Monday, April 28, 2008

Mahasiswa Jadi Ejen?

Bukan berita baharu pun. Sejak tahun 70 an lagi ada kesatuan pelajar dan 'NGO Islam' sudah jadi lembu cucuk hidung untuk Amerika. Dengan nikmat Allah sekarang semuanya semakin jelas.

CIA rekrut pelajar jadi perisik AS

WASHINGTON: Agensi perisikan Amerika Syarikat didakwa merekrut dan membayar pelajar sekolah serta institusi pengajian tingginya bagi mengikuti kursus di dalam dan luar negara sebagai persediaan menjadikan mereka ejen pengintipan pada masa depan."Pelajar yang dipilih itu perlu ke luar negara untuk mengikuti pengajian bahasa atau kebudayaan masyarakat tempatan," kata Lenora Peters Gant, jurucakap Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan (ODNI).Agensi yang menyelia 16 badan perisikan, mewujudkan Pusat Kecemerlangan Akademik Komuniti Perisikan (ICCAE) sejak empat tahun lalu yang antara lainnya bertujuan mencari pelajar yang bakal menjadi ejen bagi Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) atau agensi intipan lain.

"Universiti dan sekolah terpilih, menerima bayaran tertentu bagi mengenal pasti pelajar yang akan menerima biasiswa ICCAE," kata Gant yang menyelia program perintis berkenaan.Bagaimanapun, syarat asas calon yang berminat adalah mereka haruslah warga negara Amerika. Syarat lain termasuk calon menyertai dan selesai menjalani program latihan dengan agensi perisikan seperti CIA atau Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA).

Namun, pegawai mengesahkan sasaran sebenar program itu adalah pelajar daripada minoriti agama dan etnik."Program ini mahu memastikan penyertaan wanita, penduduk minoriti ke dalam masyarakat perisikan," kata Jim Robbins, Pengarah program ICCAE di Universiti Trinity, Washington.Sejak 2005, sebanyak 9 universiti di Amerika dan lebih 400 pelajar terbabit dalam program berkenaan. Sebaik diterima, pelajar terbabit menerima pinjaman bagi penyertaannya dalam program ODNI.

Mereka kemudian digalakkan mengikuti kursus seperti pengajian Asia Barat, kajian kritikal, pemikiran analitikal, pengajian Islam dan pengkhususan lain baik di universiti tempatan mahu pun di peringkat fellowship di luar negara."Ramai yang mahu ke China, Brazil bagi mengikuti pengajian bahasa Portugis. Mereka juga mahu mempelajari bahasa Arab yang sememangnya amat diperlukan," kata David Twigg, Profesor Madya di Institut Kajian Dasar Awam dan Kewarganegaraan Universiti Antarabangsa Florida (FIU).Universiti itu sudah pun menghantar 16 pelajar ke luar negara tahun lalu yang menjadi sebahagian program ICCAE.

"Setakat ini, mereka dihantar ke Maghribi, Jordan dan Mesir."Twigg, bagaimanapun menegaskan yang ICCAE bukanlah program latihan perisikan."Mereka bukannya ke sana sebagai perisik tetapi sekadar cuba memahami apa yang sedang berlaku di sana."ODNI menyatakan, graduan itu tidak perlu bekerja dengan agensi perisikan sekembalinya mereka ke Amerika, tetapi lazimnya ramai yang menyertai agensi berkenaan."Ya, kami memang keluar untuk mengenal pasti pelajar yang berminat tetapi tidaklah sampai ke tahap memaksa mereka bekerja dengan agensi terbabit." - Agensi

sumber:http://jawapancinta.blogspot.com/

Friday, April 25, 2008

HAUSAR

CERPEN

HAUSAR
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias
tokawang_sufi@yahoo.com
ziarahsufi@blogspot.com


Potong!. Pekik golongan doktor jiwa setelah melihat kaki Onmu menghidapi penyakit hausar. Di negeri ini, penyakit hausar semakin merebak pantas dan berleluasa. Sepasukan pemantau dikenali Badan Pencegahan Hausar telah ditubuhkan tetapi penyakit ini semakin menjadi-jadi. Bahkan ramai kakitangan badan ini juga mengalami penyakit hausar.

Penyakit hausar adalah satu penyakit kudis yang menyerang ramai manusia pada akhir zaman. Vaksinnya pernah ditemui pada 1400 tahun dahulu tetapi formula vaksin tersebut telah dihilangkan oleh para doktor jiwa yang gagal menasihati umara’ akan kedahsyatan penyakit ini pada tahun 1924. Doktor jiwa ini hanya mementingkan periuk nasi mereka. Mereka tidak memiliki iman yang kental untuk membentangkan kebenaran dan akhirnya mereka sendiri terkena penyakit hausar ini.

Penyakit hausar cepat merebak terutamanya pada bahagian dada manusia. Ia akan membengkak dan membesar. Selepas itu ia akan pecah mengeluarkan nanah bercampur darah kotor. Lama kelamaan ia berkudis dan memburuk serta sukar untuk diubati. Purata untuk meninggal dunia 8 daripada 10 orang. Manusia yang dikesan menghidapi penyakit hausar akan diasingkan dalam wad gelap. Kebanyakan orang marhaen berjaya dikesan penyakit hausarnya dan orang kaya pula dapat menyorokkan penyakit hausar di sebalik kuasa politik dan kekayaan mereka. Orang kaya yang terkena penyakit hausar dapat menggunakan wang mereka untuk mengelabui mata penguasa di negeri ini. Justeru, mereka selamat daripada wad gelap. Rakyat marhaen yang tidak berduit akan merintih dalam wad gelap.

Baru-baru ini akhbar melaporkan mikah terkena penyakit hausar. Mikah adalah warganegara paling adil di negeri ini. Jika mikah menghidapi penyakit ini, negeri ini akan kucar-kacir. Orang ramai menjadi celaru minda apabila mikah mengikuti telunjuk pelacur ekonomi yang menyebarkan penyakit hausar di kalangan mikah. Pelacur ekonomi ini hanya pentingkan duit tanpa menghirau nasib rakyat marhaen menderita ekoran penyebaran penyakit hausar oleh mereka. Mereka ingin melahirkan mikah yang dapat dikuasai dan diatur-beli oleh mereka. Mikah akan mengikut telunjuk para pelacur ekonomi yang bebas melakukan apa-apa projek di negeri ini untuk menambahkan kekayaan mereka.

Silop yang diamanahkan menjaga keamanan dan keselamatan negeri ini juga tersangkut dengan penyakit hausar. Baru-baru ketua silop disyaki menghidapi penyakit hausar tahap 2 juta tekanan darahnya. Jika betul ketua silop terkena penyakit hausar, ranaplah negeri ini. Biasanya ada kes silop terkena penyakit tahap 100 tekanan darahnya tetapi jika ketua silop yang terkena penyakit hausar, maruah negeri ini yang cukup bertamadun ini akan tercemar.

Pelacur ekonomi dan Mat Purok adalah menyebar penyakit hausar utama di negeri ini. Mat Purok telah menguasai negeri ini bersama Onmu sesudah negeri ini merdeka. Mat Purok dan Onmu menganuti fahaman material dan ralukes yang tidak mementingkan kebersihan jiwa. Akibat tiada kebersihan jiwa, penyakit hausar mula menyerang perlahan-perlahan dan kini mula membarah. Sudah 50 tahun Mat Poruk dan Onmu memerintah negeri ini, keadaan penyakit hausar semakin parah dan mengila.

Mat Purok dan Onmu suka penyakit hausar tersebar kerana mereka akan dapat kuasa dan harta bertimbun-timbun. Mereka menpengaruhi rakyat dengan mengatakan mereka cuba menghapuskan penyakit hausar tetapi diri mereka sendiri pengidap penyakit hausar paling utama. Mereka rahsiakan perkara ini daripada rakyat di negeri ini. Rakyat negeri ini diperalatkan dan diperbodohkan dengan lakonan cerdik mereka. Mereka tidak fikir jika tidak menjaga kebersihan jiwa penyakit hausar tersebar luas, berdosa besar atas diri mereka. Adakah mereka tidak mempercayai konsep dosa dan pahala?.

Pelacur ekonomi adalah rakan karib Mat Purok dan Onmu bergandingan dalam penyebaran penyakit hausar di negeri ini. Pelacur ekonomi menggunakan kekayaannya memperalatkan mikah, Mat Purok dan Onmu untuk kepentingan harta mereka. Akibat keseronokan mereka, ekonomi negeri ini semakin merosot. Orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin. Rakyat marhaen semakin tidak berpuas-hati, gelora emosi mereka semakin membuak-buak kemarahannya menunggu untuk memecahkan luahan rasa melalui mata parang. Sejauh mana ketahanan mereka menerima lambaian duit daripada pelacur ekonomi, Mat Purok dan Onmu pasti akan berakhir suatu hari nanti.

Segolongan doktor jiwa cuba mengembalikan vaksin yang dihilangkan pada tahun 1924 dahulu ke dalam masyarakat. Tetapi golongan doktor jiwa ini tidak disukai oleh Mat Purok dan Onmu kerana mengancam kepopularan mereka dalam berkuasa dan berharta. Mereka bimbang kuasa dan harta ini dirampas oleh golongan doktor jiwa yang dianggap konservatif dan militan itu. Golongan doktor jiwa berjanji akan menghapuskan penyakit hausar dan mengembalikan vaksin yang hilang pada tahun 1924 dahulu ke dalam masyarakat. Mat Purok dan Onmu telah menggunakan media massa untuk menghentam golongan doktor jiwa sebagai pembawa ajaran sesat yang boleh meruntuhkan ekonomi negeri ini dan perpaduan rakyat.

Dalam makmal negeri ini, Mat Purok dan Onmu telah menentang cadangan golongan doktor jiwa agar menerima vaksin untuk mengubati mereka. Mereka menyatakan mereka tidak sakit. Mereka bersih daripada penyakit hausar. Golongan doktor jiwa menyatakan terdapat simpton-simpton penyakit hausar yang ada pada Mat Purok dan Onmu tetapi mereka menafikan. Lihatlah rekod kamu, rumah, kereta, syarikat, jet dan projek anak-anak kamu, semuanya mengandungi simpton-simpton penyakit hausar. Adakah kamu sengaja membuta-tuli mengatakan kamu tiada penyakit hausar?.

Mereka masih berkeras menafikan pembentangan golongan doktor jiwa. Mereka bersih dan suci. Panggillah mikah, warganegara paling adil. Panggillah silop, penjaga keselamatan dan keamanan, panggillah Badan Pencegahan Hausar, pemantauan penyakit hausar. Tanya mereka jika kami ada penyakit hausar. Pasti mereka mengatakan kami tiada terkena penyakit hausar. Mat Purok dan Onmu, anda juga penyebar penyakit hausar di kalangan silop, mikah dan badan pencegahan hausar, bagaimanakah mereka tidak membenarkan kenyataan kamu?.

Penyakit hausar hanya dapat diubati dengan iman yang kental, akhlak yang bersih dan akal yang waras. Ketiga-tiga elemen ini dapat mengatasi penyakit hausar. Jika manusia mempunyai elemen ini, kudis penyakit hausar tidak akan membengkak. Keupayaan iman seseorang manusia dan persekitaran yang penuh ketakwaan juga boleh menghindari merebaknya penyakit hausar di kalangan manusia. Kitab perubatan jiwa purba yang berjuzuk 30 itu perlu digali semula rahsianya. Kitab perubatan jiwa purba ini telah lama hilang di negeri ini.

Kitab perubatan jiwa purba ini adalah warisan nabi terakhir tersimpan pelbagai hikmah untuk ditelaudani pada masa kini. Dengan pengamalan gaya hidup berasaskan kitab perubatan jiwa purba ini, kehidupan manusia akan lurus mengikut jalan yang direstuiNya dan sekaligus penyakit hausar dapat dihapuskan. Penyakit hausar dapat dicegah dan sukar untuk diubati. Jika ia berkudis, maka jawapannya adalah potong. Diharapkan pemotongan itu boleh memberi keinsafan kepada organ-organ badan yang lain.

Manusia harus mengikuti golongan doktor jiwa yang tahu rahsia kitab perubatan jiwa purba ini dan beramal dengan gaya hidup yang terkandung dalam kitab ini bukannya doktor jiwa palsu yang banyak mengungkap kata rahsia yang terkandung dalam kitab ini tetapi tidak beramal dengannya. Doktor jiwa palsu umpama syaitan bisu yang menyembunyikan kebenaran. Jika manusia mengikuti telunjuk golongan doktor jiwa yang benar, pasti kehidupan manusia lebih bahagia dan bermakna tanpa penyakit hausar. Biarlah golongan doktor jiwa ini yang menjadi pemimpin bagi mengurus politik, sosial dan ekonomi negeri ini supaya penyakit hausar dapat dihindari.

Bilik bedah no 12. Onmu sudah tidak dapat menahan penderitaan penyakit hausar. Kudisnya semakin merebak dan membarah. Potong! Ujar golongan doktor jiwa bagi mengelakkan penyakit hausar merebak keseluruhan badan Onmu. Dua kaki Onmu kaku tanpa nyawa meninggalkan anggota badan lain yang terus bernyawa. Tanpa ucapan terima kasih, Onmu keluar megah daripada bilik bedah no 12 setelah dijemput oleh Mat Purok. Rupanya pengorbanan kedua-dua belah kaki adalah lakonan untuk mengelabui mata rakyat bagi menyatakan Onmu cuba mengubati penyakit hausarnya. Pemotongan dua kaki tidak meninggalkan keinsafan kepada Onmu. Golongan doktor jiwa mengeluh lesu. Penyakit hausar terus merebak dan membarah di negeri ini.

5/2/08
SANDAKAN, SABAH.

Surat Terbuka Untuk SifuPTS

Surat Terbuka Untuk SifuPTS

Assalamulaikum

Puan Ainon yang dikasihi,

Saya mencadangkan agar pihak puan mengadakan satu komuniti yang dikenali Komuniti Bestari PTS. Komuniti ini berfungsi menyatukan masyarakat pencinta buku dan penulis, menghidupkan suasana keilmuan, mewujudkan sikap kesukarelawan di kalangan pencinta buku dan memperkasakan industri buku bumiputera. Di bawah ada beberapa cadangan:

mewujudkan program pakej ziarah ke Indonesia bagi membolehkan komuniti ini berkongsi pengalaman membeli buku, menemui penerbit dan penulis di sana.
mengadakan bengkel penulisan untuk penulis muda
kad ilmu bagi harga diskaun pembelian buku PTS di kedai tertentu
mengadakan kafe PTS. Tempat diskusi buku sambil bersantai.
kempen bergerak ke institusi pendidikan(umpama sekolah) atau pekan-pekan tertentu.
Riadah ilmu di kampus.
mengadakan skim penterjemahan penulis muda terutamanya di kalangan mahasiswa.

Ini adalah cadangan kerdil daripada saya. Saya pasti idea Puan Ainon dan para pemikir PTS lebih bernas. Tulisan hanya luahan rasa hati seorang pencinta buku.

Mohamad Ridhwan Bin Alias
mahasiswamenggugat.blogspot.com
Sandakan, Sabah.

Monday, April 21, 2008

Fakta Minyak

Sebab Sebenar Harga Petrol Naik - M'sia & BN Bole>>

tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )>>> 01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)> 20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)> 01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)> 31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)> 01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )> 01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)> 01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)> 05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)> 31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)> 28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)>>>

Nota : (ayat - ayat standard)>>> 1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.>>> 2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan .>>> 3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.>>> 4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan> lagi pada TAHUN INI .>>> Saudara / Saudari,>>> Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu Ibrahim bin Badawi> menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat> penerbangan MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk sembilan> bulan pertama 2005.

Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS> dengan harga RM30 setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?>>> Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah mengadakan lumba kapal layar> Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta.>>> Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan kekawannya> termasuk Khairy Jamaludin menantu Perdana Menteri. Perlumbaan kapal layar> tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta. Sudah tentu duit> RM300.0 Juta itu ditelan oleh orang yang sungguh bertuah dapat kontrak> RM300.0 Juta itu.>>>

Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang sabsidi minyak di> potong> dan harga minyak nail 30 sen satu liter.>>> Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit rakyat sebab terpaksa> bayar ganti rugi kepada syarikat telekom German ia itu Deutsche Telekom..>>> Terpaksa bayar ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu buat> kontrak.>>> Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi minyak.>>>

Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia pergi balik dari Kuala> Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur>> ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga.>>> Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu buat bisnes> tanpa menyusahkan rakyat.>>>

Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja nak> pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220> (kereta> Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan minum (nasi> campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini> bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik dari> Kuala> Lumpur ke Alor Setar hampir RM400.>>> Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand> lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada> bayar tol.>>> Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan> kilometer)> naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam> Lebuhraya Utara Selatan kita).>>>

Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand> tak> sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di> Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand - tak ada AP di sana .>>> Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar kepada> Kerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga> RM40,000 sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenal sebagai "AP> King". Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih 30 tahun. Akhir kata> rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah AP ini.>>>

Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga> RM40,000> di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia> rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang - maka> potonglah subsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 30 sen satu liter.>

sumber email

Pak Lah, Tony dan Air Asia

Kawan-kawan, pasang tali pinggang anda.

Saya ada satu hikayat yang sedang terjalin dalam> pentadbiran Abdullah Badawi. Ini baru kisah di permukaan sahaja. Memang panas kisah ini .> Mungkin anda mahu menekan butang loncat anda selepas membacanya:> > Pertama, pemegang saham yang besar-besar ke atas AirAsia (sama ada secara terus, tidak langsung> melalui proksi, dan sebagainya) adalah Kamaludin Abdullah Badawi, Kalimullah Maseerul Hassan> (yang turut terlibat dengan Tune Hotels), Khairy Jamaludin, Tony Fernandez dan sebagainya.> >

Kita memang sudah tahu kisah AirAsia. Saya ingatkan ini kisah si papa kedana naik menjadi> kaya-raya. Rupanya kisah papa kedana itu terlalu samar dan kabur kisahnya.> > Tiga tahun dahulu ketika MAS melakukan kerja-kerja penyusunan semula organisasi itu, Tony> Fernandez dan AirAsia naik angin membuatkan mereka bertindak pantas dan ganas.> > Sebelum kita teruskan anda mungkin mahu tahu kenapa MAS terpaksa menanggung kerja-kerja> penyusunan sekali lagi? Kisah itu akan kita ceritakan di hari lain tetapi ingatlah bahawasanya> adik Badawi yang bernama Ibrahim adalah tua punya syarikat pembekal katering makanan (bernama> Skychef?) yang satu ketika dahulu pernah mengenakan harga RM35 bagi satu peti air mineral kepada> MAS.> >

Dengan harga semacam itu sudah pasti MAS perlu disusun semula.> > Apa pun, berbalik kepada kisah AirAsia tadi, syarikat itu telah membabitkan kerajaan (gomen)> agar diadakan kerja-kerja serasian laluan domestik di Malaysia . AirAsia telah meminta kerajaan> memberikannya laluan yang diusahakan oleh MAS di Sabah dan Sarawak . Mereka berhujah bahawa MAS> boleh teruskan penerbangan di Semenanjung sahaja. Walaupun MAS membantah, permohonan AsiaAsia> telah diberikan perkenan oleh kerajaan.> > Akan tetapi itu bukan calang-calang permohonan. Zaki, seorang budak suruhan (Khairy Jamaludin?)> di tingkat empat, di Jabatan Perdana Menteri, telah membantu untuk memakbulkan permohonan> AirAsia.> > Apabila MAS kehilangan laluan Sabah dan Sarawak sudah tentu ia menampung lebihan kakitangan yang> perlu ditamatkan perkhidmatannya.

Jadi MAS atur rencana VSS (Skim Bersara Secara Sukarela).> Dengan itu MAS mengemukakan tuntutan: oleh kerana AirAsia mengambil alih laluan Sabah, Sarawak ,> menyebabkan MAS memiliki lebihan tenaga kerja, dengan itu MAS mahu AirAsia memberikannya> pampasan.> > Semua pihak (Gomen, MAS dan juga AirAsia) bersetuju bahawa pampasan dibayar kepada MAS. Tetapi> AirAsia tidak mahu membayar apa-apa. Akhirnya Gomen (yakni kita semualah tukang bayar cukai)> yang membayarnya. Itulah wang yang digunakan oleh MAS untuk Skim VSS yang merupakan paling mahal> dalam sejarah negara ini.> > Kalau saudara naik darah, hentikan membaca dulu, dan biarkan badan rasa dingin dahulu kerana> kisah ini bukannya boleh bertambah baik jalan ceritanya.> >

Kemudian itu, dalam tempoh satu tahun sahaja, AirAsia mula sedar bahawa laluan Sabah dan Sarawak> itu bukannya menguntungkan. MAS memberikan khidmat negara di Sabah dan Sarawak . Bayangkanlah. ..> bukannya menguntungkan membawa kambing dan ayam di sepanjang laluan itu.> > Ini bukannya satu masalah besar. AirAsia merengek lagi. Mereka desak Gomen agar dikembalikan> laluan itu semula kepada MAS. Sekali lagi MAS membantah. Sekali lagi MAS kalah kerana kes itu> dianggap ¡®not relevant¡¯.> > Masalah timbul apabila diadakan majlis serah semula laluan bersama pesawat terbangnya. Semasa> AirAsia mengambil alih laluan itu dahulu, AirAsia telah mengambil-alih tujuh buah pesawat> terbang MAS yang dalam keadaan baik (memang MAS mempunyai rekod cemerlang senggaraan pesawat> terbang di dunia ini)> > Akan tetapi, semasa AirAsia memulangkan semula pesawat terbang itu kepada MAS, hanya sebuah> pesawat dalam keadaan boleh terbang.

Enam pesawat lain telah terbengkalai di landasan, dan tidak> layak untuk diterbangkan.> > Rupa-rupanya, AirAsia telah melakukan kerja-kerja ¡®cannibalising¡¯ (yakni tanggalkan alat> pesawat untuk dijadikan bahan gantian pesawat terbang yang lain). Enam pesawat terbang> dibogelkan untuk membolehkan sebuah pesawat terus terbang. MAS membantah sekali lagi. Sekali> lagi bantahan itu ditolak oleh gomen. Ini merupakan satu subsidi memperkayakan AirAsia agar> terus meraih keuntungan.> > Kemudian AirAsia mula mengendeng laluan KL- Singapura yang mewah itu. Kali ini ketatkan tali> keledar anda. Kisah seterusnya akan mengejutkan. Cuma mereka ambil konar sana-sini dahulu.> Mereka berhujah mahu mengembangkan sayap di peringkat antarabangsa.> >

Memang ada laluan yang mereka cuba tetapi ketahuilah bahawa laluan antarabangsa memang amat> mencabar. Dalam hal ini Zaki, Khairy, Kalimullah ataupun Kamaludin tidak mampu berbuat apa-apa.> > Akan tetapi, laluan KL-Singapura adalah satu laluan yang memberikan keuntungan RM40 juta kepada> MAS. Inilah mahkota segala usaha dan AirAsia mengidamkannya.> > Mereka pun memasang harapan sekali lagi.. Ia telah diperkenan. Beginilah cara mereka lakukan.> Usaha Air-Asia mahu memasuki sektor KL-Singapura telah dibincangkan pertama kali oleh Kabinet> semasa Abdullah Badawi pergi bercuti. Najib telah mempengerusikan sidang kabinet yang menolak> permohonan AirAsia.> >

Permohonan itu telah ditolak kerana dua alasan:> > > i. Menjelang 2009, keseluruhan ASEAN akan mengamalkan konsep angkasa terbuka. Pesawat negara> ASEAN boleh terbang ke mana sahaja dalam rantau ASEAN tanpa sekatan. Dengan demikian apa> perlunya membuka laluan KL-Singapura secara tergesa-gesa?> > ii. Kalaulah penerbangan bajet (budget flights) dibenarkan antara KL-Singapura, ia akan> menjadikan KLIA sebuah lapangan terbang yang akan pupus secara perlahan-lahan. KLIA akan menjadi> satu ¡®feeder airport¡¯ yang mengangkut penumpang untuk lapangan terbang Changi. Penumpang akan> naik pesawat untuk pergi ke Singapura dan dari sana mereka akan menaiki pesawat lain ke merata> dunia. MAS akan mati beragan. Kerana itu permohonan AirAsia telah ditolak.> > >

Apabila Badawi pulang daripada percutiannya, dia minta Tengku Adnan yang merupakan Menteri> Pelancongan menyiapkan satu kertas kerja pelancongan, membabitkan MAS, Air Asia, SIA dan> sebagainya. Ketika Badawi mempengerusikan sidang Kabinet dia telah meminta Tengku Adnan> mengeluarkan Kertas ¡®Cabinet Paper¡¯> > Orang dalam ada menyebut betapa kertas kabinet itu adalah satu perkara luar biasa ? kerana itu> semua yang ada telah terkejut beruk. Namun, kumpulan dungu yang menganggotai kabinet telah> meluluskannya. Permohonan AirAsia dimakbulkan dan sebagai imbuhan Tengku Adnan dapat bertanding> sekali lagi di Putrajaya.> > Tetapi di sinilah munculnya perkara yang menyayat hati. Sejurus AirAsia terbang sektor> KL-Singapura, mereka telah mengeluarkan tiket ¡®percuma¡¯ sebanyak 300,000 keping¡¯ dengan nilai> 5 sen sekeping tiket dan bermacam-macam lagi hadiah dan gimiknya. Khabarnya Singapura> bertanggungjawab mengeluarkan biaya untuk semua gimik yang mahal harganya.> > SIA yang rugi sekitar RM40 juta daripada jangkaan keuntungan sektor KL-Singapura masih mampu> menanggungnya. Kerana AirAsia telah menyalurkan penumpang daripada KL ke Changi sebagai> penumpang transit bagi SIA. Ini dilakukan dengan mengenakan cuma RM19 untuk menaiki bas daripada> KL ke KLIA.. Daripada KLIA para penumpang sebenarnya terbang percuma ke Changi.

Daripada Changi> mereka boleh terbang ke mana sahaja di pelusuk dunia.> > Kini AirAsia membuat satu harapan baru - mereka mahu terbang terus daripada Kucing, KK, Penang,> Alor Setar, Kota Bharu dan banyak lagi terus ke Changi. Mereka akan menerima lebih banyak> subsidi daripada Singapura. KLIA akan mati beragan tidak lama lagi. Tetapi MAS yang akan> tersungkur terlebih dahulu.> > Demikianlah hikayat si papa kedana menjadi kaya-raya. Selama ini kita anggap Tony Fernandez> sebagai manusia hebat. Sedangkan para pemegang saham AirAsia adalah Kamaludin bin Abdullah> Badawi, Kalimullah Maseerul Hassan (termasuk Tune Hotels), Khairy Jamaludin, Tony Fernandez, dan> sebagainya.> >

Memanglah kita akur dengan dasar langit terbuka, saingan dan sebagainya. Akan tetapi kisah ini> membabitkan Perdana Menteri, anak lelakinya, anak menantunya, dan segala kroni beliau.> Bagaimanakah mereka tergamak menggadaikan negara ini. Tetapi inilah yang sebenarnya mereka> lakukan.

sumber email

Hang Terlibat Pak Lah? : Mahathir atau Pak Lah yang Kena

Fikir-Fikirkan: Abdullah Perancang Pengharaman UMNO 1988

Sumber: http://anotherbrick inwall.blogspot. com

Semua kritikan dan persoalan dalam perayaan Mahathir Bashing II telah dijawab pada Majlis Fikir-Fikirkan di Hotel De Palma pada hari Ahad, April 6hb 2008 baru-baru ini. Liputan kepada Majlis ini boleh diperolehi di media perdana dan alternatif.Namun, jawapan Dr Mahathir terhadap tuduhan Dato Ahmad Shaberry Cheek sengaja dilepas pandang oleh media.Tuduhan Shabery Dalam kenyataan di suatu Majlis, Shaberry, Menteri Penerangan baru menuduh Dr Mahathir sebagai penyebab UMNO diharamkan di mahkamah pada tahun 1988.Semasa Majlis Fikir-Fikirkan, Dr Mahathir mengatakan serangan Mahathir Bashing II terbaru begitu tersusun dan bagaikan ada arahan. Selepas “Shah Berry”, merujuk kepada Ahmad Shabery, menyampaikan syarahannya di Majlis Kementerian Penerangan, serangan terhadap Tun bagaikan ada pakat-pakat.

Katanya, perkara yang berpakat-pakat selalunya “ada yang tidak kena.”Shabery telah menuduh Dr Mahathir 'dicekik dan dilemaskan' UMNO hingga menyebabkan pengharamanannya pada tahun 1988.Kata beliau yang dipetik oleh Media Perdana, “Ketika kepemimpinan Dr Tun Dr. Mahathir, UMNO mati, musnah, dibatalkan pendaftarannya dan terus mati lagi dalam bentuk yang lain ... kita tidak mahu UMNO yang menjadi parti keramat orang Melayu ini sekali lagi mati hanya kerana Dr Tun Dr. Mahathir.

"UMNO pernah diharamkan pada zaman beliau dan kita tak mahu perkara ini berlaku lagi. Semua perkara ini saya percaya orang Melayu tak lupa, tetapi mungkin Tun Dr. Mahathir sendiri lupa mengenai apa yang pernah dilakukannya ketika memimpin UMNO.”UMNO Baru MenyatukanDalam jawapan Dr Mahathir, beliau menyatakan Shabery sendiri terlibat dalam usaha memecahbelahkan UMNO. Dia terlibat menubuhkan Parti Semangat 46 dan menarik diri dari “UMNO”.Mengikut Dr Mahathir, UMNO yang asal telah diharamkan oleh pihak mahkamah dalam saman yang telah dilakukan oleh 11 orang dari kelompok yang Shabery terlibat. Dr Mahathir bertanya, “Bila haram, siapa pulihkan?”UMNO Baru dapat dihidupkan kembali tetapi kelompok ini enggan menyertai UMNO. Mereka menubuhkan S46 dan bersekongkol dengan parti pembangkang yang lain untuk menentang UMNO. Ini menjadikan UMNO berpecah seketika.Namun, UMNO Baru mendapat sokongan dan dapat menyatupadukan ahli-ahli UMNO semula. Akhirnya mereka-mereka seperti Shabery kembali semula kepada UMNO setelah menyedari pengaruh mereka menurun dan perjuangan mereka itu sia-sia.

Penglibatan Abdullah BadawiSebenarnya diketahui ramai dikalangan mereka yang terbabit dalam Parti S46 bahawa usaha menyaman UMNO adalah dirancang oleh Dato Seri Abdullah Badawi sendiri.Mesyuarat pertama untuk membincang usaha ini dilakukan di rumahnya di Jalan Medan Kapas, Bangsar, Kuala Lumpur. Antara yang hadhir adalah Marina Yusof, Dato Radzi Shiekh Ahmad, Zawawi Zin, dan lain-lain.Di dalam mesyaurat itu yang dihadhiri oleh mereka-mereka yang boleh digelar sebagai orang-orang Musa (Hitam) dan orang-orang Dolah, Abdullah sendiri yang membuat keputusan untuk menyaman UMNO di mahkamah dan dipersetujui oleh mereka yang hadhir.Berikutan mesyuarat pertama, mesyuarat kedua diadakan di rumah Puan Marina Yusof di Ampang Hilir.Penggerak utama rancangan ini adalah mantan terbaru Setiausaha Agong UMNO, Radzi Sheikh Ahmad sendiri.

Sepanjang penyediaan kes dan setiap hari perbicaraan. Kesebelasan mereka yang menyaman UMNO berkumpul dan berbincang di rumah Radzi.Mengikut sumber-sumber terdekat Tengku Razaleigh, Ku Li tidak dilibatkan langsung dan sedang berada di luar negara selama dua bulan semasa perancangan tersebut.Untuk kepastian, cuba ditanyakan pengikut-pengikut setia Ku Li yang terlibat dalam peristiwa itu seperti Dato Manan Osman, Aspan Alias, Dr Hasan Ali, dan lain-lain. Mungkin boleh ditanya Dato Radzi sendiri yang sudah teramat kecewa dengan pentadbiran Abdullah badawi hingga meletakkan jawatan.Walaupun kekalahan kelompok Musa, Abdullah Badawi masih menang jawatan Naib Presiden pada tahun 1987. Abdullah tidak masuk Parti S46 tetapi kekal dalam UMNO. Malah Abdullah ditawarkan sebagai Naib Presiden Protem UMNO Baru.Disebabkan penglibatan dalam pengharaman UMNO, Abdullah dianggap sebagai musuh dalam selimut dan terpaksa dipecat dari jawatan Menteri Pertahanan. Walaupun dipecat, mengikut Dr Mahathir dalam Majlis itu, Abdullah telah ditawarkan jawatan dalam Petronas. Sumber-sumber Hicom pun memberitahu, dia telah di tawarkan jawatan sebagai Pengerusi Hicom.

Akhirnya atas gesaan arwah isterinya Datin Seri Hendon, Abdullah akhirnya berjumpa Dr Mahathir untuk mengaku tidak ada kebolehan dalam dunia perniagaan dan korporat dan memohon kembali ke dalam jemaah Menteri.Akhirnya dia diberikan jawatan Menteri Pertahanan pada tahun 1991. Malah dia masih dikekalkan di dalam jemaah Kabinet, walaupun kalah Naib Presiden pada tahun 1993.Siapa yang baik dan siapa yang jahat?Cerita Lapuk Yang Ketinggalan Zaman Peristiwa pengharaman UMNO pun mempunyai kaitan dengan penyingkiran Tun Salleh Abbas sebagai Presiden Mahkamah Persekutuan. Peristiwa ini menjadi asas tuduhan bahawa Dr Mahathir bertanggungjawab dalam ketirisan Institusi Kehakiman yang dibuat oleh Abdullah pada hari Ahad lepas dalam Majlis Amanat Presiden kepada Ketua-ketua Penerangan UMNO.Menjawab perkara ini, Dr Mahathir menyatakan penyingkiran Tun Salleh pada rasminya dilakukan oleh Tribunal dan anggota Tribunal bukan diatur olehnya. Mungkin perkara ini perlu dihuraikan di posting yang lain.Perkara pokok yang perlu dihayati sini adalah mereka-mereka yang kembali kepada UMNO telah kembali kepada UMNO tanpa syarat.

Setelah diterima kembali dalam UMNO dan diberi peranan semula, mereka-mereka yang menyerah kalah sepatutnya tidak menimbulkan perkara lapuk yang tidak releven dan desperado menyalahkan sana sini untuk memberi justifikasi kelemahan kepada pentadbiran Abdullah.Bagi pengundi-pengundi dan ahli-ahli UMNO yang sekarang berumor dalam 30 tahun, semasa peristiwa ini berlaku umor mereka adalah 10 tahun. Peristiwa-peristiwa yang melibatan pergeseran lama pada tahun-tahun awal pentadbiran Dr Mahathir sudah tidak releven kepada senario politik, dan pembangunan ekonomi dan sosial sekarang.

Masaalahnya sekarang yang menjadi kegusaran rakyat adalah kepimpinan Abdullah Badawi yang lemah.Dari kenyataan-kenyataan , penafian-penafian dan alasan-alasan yang diberi oleh Abdullah Badawi pada Majlis Hari Ahad, ia hanya membuka lagi pekong dadanya kepada rakyat Malaysia dan ahli UMNO semuanya.Abdullah hanya menyalahkan orang lain dan tidak mahu menerima kenyataan bahawa dirinya dan menantunya, Khairy adalah penyebab dan pencetus utama kekalahan BN.

Kesemua anak-anak muda Tingkat 4 masih dikekalkan lagi. Itu untuk huraian di lain masa.Menyentuh mengenai kenyataan Dato Zahid Hamidi, Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, yang berkata jangan membuang batu di dalam rumah kaca, mungkin nasihat itu perlu di sampaikan kepada Abdullah sendiri dan rakan-rakan Chorus Girl Zahid. Memang perlu kita semua bermuhasabah, terutama Zahid sendiri.Masa dan sejarah akan mengadili, tunggu dan lihatlah … tak lama.

Adi Hanif Mohamed
dari email

Mutu Solat Kita

Bismillahirrahmanir rahim.

> > Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau> kita tak percaya maknanya mungkin kita> belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah> Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.> > > Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke> kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia> dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja.> Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang.. . takut juga> kita dibuatnya > >

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang. > > Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana> hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung> tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur.> Kalau dah kufur... confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...> waliauzubillah. > >

2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang. > > Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat> ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan> pun tak betul,> yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun> tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi> jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya! > >

3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu. > > Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila> Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang- kadang terlepas waktu kerana sibuk> sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang> tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round> seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini> golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak> main-main... kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala> raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau> dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau> dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum! > >
4. Golongan yang lalai dalam sembahyang > > Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang.> Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid> atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita> nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang> masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan> isteri, ceti dah datang, kunci hilang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak> menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan> sendiri. Dan ada> dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau> mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan> Tuhan, macam> orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati.> Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka> Wail, waliauzubillah. > >

5.Golongan yang sembahyang tarik tali. > > Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan> sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada> penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah> pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital> agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan> tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab> terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah> banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga> ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira.> Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka. > >

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang. > > Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka> dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang.> Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab,> tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak> ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula belajar> makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan> awamul muslimin.> Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang> tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan,> manalah Tuhan suka! > >

7.Golongan yang selamat. > > Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH.> Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada> sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan> dalam sembahyang. > Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi> tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada> mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di> dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh. > >

8.Golongan muqarrabin > > Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang,> lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut> mereka.Bila baca tentang> rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang> mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari> golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan> saja mereka memuliakan raja, bahkan semua> titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa,> asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam> istana. Nak keluar masuk> istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula> kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi> tidak banyak dihisab di Padang> Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus> juga dijadikan ibadah. > >

9. Golongan siddiqin > > Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi> betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu> asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini> terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat> menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa> sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung> tidak diperiksa. Malah> banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak> dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan> untuk selamatkan manusia. > > Begitulah 9 kategori golongan> manusia dan sembahyangnya. .. dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum> lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya> belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan> Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha> sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri> kita. (Peringkat 9 memang> tak boleh untuk orang macam kita).

Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat.
sumber email

Sunday, April 20, 2008

UZAR: Contoh Pimpinan Selepas Alam Kampus?

ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN: CONTOH PIMPINAN GMI SELEPAS ALAM KAMPUS
Oleh mamat.com

Penulis sedih apabila membaca tulisan seorang pimpinan GMI yang penulis kasihi tentang watak kartun doraemon. Beliau letak wajah doraemon pada profil sebelum adanya kembali gambar al shahid Hasan al Banna. Bukan salah kita menulis tentang watak kartun tetapi zaman remaja yang gila-gila sukan, komik dan kartun harus berakhir dengan pendewasaan usia dan perjuangan seseorang. Dan orang yang berjuang seharusnya lebih matang daripada usianya. Ada pula ramai pendokongnya memuji berapi-berapi. Hati-hati saudara.

Perubahan blog tersebut mungkin saudara telah masuk ke episod baru selepas penat, jenuh dan terkongkong dengan status amir GMI. Atau saudara takut sukar mendapat pekerjaan. Atau dah ‘diwajibkan’ berteman di ranjang?. Hehe. Ini hanya telaah penulis yang faqir ilmu ini.

Bagi meneruskan perjuangan selepas alam kampus, saya mengesyorkan kalian semua mengikuti gaya pengurusan masa depan; kerjaya seorang pimpinan GMI secara terancang seperti yang dilakukan oleh UZAR. Penulis selalu menyifatkan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman adalah pemimpin agung GMI. UZAR antara pelopor kepada kebangkitan semula PMIUM pada pertengahan tahun 1990an.

Pada pandangan penulis, UZAR pandai mencari peluang dan meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Berjuang di atas pentas PAS pada zaman mahasiswa melalui GAMIS dan PMIUM. Dikatakan pernah menjawat Ketua Pemuda PAS di Selangor. Pernah menggegar bumi Jordan apabila terlibat kontroversi semasa lawatan TG Haji Abdul Hadi ke Jordan.

Selepas pulang, beliau meletak diri dalam dunia perbakan Islam, bidang yang semakin penting pada abad ini. Melalui kepetahan berpidato dan ketinggian ilmunya, mengadakan program penghayatan solat. Seingat penulis, beliau merupakan pelopor kursus seumpama ini di Malaysia. UZAR adalah seorang yang unik, lain daripada yang lain dan tersendiri. Sebab itu beliau boleh berjaya.

Apabila pengalaman sudah cukup, beliau terjun ke dunia akademik. Kini ditawarkan PHD dan akan berkhidmat dalam dunia akademik yang penuh nyaman itu.

Cerita UZAR ini kalian baca dalam blog beliau. Pada pandangan penulis, UZAR mengikuti gaya pengurusan masa depan; kerjaya mantan ahli Ikhwanul Muslimin seperti Yusof Qaradhawi dan Muhammad Said Ramadan al Buti. Yusuf Qaradhawi pada zaman mudanya aktif dalam Ikhwanul Muslimin, kemudian terjun ke dalam dunia akademik(bermula usuluddin ke syariah serta muamalat).

UZAR, penulis tidak pasti akan terus ikut cara Yusof al Qaradhawi atau terkena tempias politik ala Asyraf Ahmad Dasuki(insya Allah UZAR masih setia bersama gerakan Islam).

Apa yang penulis nak bicara, kalian pimpinan GMI harus merancang masa depan; kerjaya kalian seumpama UZAR. Berapa tahun belajar, bekerja dengan syarikat perbakan, dunia akademik dan ke arah mana seterusnya. Kalian harus bijak meletak dan menyambar peluang. Jangan persiakan ilmu dan bakat pemberian Tuhan

Semoga UZAR dikekalkan hidayah dan berjaya dalam hidupnya di dunia dan akhirat. Bagi saudara-saudari boleh menjadikan UZAR sebagai ikon. Adik-adik doraemon dan ultraman boleh faham ke?. Salam kemaafan. Hehe.

1/4/08

Penulis dan Penterjemah: Satu kerjaya

PENULIS DAN PENTERJEMAH: SEBAGAI SATU KERJAYA
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias[1]

Penulis sangat mengagumi Faisal Tehrani yang memilih menjadi penulis sepenuh masa. Sukar untuk menjadi seperti beliau yang menghasilkan karya secara berterusan bahkan beliau dilihat sebagai sasterawan negara dalam pembikinan.

Menulis ada batasnya iaitu masa(mengkaji, membaca dan menulis), pengalaman dan idea. Ketakutan utama bagi seorang penulis ialah kehilangan ilham atau idea. Ilham ini dianggap anugerah Allah SWT yang boleh ditarik balik atas kehendakNya. Oleh sebab itu seorang penulis terus mencari ilmu dan pengalaman melalui kembara, membaca dan diskusi.

Faisal Tehrani seorang suka mengembara dan tinggi tahap pembacaannya. Beliau juga terus belajar dan hampir mengapai PHD. Inilah penulis berintelektual yang suka berfikir dan membuat kajian sebelum menulis. Samad Said, sasterawan negara juga adalah penulis sepenuh masa hidup merayau memerhati masyarakat selepas berjaya dalam bidang kewartawanan. Pak Samad juga suka membaca, dikhabar 4 buah rumahnya dipenuhi buku. Membaca, terus belajar dan merayau serta mengembara adalah formula ampuh untuk menjadi penulis yang berkaliber.

Memang sukar untuk menjadi penulis kerana kita perlu idea, ketahanan mental dan pengorbanan masa. Jika begitu, kita boleh menterjemahkan karya asing ke dalam bahasa Melayu. Karya ini tidak semestinya karya agung yang tebal asalkan tajuk bersesuaian dengan masyarakat kita.

Penulis juga mengkagumi insan yang paling suka menterjemahkan buku. Orang yang dimaksudkan itu ialah Ustazah Noraine Abu, Ustaz Wan Shaghir dan Ustaz Abdullah al Qari. Ustaz Abdullah al Qari adalah seorang guru di sekolah Muhamadi di Kota Bharu Kelantan. Beliau menterjemah dan menyadur pelbagai genre buku termasuk perubatan dan seks, dan paling giat menterjemah tanpa bosan. Beliau mempunyai perpustakaan peribadi antara yang terbesar di Malaysia. Sekarang, beberapa orang anaknya termasuk yang terkenal Dr Najib Abdullah, Pensyarah KIAS juga turut menterjemah dan menulis. Ustaz Wan Shaghir pula bergiat cergas dalam usaha mengalih bahasa daripada Jawi ke Rumi.

Di atas adalah kejayaan penulis dan penterjemah yang giat. Penulis beranggapan perterjemahan dan penulisan adalah satu kerjaya yang baik bagi para mahasiswa pelbagai bidang. Cuma asas utama penulis dan penterjemah ialah ilmu bahasa dan kepakaran bidang yang ingin diceburi.

Penulis menyeru rakan-rakan yang balik daripada Timur Tengah dan India serta Pakistan, gunakan kekuatan bahasa yang anda pelajari untuk menterjemahkan buku. Kita dapat menambah ilmu untuk diri dan memperolehi pahala besar bagi siapa yang membacanya.

Mahasiswa yang berilmu adalah tiada istilah pengangguran dalam hidup mereka. Jika kehendak mereka kuat, mereka boleh berjaya. Marilah kita berkerjaya berdikari yang memiliki masa di bawah kawalan kita.

2/1/08
[1] Penulis menginsafi diri ini. Ya, gaji tetap enak bila dapat setiap bulan tetapi masa kita ditelan kesibukan yang ditentukan oleh manusia lain. Dhuha, baca al quran, witir dan tahajud ditelan oleh kesibukan kerja dan keletihan ekoran kerja. Jika ada satu lagi kehidupan penulis ingin menguasai ilmu bahasa dan ilmu agama, penulis ingin bebas masa penulis daripada kawalan kesibukan dunia yang sementara ini. Rezeki milik Allah SWT.

Mahasiswa adalah..

MAHASISWA ADALAH ....
Oleh mamat.com

Jika ada ia, penulis akan menyokong 1000 peratus. Mahasiswa bebas yang mandiri dan bebas minda daripada kongkongan kuasa luar. Ada atau tidak?. wujudkah mahasiswa bebas yang menjadi cerita mitos mahasiswa sejak berzaman? Ya atau tidak bergantung kepada seseorang yang ditanya.

Kewujudan PMN adalah satu usaha baik golongan mahasiswa untuk menonjolkan mereka adalah bebas dan mandiri. Penulis cukup bangga dengan usaha mereka. Usaha manusia yang ingin perubahan dan mencipta sejarah. Satu usaha yang baik dan patut diberi anugerah khas.



Persoalan kebebasan rakyat dengan kawalan pemerintah, kedudukan individu dalam masyarakat dan hubungan fikiran seseorang dengan sosialisasi persekitaran telah membumikan kebuntuan politik yang memanjangkan dalam sejarah rakyat. Unsur-unsur ini secara tidak langsung mempengaruhi minda mahasiswa selaku warga negara di negara ini.

Kebuntuan politik ini membawa manusia ke arah bersifat dogmatik dan fanatik kepada proksi masing-masing sama ada pemerintah atau oposisi. Usaha menjadi golongan neutral ada dilakukan tetapi tidak tersebar luas dan tidak menjadi gelombang perkasa dalam arus perdana. Ia menjadi proksi membeku dan minoriti dalam masyarakat. PMN dilihat cuba menjadi golongan neutral yang bebas daripada kongkongan kedua-dua proksi berpengaruh. Adakah PMN berjaya?.

Penulis melihat PMN adalah parti mahasiswa pelbagai kaum yang cuba mengubah dan mencipta sejarah. PMN melaungkan bahawa mereka bebas dan tidak terikat dengan kuasa luar. Adakah ia benar?. Tiadakah pengaruh PKR, PAS, DAP, TERAS, JIM, ABIM atau gerakan orpomas(organisasi politik-masyarakat) dalam PMN?. Jika tiada, penulis cukup bangga.

Jika ada, PMN cuma wadah pengklonan kepada kuasa luar yang cuba melebar-luaskan mazhab mereka. Jadi PMN adalah... Satu pinggan ‘nasi kerabu’ mazhab daripada salah satu kuasa luar tersebut. Jadi mampukah PMN menjadi kuasa neutral yang mitos itu.

Keneutralan PMN boleh dipersoalkan. Kehikmahan dan ijtihad mahasiswa sekarang sangat dihormati dan dihargai. Bukan kita persoalkan kebijaksanaan mahasiswa kini dan tak nak menyibuk mengganggu keputusan mereka. Tetapi sejarah harus dikaji, yang tua harus ditanyai dan yang muda harus menekuni perjuangan.

Jadi PMN adalah .....

PMN: Satu Mazhab Pemikiran Mahasiswa?

Secara peribadi, penulis menentang penubuhan PMN. Walau bagaimanapun, penulis akur akan kebijaksanaan mahasiswa sekarang dalam berpolitik dan kerestuan syura kampus zaman ini.

Jika PMN nak terus hidup, para pemikir PMN harus menjadikan PMN satu gelombang ‘mazhab’ yang menerjah minda masyarakat kampus. Pelan jangka masa panjang dan ‘ideologi’ harus distruktur agar PMN tidak terkubur atau sepi seumpama MPMI di bawah kelolaan PUM.

Penggerak PMN seperti saudara Zainulfaqar dan saudara Azlan bersama rakan-rakan harus berjumpa dengan senior-senior untuk berbincang. Jangan dilupakan berbincang dengan tokoh akademik dan aktivis seperti Dr.Muhammad Abu Bakar, Hishamuddin Rais, Dr. Rezuan Othman, dan Prof Khoo Kay Kim. Langkah di bawah adalah cadangan bagi menggagaskan ‘ideologi’ PMN.

Mengadakan sidang meja bulat di antara pimpinan kampus dan senior.
Menubuh beberapa ajk untuk berbincang dan mengkaji agenda, prinsip perjuangan dan matlamat jangka panjang PMN.
Mengadakan kongres menghimpunkan mahasiswa.
Mengubalkan agenda PMN(satu dokumen menyerupai Dokumen Negara Islam PAS atau AEM-Anwar Ibrahim).
Menubuhkan Dewan Penasihat Kampus dimana disertai oleh senior agar legasi perjuangan berterusan. Ahli DPK harus bebas daripada politik kepartaian.

Apabila PMN menjadi mazhab pemikiran yang mantap, barulah perjuangan mahasiswa menjadi mandiri tanpa membawa pakej perjuangan pihak luar.

Di atas adalah cadangan dari seorang yang tidak bersetuju dengan penubuhan PMN. Saya harap PMN tidak terkubur mati kerana ada watak-watak mahasiswa yang menyayanginya. Wahai orang yang menelurkan PMN. Pandai menelur, pandai jaga. Mahasiswa! Teruskan perjuangan.

Pesta Buku, Mamak dan baju kuning

PESTA BUKU, MAMAK DAN HANIF BERBAJU KUNING
Oleh mamat.com

Pada 5/4/08, tercapai juga hajat penulis untuk sampai ke Pesta Buku di Kuala Lumpur. Datang jauh dari Sabah. Kedua kali selepas zaman mahasiswa. insyaAllah akan kudatang lagi pada tahun depan. Pesta buku cukup meriah dan menggilakan peminat buku seperti penulis. Hanya duit sahaja yang membatasi.

Dalam pesta buku ini, penulis perhatikan pemilik syarikat buku agama gergasi di negara kita adalah golongan India Muslim atau mamak. Hidayah, Jasmin atau Berlian dan jahabersa dimiliki oleh mamak. Dimanakah orang Melayu DEB? Paling berjaya penerbit Melayu, mungkin syarikat PTS milik Puan Ainon.

Apabila mendekati gerai PTS, penulis terserempak dengan manusia ‘seakan-akan’ saudara Hanif Baderun. Berbaju kuning dan stail rambut yang cukup klasik. Pada ketika itu penulis sedang membelek buku terapi solat tahajud. Batas masa yang sempit tidak memberi peluang untuk beramah mesra.

Ini cerita pesta buku.

Aku Mahasiswa Bebas atau 'otak usrah'

AKU MAHASISWA BEBAS ATAU ‘OTAK USRAH’
Oleh mamat.com

Aku adalah mahasiswa bebas daripada pengaruh luar. Dalam usrah tiada pun disebut tentang PAS. Aku mahasiswa yang neutral.

Senyum. Subjek belia-anak muda-mahasiswa memang menjadi kesukaanku. Sebagai mantan mahasiswa, penulis amat menyukai jiwa mahasiswa walaupun sudah jauh dengan zaman mahasiswa kini yang canggih-manggih ini. Anggap ini sebagai komentar dari jauh.

Usrah adalah asas kepada pentarbiyahan. Ia tidak perlu menyebut nama gerakan Islam kerana kita telah memaklumi bahawa golongan manusia Islam terbahagi 2 iaitu berjuang dengan Islam atau tidak. Cuma yang dipedulikan ialah pemikiran naqib dan bahan-bahan usrah yang membawa ke mana fikiran dan budi kita.

Satu hari penulis balik dengan bas. Tersenyum melihat anak gadis bertudung labuh, gebu-menggiurkan dan comel membaca buku tulisan Fathy Yakan. Di sini penulis terfikir kenapa PKPIM-ABIM dan KARISMA-JIM bertentangan dengan PMI-GAMIS walaupun membaca bahan yang sama. Mesti otak naqib tersebut yang tidak betul kerana gagal menyatukan sesama gerakan Islam. Macam UMNO dan PAS, baca al Quran dan Hadis tapi lain otak dan nafsu serta hidayah menyebabkan kehendak mereka berlainan.

Penulis tidak peduli, kamu anak usrah atau tidak, tetapi paling penting tindakan kamu kini dan masa depan. Mahu syurga atau neraka.

Siapakah mahasiswa bebas?
Bagi penulis mahasiswa bebas mempunyai ciri-ciri di bawah:

a. Buang Sindrom Kebergantungan

Mahasiswa yang bebas harus membuang sindrom kebergantungan mereka terhadap kuasa-kuasa luar lingkaran kampus. Perawatan sindrom ini sangat sukar kerana ia telah lama mengakari akal-budi kita. Ia juga adalah satu legasi zaman yang kita warisi daripada generasi dan persekitaran lampau. Setakat ini saya kurang yakin terhadap kemampuan GM membuang sifat kebergantungan ini. Sindrom kebergantungan termasuk dalam pakej pemikiran, budaya, tarbiyyah dan kewangan. Bahkan ramai pimpinan bercakap gaya TG haji Hadi dan Anwar Ibrahim.

Legasi perjuangan pimpinan GM bersifat warisan menyukarkan lagi perawatan sindrom ini. Walaupun pimpinan berbeda, bagasinya sama. Pimpinan baru terus dimonitori oleh satu ‘poliburo’ yang berkuasa sakral. Persoalan yang timbul, bilakah sindrom ini akan berakhir?. Ia pasti berakhir apabila berlakunya rampasan kuasa yang diketuai oleh golongan reformasi. Inilah yang berlaku apabila kumpulan pakatan kerinchi atau republik Islam pro PAS telah merampas kuasa daripada mahasiswa pro pkpim-ABIM dalam perebutan kuasa tampuk PMIUM. Begitunya kemenangan golongan sederhana yang diketuai oleh Mahadzir Khir menang dalam rebutan kuasa dengan golongan radikal, proksi Noordin Razak-Anwar Ibrahim dalam PBMUM.

b. Sanggup Berubah

Untuk menjadi mahasiswa yang bebas, kita harus mempunyai ‘jiwa muda-remaja’(walaupun usia dan fizikal dah tua) yang inginkan perubahan dan kemajuan. Kita harus sanggup membuang tradisi lapuk yang diamalkan oleh kita. Apabila kita membaca buku Formula solat sempurna karangan UZAR, macam semua perbuatan solat kita adalah salah. Sebenarnya, paling penting kesanggupan kita menerima perubahan ke arah kebaikan dan kebenaran. Mahasiswa bebas harus berani berubah membuang MOU dengan ‘tuan’ dan abang senior[yang terjajah dengan ideologi tertentu]. Jika sanggup dan berani berubah, baru kebebasan akan terjelma.

c. Tradisi Berhujah dan Berdebat

Mahasiswa sekarang semakin merosot tradisi berhujah dan berdebat. Mereka banyak mencatit dan malu bertanya. Kita tidak boleh menerima sogokan ilmu sahaja tetapi kita perlu mempersoalkan ilmu tersebut. Mahasiswa yang bebas akan mencipta ruang diskusi untuk membolehkan perdebatan ilmiah dilakukan. Pendebat mesti menonjolkan sikap keterbukaan, fakta sahih-pelbagai dan idea yang bernas.

Dalam usrah, kita mestilah membaca bahan yang pelbagai agar berlaku pencapahan minda. Bahan asas usrah yang berteras kumpulan Ikhwanul Muslimin harus digauli dengan dengan pemikiran golongan pemikir dan kumpulan berlainan seperti Said Nursi, Syed Naquib al Attas dan Sheikh Nasrullah. Naqib usrah mesti berani berubah agar tidak terbelenggu dengan arahan dari atas sahaja[buang budaya feudal!]. Perlu ditegaskan usrah bukan mesyuarat politik. Usrah adalah alat tarbiyyah.

Debat dan hujah kita hanya boleh dimuktamadkan dan dihakimi oleh al quran dan hadis sahaja. Jika idea kita berada di luar lingkaran kedua-dua sumber ini, idea yang hebat itu tersendiri terbatal. Jangan sesekali minda kita terjajah dengan pemikiran manusia tetapi biarlah minda kita terjajah dengan al Quran dan hadis.

d. Tradisi Menulis

Mahasiswa harus banyak menulis dengan idea yang bernas tentang isu-isu besar. Kita boleh mengaitkan doraemon dengan permasalahan atau isu-isu besar secara kreatif dan sinis tetapi jangan kita menjadikan diri kita pula macam doraemon. Penulis mahasiswa terutamanya pimpinan GM harus membaca pelbagai ilmu di luar displin kursus masing-masing.

Kepada ‘doeramon-doeramon’ kampus, jadi penulis seumpama Faisal Tehrani yang luas pembacaannya dan Syed Qutb atau SM Mohamad Idris(CAP) yang kritis terhadap isu masyarakat. Jangan kita berotak doraemon yang memikirkan dunia khayali sedangkan kita telah diangkat menjadi ‘rahbar’ kepada GM. Fikir isu-isu yang besar-besar.

Penulisan kita juga haruslah bebas daripada ideologi kuasa luar. Kita harus mencipta mazhab pemikiran sendiri. Jika tidak, mahasiswa bebas akan terus menjadi mitos kerana ia tiada manual dan mazhab pemikiran yang tersendiri. Sesuatu mazhab mesti memiliki sumber ideologinya daripada penulis dan pemikir. Kecelaruan penggerak gerakan reformasi pada tahun 1998 kerana mereka gagal menggagaskan mazhab kuat dan kukuh.

Mahasiswa bebas ini harus distruktur oleh penulis dan pemikir agar ia menjadi satu mazhab pemikiran bagi golongan mahasiswa. Kita mahu penulis-pemikir seperti Ismail al Faruqi dan Syed Naquib al Attas bukannya pemikir-penulis bertaraf doraemon.


e. Minda dan Jiwa Bebas

Cubaan golongan mahasiswa menggerakkan PMN merupakan usaha baik membebaskan minda dan jiwa mahasiswa. Walau bagaimanapun, kita khuatir akan aktivis menggerakkannya yang mungkin terbelenggu dengan ‘otak’ usrah dan sel atau forum blok politik masing-masing. Ketidak-mandirian ini akan menjelaskan lagi bagi kedogolan mahasiswa sendiri. Laksanakan arahan tanpa suara arahan dari atas.

Kelemahan GM adalah ia merupakan satu tempoh masa yang terlalu sempit, ada syaratnya(mesti mahasiswa) dan paling sedih GM adalah alat. Alat mencari jodoh, nama, populariti dan menyemai tanggungjawab. Bergantung kepada niat seseorang. Akibat daripada ini, GM yang mendokong realiti mahasiswa bebas sukar distrukturkan. Suka atau tidak, GM lebih senang menumpang ideologi dan perjuangan proksi daripada luar kampus. Ini seterusnya akan mengikat minda dan jiwa kepada ‘tuan’ pihak atasannya.

Kesimpulan

Proses indoktrinasi kelompok sama ada sel atau usrah telah memacu akal budi seseorang mahasiswa. Sejauhmanakah usrah atau sel mempengaruhi individu, setahap itulah ia mempengaruhi kebebasan mahasiswa?. Adakah mahasiswa bebas akan terus menjadi mitos?. Mahasiswa tolong jawab, mantan mahasiswa senyum.

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...