalan hukum menceraikan agama daripada kenegaraan dan politik pada muka surat 110 – 127 (Kebagusan Undang-Undang Islam dan Kecelaan Undang-Undang manusia). Jika Dato’ Harussani, JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan serta sesiapa sahaja menganggap Amanat Haji Hadi salah dan perlu ditarik balik, maka saya mendesak JAKIM, Dato Harunssani, Majlis Fatwa Kebangsaaan dan pihak kerajaan menjawab dan menyatakan tindakan terhadap tulisan Sheikh Abdul Kader Al-Mandili. Apakah Dato Harussani, JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama UMNO juga menganggap tulisan Tuan Sheikh Abdul Kader Al-Mandili yang dipelajari oleh murid-muridnya yang telah ramai bergelar tok guru adalah salah, mengkafirkan dan perlu ditarik balik. Adalah tidak adil dan berniat jahat, jika Amanat Haji Hadi diulas dan dipersalahkan tanpa membuat perbandingan dan rujukan terhadap fakta yang ada.
Kesimpulannya, kami mampu berhujah dengan sesiapa tentang amanat ini tapi situasi politik abad ke 21 sangat berbeda. Anak muda akan boleh mengkaji tentang kebenaran dan kebatilan sesuatu. Anak muda akan muak dan nak muntah dengan sikap ulama UMNO dan Dato Harussani yang berumno dalam menyatakan pandangan tentang Islam sehingga mengenepikan fakta. Anak muda boleh menonton semula sandiwara debat ulama UMNO tentang isu kafir mengkafir  yang diarah dan ditaja sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia di masa itu. Rakyat perlu tanya, kenapa debat ulama PAS dan ulama UMNO pernah dibatalkan ? . Anak Muda sedia buat perubahan dalam PRU 13 kerana UMNO sudah kehilangan arah dan tidak berupaya untuk menutup isu-isu kebejatan pemerintahan UMNO. PAS ganti UMNO.
Jika Kerajaan jujur untuk menyelesaikan isu Amanat Haji Hadi, nescaya pihak Kerajaan dan Majlis Fatwa Kebangsaaan boleh bersifat terbuka dan adil. Kerajaan mesti bersedia mengambil pendekatan tersebut ;
1-       Kerajaan mesti memberi ruang kepada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk memberi penjelasan melalui media rasmi Kerajaan agar rakyat memperakui kesahihan penjelasan tersebut kerana media Kerajaan (TV 1, TV 2 dan TV 3)  menjadi sumber rujukan penyokong-penyokong UMNO dan rakyat. Di samping itu,  media ini menjadi punca kekeliruan tentang amanat ini. Jika Kerajaan tidak bersedia memberi ruang dalam media tersebut, nescaya anak muda dan rakyat mesti yakin bahawa UMNO bersifat jahat untuk menutup kebenaran.
2-       Majlis Fatwa kebangsaan mesti bersedia bermuzakarah secara terbuka dan siaran langsung untuk didengari oleh seluruh rakyat. Jika Majlis Fatwa Kebangsaan tidak bersedia bermuzakarah secara terbuka, maka rakyat boleh menilai tentang kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan. Tiada dalam keadilan, pihak tertuduh tidak diberi ruang untuk berhujah dan membela kenyataan. Keadilan Islam dibicara dengan keterangan dan pembuktian, bukan dengan pertuduhan dan hukuman tanpa perbicaraan dan pembuktian.
3-       Jika Kerajaan dan Majlis Fatwa Kebangsaan  jujur untuk menegakkan kebenaran dan menyelesaikan isu ini dengan adil, nescaya muzakarah ini boleh dibuat secara terbuka dan siaran langsung di hadapan para ulama Dunia yang dipimpin oleh Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang diakui keilmuannya.
وقد اختار شيخنا العلامة محمد الخضر حسين -شيخ الأزهر في زمانه- أن يعبر عن فصل الدِّين عن السياسة -الذي دعا إليه أحد الكُتَّاب- بعبارة (ضلالة) وهو تعبير شرعي صحيح، لأنه أمر مُحْدث ومبتدع في الأمة، وكل بدعة ضلالة، كما في الحديث الصحيح.

وقد كتب في ذلك مقالة طويلة نشرها في مجلة (نور الإسلام)[11]، ثم وضعها في كتابه (رسائل الإصلاح).

ومما قاله الشيخ في هذه المقالة العلمية الرصينة:

(نعرف أن الذين يدعون إلى فصل الدِّين عن السياسة فريقان:

1. فريق يعترفون بأن للدين أحكاما وأصولا تتصل بالقضاء والسياسة، ولكنهم يُنْكرون أن تكون هذه الأحكام والأصول كافلة بالمصالح، آخذة بالسياسة إلى أحسن العواقب. ولم يبال هؤلاء أن يجهروا بالطعن في أحكام الدِّين وأصوله، وقبلوا أن يسميهم المسلمون ملاحدة؛ لأنهم مُقِرُّون بأنهم لا يؤمنون بالقرآن ولا بمن نزل عليه القرآن.

2. ورأى فريق أن الاعتراف بأن في الدِّين أصولا قضائية وأخرى سياسية، ثم الطعن في صلاحها، إيذان بالانفصال عن الدِّين، وإذا دعا المنفصل عن الدِّين إلى فصل الدِّين عن السياسة، كان قصده مفضوحا، وسعيه خائبا، فاخترع هؤلاء طريقا حسبوه أقرب إلى نجاحهم، وهو أن يَدَّعوا أن الإسلام توحيد وعبادات، ويجحدوا أن يكون في حقائقه ما له مدخل في القضاء والسياسة، وجمعوا على هذا ما استطاعوا من الشُّبه، لعلهم يجدون في الناس جهالة أو غباوة فيتم لهم ما بيتوا.

هذان مسلكان لمن ينادي بفصل الدِّين عن السياسة، وكلاهما يبغي من أصحاب السلطان: أن يضعوا للأمة الإسلامية قوانين تناقض شريعتها، ويسلكوا بها مذاهب لا توافق ما ارتضاه الله في إصلاحها. وكلا المسلكين وليد الافتتان بسياسة الشهوات، وقصور النظر عما لشريعة الإسلام من حِكَم بالغات.

أما أنَّ الإسلام قد جاء بأحكام وأصول قضائية، ووضع في فم السياسة لجاما من الحكمة، فإنما ينكره من تجاهل القرآن والسنة، ولم يحفل بسيرة الخلفاء الراشدين، إذ كانوا يزنون الحوادث بقسطاس الشريعة، ويرجعون عند الاختلاف إلى كتاب الله أو سنة رسوله.

وبين الشيخ أن في القرآن شواهد كثيرة على أن دعوته تدخل في المعاملات المدنية، وتتولى إرشاد السلطة السياسية، قال تعالى: {أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْماً لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ} [المائدة:50]، وكل حكم يخالف شرع الله، فهو من فصيلة أحكام الجاهلية، وفي قوله تعالى: { لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ}، إيماء إلى أن غير الموقنين قد ينازعون في حُسْن أحكام رب البرية، وتهوى أنفسهم تبدُّلها بمثل أحكام الجاهلية، ذلك لأنهم في غطاء من تقليد قوم كبروا في أعينهم، ولم يستطيعوا أن يميزوا سيئاتهم من حسناتهم، وقال تعالى: {وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ} [المائدة:49]، فرض في هذه الآية أن يكون فصل القضايا على مقتضى كتاب الله، ونبه على أن مَن لم يدخل الإيمان في قلوبهم يبتغون من الحاكم أن يخلق أحكامه من طينة ما يوافق أهواءهم، وأردف هذا بتحذير الحاكم من أن يفتنه أسرى الشهوات عن بعض ما أنزل الله، وفتنتهم له في أن يسمع لقولهم، ويضع مكان حكم الله حكما يلائم بغيتهم، قال تعالى: {وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ} [المائدة:45]، وفي آية: {وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ} [المائدة:47]، وفي آية ثالثة: {وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ} [المائدة:44].

وفي القرآن أحكام كثيرة ليست من التوحيد ولا من العبادات، كأحكام البيع والربا والرهن والإشهاد، وأحكام النكاح والطلاق واللعان والولاء والظهار والحجر على الأيتام والوصايا والمواريث، وأحكام القصاص والدية وقطع يد السارق وجلد الزاني وقاذف المحصنات، وجزاء الساعي في الأرض فسادا).

وذكر الشيخ آيات تتعلَّق بالحرب والسلم والمعاهدات والعلاقات الدولية.

ثم قال: (وفي السنة الصحيحة أحكام مفصلة في أبواب من المعاملات والجنايات إلى نحو هذا مما يدلك على أن مَن يدعو إلى فصل الدِّين عن السياسة إنما تصور دينا آخر غير الإسلام.

وفي سيرة أصحاب رسول الله -وهم أعلم الناس بمقاصد الشريعة- ما يدل دلالة قاطعة على أن للدين سلطانا في السياسة، فإنهم كانوا يأخذون على الخليفة عند مبايعته شرط العمل بكتاب الله وسنة رسول الله.

ولولا علمهم بأن السياسة لا تنفصل عن الدِّين لبايعوه على أن يسوسهم بما يراه أو يراه مجلس شوراه مصلحة، وفي صحيح البخاري: "كانت الأئمة بعد النبي صلى الله عليه وسلم يستشيرون الأمناء من أهل العلم في الأمور المباحة ليأخذوا بأسهلها، فإذا وضح الكتاب أو السنة لم يتعدوه إلى غيره اقتداء بالنبي صلى الله عليه وسلم"[12].

ومن شواهد هذا: محاورة أبي بكر الصديق وعمر بن الخطاب في قتال مانعي الزكاة، فإنها كانت تدور على التفقه في حديث: "أمرت أن أقاتل الناس حتى يقولوا لا إله إلا الله"[13]. فعمر بن الخطاب يستدل على عدم قتالهم بقوله في الحديث: "فإذا قالوها عصموا مني دماءهم وأموالهم". وأبو بكر يحتج بقوله في الحديث: "إلا بحقها" ويقول: الزكاة من حق الأموال، ولو لم يكونوا على يقين أن السياسة لا يسوغ لها أن تخطو خطوة إلا أن يأذن لها الدِّين بأن تخطوها، ما أورد عمر ابن الخطاب هذا الحديث، أو لوجد أبو بكر عندما احتج عمر بالحديث فسحة في أن يقول له: ذلك حديث رسول الله، وقتال مانعي الزكاة من شؤون السياسة!

ومن شواهد أن ربط السياسة بالدِّين أمر عرفه خاصة الصحابة وعامتهم: قصة عمر بن الخطاب، إذ بدا له أن يضع لمهور النساء حدا، فتَلَت عليه امرأة قوله تعالى: {وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنْطَاراً فَلا تَأْخُذُوا مِنْهُ شَيْئاً} [النساء:20]، فما زاد على أن قال: رجل أخطأ، وامرأة أصابت[14]. ونبذ رأيه وراء ظهره، ولم يقل لها: ذلك دين وهذه سياسة!

وكتب السنة والآثار مملوءة بأمثال هذه الشواهد، ولم يوجد -حتى في الأمراء المعروفين بالفجور- من حاول أن يمس اتصال السياسة بالدِّين من الوِجهة العملية، وإن جروا في كثير من تصرفاتهم على غير ما أذن الله به، جهالة منهم أو طغيانا.

أراد الحجاج أن يأخذ رجلا بجريمة بعض أقاربه، فذكَّره الرجل بقوله تعالى: {وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى} [الأنعام:164]، فتركه[15]، ولم يخطر على باله -وهو ذلك الطاغية- أن يقول له: ما تلوته دين، وما سأفعله سياسة!).

Amanat Haji Hadi
Posted on 7 Januari 2013 by Ustaz Halim
amanat haji hadi“Amanat Haji Hadi (1981)” adalah isi pidato beliau yang dijadikan bentuk “amanat” oleh orang-orang tertentu.
Seperti salah sebuah posting saya yang lalu, “Diantara Syariat Islam dan hukum Hudud“, apabila isu “Hudud” dan juga isu “Amanat Hadi” dikemukakan kepada masyarakat di Malaysia oleh media massa, ia salah satu penunjuk bahawa gendang Pilihanraya Umum telah mula dipalu oleh pihak Pemerintah. Oleh kerana itu banyak respon dari ahli fikir dan tokoh dalam masyarakat terhadap isu “Amanat Hadi” ini bukan semata-mata atas asas ilmiah dan maslahat umum masyarakat dan negara seperti yang dikehendakki oleh Islam, malah respon dari mereka yang cenderung kepada satu-satu aliran politik akan diwarnai dengan jelas dengan kecenderungan politik masing-masing bahkan hingga ke tahap melupakan asas ilmiah Islam dan kepentingan umum umat Islam itu sendiri.
Setelah mula berjinak dengan usaha-usaha Islam pada tahun 1979 dan 1980 ketika di tingkatan 2 dan 3 di MRSM Kuantan, saya mula terlibat didalam usrah dan amal Islam haraki pada tahun 1981 ketika di tingkatan 4 sehinggalah ke hari ini. Di tahun 1981 yang sama “Amanat Haji Hadi” mula dikemundangkan samada oleh sebahagian ahli dan pimpinan PAS untuk menjaga aqidah umat Islam atau meraih undi dan pendokong disatu pihak. Ia juga dikumandangkan oleh UMNO menerusi media massa samada untuk menjaga keharmonian umat Islam atau memburukkan PAS dengan memalitkannya dengan sikap kafir mengkafir untuk menjauhkan masyarakat dan pengundi darinya.
Sebelum masuk kepada perbincangan yang lebih mendalam, ada baiknya saya kemukakan satu konsep yang penting didalam fikrah, politik maupun perundangan iaitu konsep Antara Syakhsiyah Iktibariah dan Syakhsiyah Iktiyadiyah. Seperti juga memahami konsep Antara Jiwa dan Sistem, memahaminya dana menggunakannya dalam berfikir dan membuat sesuatu kesimpulan (judgement) adalah sangat penting dan tidak hilang punca. Syakhsiyah Iktibariah dan Syakhsiyah Iktiyadiyah Setiap orang dari kita membawa kedua-dua syakhsiyah (keperibadian atau entiti) ini didalam hidupnya. Contohnya apabila saya melihat atau menilai Ali bin Ahmad, saya melihat beliau membawa kedua-dua syakhsiyah iktibariah dan iktiyadiyah.
Syakhsiyah Iktibariah adalah syakhsiyah atau keperibadian atau identiti persatuan, kabilah, negara dan organisasi seumpamanya yang beliau anggotai.
Syakhsiyah Iktiyadiyah adalah syakhsiyah, keperibadian atau identiti diri seseorang individu itu sendiri tanpa merujuk kepada organisasi yang beliau anggotai.
Contohnya, sesebuah negara itu adalah Negara Islam (syakhsiyah iktibariah) tidak semestinya semua penduduknya (individu-individu iktiyadiyah) beragama Islam. Begitu juga sebaliknya sebuah negara bukan-Islam (syakhsiyah iktibariyah) ada terdapat individu-individu Islam didalamnya. Begitu juga apabila kita contohnya mengatakan bahawa syarikat Shell adalah syarikat kafir (syakhsiyah iktibariah), kita tidak mengatakan semua kakitangan (iktiyadiyah) didalamnya adalah kafir. Sebaliknya apabila kita katakan syarikat Petronas adalah sebuah syarikat Islam, kita tidak mengatakan semua kakitangannya atau Arumugam yang bekerja didalamnya adalah seorang Islam.
Apabila Asy-Syahid Sayyid Qutb mengatakan “Mujtamak Jahili” adalah mujtamak atau masyarakat yang hidup didalam sistem yang tidak berasaskan Syariat Islam, sebaliknya hidup didalam sistem hawa nafsu manusia yang dicedok dari Barat atau Timur, saya melihat dia merujuk kepada syakhsiyah iktibariah dan bukan kepada individu-individu didalam masyarakat tersebut yang terdapat didalamnya orang-orang saleh dan sebaliknya. Ini dengan peringatan bahawa “Jalihi” tidak semestinya kafir dengan dalil “Sesungguhnya didalam engkau ada jahiliyah” (Hadis), sabda Nabi saw kepada seorang sahabat hebat bernama Abu Dzar yang marah lalu mengejek Bilal sebagai anak wanita kulit hitam. Mereka yang tidak faham akan mengatakan Sayyid Qutb mengkafirkan orang-orang Islam yang berada didalam negara-negara yang tidak lagi diperintah dibawah sistem Islam.
Ideologi mengkafirkan umat Islam samada secara individu atau secara borong dengan alasan mereka atau umat “redha berada dibawah sistem atau undang-undang yang bukan Islam” masih lagi dipakai oleh beberapa kumpulan Islam seperti Tanzim Jihad, sebahagian Tanzim Al-Qaedah dan seumpamanya. Oleh itu kedapatan mereka tidak makan lauk ayam dan daging di restoran-restoran awam sebaliknya makan lauk tersebut dari sembelihan sendiri atau sembelihan rakan-rakan seperjuangan. Mereka ke masjid tetapi tidak bersolat bersama imam, bahkan bersolat sendirian di bahagian belakang masjid, atau ramai dikalangan mereka yang tidak ke masjid dan memilih untuk solat di rumah. Ini adalah kerana aqidah penyembelih atau imam solat dipertikaikan oleh mereka. Iktiqad atau kepercayaan seperti ini boleh sampai ke kemuncaknya dengan menghalalkan darah dan pembunuhan seperti yang dilakukan oleh sebahagian mereka yang mengebom tempat awam seperti sekolah dan pejabat seperti letupan-letupan di Iraq hari ini, dengan hujah masyarakat redha dengan pemerintahan Penjajah Amerika dan sistem Demokrasi yang diperkenalkan lalu masyarakat menjadi kafir.
Memali_BalingTragedi Memali, Kg. Memali, Baling, Kedah 1985.
Memali
Al-Marhum Ustaz Ibrahim (bawa dan kiri sekali) bersama 13 sahabatnya ahli PAS ditembak mati oleh polis Malaysia pada tahun 1985 dizaman pemerintahan Dr Mahathir. Ketika itu Anwar Ibrahim baru beberapa tahun meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO.
Adapun terhadap individu-individu (syakhsiyah iktiyadiyah), Imam Hasan Al-Banna menggariskan dengan jelas dan lebih awal beberapa dekad sebelum gejala seperti ini berlaku dengan mengemukakan Usul 20 berbunyi : “Kita tidak mengkafirkan seseorang Islam yang berikrar dengan Dua Kalimah Syahadah, mengamalkan tuntutan-tuntutannya dan menunaikan amalan-amalan fardhu (hanya) kerana pandangan atau maksiat (yang ditunjukkan olehnya) melainkan sekiranya dia :
Berikrar dengan kalimat Kafir (mengakui kafir), ATAU
Ingkar terhadap sesuatu perkara yang Maklum Minad Deen bid Darurah (diketahui ramai secara melata seperti kewajipan solat 5 waktu), ATAU
Atau mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang jelas, ATAU
Menafsirkan Al-Quran yang lari jauh dari makna Bahasa Arab yang sebenar, ATAU
Melakukan sesuatu amalan yang tidak boleh lagi ditafsirkan selain “Kafir”.
Ungkapan Imam Hasan Al-Banna dalam Usul 20 ini menjadi ketara kepentingannya apabila Presiden Jamal Abdul Nasir mengambilalih pemerintahan dan mengumumkan perang terhadap jemaah Ikhwan Muslimin mulai tahun 1954. Ribuan pimpinan dan anggota jemaah tersebut dipenjara dan disiksa. Ramai pimpinan yang dipenjara sehingga 20-25 tahun. Sebilangan mereka dihukum gantung sampai mati seperti Sayyid Qutb dan seangkatan dengannya. Ada seorang yang menyebut nama “Allah” apabila dirotan lalu yang merotan berkata, “dimana tuhan engkau, aku nak rotan dia”. Penderitaan didalam penjara menyebabkan ramai yang berbeza pandangan terhadap status akidah regim yang menindas mereka, adakah masih Islam atau kafir. Mursyid Am, Al-Marhum Mustafa Masyhur menceritakan bahawa perbezaan pandangan mereka didalam penjara sehingga menyebabkan mereka berpecah dan bersolat sebanyak 7 jemaah berlainan imam. Mursyid Am ketika itu, Imam Hasa Al-Hudhaiby menulis buku “Duat la Qudat” (Kita hanyalah Pendakwah-pendakwah dan bukan Hakim-hakim) menguatkan lagi Usul 20 yang digariskan oleh Imam mereka, Imam Hasan Al-Banna. Setelah lebih 20 tahun disiksa didalam penjara, pimpinan dan ahli Ikhwan Muslimin berjaya berpegang teguh dengan fikrah Ikhwan yang digariskan oleh Hasan Al-Banna iaitu tidak sewanang-wenangnya mengkafirkan orang lain tanpa dalil yang kuat. Bahkan Mursyid Am Kedua menegas dan mengajak para Ikhwan agar berpada menjadi pendakwah-pendakwah di jalan Allah, dan bukan menjadi orang-orang yang menghukum aqidah orang lain. Dengan ini Ikhwan Muslimin terus berkembang menuju matlamat dan menjadi penyelamat kepada umat.
AlBanna 01Imam Hasan Al-Banna, penulis Usul 20.
Mereka yang sezaman dengan saya dalam arus kebangkitan Islam di Malaysia tahun 1980an akan bersetuju bahawa isu kafir mengkafir ini banyak mempengaruhi masyarakat ketika itu lebih-lebih lagi yang berminat kepada gerakan Islam. Ramai pimpinan-pimpinan gerakan Islam hari ini mengenang zaman lampau dimana mereka tidak makan sembelihan orang-orang UMNO. Ketika saya melangsungkan perkahwinan di Australia pada 25.6.1985, saya sangat mengambil berat agar saksi-saksi akad nikah saya nanti bukan orang yang diragui akidahnya. Oleh sebab itu saya segera meminta agar Abdul Mon’iem Al-Hessady, seorang Ikhwan dari Libya yang sedang membuat PhD di universiti yang sama dengan saya agar menjadi salah seorang saksi, takut akad nikah tak sah atau sekurang-kurangnya boleh dipertikaikan jika aqad tersebut bersaksikan sebarangan orang Melayu dari Malaysia !.
Sebagaimana Al-Quran yang mujmal (ringkas) sukar difahami melainkan dengan penjelasan terperinci (mubayin) dari hadis, Seerah dan perjuangan Rasulullah saw, bagitu jugalah saya yakin bahawa fikrah dan perjuangan yang dibawa oleh Imam Hasan Al-Banna ini tidak boleh difahami hanya melalui pembacaan tulisan-tulisan beliau, akan tetapi ia difahami dengan melihat sendiri bagaimana fikrah tersebut difahami dan diperjuangkan oleh pimpinan-pimpinan dan generasi-generasi selepas beliau tiada. Fikrah dan perjuangan menjadi lebih jelas apabila saya mengikuti pentarbiyah dan kehidupan sepanjang saya berada selama 8 tahun di Mesir. disamping usrah mingguan, qiyam, rehlah, mukhayyam dan wasail (modul-modul) tarbiyah yang lain, Khutbah Jumaat Ikhwan setiap Jumaat di Masjid Ar-Ridwan, Hayyu Sabiek dan Kuliah Mingguan di Masjid Al-Fatah, Umar Afandi banyak merubah persepsi Dakwah ke dalam diri saya.
Jika di Malaysia dahulu, ceramah-ceramah umum lebih berbau politik, kebencian, kafir dan seumpamanya, akan tetapi khutbah dan ceramah Ikhwan mengingatkan akhirat, tanggungjawab diri, keluarga dan negara, menjauhi maksiat dan penyelewengan dan seumpamanya. Mendengar ceramahnya mendorong hati dan jiwa mencintai semua lapisan masyarakat dan berusaha mentautkan apa yang jauh, memaafkan apa yang tersilap, menyatukan apa yang berpecah, saling menguatkan apa yang lemah. Saya amat percaya, perjalanan tarbiyah dan kehidupan yang dilalui sepanjang Mesir seperti diatas telah banyak mencorak ramai pimpinan dan para murabbi (pendidik) seangkatan dan sezaman dengan saya yang melalui proses yang sama. Kerana itu lahirnya slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”.
asd5Ikhwan Muslimin Mesir dizaman sebelum Revolusi 25 Januari 2011 sentiasa ditindas, dipenjaran dan ada dibunuh. Mereka menganggap ia adalah tarbiyah dan sunnah Allah dalam perjuangan demi membersihkan saff perjuangan dan menyedarkan masyarakat. Ceramah mereka hanya berisi cinta kasih sayang terhadap agama, umat dan negara. Ia jauh berbeza dari ceramah-ceramah politik di Malaysia samada dipihak pemerintah maupun kawan. Kesan kepada masyarakat juga berbeza diantara kedua-dua buah negara.
Dewasa ini ramai yang mula sedar perihal pentingnya umat Melayu Islam bersatu dan menjadi kuat semula, jika tidak bersatu pada organisasi, setidak-tidaknya bersatu duduk dan bersepakat dalam beberapa agenda kepentingan bersama. Saya percaya sedikit masa lagi kesedaran tersebut akan lebih melata dan akan melepasi batasan prasangka politik kepartaian, namun begitu mempelopori kesedaran tersebut berhajat kepada sekelompok manusia yang benar-benar telah melalui pentarbiyahan lalu menjiwainya dengan hati dan ruh, bukan mereka yang telah sedar tetapi masih pola pemikiran dan modus operandinya diikat dengan formula percaturan politik kepartaian yang lama dan terbukti gagal. Ia suatu perjalanan yang panjang. Hanya para Duat yang menjiwai dengan sepenuh hati dan ruh sahaja yang mampu melalui jalan yang jauh dengan stamina yang panjang. Adapun selain mereka, hanya mampu bercakap ketika di pangkal jalan tetapi kecundang dipertengahannya dek kerana kesamaran halatuju atau tawaran habuan yang mendatang.
AlBanna 01Kita mahu masyarakat kita memahami bahawa mereka adalah lebih kita sayangi dari diri kita sendiri. Mereka adalah kekasih kepada jiwa-jiwa kita yang rela menjadi tebusan kerana berkorban demi untuk mencapai keagungan buat mereka, sekiranya tebusan itulah harga yang mesti dibayar. Jiwa ini rela serik membayar harga yang tinggi demi kearah mencapai kemulian untuk mereka. Pendirian seperti ini terhadap mereka tidak lain selain perasaan yaang telah menyelubungi hati-hati kita, telah menguasai perasaan kita, kita menjauhi katil tempat tidur kita berjaga kerana bekerja dan mengalir airmata untuk mereka. Kita benar-benar perit melihat apa yang menimpa masyarakat kita kemudian kita sendiri menyerah diri tunduk kepada kehinaan dan cenderung kepada putus asa. Oleh itu kita bekerja dijalan Allah untuk orang ramai lebih banyak dari untuk diri kita sendiri. Oleh itu kami adalah untuk kamu wahai masyarakat yang kami sayangi, bukan untuk selain kamu. Kami tidak akan akan bekerja yang akan menarik kamu ke belakang walau sekelip mata pun. [Imam Hasan Al-Banna]
Kesimpulan atau pandangan yang dapat saya kemukakan adalah :
“Amanat Hadi (1981)” ada menyumbang kepada kesedaran akidah umum dizaman tersebut dalam beberapa aspek didalam berhadapan dengan golongan Liberal ketika mana fenomena wanita memakai tudung baru bermula lalu dipersindirkan, sebutan ke arah penegakkan “Negara Islam” baru kerkumandang lebih-lebih lagi dalam berhadapan dengan tokoh-tokoh dan mereka yang mempersendakan agama dan perlaksanaan Syariat Islam seperti “melaksanakan Islam negara tak maju atau menjadi huru hara … “, “jika direjam orang yang berzina, maka habislah batu-batu yang nak digunakan buat jalanraya …” dan seumpamanya.
“Amanat Hadi (1981)” yang memerlukan perincian yang lebih mendalam dan teliti, yang sepatutnya didisiplinkan dengan Usul 20 Imam Hasan Al-Banna telah difahami secara ringkas, mudah dan tersasar oleh ramai orang  terutama ahli-ahli tegar PAS lalu terjebak didalam gejala Takfir (kafir mengkafir) atau cenderung kepadanya dengan munculnya fenomena menghukum keIslaman individu seseorang (syakhsiyah iktiyadiyah),  tidak makan sembelihan, solat lain imam sehingga fenomena mengangkat senjata. Ia juga menyebabkan harapan murni kearah mencapai kesepakatan sesama Islam menjadi lebih buntu.
Adalah wajar “Amanat Hadi (1981)” ini ditarik semula oleh beliau supaya (i) kefahaman dan tindakan ahli-ahli PAS yang terjebak atau cenderung kepada “Takfir” dapat dipulihkan atau dibendung, dan (ii) salah satu tembok penghalang kepada kesepakatan umat Islam di Malaysia dapat dirobohkan. Dengan ini panduan ayat Allah swt, “Muhammad adalah rasul Allah. Dan orang-orang yang bersamanya sangat tegas terhadap orang-orang kafir, berkasih sayang sesama mereka” (Al-Quran). Kita sedia maklum diantara penghalang kepada kesepakatan umat Islam di Malaysia selain dari peta politik kepartaian, adalah doktrin yang tertanam didalam fikiran.
Bertegas terhadap ajaran Syiah atau pengaruh Iran didalam PAS kerana jika Amanat Hadi antara lain bertujuan untuk memelihara aqidah umat seperti dakwaannya, maka dalam isu Syiah atau Iran adalah sepatutnya lebih bertegas lagi.,
Mengajak UMNO kepada perubahan diri dan jatidiri ke arah Islam sejati sebagai strategi utama memenangi undi, dan bukan bergantung hanya semata-mata kepada perpecahan pihak lawan sebagai harapan untuk memenangi Pilihanraya. Ia harus dibuktikan dengan amal dan contoh teladan, bermula pada diri dan keluarga, dan bukan dengan kata-kata dan janji.
Walaupun PRU13 semakin hampir, lalu sebahagian pembaca lebih cenderung membuat tafsiran politik dalam isu “Amanat Hadi”, namun ia harus dilihat lebih jauh dan lebih luas dari itu yang bersangkut asas ilmiah dan kepentingan umat itu sendiri. Usaha memberikan penjelasan tatkala isu ini dihangatkan oleh media, adalah lebih kuat dapat menjernihkan kefahaman sebilangan masyarakat yang telah lama memahami amanat tersebut secara salah atau melampau, tanpa perlu ditakuti akan dibuat tafsiran politik oleh sebilangan pembaca.
Gerakan-gerakan Islam yang membawa Fikrah Islam yang sahih harus berani tampil menyebarkan Islam yang hakiki didalam masyarakat serta memimpin mereka dalam menghadapi cabaran masakini dan hadapan yang getir. Dalam masa yang sama, ia mesti menjadi agen penyatuan dan kekuatan kepada Umat Islam yang terdiri dari berbagai pertubuhan, golongan dan lapisan.
“Ya Allah, tunjukkan kepada kami Kebenaran itu sebagai kebenaran dan Kebatikan itu sebagai kebatilan”. Ameen.
Ustaz Halim  www.inijalanku.wp.com
ثم قال الشيخ رحمه الله:
(فصل الدِّين عن السياسة هدم لمعظم حقائق الدِّين، ولا يقدم عليه المسلمون إلا بعد أن يكونوا غير مسلمين، وليست هذه الجناية بأقل مما يعتدي به الأجنبي على الدِّين إذا جاس خلال الديار، وقد رأينا الذين فصلوا الدِّين عن السياسة علنا كيف صاروا أشد الناس عداوة لهداية القرآن، ورأينا كيف كان بعض المبتلين بالاستعمار الأجنبي أقرب إلى الحرية في الدِّين ممَّن أصيبوا بسلطانهم، ونحن على ثقة من أن الفئة التي ترتاح لمثل مقال الكاتب لو ملكت قوة لألغت محاكم يقضى فيها بأصول الإسلام، وقلبت معاهد تدرس فيها علوم شريعته الغراء إلى معاهد لهو ومجون، بل لم يجدوا في أنفسهم ما يتباطأ بهم عن التصرف في مساجد يذكر فيها اسم الله تصرف من لا يرجو لله وقارا)[
Kenyataan Presiden PAS: PERISTIWA MEMALI: AKIBAT MENGHINA ISLAM

[Muat Turun Teks Penuh]

Firman Allah:

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main. Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?” (Surah At-Taubah: 65)

Al-Quran mendedahkan adanya kalangan manusia yang menjadikan Allah S.W.T, ayat-ayat dan para Rasul-Nya sebagai bahan gurauan sama ada bertujuan menghina atau bergurau untuk berjenaka. Islam mengharamkan perbuatan ini kerana boleh merosakkan iman seseorang sekiranya berdegil dan angkuh, melainkan kerana kejahilannya.

Ramai kalangan rakyat masih tidak lupa apabila hukum Islam dan Sunnah Rasulullah S.A.W menjadi bahan gelak ketawa pada satu masa dahulu, seperti kata-kata kalau hukum jenayah Islam dilaksanakan menyebabkan ramai orang yang cacat anggota, Rasulullah S.A.W tidak mencukur janggut kerana di zamannya tidak ada pisau pencukur yang berjenama seperti hari ini dan menutup aurat hanyalah adat orang arab yang kuat nafsu di padang pasir. 

Ada yang lebih ekstrem sehingga menolak hadis secara total, walaupun ianya merupakan kebijaksanaan Rasulullah S.A.W dalam beramal dengan Al-Quran yang dinaskan di dalam kitab suci itu. Bahagian Agama Islam Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan buku bertajuk “Mustika Hadis” dan terkandung satu bab daripadanya menghuraikan perkara tersebut.

Hanya kalangan agamawan yang membaca dan mengkaji, serta mempertahankannya memahami perkara tersebut walaupun dikeluarkan oleh JPM dan Kata Pengantar daripada Almarhum Tun Abdul Razak. Adapun yang tidak berminat tanpa peduli, tetapi bercakap juga berkenaan Islam, maka berlakulah salah laku terhadap agama Islam yang mulia.

Ustaz Ibrahim Mahmod adalah lulusan pengajian tinggi jurusan agama dan pernah bertugas di Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, bukan seorang yang jahil. Beliau tokoh agama yang tidak bersedia menjadi syaitan bisu apabila mendengar dan membaca kenyataan menghina dan bersenda gurau terhadap Islam yang tidak harus bagi ulama mendiamkan diri.

Mengikut ilmu Maqasid Syariah, salah laku terhadap agama lebih besar daripada salah laku kewangan, kerana Islam meletakkan senarai kewajipan menjaga agama adalah yang pertama, seterusnya adalah menjaga nyawa, akal, keturunan, maruah dan yang terakhir menjaga harta. Semuanya disebut Dharuriyyat, yakni keperluan hidup bagi manusia.

Apabila berlaku pertelingkahan dalam urusan agama, tugasnya bukan anggota polis. Sepatutnya pasukan agamawan yang dihantar berhujah mencari kebenaran, bukannya polis. Ini berpandukan firman Allah;

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (para pemimpin dan ulama) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” (Surah An-Nisa’: 59)

Sebenarnya, penjelasan kitab Mustika Hadis secara ekstrem, tanpa membezakan di antara yang jahil dan keadaan masyarakat yang jauh daripada pendidikan Islam, maka pimpinan PAS pada masa itu menugaskan saya menyediakan kajian bertajuk “Batas-batas Iman dan Kufur” bagi menangani ahli PAS supaya tidak terperangkap dalam isu kafir mengkafir dengan mudah, disebabkan banyaknya kenyataan menghina hukum Islam oleh penganut Islam sendiri.

Peristiwa Memali adalah mangsa daripada salah laku terhadap Islam oleh pemimpin negara pada masa itu. Polis dipaksa bertindak terhadap golongan agama yang terpaksa mempertahankan kesucian Islam yang dihina.

Peristiwa yang menyebabkan berlakunya kematian dan tuduhan jenayah atau ajaran sesat, perlu disiasat secara adil dan bebas demi mencari kebenaran bukannya menegakkan kebatilan dan melibatkan semua pihak yang masih hidup.

Perkara agama Islam pula berada di bawah konsep Raja Berperlembagaan, maka sangat wajar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) supaya siasatan yang bebas dan adil dapat dilaksanakan tanpa prejudis.

PAS bersedia memberi kerjasama bila-bila masa bagi menghapuskan fitnah yang boleh merosakkan hubungan kalangan umat Islam dan berlaku adil terhadap semua mangsa peristiwa itu.



“Sejahtera Bersama Islam”



ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS


Bertarikh: 3 Zulhijjah 1438H / 25 Ogos 2017

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...