Saturday, October 01, 2016

Politik Matang Berakar Ilmu dan Adab



 
‘Pemimpin yang berkualiti dan profesional mudah dicari pada zaman ini tetapi mencari pemimpin yang taat-setia dan tidak beragenda sukar sekali’

Kita tertarik dengan pendekatan baru PAS dalam mentransformasikan imej PAS dengan pendekatan dinamakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

BPMS bermaksud sebuah budaya berpolitik yang berasaskan kepada kematangan dalam membuat keputusan dan tindakan, berlandaskan al Quran dan As-Sunnah, sesuai dengan realiti masyarakat, bermatlamat kesejahteraan rakyat, kemakmuran negara dan keredhaan Allah SWT.

Banyak kepentingan yang boleh diraih oleh gerakan Islam (baca: PAS) melalui amalan budaya politik matang dan sejahtera, paling menonjol ialah:

1.       Mengekang berlakunya ketidakadilan
2.       Mengelak penyalahgunaan kuasa
3.       Menghindari ketidakstabilan politik
4.       Menghindari kemelesetan ekonomi
5.       Menghindari keruntuhan sosial
6.       Menamatkan perselisihan rakyat
7.       Mengurangkan pembaziran masa
8.       Mengelakkan campurtangan asing
9.       Menggalakkan budaya politik ilmu
10.   Menyuburkan budaya politik fakta
11.   Mendidik rakyat buat keputusan berasaskan maklumat yang benar


Kriteria BPMS yang dicanang oleh PAS ialah

1. Bertunjangkan prinsip perjuangan PAS pasti sahaja berpaksi kepada al-Quran dan Sunnah. Justeru itu, apa jua keputusan PAS mestilah menepati syarak.

2. Politik dakwah. PAS berjuang dengan tiga method atau sistem gerakkerjanya secara seimbang dan sepadu iaitu :-

        I.            Gerakan Tarbiyah (pembinaan dalaman)
      II.            Gerakan Dakwah (pembinaan luaran)
    III.            Gerakan Siasah (pembinaan sultah/kedaulatan)

Adapun situasi berdepan dengan sebuah pemerintahan yang tidak melaksanakan sistem pemerintahan Islam, PAS akan terus berjuang, berdakwah dan berperanan untuk memastikan Islam dapat didaulatkan. Peranan tersebut dinyatakan seperti berikut;

        I.            Memberi nasihat dan bimbingan secara berterusan, bagaimana Islam itu boleh dilaksanakan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara.
      II.            Berjuang menegakkan syariat (amar makruf) dalam apa jua kesempatan dan ruang yang boleh dilakukan oleh PAS pada tahap keupayaan yang dimiliki.
    III.            Menegur, mengkritik, membantah dan mencegah kemungkaran (nahi mungkar) dan menentang kezaliman yang berlaku sama ada dalam aspek sosial, ekonomi mahupun politik. Sekalipun kemungkaran itu dilakukan oleh pemerintah, PAS tegas menyatakan kebenaran.
    IV.            Menggerak agenda perubahan total (al-taghyir) ke arah mendaulatkan syariat Allah secara berterusan. Terutama apabila PAS berdepan dengan sebuah pemerintahan yang degil dan enggan melaksanakan Islam malah memusuhi Islam.

3. Amar Makruf Nahi Mungkar

4. Fokus Penyelesaian Islam

5. Pertentangan Dasar Bukan Pertentangan Fizikal


BPMS boleh direalisasikan dengan mengislah diri seseorang politikus dengan ilmu dan adab.

Akar 1: Ilmu

Matlamat utama ilmu ialah bertaqwa kepada Allah SWT yakni mengenali dan menyakini kewujudan Allah SWT dalam segala urusan di dunia mahupun akhirat. Justeru, ilmu yang pertama perlu digarapkan ialah ilmu tauhid.

Kumpulan pengajian kitab turath perlu diperkenalkan bagi mengukuhkan aqidah anak muda agar tidak terpesong dengan Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme. Penulis mencadangkan agar anak muda mempelajari 3 kitab yang baik untuk menjadi benteng aqidah anak muda iaitu

        I.            Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf oleh Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Mutalib Al Indunesia Al-Mandili.
      II.            Kitab Bakurah Al-Amani oleh Syeikh Ismail Abdul Qadir al-Fathani.
    III.            Mastika Hadith keluaran JAKIM

Pengembelengan program keilmuan berperanan membina kerangka pemikiran agar Pandangan Hidup Islam lebih tauhidik dan menolak pemikiran orientalis dan orang kafir dalam kalangan umat Islam.


Akar 2: Adab

Pada hari ini, persoalan adab boleh dibahagikan beberapa isu iaitu

        I.            Adab berbeza pendapat – menghormati pendirian orang lain dalam konteks ilmu dan adab. Meraikan pandangan pendirian orang lain.
      II.            Adab menutur kata – mengunakan perkataan dan tulisan yang baik dan berbudi bahasa. Elak gelar-mengelar dan label melabel antara satu sama lain.
    III.            Tidak bermudah-mudah dalam mengkafirkan orang lain.

Konsep BPMS mesti diperluaskan penatarannya agar budaya ini menjadi darah daging setiap kawasan dan gerakan yang pro kepada gerakan Islam (PAS).

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...