Friday, July 25, 2008

Anbakri dan Aku: Aku Lebih Kacak

1.aku kaget dengan beberapa pandangan bahawa aku macam anbakri. Tidak sama. Anbakri adalah mantan pimpinan kampus, aku hanya pemerhati GM dan pencandu seminar sahaja. Lagi pun aku lebih 'hemsem' daripada anbakri.

2.mungkin minat kami sama: Puisi

3.Anbakri adalah pimpinan PMUM semasa kegemilangan ABIM. Pimpinan lain adalah Yazid Othman yang diura ura sebagai calon UMNO kerusi Pasir Puteh. tapi tak menjadi.

4. Kita kena ingat anbakri hanya Presiden. Pengaruh sebenar dalam PMUM ketika itu di bawah mahaguru saya yang saya hormati dan kasihi, Prof Dr Mohd Redzuan Othman merangkap SUA PMUM dan pimpinan tertinggi PMIUM.

5. Kini Anbakri bersama PAS mengekori TG NIK AZIZ dan penulis ucapan-penyalur idea-pembekal maklumat TG. seorang yang boleh mempengaruhi keputusan tok guru.

6. Dan aku hanya penulis kerdil di Malaysia Timur. penting aku lebih kacak daripada Anbakri. hehe(bergurau saja). Allah jauhi aku daripada sifat riak.

salam kemaafan.

Dzulkhairi dan Isyraq

1. paling aku terkesan dengan tulisan budak ini ialah tentang solat Isyraq.

2. tulisannya itu membuat aku jatuh cinta pada isyraq. doanya tergugat di jiwa. aman rasa diri.

3. terima kasih kepada budak alim itu. Moga dimurah rezeki dan bahagia sokmo

Thursday, July 24, 2008

Setiausaha Agung PAS

Sekadar respon tulisan Pak Subky Latif dalam Siasah tentang kesibukkan SUA PAS. Cadangan saya, lantik saja Utsaz Idris Ahmad. beliau kuat ditarbiyyah dan tidak memegang jawatan penting ketika ini.

ke ada pihak yang gentar dengan ketiadaan SUA PAS sekarang?

Wednesday, July 23, 2008

Kerajaan Berkebajikan

Hak rakyat yang perlu dipelihara dan dijaga oleh kerajaan berkebajikan;

1. Pendidikan Percuma sehingga Ijazah Pertama. Paling kurang PTPTN menjadi ala JPA dimana pelajar cemerlang dikurangkan peratus pembayarannya.

2. Rumah mampu milik.

3.peluang pekerjaan. Wujudkan perjawatan rendah yang dihapuskan ekoran perswastaan yang mementingkan kroni. Contoh, jawatan tukang kebun sekolah. Dengan ada jawatan dalam kerajaan, pekerja memperolehi pencen agar tidak miskin pada hari tua

4. Kesihatan percuma termasuk untuk pesakit kronik seperti pembedahan


ini antara perkara yang perlu dijaga oleh kerajaan berkebajikan pro rakyat

Kekuatan Pak Lah

1.Ramai orang anggap Pak Lah lemah. Memang lemah dari segi idea dan kepimpinan. Dalam lemah Pak Lah ada juga kekuatan.

2.Cuba kita cari kekuatan Pak Lah?

3.Kekuatan yang tidak beri peluang kepada pencabarnya.

4.kalau pencabarnya KU LI, zaman kekuatan KU LI sudah berakhir.

5. Najib dan Muhiyidin tak berani cabar Pak Lah(setakat ini).

6. jadi Pak Lah masih kuat sebenarnya. Jangan pandang sebelah mata.

GAMIS JADI NGO? Bab3

1. saya sangat bersetuju cadangan saudara ali bukhari

2. Masalah keahlian perlu diambil kira. terhad kepada mahasiswa yang bertempoh gelarnya 3 hingga 4 tahun sahaja(kecuali mahasiswa perubatan) atau bagaimana?

3. ke mana selepas GAMIS?. adakah berstruktural usia seperti PKPIM ikuti ABIM dan selepas itu berangkai cabang seperti FGN, GPN, MUAFAKAT atau WADAH.

4. saudara Dzulkhairi, reaksi dan usaha saudara

moga berjaya

Tuesday, July 22, 2008

GAMIS JADI NGO? Bab 2

Bagaimana Gamis perlu bertindak sebagai NGO?

Ali Bukhari Amir Tue Jul 15, 08 6:37:46 am MYT

Apabila seorang wartawati bertanya pendapat saya tentang kedudukan Gamis sebagai NGO berdaftar, agak sulit untuk saya memberi pandangan. Antara sebabnya, saya dilihat sebagai 'orang lama' PKPIM. Saya mesti ikhlas dan jujur mengakui bahawa hal ini kerap mengganggu saya dalam memberikan pandangan. -->

Kerap dipertikaikan latarbelakang seseorang jikalau ada usul, cadangan dan kritikan baru diberikan. Oran g mungkin berkata, "Dia bukanlah orang jemaah kita. Apa yang dia tahu sangat?" Hal ini sedikit sebanyak mengundang keresahan diri ini untuk menulis.
Hal ini tak terjadi ketika mengkritik PM Abdullah Ahmad Badawi, khasnya Najib selaku TPM. Malah, hari yang berlalu tanpa sebarang kutukan membina dan kritikan membinasa ke atas Najib terasa seperti hidup tak bermakna rasanya. Sifar, hambar, tak bermaya.

Tidak pernah saya risau dengan ucapan, "Alah, dia apa tau? Dia bukan Umno. Dia hanya penulis jalanan saja yang terpaksa mengutuk kita untuk bayaran bulanan yang tak kunjung tiba." Ini kerana, pada saya, mengutuk kerakusan Abdullah dan Najib adalah suatu ibadat dan jihad akbar. Mati kerananya adalah syahid!

Jadi, saya tidak tahu, apakah dalam keadaan sekarang, teguran serta syor ini dapat dinilai sebagai suatu pandangan yang sihat atau tidak. Jadi, jika Gamis dapatlah mendengar syor yang dimajukan ini dengan positif, ia baik untuk masa depan Gamis. Insya-Allah.
Membebel

Sebelum itu, biarlah saya membebel dulu berkaitan pengalaman lalu. Saya harap bebelan dan leteran kali ini tidak pula kedengaran angkuh dan dilihat meninggikan diri pula. Saya berlindung daripada Allah di atas sifat bongkak yang menjatuhkan Iblis dan Umno, BN di dalam PRU lalu. Tsunami politik membenamkan mereka seperti tenggelamnya Fir'aun di Lautan Merah atau seperti terselamnya kapal selam Scorpene Najib dari Perancis.

Jika masih ingat, ruangan Po litik Kampus ini wujud selepas saya tulis tentang dua insiden yang menyengat rasa, merentung dan menghanguskan perasaan. Pertama, isu pembatalan pidato mengenai isu Palestin di UK M. Kedua, ialah hal aksi demo siswa yang dibatalkan di UM pada Jumaat di Masjid ar-Rahman jika tidak salah ingatan.

Kedua-dua insiden ini sememangnya tidak mungkin lekas pudar dari lipatan ingatan saya. Ini kerana, ia dibatalkan hanya kerana satu arahan yang datang daripada manusia angkuh, iaitu HEP atau pihak pentadbiran universiti. Dan, alasan pembatalan program itu sangat menyinggung hati ramai pihak. Masuk akalkah, dibatalkan ceramah isu Palestin itu hanya kerana pemidatonya tidak sehaluan fikrah dan sejalan pemikiran dengan UKM?
Sedangkan, masalah Palestin adalah masalah umat Islam dan jenayah kemanusiaan. Maka siapa pun tanpa mengira apa-apa kepercayaan, agama, fahaman, anutan tak boleh tersekat untuk membicarakan isu ini mengikut tafsiran dan fahaman mereka yang tersendiri.

Baik, kita tinggalkan hal itu dahulu. Apa yang sangat menyedihkan saya ialah masih lagi wujud perasaan takut kepada suatu kuasa yang bodoh walhal kita mahu melakukan suatu acara yang baik dan bermanfaat kepada umat. Kita tidak perlu takut sebenarnya.

Jadi di manakah pepatah yang menyatakan berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau diteruskan juga acara itu dan terjadinya 'chaos' percekcokan (pergeseran), tentu pentadbir universiti juga yang akan malu. Semua masyarakat akan mengutuk pihak atasan IPT.
Maka, masalah ketakutan masih berlanjutan. Saya tertanya-tanya masih adakah rasa takut yang berleluasa saat ini walaupun Pakatan Rakyat telah 'merajai' 5 negeri 1 wilayah?
Dan, apakah hal Gamis dinaiktarafkan sebagai NGO itu terkaitan dengan rasa takut sebab kerap dilabel sebagai gerakan haram serta tidak diiktiraf daripada sudut akta peru ndangan negara? Bagaimanapun jika benar kita mahu berubah status kerana mahu acara kita 'halal' dan disahkan seperti forum dan lainnya, maka saya sokonglah hal tersebut.

Kembali kepada perasaan takut ini. Perasaan ini membuatkan orang yang cerdik kelihatan bodoh. Saya yakin siswa yang terlibat dalam dunia jemaah lebih cerdik jika dibandingkan dengan mereka yang tidak terlibat dengan usrah, seminar, kolokium dan lainnya.
Ketakutan telah membungkus hikmah kebijaksanaan sehingga kekerdilan itu tidak akan melayakkan kita memimpin umat pada masa depan. Hal ini sangat kuat terasa di US M ketika saya di bangku kuliah dulu.

Yang kerap diputarkan oleh rakan-rakan jemaah dulu ialah, "Awak tahu tak dengan siapa awak berdepan? Hubungan dia dengan Umno Jelutong kuat tau? Dia tu pengerusi kepada Sekretariat Timbalan-timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar IPT di Malaysia."

Semua cakap-cakap oran g jemaah ini akan membunuh keberanian dan mereka mewarisi ketakutan dan memanjangkan kerisauan ini sehinggalah bergiat dalam parti. Maka, saya menyimpan azam untuk 'membunuh' TNC HEP saya itu kerana beliau adalah Pengerusi Sekretariat TN C-TNC HEP bagi semua IPT di seluruh Malaysia .

Saya mengaku dengan ikhlas bahawa saya memang berlagak. Tapi apa salahnya berlagak dengan manusia yang congkak, angkuh dan bongkak? Musa menggunakan egonya untuk berdepan dengan Fir'aun. Tanpa ego Musa, maka dia tak akan mampu berlawan. Kepada Allah juga saya mohon perkenan agar setiap langkah saya dipeliharaNya.

Kita mesti berlagak dengan oran g yang berlagak dan angkuh. Tetapi, dengan oran g yang tertindas, diharamkan kita berlagak dan mereka ini wajiblah kita bantu.
Saya merancang untuk menjerat HEP dengan penulisan. Sebab itulah ketika ditahan, saya terus mengaku dan tidak pernah berdalih lagi. Ada k ah saya terus berhenti menulis apabila terus ditekan? Sekali-kali tidak. Apa lagi kutukan yang tidak tertimpa ke atasnya?
Strategi saya, jika saya dapat 'membunuh' ketua, kepala Pengerusi TN C-TNC HEP IPT di seluruh Malaya ini, maka secara teorinya dan idealnya, semua TNC akan jadi kecut perut dan mula berhati-hati dengan gerakan mahasiswa. Saya harap, selepas wujud gelombang ini, maka semua atau kebanyakan mahasiswa akan menjadi lebih liar dan tidak peduli lagi dengan sebarang ugutan dan ancaman Auku, HEP.

Rupa-rupanya, hal itu tak menjadi. Pada mulanya, ia seakan-akan terjadi. Tapi, pada satu tempoh, (bersandarkan kes pembatalan aksi demo di UM dan pembatalan ceramah UKM mengenai Palestin), saya dapati 'tsunami ketakutan' itu seolah-olah wujud semula.
Jiwa Tauhid pudar dan jiwa hamba masih menyala

Akhir-akhir ini, baru saya faham kenapakah Musa marah sangat apabila Bani Israel telah kembali menyembah anak lembu emas ciptaan Samiri. Musa a.s telah berjuang berhabis-habisan memasukkan ajaran Tauhid ke dalam jiwa umatnya dan memerdekakan umatnya daripada perhambaan kepada rejim Fir'aun.
Tiba-tiba amalan ahli sihir Fir'aun (Kabbalah) menyembah
berhala itu masih menyala dan berkembang subur dalam jiwa Bani Israel . Padahal Yahudi telah menyaksikan bagaimana Lautan Merah terbelah dua, menelan jasad Fir'aun yang mereka takuti selama ini.

Maka, nilai-nilai Fir'aun yang masih hidup, menebal, dan berkembang subur itulah antara hal yang menyebabkan Musa berasa terlalu marah sekali. Kisah ini berlaku setelah Musa bermunajat selama 40 hari, 40 malam di Bukit Thursina. Al-Qur'an, Bible meriwayatkan kisah ini dan saya fikir kisah ini memang penting dijadikan iktibar.

Dan kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): "Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan". ? (al-A'raaf: 142)
HEP jelmaan Fir'aun. Mereka ada 'kitab' pegangan Auku dan mereka beriman kepadanya sepenuh hati dan jiwa raga mereka. HEP mahu kitab pegangan mereka ini diterima pakai oleh mahasiswa dan pensyarah yang diperalat dan diperhambakan mereka bagaikan Bani Israel pada zaman yang lalu. Saya sangat mengerti akan hal fenomena ini.

Pada nas di atas, diriwayatkan bahawa Musa naik Bukit Thursina untuk mengambil kitab pegangan baru ke atas Bani Israel bagi menggantikan pegangan lama Fir'aun yang masih lagi ada dalam jiwa umat. Di dalam catatan Yahudi, tulisan yang terpahat atas batu bukit ketika Musa menerimanya di situ dinamakan Ten Commandments (10 Rukun).

Tapi, sekembalinya Musa, dilihatnya Bani Israel masih menyembah berhala; anak lembu emas ciptaan Samiri. Baginda pun kecewa. Al-Qur'an dan Bible merakam hal ini dalam bentuk kemarahan Musa yang amat luar biasa. Musa menghempas Ten Commandments sehingga jatuh berkecai lalu mengasari saudaranya; Harun.

Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah ia: "Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu?" Dan ia meletakkan Lauh-lauh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadanya. Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka); oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku, dan jangan engkau jadikan aku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim". ? (al-A'raaf: 150)

Fasa-fasa perjuangan Musa menghapuskan perhambaan

Mengambil iktibar dan pengajaran daripada riwayat perjuangan Nabi Musa a.s maka pada fasa pertama, usaha menakut-nakutkan HEPUSM (Fir'aun) merangkap 'kepala' TNC HEP satu Malaya dimulakan. Setelah agak bebas daripada ketakutan itu, saya fikir, fasa kedua harus bermula, iaitu Musa mengambil peraturan baru (10 Rukun) di Bukit Tursina.
Pada fasa kedua inilah 'senior-senior' (Musa) dalam gera kan siswa itu mestilah menyusun nota, catatan pengalaman sendiri seperti '10 Commandments' sebagai bacaan pelajar yang seterusnya. Panduan ini boleh dijadikan iktibar dan pembakar semangat juang.

Tapi, gera kan persuratan pada fasa kedua ini tidak berkembang pesat. Kebanyakan abang dan kakak yang menyusun wasiat-wasiat ini sudah berkurangan melainkan sedikit sahaja. Fasa kedua ini bolehlah disifatkan sebagai sikap Musa mengambil 'Ten Commandments' untuk dijadikan panduan kepada Bani Israel selepas mereka bebas daripada Fir'aun.

Jadi memang diakui bahawa saya sedikit kesal setelah melihat hal ketakutan dan tindakan mengalah, tunduk kepada kehendak HEP dan universiti itu lahir semula setelah saya telah khatam pengajian. Akhirnya, wujud ruangan kampus dalam Harakah, HarakahDaily.
Semoga kolum ini membidani lebih ramai kelahiran 'Musa' yang menyusun nota panduan seperti di dalam siri dan episod fasa-fasa perjuangan kedua ini. Mereka boleh membentuk khazanah. Maaf kerana masih bercakap tentang pengalaman lalu. Ia diriwayatkan semula sebagai peringatan buat semua dan bukan mahu menonjolkan keangkuhan.
Bani Israel membunuh diri

Pada episod, fasa kehidupan berikutnya wujudlah arahan langit yang meminta Bani Israel membunuh diri mereka sendiri. Mereka membunuh diri dan akhirnya dihidupkan semula. Maka, dosa syirik mereka telah pun terampun.
Namun jika pelajar takut semula kepada HEP, maka tidak perlulah mereka pergi sehingga ke tahap itu. Memadai jika disusun tindakan baru untuk pulihkan semula semangat juang, agar terisi pula jiwa kita dengan gaya perjuangan terbaru. Apakah tindakan baru itu?
Bahawa 'kesemulajadian' telah menggerakkan hati pimpinan Gamis untuk menukar corak mereka kepada sebuah NGO. Sebagai 'orang lama' dan 'orang luar', restu saya selalu hadir bersama mengiringi pada setiap jejak langkah. Tetapi, ada sumpah seranah, jampi serapah yang turut hadir jika tiada kesungguhan melaksanakan semua yang dicita-citakan.

Cabaran pertama kepada Gamis; wujudkan pejabat

Sekarang bagi melengkapkan idea kelahiran Gamis sebagai NGO, saya 'cabar' (atau syor) Gamis menunjukkan kesungguhan mereka dengan mewujudkan pejabat. Jangan lagi guna markaz, rumah jemaah sebagai tempat menyusun agenda dan mesyuarat itu.
Pejabat mestilah menjadi tempat tumpuan ramai, bukan berada di tempat yang oran g rasa sukar mencarinya. Ini ruang operasi umat. Gamis mesti bergerak di lapangan. Mereka ada ahli lembaga pemegang amanah yang ada dana khas untuk menyusun forum, seminar dan kolokium. Ini semua memerlukan duit. Ini peranan pemegang amanah yang ada duit.
Jangan marah. Ini cabaran pertama. Haruslah disahut cabaran ini. Tanggungjawab 'senior' sebagai Musa pada fasa kedua ini hanyalah menyusun nota-nota cadangan untuk panduan Gamis sebagaimana nota-nota langit; 10 Commandments memandu hidayah ke atas Bani Israel . Nota cadangan dan 'suhuf Musa' berbentuk cabaran ini lebih afdal berbanding nota bantahan berbentuk kritikan daripada 'senior-senior' terdahulu.

Sekarang, jika Gamis bersetuju, maka saya syor pejabat itu dibuka di lot-lot perniagaan di Masjid Jamek Kg. Baru. Saya ambil inisiatif peribadi untuk dapat kan maklumat. Sekadar yang saya tahu, lot-lot itu disewa pada kadar RM600 sebulan. Jika ada 12 ahli pemegang amanah, setiap ahli hanya membayar RM50 sebulan untuk kos menampung sewa pejabat Gamis itu di samping menginfakkan wang kepada masjid itu secara tidak langsung.

Bagaimana? Setuju? Kedudukannya strategik. Kalau ada aksi demo yang kerap dilakukan di Masjid Jamek Kg Baru, maka ruang operasi pejabat Gamis boleh memainkan peranan. Ramadhan semakin mendekat. Tenaga sukarela Gamis boleh membantu menguruskan hal ehwal memasak bubur lambuk yang terkenal itu. Boleh masuk akhbar pula bila wartawan buat liputan. Ini saham lagi untuk menaikkan nama Gamis. Itu pun kalau setujulah.

Cabarlah saya pula

Tentu rasa macam mahu marah saya bukan? Mungkin ada yang teringin mahu cabar saya. Ketika bermonolog dengan suara hati dapat dirasakan suara orang lain, "Ah! Beranikah si fulan itu menjaga pejabat Gamis di Masjid Jamek Kg. Baru buat sementara waktu?"
Ada k ah ahli-ahli lembaga pengarah pernah berfikir sebegini? Jika mahu cabar saya, maka saya akan sahut cabaran itu untuk pastikan saudara dapat berbakti kepada umat setempat. Gajikan saya RM200 sebulan. Saya cuba ikhtiar meriahkan pejabat Gamis setakat kudrat saya dengan syarat, mestilah hadir bantuan daripada anda juga.

Iskandar Zulkarnain ketika berjuang mengusir Yakjuj Makjuj telah meminta bantuan dari kaum yang tertindas itu juga dalam rangka membina tembok. Maka, saya pun dapat bantu juga dengan syarat ada juga bantuan daripada anda sendiri. Jadi, macam mana?
Kalau setuju, maka bolehlah kita susun jadual bekerja untuk jaga pejabat Gamis. Awas? oleh sebab Gamis akan berwajah profesional, maka dia tidak guna sukarelawan. Khidmat sukarela dapat diguna ketika permulaan. Tapi, dalam masa panjang, ia menyulitkan.

Jika takut kepada risiko usa h bicara soal perjuangan. Saya suka cabaran. Cabar-mencabar ini akan meningkatkan kematangan bersama. Dan ia tidaklah menghina dan merendahkan sesiapa. Tanpa mencabar, saya fikir ego takkan bangkit untuk membuktikan kepada umat bahawa kita mampu berbuat sesuatu. Sekarang, buktikanlah.

Bak kata W. S. Rendra , "perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata."
Pejabat sangat penting. Tanpa pejabat, segala rekod untuk rujukan pada masa depan tidak akan dapat dirakamkan. Saat Rasulullah s.a.w berhijrah bersama muhajirin, 'pejabat' atau 'ruang operasi' yang pertama dibina ialah Masjid Nabawi. Di situ ada perhimpunan.
Apabila wujud jemaah, perhimpunan, perkumpulan, maka wujudlah idea dan pemikiran. Dari situ, mungkin Gamis boleh wujudkan akhbar atau risalah untuk dijadikan pedoman kepada jamaah dan penduduk setempat. Mungkin saya boleh bantu, insya Allah.

Tetapi semua syor yang dimajukan akan terhasil jika Gamis sedia menyahut cabaran. Jika tidak, cita-cita yang tersembul di dalam kata-kata, tinggal sebagai bingkai kenangan yang layak dipamerkan dalam muzium perjuangan sahaja.
Kepada wartawati yang setia menulis darihal alam mahasiswa itu maka inilah jawapan ke atas sikap dan pendirian saya berhubung sikap Gamis yang mahu berubah ke arah NGO itu. Akhirul kalam, saya mohon maaf sekali lagi kepada Gamis dan mana-mana gera kan pelajar yang lain jika ada keterlanjuran penulisan sebagai yang tercatit di atas.

Mengutuk Abdullah dan Najib tidaklah saya perlu minta maaf sebegini. Segala kritikan di atas jika disambut, maka kebaikannya akan berbalik kepada Gamis juga. Akhirnya segala yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk datangnya daripada Abdullah.
Gilapan pertama: 4:07 a.m, 12 Julai 2008
3:00 p.m, 13 Julai 2008 Sekolah Pemikiran Kg Baru _

harakahdaily

Monday, July 21, 2008

Allah Dan Kita

Nukil seorang ulama. ajari diri kita, isteri dan anak-anak tentang Allah. Paling mudah:

sebelum tidur baca atau ucap 11 kali
"Allah Bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksiku"

Bicara kata2 ini menyerap ke dalam diri kita.

Cuba wahai sahabat!

Hormati Ulama dan Akur Keputusan Majlis Syura

ramai orang cerdik sekarang. Dalam blog banyak idea dikemukakan. Bagus. Ada orang hebat idea tapi tohor amalan. tak berharaki pun.

Dalam kegawatan sekarang, hormati para ulama kita termasuk TG haji Hadi dan TG Nik Aziz. ada kala mereka memberi pendapat peribadi. kita hormati mereka. Tapi paling penting kita kena akur keputusan majlis syura ulama yang mungkin membelakangi pendapat para ulama kita.

suara ramai ulama lebih baik daripada seorang ulama.

Sunday, July 20, 2008

Suara Peribadi

pandangan aku bukan macam TG Nik Aziz. Jikalau beliau, ada orang membuta-tuli menyokongnya. ucapannya dianggap fatwa muktamad walaupun ia adalah pandangan peribadi beliau.

kalau ikut pandangan peribadi aku, aku tak sokong PAS masuk PR dan sokong Anwar. Anwar pimpinan licik dan PKR lubuk golongan Islam Liberal, penyokong IFC dan sosialis-ateisme.

oleh kerana keputusan syura. terpaksalah ikut dengan hati yang berat.

inilah suara peribadi aku tetapi aku ikut setia dengan keputusan majlis syura orang alim ulama.

aku bukan fanatik tokoh tetapi fanatik islam

Suara Institusi

Antara keputusan majlis syura ulama dengan pendapat Mursyidul Am dan Presiden. Mestilah kita ikut keputusan majlis syura ulama. Jangan fanatik pada tokoh. kalau tak kita sama macam PKR yang taat setia kepada anwar.

kita kena taat kepada suara institusional yang kita nama Majlis Syura Ulama kerana ia suara majoriti orang alim ulama.

pengeseran pendapat diselesaikan dengan kaedah syura.

Debat 2 Presiden PMIUM

Ahmad Shabery Cheek wakil era 1980an dan anwar era 1970an. sebenarnya memang Anwar merupakan raja bercakap dan mempunyai karismatik yang boleh menarik sokongan. ASC terlalu gementar pada malam itu. mungkin dia pun pemuja anwar pada waktu dulu. Nampaknya UMNO memerlukan tun Mahathir untuk menangani hujah anwar. baru sama lawan.

apapun kita boleh menilai cadangan mana yang lebih baik.

Islam Liberal Dalam PKR

mengikut akhbar tabloid Wasilah, dalam PKR ramai pemuja Islam Liberal, kata sdr Ezam. memang betul kata Ezam. Tapi dalam UMNO pun ramai. Zaid Ibrahim dan Nuri Abdullah Badawi sama juga. dalam Pas, tak berapa nampak.

jadi alasan Ezam masuk UMNO kerna Islam Liberal tidak munasabah. Jangan sampai kata diliwat dah la.. moga2 dijauhi.

salam kedamaian abadi.

Thursday, July 17, 2008

Ahmad Shabery Cheek Pun Kaki Demonstrasi

Demonstrasi Anti IsraelSerangan Israel ke atas Lebanon Selatan dilakukan pada 5 Jun 1982 apabila sebanyak 200 buah[76] kereta kebal dan 90,000 ribu askar mengempur kedudukan pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO). Matlamat Israel adalah menghancurkan infrastruktur PLO yang terdapat di Lebanon Selatan[77] tetapi tentera Israel terus mara ke Beirut Selatan dan Timur dimana mereka dan tentera Kristian Falangis yang dipimpin oleh Pierre Gemayer mengepung Beirut. Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata pada pada 11 Jun 1982[78] tetapi mencabul perjanjian ini.[79]

Tindakan ganas Israel mendapat kutukan dari negara-negara di dunia termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB),[80] Liga Muslim Sedunia[81] dan Malaysia[82] sendiri.Tindakan Israel membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia termasuk golongan pelajar. PMUM, PMUKM,[83] PMUPM[84] dan ABIM(pertubuhan belia) melontarkan kemarahan di medan demonstrasi. PMUM mengorak langkah pertama mengadakan demonstrasi di depan Bangunan AIA, Jalan Ampang selepas solat Jumaat pada 2 Julai 1982.[85]

Presiden PMUM, Ahmad Shabery Cheek [kini, ahli parlimem Kemaman, UMNO] mendesak agar Amerika memberhentikan bantuan senjata kepada Israel. Seramai 1000 orang pelajar ini melaungkan takbir dan sologan anti Amerika seperti ‘Reagen! Keluar Amerika’. Bagi mengurangkan bebanan pelarian-pelarian mangsa perang, PMUM juga mengadakan Tabung Perpaduan Rakyat Palestin.[86]

Debat Mahasiswa

kenyataan Presiden PBMUM tentang penganjuran debat mahasiswa amat dialu-alukan. Dulu UM pernah menganjurkan debat agung diolah oleh persatuan mahasiswa fakulti ekonomi. antara tokoh terlibat ialah Anwar dan Rafidah aziz. sekarang debat tersebut tiada lagi.

pernah satu ketika, bila persatuan sejarah um nak menganjurkan kembali debat tersebut, prof abdullah zakaria menyatakan boleh kita menganjur kembali debat seperti itu. sebenarnya sukar jika pihak pengurusan um masih dalam orde lama.

disini adalah satu cabaran bagi PBMUM, PMIUM dan PMUM menganjurkan kembali tradisi Debat Agung yang lagenda itu.

Monday, July 14, 2008

Abang Najib: Wira Istimewa

ABANG NAJIB: WIRA ISTIMEWA GERAKAN MAHASISWA

Memang dasar suka menulis. Sukar untuk dipisah menulis daripada diri ini. Jadi terpaksa menulis lagi. Ketika membaca tabloid Wasilah bil 65, terpandang ilustrasi gambar insan yang pernah kukenali. Ilustrasi ini dilukis oleh Paley. Bila penulis menanyai isteri penulis(mantan ketua HELWI PMIUM), dia pun mengenali orangnya. Orang itu adalah abang Najib, Presiden Persatuan orang kurang upaya UM dan mantan ahli MPPUM.

Abang Najib memang kukagumi, walaupun aku mengenalinya pada waktu yang singkat. Seingat aku, awal pertemuan kami semasa beliau berkempen dekat Surau Fakulti sastera. Abang Najib juga antara penyumbang bahan kepada pembikinan tesisku terutamanya memberi pinjam buku Bersama Anwar Ke Penjara karangan mantan Presiden PMUM 1974, kamarazaman yaakob. Pernah aku ke kolej 12 untuk mengambil buku itu. Jika tidak silap aku, beliau tinggal bersama saudara murtaza(bekas SUA MPPUM).

Minat kami juga sama sukakan seni-budaya terutamanya puisi. Aku tak lupa sajak ‘kembang-kempis’nya. Aku juga tak lupa sindiran mesra abang najib kepada ayahanda hashim yaakob semasa majlis baca sajak di kolej 2 anjuran esastera. Pernah satu ketika abang Najib cakap dia nak menceburi bidang motivator selepas alam kampus.

Kini abang najib hilang tanpa berita. Ilustrasi tabloid Wasilah mengamit memori terhadap abang najib. Terima kasih atas jasamu abang Najib.

Moga abang najib bahagia dan berjaya dalam hidupnya.

20/6/08

Matinya Sejarah Gerakan Mahasiswa

MATINYA SEJARAH GERAKAN MAHASISWA

Sebenarnya sudah lama tulisan ini cuba kunukilkan. Bukanku tidak suka atau tidak mahu lagi menulis tentang gerakan mahasiswa, tetapi sesuatu yang bermula pasti berakhir, yang tajam menjadi tumpul, yang muda akan tua, begitulah dunia. Penulis akan menulis bergantung kepada isu yang memerlukan nasihat dan rasanya laman ini sudah cukup untuk dijadikan sumber asas sejarah bagi mahasiswa. Tulisan ini adalah luahan terakhir penulis atas nama laman Gerakan Mahasiswa. Tujuan utama penulisanku di ruang ini adalah menukil kembali sejarah gerakan mahasiswa untuk tatapan generasi muda mahasiswa dan akhirnya laman ini akan dijadikan arkib untuk generasi muka.

Penulis kecewa dengan pimpinan GM kerana jarang benar di antara mereka yang menghasilkan memoir tentang diri mereka dan GM. Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais, Zukifli Yusof dan ramai lagi pimpinan mahasiswa akan mati bersama pengalaman kemahasiswaan mereka. Akibatnya, GM sekarang akan kematian maklumat untuk memperolehi semangat bagi meneruskan perjuangan. Penulis mengakui ada beberapa karya yang bagus tentang GM iaitu hasil penulisan Mohamad Abu Bakar, Shuhaimi al maniri dan Kamaraulzaman Yaakob.

Ramai pimpinan mahasiswa tidak menulis kerana terikat dengan baiah dan kesuntukan masa mereka. Jadi, penulis yang faqir ilmu dan pengalaman ini terpaksa menulis sejarah gerakan mahasiswa agar tidak hilang. Ekoran cinta terhadap perjuangan anak muda terutamanya mahasiswa, penulis telah menghasilkan kajian tentang GM pada tahun 2004 di bawah penyeliaan Prof Dr. Mohamad Redzuan Othman.

Pengalaman penulis berbicara bersama Prof Muhammad Abu Bakar dan Prof Mohamad Redzuan Othman, satu solusi telah penulis simpulkan iaitu perjuangan zaman mahasiswa ada tahap zamannya, ia akan berakhir dengan kematangan dan kedewasaan seseorang. Sebab itulah pimpinan mahasiswa selepas kampus tidak lagi menjadi kampus sebagai keutamaan perjuangannya. Bahkan mereka ada yang melompat perjuangan ke arah pihak yang kontra dengan mereka sehingga menidakkan perjuangan mereka semasa di kampus.

Prinsip dan perjuangan mahasiswa boleh berubah sesuai dengan perubahan persekitaran dan kedewasaan serta kepentingan peribadi mereka. Sejauh mana mereka kekal dengan idealis mahasiswa bergantung kepada masa yang menentukannya. Zaman mahasiswa adalah zaman idealis. Zaman pasca mahasiswa adalah untuk seorang realis. Adakah seorang idealis bakal menjadi realis? Diri mahasiswa sendiri yang boleh menentukannya. Kassim Ahmad terus idealis tanpa menjadi realis. Anwar Ibrahim seorang idealis yang menjadi realis.

Semuanya tidak mustahil dalam politik para pimpinan mahasiswa. Boleh jadi saudara Nazri Yunus menjadi seperti Ahmad Shabery Cheek, Zulfaqar seperti Ruslan Kasim atau muhd Ramadhan Fitri seperti ustaz Nakhaie Ahmad. Semua tidak mustahil dan masa menentukan.

Permainan politik kepura-puraan yang dijana oleh pimpinan kampus akan berterusan. Dari zaman Anwar Ibrahim hingga zaman Nazri Yunus dan akan diteruskan lagi ke zaman yang akan datang. Politikus licik yang memperalatkan zaman mahasiswa kerana agenda peribadi dan inginkan nama terpahat dalam kitab sejarah akan terus ada. Pimpinan boleh meninggalkan perjuangan, tetapi roh perjuangan dan faham perjuangan akan terus kekal disambut oleh manusia yang terpilih.

Walau apapun saya bersyukur kerana masih ada lagi mantan pimpinan GM seperti Zuhdi Marzuki dan Zulkifli Yusof masih bercanda mesra dengan generasi baru GM. Terima kasih.

Kepada anak muda, teruskan perjuangan. Kotakan janji dan baiahmu semasa menjadi pimpinan GM.

Selamat membaca arkib SEJARAH GERAKAN MAHASISWA INI.

Sebarang bantuan maklumat boleh email kepada tokawang_sufi@yahoo.com

mamat.com
29 Mei 2008
6.16 AM waktu Sabah

agenda politik peribadi

AGENDA POLITIK PERIBADI

Mohd Ezam Mohd Nor adalah pemimpin yang kukagumi semangat, cara perjuangan dan pidatonya. Kemasukkannya ke dalam UMNO merupakan berita sedih bagi pihak yang mencintai perubahan dan anti rasuah. Lubang tahi juga pilihanmu saudara Ezam. Penulis tidak akan ikut setia kepada pemimpin zaman ini hatta kepada Tuan Guru Nik Aziz sekalipun kerana manusia zaman ini hatinya berdebu dengan kepentingan peribadi. Penulis akan terus bersama al Quran, sunnah dan ulama tradisi yang soleh tanpa fanatik terhadap manusia alim atau mazhab tertentu.

Kepergian Ezam ke dalam lubang tahi, dikhabar GERAK diambil alih oleh pemuda pilihan Norza, Saudara Nazri Yunus. Taniah. Nazri Yunus adalah bekas Presiden PMIUM. Diharap anak muda ini terus radikal terhadap perjuangan membanteras korupsi dalam masyarakat moden sekarang. Persoalan yang timbul, adakah perjuangan GERAK tanpa agenda tertentu(agenda peribadi dan legasi Ezam) akan berjaya?.

Secara peribadi, penulis melihat saudara Nazri Yunus sudah memperalatkan PMIUM untuk kepentingan peribadi beliau. Modal perjuangan di kampus telah mengangkat namanya sehingga dikutip oleh Dato Norza(jaringan KJ) menjadi ayam tambatannya. Kini, jaringan KJ ini telah membenarkan saudara Nazri menjadi orang GERAK. Jadi, saudara Nazri telah berjaya memperalatkan PMIUM dan GERAK untuk agenda peribadi untuk diri dan tuannya.

Penulis bukan nak memburukkan saudara Nazri tetapi beliau contoh terkini yang dekat di hati di mana seorang pemimpin mempunyai agenda peribadi tersendiri.

Para pimpinan terutamanya Majlis Syura Kampus harus lebih berhati-hati dalam pemilihan pimpinan kampus. Dan pimpinan kampus harus sedar tanggungjawab mereka kepada perjuangan bukannya mengukir nama dalam kitab sejarah. Para pengikut, kalian jangan jadi hamba pimpinan tanpa berfikir. Watak Mahathir pada zaman Pak Lah, watak saudara Tuan Kamarul pada zaman saudara Khairul Anuar Mat Zuki(mat sabu junior) perlu ada agar minda pengikut tidak terjajah.

Fenomena pimpinan mempunyai agenda peribadi akan terus ada. Sejarah membuktikan ia tidak pernah berakhir. Pastinya, kita perlu hadapi dengan sabar dan menerima kenyataan.

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...