1. Pada
saat ini, sistem pendidikan di Finland berada di tangga teratas disaingi oleh
Korea Selatan, Hong Kong, Jepun dan Singapura. United Kingdom di tangga keenam
dan Amerika Syarikat di tangga ke-29.
2. Sistem
persekolahan di Finland antara 3 hingga 4 jam sehari dan maksimun 20 jam
seminggu.
3. Pendidikan
formal bermula pada usia 7 tahun dengan aktiviti bermain, menyanyi dan
berbual-bual. Waktu sekolah singkat dan kerja biasanya mudah.
4. Murid
sekolah di Finland diWAJIBkan berehat selama 15 minit di luar kelas setiap jam.
Menghirup udara segar dan melakukan riadah disifatkan sebagai nadi
pembelajaran.
5. Aktiviti
riadah mengajar sifat berdikari
6. Kuiz
berkualiti tinggi melalui ‘personalised learning device’
7. Teras
budaya pendidikan di Finland ialah ‘let
children be children’, ‘the work of a
child is to play’, dan ‘children
learn best through play’. Murid digalakkan bergurau dan bermain dalam
kelas.
8. Pendidik
diwajibkan memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana. Guru perlu
menyempurnakan arahan khusus pendidikan (personalised
one-on-one instruction).
9. Ibubapa
dibenar melawat sekolah, namun mesej pendidik perlu dipatuhi. ‘Pendidik adalah pihak berkuasa tertinggi dalam pendidikan bukan birokrat,
ahli politik, ahli perniagaan mahupun vendor teknologi’.
Sumber
Majalah Pendidik, Bil 104, 2016.
No comments:
Post a Comment