Friday, July 28, 2017

Tentang Tun M


Dari segi politik (tanpa menafikan jasa dan sebagai negarawan,, moga Allah membalas kebaikan yang dilakukan oleh beliau), berbaik-baik dengan Tun M bagaikan kita melupai dan merestui sejarah hitam nan 'zalim' yang dilakukan oleh beliau.
Jangan sesekali melupakan sejarah atas kelicikan beliau. Watak ini menjadi 'petualang' pada era Tunku Abdul Rahman, Tun Husein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan DS Mohd Najib.
Dalam UMNO, krisis Tun Musa Hitam, Tengku Razleigh, UMNO Baru, Tun Ghaffar Baba dan DS Anwar Ibrahim.
Habis 'wilayah' sistem kehakiman bahkan Hak Raja2 Melayu dicerobohinya
Dalam jalur Islam, peristiwa Memali, SAR, penghalang besar perundangan Islam.
Banyak lagi kalau kita sudi mengungkit.
Tiadalah ambe percaya pada politik Tun M selagi tidak menjunjung Islam sebagai ASAS perjuangan beliau.
Kita mahu pembangkang yang menang adalah pembangkang yang kuat dan bersatu padu bukan atas dasar jatuh Najib semuanya diselesai.
Jangan ulangi kebebalan politik 'Mujahidin' Afghanistan dan kerapuhan persatuan para pembangkang Syria.
Bagi kelompok 'Islam progresif', jangan sampai jilat jari.

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...