SIRI 1
SEMANIS BICARA, SEINDAH AMALAN.
Tanpa berlengah-lengah saya membuat keputusan bahawa sumbangan yang abadi yang dapat diberikan oleh seseorang dalam keadaan seumpama ini ialah menulis sebuah buku; kerana buku dapat kekal lama, selepas kerajaan, manusia, negara, catatan pemikiran dan tindakan manusia lupus.
Syed Naquib al Attas
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya. Semoga Allah memayungi rahmat untuk sekalian alam terutamanya kepada pendokong agama Allah. GERAKAN MAHASISWA ISLAM MENCABAR merupakan sebuah risalah dituju khas untuk sahabat mahasiswa. Risalah ini bertujuan memberi gambaran awal kepada generasi mahasiswa, adik-adik pelajar pra-universiti dan peminat gerakan mahasiswa tentang sejarah dan cabaran generasi awal golongan mahasiswa Islamis yang menguasai politik kampus di negara ini. Dengan adanya risalah ini, penulis mengharapkan agar mahasiswa mengetahui sejarah awal kebangkitan mahasiswa Islam bukan hanya mendengar secara lisan tentang lagenda gerakan mahasiswa Islam.
Penulis telah memilih isu-isu yang penting dan paling mempengaruhi kebangkitan awal gerakan mahasiswa Islam. Kebetulan kunci-kunci kebangkitan GMI di Malaysia berada di Universiti Malaya. Universiti Malaya merupakan medan pertama kebangkitan mahasiswa Islam sama ada dalam pola pertama iaitu GMI sebelum AUKU 1975, pola kedua, cabaran golongan mahasiswa nasionalis-Islamis untuk menguasai politik kampus dan pola ketiga, GMI di bawah suluhan pimpinan ulama. Ketiga-tiga pola ini sangat menpengaruhi pembudayaan politik kampus di Malaysia. Oleh sebab itu, tidak hairanlah penulis banyak membincangkan GMI dalam konteks Universiti Malaya.
Dalam bab pertama, penulis membincangkan sejarah awal kebangkitan GMI di Malaysia diikuti bab kedua tentang roh perjuangan GMI. Roh Perjuangan GMI diharapkan dapat menunjuk panduan bagi GMI dalam menelusuri liku-liku perjuangan. Bab ketiga berkaitan GMI menangani cabaran terutamanya daripada HEP, kerajaan, musuh politik kampus dan masalah dalaman GMI. Bab keempat memfokuskan isu-isu yang telah diperjuangkan oleh GMI. Isu-isu yang dipilih bersifat selektif berdasarkan kekananan isu dan mempengaruhi suasana kampus dan pentas nasional.
Akhir kalam, penulis mengharapkan risalah ini dapat menyemarakkan kembali gerakan mahasiswa Islam di kampus nasional. Seperti kenyataan Syed Naquib al Attas di atas, penulis ingin meninggalkan satu harta yang paling berharga iaitu menulis sebuah buku. Diharap risalah ini dapat dimanfaat sebaik mungkin oleh para pembaca. Semoga Allah merahmati hidup kita semua. Bagi aktivis GMI, teruskan perjuangan dan selamat berjuang. Takbir!!
Islam Memerintah, Bukan Islam Diperintah.
Mohamad Ridhwan Bin Alias
tokawang_sufi@yahoo.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment