Sunday, October 30, 2016

Kaedah Keilmuan Dalam Tradisi Islam



Penyusun: Mohamad Ridhwan Bin Alias
29/10/16

Pada pandangan Dr. Muhammad Said al-Buti, konsep keilmuan Islam terbahagi kepada 3 iaitu

a. Yang Benar dan didakwa
Setiap tajuk perbahasan ingin dibincangkan sentiasa tidak lari daripada perkara-perkara benar yang dipetik dan dirujuk dalam NAS. Justeru, setiap hujah memerlukan dalil yang kuat dan kukuh.

Jika tidak didasarkan kepada pada NAS dan masih diragui adalah dakwaan semata-mata, maka perbahasan haruslah dihalakan kepada pembuktian dalil-dalil ilmiah yang diterima oleh akal.

b. Kaedah Mempastikan Perkara yang Benar
Seni keilmuan tradisi Islam ialah ilmu mustalaah hadith, ilmu al-jarah wal ta’dil dan ilmu perawi hadith. Gabungan ilmu ini atas neraca yang konkrit, maka segala yang benar akan menjadi nyata. Maka wujudlah keyakinan.

Perkara yang dilandaskan kepada nas itu dianggap pertama dalam darjah kesahihan setelah dipastikan dalam proses penguraian dan penapisan. Proses tersebut mengambil kira susunan sanad yang sentiasa bersambungan sampai kepada sumber ilmu.

Kesahihan sesuatu nas dan persambungan para periwayat diketahui melalui ilmu al-jarah wal ta’dil dan ilmu perawi hadith mempunyai pengkhususan yang rapi dengan hadith, matan dan setiap sifat orang yang meriwayatkan sesuatu nas nabawi.

C. Kaedah Mempastikan Dakwaan
Kaedah ini digunakan apabila setiap sesuatu keilmuan, keputusan atau hukum-hukum yang tiada nas nyata tentangnya sama ada dari dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

A;-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW hanya memberi gambaran kasar tentang setiap persoalan. ia seolah-olah memaksa akal kita supaya berfikir, mengkaji dan memeprdalamkan lagi pengkajian ke atasnya.

Al-Quran tidak menjelaskan secara detail tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan apa yang dapat disentuh atau dilihat. Perkara aqidah, ghaib, dalam kubur, syurga-neraka dan hari kiamat dibicarakan dalam al-Quran dan hadith. Ketidak-jelasan terhadap persoalan sebegini membuka ruang dan peluang kepada manusia supaya berfikir dan menyelami fikiran sendiri setiap perkara yang wujud tersebut.

Rahsianya ialah ia satu penghormatan kepada fikiran manusia agar keistimewaan yang dianugerahkan kepada fikiran manusia dapat digunakan untuk tujuan murni dalam mencari kebenaran dan mengenali hakikat kehidupan yang sebenar.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...