Sunday, October 23, 2016

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN)




Pengalaman peribadi, keluarga dan sahabat2 guru kami di sekolah, sememangnya terdapat kegusaran sesetengah ibubapa terhadap sistem pendidikan negara kita. Atas keberanian dan mahu kebaikan, mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah altenatif seperti madrasah atau pondok. Antara kegusaran utama mereka kebejatan akhlak dan iman dalam kalangan anak remaja. Sepanjang pemerhatian, anak remaja kita;

1. sebanyak 70-80% mengalami kebejatan akhlak di sekolah menengah
2. sebanyak 80 % kurang cerdik dari segi akademik ekoran daripada sistem akademik kita.

Di sekolah tahfiz, madrasah atau pondok pula, terdapat beberapa kekurangan

1. kemudahan asas
2. ketiadaan guru akademik yang mencukupi jika sekolah tahfiz tersebut memperkenal aliran akademik + tahfiz.
3. sistem pengajian yang tidak berpasak realiti kehidupan hari ini.

Alhamdulillah, pihak pemerintah melihat pola perubahan ini dan cuba memenuhi kehendak hati rakyat. Bermula tahun 2017, kurikulum tahfiz diperkenalkan dalam KSSM manakala DPTN sedang dirangka. Ia memberi ruang kepada sekolah tahfiz memiliki sistem pengajian yang lebih menjamin para pelajar menghadapi realiti masa depan mereka dan berada dalam pengajian arus perdana.

Moga kita dapat melahirkan lebih ramai Imam al-Ghazali, Ibnu Rusyd, Ibnu Sina dan lain-lain.
Moga ia cantik sebagaimana didokumenkan..

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...