Thursday, October 27, 2016

Konsep al-Mutawassimin



Sesungguhnya peristiwa itu mengandungi bukti-bukti bagi orang-orang yang berfikir dan mengambil pengajaran [Surah al-Hijr:75]

Firasat merupakan ilham  rabbani dari Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang soleh dan bertaqwa.

Mujahid menyatakan a-mutawassimin bererti al-mutafarrisin (Orang yang berfirasat).
Ibnu Abbas dan al-Dahhak menyatakan al-mutawassimin bererti al-nazhirin (orang yang mengambil pengajaran)

Qatadah menyatakan al-mutawassimin bermaksud al-mu’tabirin (orang yang mengambil pengajaran)

Imam Malik menyatakan ‘ahli Madinah mentafsirkan dengan al-muta’ammilin (orang yang berfikir dan merenungkan)

al Mutawasimin menurut pengertian ulama adalah orang-orang yang mempunyai firasat, iaitu mereka yang mampu mengetahui suatu hal dengan mempelajari tanda-tandanya.

Sebagaimana firman Allah:

“Sekiranya Kami kehendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu, sehingga kamu benar- benar mengetahui mereka dengan tanda- tandanya.“ (Surah Muhammad: 30).

“Orang–orang yang bodoh menyangka mereka adalah orang kaya, kerana mereka memelihara diri dari meminta-minta, kamu mengetahui mereka dengan tanda- tandanya.“ (Surah Al Baqarah: 273).

Daripada Abi Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda, “takutlah kamu kepada firasat orang beriman kerana dia melihat dengan cahaya Allah” (Riwayat Ibn Jarir, al-Tabarani, al-Tirmizi (3127). Al Tirmizi menyatakan hadith ini gharib)

Cahaya Allah diperolehi dengan proses penyucian jiwa. Shah al-Karmani menyatakan, “Siapa yang menundukkan pandangannya daripada perkara yang haram, menahan nafsu daripada syahwat, memakmurkan batinnya dengan sentiasa muraqabah, kemudian zahirnya mengikut sunnah dan sentiasa mencari makanan halal, sudah pasti firasatnya tidak salah

Sumber Rujukan
2. Zulkifli Mohamad, Tinta  Nasihat untuk Penuntut Ilmu
3. Mohd Zaidi Abdullah, al-Hikmah al-Ishraqiyyah

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...