Sunday, October 02, 2016

Penolakkan Terhadap Konsep Muslim Demokrat



1. Konsep Muslim Demokrat dan Pasca Islamisme adalah produk yang dihasilkan oleh orientalis Barat dengan restu Barat dalam menanggani Islam. Umat Islam, tokoh Islam dan sesetengah gerakan Islam terpengaruh dengan konsep Muslim Demokrat yang membawa agenda Barat. Kita boleh melihat agenda Barat dalam Laporan Rasmi Rand Corp. iaitu Civil Democratic Islam (tahun 2003) dan Building Moderate Muslim Networks (2007). Rand Corp ialah pusat penyelidikan strategi tentang Islam dan Timur Tengah.

2. Dana yang disediakan oleh para pendana menunjukkan bahawa konsep ini disenangi oleh Barat berbanding Islam yang tulen (mengikut al Quran dan as Sunnah). Smith Richardson Foundation membiayai Rand Corp. Sasakawa Peace Foundation pula antara penaja utama Persidangan Muslim Demokrat. Antara pendana lain yang terkenal ialah Konrad Adenauer Foundation (KAF) dan Friedrich Naumann Foundation.

3. Konsep Muslim Demokrat membuka fitnah baru dimana umat Islam telah berbalah sesama sendiri. Lihat apa yang berlaku dalam PAS sehingga berlaku perbalahan dalaman sehingga wujudnya Parti Amanah.

4. Anak murid orientalis dan sebagai tokoh/ulama/pemimpin/sarjana Islam teruja dengan konsep ciptaan dan saranan daripada Barat. Maka, Islamisasi, Islam Sivil, Masyarakat Madani alat untuk memperlahankan usaha dakwah gerakan Islam. Rand Corp dalam laporannya mengucapkan terima kasih kepada Azyumardi Azra, Rektor Universiti Islam Negeri; Ulil Abshar-Abdalla, Aktivis JIL (Jaringan Islam Liberal); Jusuf Wanandi, Pengarah Eksekutif Pusat Islam dan Pluralisma Antarabangsa Indonesia, Ahmad Syafii Maarif, mantan Ketua Umum Muhammadiyyah, Rizal Sukma, Abdul Mu’ti, M. Syafi’i Anwar, dan Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

5. Muncul istilah Penerapan Nilai-nilai Islam, Islam Hadhari, Rahmat untuk Semua, Maqasid Syariah dan Islam Nusantara adalah usaha tempelan untuk mengelabui rakyat daripada menerima perjuangan jihad gerakan Islam. Ustaz Umar Tilmisani, Mursyidul Aam Ikhwan dalam bukunya, Negara Penerapan Nilai-nilai Agama? menyatakan pemimpin umat Islam (termasuk sarjana) banyak berdolak-dalih dan bersikap pragmatik dalam politik dengan tujuan berselindung disebalik slogan dan penempelan sudut kerohanian (seperti Qasidah dan majlis berselawat) daripada melaksana syariat Allah.

6. Konsep Muslim Demokrat melahirkan pemimpin dan organisasi Islam membuang sifat Islam dan mengisytiharkan diri mereka sekular. Politik Islam telah mati bagi mereka. Misi politik Islam ialah pemerintahan berdasarkan al-Quran dan as Sunnah yang merangkumi pentadbiran, perundangan, sosial dan ekonomi berlandaskan Islam.

7. Kita menolak konsep Muslim Demokrat kerana ia satu agenda Barat-Yahudi yang dikosmetik dengan Islam. Hakikat sebenarnya ialah mereka menolak Islam berdasarkan al Quran dan as Sunnah. Konsep negara Islam, jihad, mati syahid, hukum hudud dan politik Islam ditolak oleh pendokong Muslim Demokrat.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...