Wednesday, October 26, 2016

Dari Siapa Ilmu diperolehi?



Disusun oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias
26/10/16

Sumber ilmu itu hampir segala-galanya. Jika sumber  ilmu itu celaka, celakalah penerima ilmu. Ibnu Sirin menyatakan,
‘Sesungguhnya ilmu ini adalah agama maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu’

Ibrah ungkapan Ibnu Sirin ialah [1] ilmu adalah agama yakni suatu pegangan dalam kehidupan. Jika ilmu itu sesat, maka sesatlah kehidupan seseorang. [2] Ilmu itu perlu berguru. Guru yang dipilih mesti mempunyai autoriti dan bertaqwa.

Imam Muhammad Ibn Ali Ibn Muhammad as Syawkani menyatakan khabar al-wahid diterima jika sumbernya;
1.    Sumbernya haruslah seorang mukallaf.
2.    Sumbernya haruslah beragama Islam
3.    Sumbernya haruslah seorang ‘adalah iaitu integriti dalam moral menunjukkan ketaqwaan dan kewibawaan diri.
4.    Sumber harus memiliki kecermatan dan ketelitian
5.    Sumber harus jujur, berterus terang dan tidak menyembunyikan sumber rujukan.

Imam Ibnu Hibban menyatakan ada 20 sifat orang tidak layak menjadi sumber ilmu. Ketinggian ilmu seseorang tidak mengambarkan ketinggian taqwa mereka. Mereka mungkin ulama atau pemimpin palsu. 20 sifat itu ialah
1.    Orang-orang zindiq iaitu zahirnya Islam tetapi batinnya tidak
2.    Orang yang sengaja dan berani berdusta atas nama Rasulullah SAW.
3.    Orang yang seringkali berdusta secara terang-terangan kerana menganggap dusta itu dibolehkan
4.    Orang yang berdusta untuk kepentingan duniawi
5.    Orang yang kurang cermat, kurang berhati-hati dan tidak teliti
6.    Orang tua yang nyanyuk
7.    Orang yang serba tahu dengan menjawab segala persoalan
8.    Orang yang bukan pakar
9.    Orang yang mengajar dari buku seseorang yang tidak berguru dengannya
10. Orang yang memutar-belit khabar dan menyamaratakan autoriti semua orang sumber
11.  Orang mengajar apa yang tidak pernah diajar oleh gurunya
12. Orang yang mengajar apa yang dapat daripada buku semata-mata
13. Orang yang jujur tetapi sering keliru
14. Orang yang namanya sering digunakan oleh orang lain termasuk anak-anak dan jurutulis
15. Orang yang tidak tahu sesuatu karya telah dimanipulasi
16. Orang yang pernah keliru tanpa sengaja kemudian menyedari kesilapan tetapi tidak membaiki kekeliruan tadi.
17.  Orang yang fasiq sering meninggal ibadah secara terang-terangan
18. Orang yang tidak menyebut sumber asal
19.  Orang yang mempropaganda ajaran sesat
20. Orang yang berdusta untuk menarik orang ke kuliah mereka.

Imam Malik menyenaraikan 4 sifat  orang yang ucapannya tidak perlu dicatat:
1.    Orang bodoh yang sudah dikenalpasti kebodohannya
2.    Pengikut hawa nafsu yang sudah tersesat lalu mengajak orang lain kepada kesesatan itu.
3.     Orang baik yang tidak faham apa yang diucapkannya
4.    Orang yang berdusta berkenaan hadith Rasulullah SAW.

Sumber Dr Syamsudin Arif, Orientalis&Diabolisme Pemikiran

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...