Thursday, January 12, 2017

Antara Perbezaan Pandangan, Sesat dan Kafir



1. Kita menghormati pandangan minoriti para ulama. Ulama yang berpegang kepada pandangan minoriti tidak boleh memaksa, mengamalkan atau menyebar pandangan mereka secara terbuka kerana mengelirukan umat dan boleh membawa perpecahan dalam masyarakat.

Biarlah orang berilmu sahaja mengamalkan pandangan minoriti.

Biarlah ia hanya muzakarah ilmu kalangan ilmywan saja.
Orang awam perlu ikut pandangan majoriti ulama kecuali sudah belajar dan sesuai mengamal pandangan minoriti.

2. Ahli sunnah wal jamaah tidak mudah kafirkan orang.

Batas antara iman dan kufur itu ada syarat2nya sebagaimana usul ke 20 dalam rukun faham.
Orang awam mesti mengelak daripada menghukum kafir orang lain.

Biarkan sahaja orang berilmu dan berani bertanggungjawab didepan Allah kelak yang mampu berhujah kenapa mereka mengkafirkan orang lain. Apatah lagi mengkafir orang yang solat.

Istilah kafir dan sesat perlu dibezakan.

Kafir musuh dan kafir tidak memusuhi kita juga perlu dibezakan.

3. Menilai manusia pada zahirnya. Urusan hati, kita serahkan kepada Allah.

Jangan kita menganiayai orang melafaz kalimah syahadah, bersolat dan berniat ikhlas

4. Akhirnya pertembungan ini menjurus kepada sentimen tokoh, aliran dan kumpulan tertentu bukan lagi konteks ilmu.

Ingat teman2 dua buah kampung di sekolah yang sama bergaduh walaupun duduk sebelah meja dalam kelas yang sama.

Sentimen kampung mengatasi sahabat sekelas.

Tuesday, January 03, 2017

Kenapa sokong PAS?



Akhir zaman, fitnah berleluasa, banyak pihak memperalatkan Islam untuk kepentingan diri dan Islam kelihatan asing. Kita keliru dalam memilih kebenaran, kebejatan akhlak menjadi-jadi dan iman berbolak-balik.

Organisasi Islam atau jemaah Islam  mudah terpalit dengan fitnah ini apatah pula keahlian jemaah Islam seperti PAS adalah terbuka, manusia syaitan dan manusia munafik boleh menyusup masuk ke dalamnya. Dalam jemaah Islam, kita akan berjumpa dengan pelbagai darjat iman dan akhlak manusia, kesabaran dan keistiqamahan dalam perjuangan kita akan teruji.

Dalam Jemaah Islam, ada orang mempunyai niat dan tujuan yang batil. Ada mengejar pangkat, berat membuat kerja jemaah, ada yang mahu kuasa, ada yang mengampu, ada yang suka menipu dan sebagainya. Ini semua adalah ujian bagi para pejuang.

Jemaah Islam juga adalah organisasi politik. Terdapat juga budaya tikam belakang. Tanpa kesabaran, kita muda merajuk dan terpelanting dalam perjuangan. Jangan sangka kita seorang sahaja yang paling bijak dalam jemaah Islam. Manusia hebat dalam perjuangan Islam adalah seorang yang bertaqwa yang taat setia pada Islam dan bersiap siaga membantu pemimpin mereka melaksanakan Islam.

Ahli, penyokong atau simpatis PAS perlu ingat bahawa perjuangan PAS bukan kerana ia sebuah parti politik atau kerana seorang pemimpin, perjuangan PAS adalah perjuangan Islam. Demi redha Allah dan Islam, PAS sanggup dibubarkan jika pemerintahan yang ada menunaikan tanggungjawab sebagai pemerintah yang mukmin dan saleh.

Dalam mana-mana organisasi ada penyelewengan kuasa, korupsi, kelemahan dan kesilapan, PAS juga tidak dapat lari daripada gejala ini.  Tapi itu bukannya budaya organisasi PAS, ia hanya sifat segelintir individu yang perlu dibuktikan di mahkamah. Punbegitu dalam memilih kemudharatan,  kita mesti memilih mudharat lebih kecil daripada memilih organisasi lain yang lebih teruk mudharatnya.

Oleh kerana PAS dipimpin oleh manusia, kesilapan, kelemahan dan kesalahan pimpinan tidak dapat dielakkan. Kita boleh mengkritik dan menegur corak kepimpinan, akhlak pemimpin, idea pemimpin dan prestasi pemimpin dengan syarat melalui saluran yang betul dan tidak memutuskan ukhwah. Jika saluran telah digunakan, kita tidak perlu kecewa atau merajuk kerana tanggunggjawab kita menasihat telah terlepas.

Sedikit petua dalam memilih perjuangan Islam

1. Jemaah Islam yang berpegang kepada Islam bersumber al-Quran dan as Sunnah serta pandangan ulama muktabar. Dalam PAS, kekuatan Perlembagaan PAS terletak kepada dasar al-Quran, as-Sunnah, ijma' ulama dan qiyas. Dasar ini dijaga oleh Majlis Syura Ulama.

2. Jemaah Islam yang dianggotai oleh ramai ulama dan orang yang saleh.

3. Dasar dalam perlembagaan jemaah Islam adalah Islam yang syumul dan Islam sebagai addin.

4. Jemaah Islam yang dekat dengan kelompok majoriti rakyat bukannya bersifat elit.

5. Jemaah Islam yang memperjuangkan kelahiran Masyarakat atau Negara Islam dan ditegakkan perundangan Islam.

6. Jemaah Islam yang menjauhi pemikiran bercampur-aduk Islam dengan Barat. Jemaah Islam yang anggotanya warak dan menjauh perkara syubhah serta fitnah. Jemaah Islam juga perlu jauh daripada pihak kaya dengan istilah yang bombastik dan gagasan pemikiran yang mengkhayalkan.

7. Menjauhi musuh-musuh Allah SWT.

8. Kaedah perjuangan adalah damai dan berlandaskan nas syarak.

9. Kerangka pemikiran yang tepat dengan kaedah-kaedah ilmu dalam Islam.

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...