Tuesday, March 16, 2021

Politik Berlumpur

 Politik ini umpama celuk tangan mencari ikan dalam lubang di sawah berlumpur.

Sudut gelap, permainan, muslihat dan perkara disebalik tabir banyak sangat. Tidak sama orang yang membuat penilaian dari luar dengan orang yang didalam terpaksa buat membuat keputusan dan berada dalam situasi serba salah.
Hamba Allah yang Saleh dan ahli Syurga seperti Saidina Ali, Saidatina Aisyah, Saidina Zubair, Saidina Talha dan Saidina Hassan sukar mendepani politik. Kelicikan dan Seni muslihat politik terlalu pragmatik kelihatan menghalalkan cara. Orang baik, orang agama dan kaum intelek mudah terperangkap dengan kelicikan pemain politik bijak nan kebinatangan.
Celuk tangan mencari ikan tetapi gigitan ular yang diperolehi. Ia tidak seindah disangka. Ia tidak semudah memetakan matlamat.
Masuk sawah berlumpur, banyak atau sikit pasti terpalit lumpur. Itulah fitnah politik.

Kritik Agana

 Kritik Agama atau Sosok Pengamalnya?

1.Pengalaman peribadi tidak boleh menjadi hukum orang lain. Salah disisi kita, belum tentu salah disisi mereka.
2.Ujian ke atas kita semua adalah berbeza. Maka bersabar dan kembali kepada Allah. Ia bukan klise atau tipikal, ia adalah kenyataan yang mesti kita perlu akuri.
3.Kaum wanita bebas menyuarakan pandangan dalam Islam. Paling penting ialah bagaimana cara mereka menyuarakan pandangan? Adakah secara beradab atau protes dengan biadap, kontroversi atau membina persepsi buruk?
4.Perjuangan menolong dan membantu orang lain (termasuk mendapat keadilan) adalah satu perbuatan yang baik dan perlu disokong. Bagus. Yang tak bagus ialah menyalah orang lain. Lebih selesa menjadi penghukum, pemarah dan pembenci.
5.Tak salah mengkritik dan menegur watak/sosok manusia kerana setiap manusia ada kelemahan dan kekurangan pada pandangan mata dan hati kita. Yang salah adalah memperlekehkan amalan dalam beragama. Orang nak beragama dan orang agama adalah manusia biasa yang tidak sempurna dan belum pernah siap sifatnya. Kekurangan dan kesilapan adalah pasti.
6.Sejauh-mana kita simpati dan cuba bantu orang lain, kita masih tidak mampu berada pada posisi diri mereka. Kita pada hakikatnya tidak mampu merasai apa yang mereka rasa. Bantuan, simpati dan doa kita agar beban mental, perasaan dan fizikal lebih ringan. Kita masih belum mampu menyelesaikan segalanya tanpa restu dan doa kepadaNya. Doa kepadaNya adalah satu ketenangan kerana kita berserah padaNya setelah kita berusaha semampu mungkin.
Salleh Hamzah

Solat

 Solat.

Manusia yang solat dan solat berjemaah bukanlah manusia yang
terbaik
dalam urusan duniawi termasuk urusan kerja. Mereka juga bukan sebaik-baik manusia tanpa salah, silap dan gagal. Mereka juga ada salah, silap dan kekurangan dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak semestinya kaya, tiada masalah keluarga dan lain-lain. Kerana mereka hanyalah manusia biasa.
Solat dan solat berjemaah adalah manifestasi sifat kehambaan mereka kepada Allah. Cuba hidup sebagai hamba Allah disebalik diri yang tidak sempurna dan tidak siap-siap ini.
Sememangnya, secara ideal penghayatan sebuah solat secara ikhlas dan faham ilmu yang betul dapat membangkitkan kualiti dan prestasi kehidupan manusia lebih baik dalam urusan kehidupan duniawi dan akhirat dengan lebih cemerlang. Cuma kecemerlangan dan kebahagiaan hidup itu subjektif pada pandangan setiap orang. Kita berhak memilih kecemerlangan dan kebahagiaan yang bagaimana yang kita mahukan.

Sempadan Ketuhanan

 Sempadan Ketuhanan

“Aku hanya manusia beridea, bukan manusia berideologi tetapi mahu menjadi manusia beragama. Mencari erti beragama dicelah-celah pengalaman masyarakat.”
Krisis identiti dan persoalan ketuhanan adalah lumrah dalam fasa-fasa kehidupan kita sebagai manusia. Seawal kanak-kanak lagi kita bertanya Allah tinggal di langit ke, mak? Kita sudah lihat bagaimana Pak Dr Kassim Ahmad mencari jalan pulangnya. Ia adalah normal dalam kehidupan. Yang bezanya, bagaimana kita melayani persoalan ini? Apa cara kita nak menyelesaikan persoalan ini?
Krisis identiti dan persoalan ketuhanan berlaku apabila muncul persoalan seperti dibawah:
1.Kenapa aku dilahirkan sebegini? (kes cacat, trangender)
2.Mengapa aku bernasib begini? (miskin, kemalangan)
3.Kenapa Tuhan tidak menolong aku?
4.Siapa pencipta Tuhan?
Perkara ini bertambah berat apabila seseorang itu mempunyai pengalaman gelap dan pahit dengan orang agama, institusi agama, budaya dan penghinaan masyarakat/kelompok yang dilihat menghukum dan tidak menyelamatkan mereka sehingga mereka memberontak dan protes terhadap Tuhan dan agama.
Krisis identiti dan kejiwaan juga berlaku kepada Rasulullah SAW ketika wahyu lama tidak datang sehingga Rasulullah SAW mahu terjun daripada bukit. Nabi Muhammad sendiri keluh kesah dan jiwa kacau. Itu Rasulullah SAW. Kita manusia biasa lagilah lemah sifatnya. Masalah psikologi ini normal bagi manusia. Pada penulis, pertama niat ikhlas untuk berubah dan mencari kebenaran, kedua, panduannya al Quran, ketiga mencontohi sunnah (kehidupan Rasulullah SAW) , keempat pengaulan dengan orang soleh dan kelima berdoa.
Persoalan ketuhanan, fikiran makhluk ada sempadannya. Fikir kita adalah fikiran makhluk, selagi kita berfikir, itulah fikiran makhluk. Persoalan Tuhan tidak mampu terfikir dan difikir oleh makhluk. Maka, ia MESTI ada sempadan. Keluar sempadan, kesesatan itu dekat.
Kita mendengar, Allah Maha Mendengar. Kerana pendengaran kita ada had dan terhad. Sampai di sempadan tertentu, kita sudah tidak dengar bunyi.
Kita melihat, Allah Maha Melihat. Sampai tahap tertentu penglihatan kita kabur dan tidak nampak.
Sempadan fikiran kita ialah surah al Ikhlas. Cukup sampai disitu sahaja sempadan pemikiran kita. Lebih daripada itu, kita tersesat.

Rumusan Wawancara DSAI Mingguan Malaysia

 Rumusan wawancara DSAI

1. Politik merangkul semua termasuk UMNO.
2. Kembali kepada landasan berteras idealisms. UMNO kena kembali kepada idealisme
3. Sampai bila nak taksub parti (PkR), parti hanya wahana dan landasan. (Barangkali boleh taksub DSAI-penulis)
4. Taksub kepada idealisme perjuangan bukannya parti
5. Ada perbincangan tak rasmi dengan UMNO (teringat kisah muzakarah-muqabalah dan UG. aku tanya apa khabar kepada parti Amanah- penulis)
6. DAP lebih lunak kemungkinan kerjasama dengan UMNO.
7. Pakatan menyelamat negara.
8. Tentang rasuah UMNO. Yang menghukum adalah hakim bukan pendakwa (parti politik)- (inilah pandangan PAS dalam pelbagai isu seperti 1MDB -Penulis)
9. Gurauan tentang banglo Daim (apa motif acahan ini-penulis).
Jawapan selamat dan lunak terutamanya tentang kebejatan UMNO.

Kitaran Permusuhan

 Kitaran Permusuhan: Harapan, Impian dan Idealistik

Kitaran dendam dan permusuhan disebabkan oleh sentimen dan emosi dibentuk oleh dendam, dengki, amarah, kebencian berasaskan darah, keturunan, keluarga dan kaum-puak (termasuk politik kepartian).
Sampai bila ia perlu berulang?
Kolam permusuhan itu dibentuk oleh situasi, peristiwa dan perancangan oleh pihak tertentu.
Antara kolam permusuhan yang dimaksudkan ialah konflik sunni-syiah, PAS-UMNO, ASWJ-Salafi, Melayu-Cina dan lain lain.
Dalam pertempuran dalam kolam tersebut, ada yang membunuh dan dibunuh, ada ditikam dan menikam. Ramai terkorban. Itu resmi sebuah permusuhan dan pertempuran.
Biarlah yang terkorban itu menjadi satu pengorbanan untuk dunia baru yang lebih aman bukannya menambah musuh. Hati dan perasaan mana tak terguris, marah dan benci, itu harga perlu dibayar. Lupakan permusuhan dengan jiwa besar.
Sejarah itu memberi pengajaran bukannya memanjang permusuhan yang tidak kesudahan
Dazy Anthony dan Syahid Jamli

Husam

 Sehari dua ini, Dato Husam Musa bercakap di beberapa tempat. Tumpuan utama serangan ialah Tok Guru Haji Hadi. Antara istilah mainkan ialah langkah kanan, mandat rakyat, tebuk atap dan bagai.

Husam sendiri semakin lunak dan nak berkawan dengan UMNO sebagai rakan strategik. Mungkin Husam lupa hujahnya sendiri semasa PAS nak berkawan dengan UMNO. Sudah tentu bersandarkan kepada kata-kata arwah TGNA.
Husam memang 'genius' politik. Banyak tahu dan banyak membaca.
Tindakan Husam dalam politik dilihat hilang keberanian.
1. Seingat kita, dua kali Husam ada peluang untuk bertanding jawatan Presiden. Peluang untuk membawa perubahan. Paling kurang mencuba membawa obor perubahan. Tetapi tidak berani sehingga membiarkan Ustaz Ahmad Awang menentang TGHH.
2. Husam dilihat pemimpin impian kelompok progresif. Sepatutnya Husam menjadi Presiden Amanah yang pertama tetapi pemimpin paling lambat menyertai PAN. Berhelah menunggu dipecat.
3. Husam sibuk dengan mengacah serangan kepada TGHH. Dalam parti sendiri, apa Husam buat untuk memantapkan parti? Letak jawatan sebagai Naib Presiden dan hilang jawatan Pengerusi PH Negeri.
4. Kelihatan sebahagian kelompok UM mula menjauhi Husam. Mungkin kehadiran Dr Kamil untuk memperkuatkan pengaruh beliau dalam parti tetapi anak muda UM lebih sokong kepimpinan abang mat.
5. Husam lebih serasi dengan fikrah Anwar. Hendak bermesra-cumbu dengan UMNO. Hanya UMNO boleh menjadi tongkat PAN untuk tawan Kelantan.

Dunia Politik Adalah Hutan Belantara

 Dunia politik hanyalah hutan belantara yang semua orang saling berburu untuk kelangsungan hidup.

Ramai yang tersesat dalam hutan ini sehingga larut dengan budaya ekstrem, kebencian, kemarahan, dendam dan dengki.
Kita kena keluarkan anak muda daripada hutan ini ke dunia yang lebih aman dan damai. Kalau tidak, ia akan berterusan, mengulangi kitaran ini dan tidak akan berhenti.
Sebab itulah ia bergantung kepada generasi lama dan orang dewasa untuk mengalas bagasi dosa masa lalu.
Adakah impian sedemikian akan direalisasikan?
Dengan manusia, jawapannya TIDAK. Lupa dan tak pernah insaf.
Olahan dan tambahan ucapan Braus.

Banyak Baca Buku

 Orang agama kena menambah pengetahuan melalui amalan membaca buku dan baca e akhbar agar tidak tersalah petik fakta dan maklumat.

....
Al Quran mengandungi prinsip kehidupan dan akhlak yang wajib diikuti.
Al Quran sumber hidayah dan inspirasi
Al Quran memberi peringatan dan khabar gembira
Al Quran sumber zikir, fikir dan amal kita.
Al Quran sumber pahala.
...
Satu yang kita perlu ingat, bukan persoalan banyak atau sikit jumlah buku yang dibaca menjadi kita bijak dan cerdik (tahu). Bijak dan cerdik ini bergantung sejauh mana kefahaman yang memberi hidayah, membentuk amal dan menjadi kita lebih beradab-akhlak. Inilah cerdik dan bijak sebenar.
Adapun cerdik dan bijak selain itu lebih kepada perihal duniawi yang boleh menjadi Jalan untuk akhirat atau sekadar perihal duniawi semata mata.
Mahmud Zulkifli, Jaa Hass dan 2 yang lain

Pemberontak

 Pemberontak

Ketika berumur 26 tahun, Dr Kassim Ahmad menulis:
/bersama-sama, bersama-sama, kita mara, wahai saudara-saudaraku/ seperti Tuah dan Jebat zaman dahulu/ kita telah mengangkat tanah ini tanah tumpah darah kita/ sendiri kita akan mengawal di pantai-pantainya/ oleh itu, datanglah, wahai petualang-petualang yang sibuk./
Ketika berumur 24 tahun, Kassim Ahmad menulis:
/ada besok maka pasti ada suria/ aku akan pergi dengan seribu Jebat si anak tani/ kian lama kita mati dalam setia/ kali ini kita hidup dalam derhaka./
Anak muda yang penuh semangat, kemarahan dan keheroan mahu menjadi pemberontak yang mahu meruntuhkan sistem. Usia memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pemikiran dan tindakan anak muda.
Suasana nak runtuh sistem berpunca daripada situasi semasa/peristiwa semerta, pengkaderan dan dirancang oleh pihak tertentu. Ada yang didanai oleh kelompok tempatan atau luar.

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...