Tuesday, February 27, 2018

Rakaman Audio-Video: Antara Fitnah atau Manipulasi Maklumat.



[1]
Gambar, rakaman audi0-video dan tajuk akhbar banyak menimbulkan fitnah dan persepsi buruk kepada seseorang atau kelompok tertentu. Ia lebih kepada serangan pribadi atau pembunuhan karekter. Paling malang, tabiat buruk ini dilakukan oleh kelompok lulusan agama..

[2]
Antara gambar yang menjadi isu dan kontroversi ialah gambar YAB Menteri Besar Selangor, Dato Seri Azmin Ali.
Rakaman suara pula seperti Tuan Haji Mohamad Sabu nak jatuh Presiden PAS dan Ustaz Mohamad Abduh vs Ustaz Zaharudin Muhammad
Manakala video seperti video Ustaz Azhar Idrus, Dato Mustafa Ali, YB Nurul Izzah dengan pensyarah UNITEN dan kes Anwar Ibrahim.

[3]
Pendirian kita?
Setiap manusia ada kelemahan dan kesilapan serta mudah melakukan dosa. Nafsu manusia bukan mudah dikawal. Kita bukan Nabi yang maksum dan dilindungi daripada dosa.
Ada manusia sememang berwatak JAHAT disebalik zahirnya yang baik. Ada manusia yang baik tersalah langkah terjerumus dalam dosa. Ada manusia diperangkap oleh pihak berniat jahat.
Sesiapa jua kita tetap berkemungkinan melakukan kesalahan dan kesilapan kerana godaan syaitan dan nafsu.

Kes Liwat Anwar Ibrahim, Sepender Dato Mustafa Ali dan lain-lain adalah kes diluar pengetahuan kita. Kita tidak tahu sebab kita bukan saksi didepan mata. Kita hanya dihidangkan dengan gambar dan rakaman video-audio yang boleh diedit pada zaman kecanggihan ini. Barangkali benar atau tidak benar.

Bahkan seseorang itu boleh diperangkap dengan permainan jahat orang lain.
Justeru, kita memilih bertanya empunya badan, adakah benar atau tidak benar perkara/kejadian tersebut?

Jika jawapannya, TIDAK. Berpegang kita dengan jawapan itu.

Segala urusan lain seperti empunya diri nak tipu dan bagai, maka itu urusan empunya diri dengan Allah SWT di mahkamah akhirat nanti.

Kita hanya mampu menokhtah kes dengan pengakuan empunya diri sahaja.

[4]
Umat Islam kembali kepada al-Quran dan as Sunnah. Jangan manipulasi maklumat, jangan jaja maklumat yang tidak benar, jangan menimbulkan fitnah. Berpolitik secara yang santun dan damai. Politik Saidina Hassan Bin Ali, cucu kesayangan Rasulullah SAW.

Tidak adil melihat separuh-paruh, kemudian memanipulasi maklumat tanpa memahami konteks, situasi dan laras bahasa yang digunakan.

Ingatlah surah al Hujurat: 6.

Berwaspada dalam menerima maklumat. Ikutlah cara al- Quran dan cara Nabi Muhammad SAW dalam memperolehi maklumat.

Moga kita semua diselamatkan daripada menerima maklumat yang salah.

Muhasabah diri. Moga Allah selamat iman dan amal kita.

Saturday, February 24, 2018

Politik Ilmu, Politik Akhlak dan Politik Sepakat



Pertengahan tahun 2000an, ambe pernah menulis artikel ‘MENANGANI ISU POLITIK DAN KONFLIK POLITIK KEPARTAIAN’ (lihat juga laman web ummahonline: http://www.oocities.org/ummahonline/suratpembaca/050929ridwan-partai.htm bertarikh 29 Sept 2005) yang menganjurkan kita melihat politik merentasi politik kepartian dan politik sepakat demi perpaduan ummah. Jika tidak silap, Pak Sutung Umar pernah menyiarkan artikel tersebut dalam majalah MASA (bukan MASSA).

Sebagai peneliti dan simpatis gerakan Islam, ambe lebih mendekati pandangan Imam Hassan al Banna berbanding Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi dalam bab politik kepartian. Politik kepartian tidak cocok dengan diri. Dunia pendidikan dan dunia penulisan lebih ambe dambakan. Buatlah amalan untuk ke syurga melalui pelbagai jalan pilihan masing-masing dimana-mana posisi dalam kehidupan.

Ambe dibesarkan dalam lingkungan politik UMNO dan PAS. Ibubapa ambe terlibat dengan persatuan belia, JKKK dan UMNO. Zaman itu zaman Dato Man Bakar, Dato Yusuf Musa dan Dato Muda Binjai Rendah. Punbegitu, ibubapa ambe hantar ambe ke TASKI (nama lama PASTI) dan moyang ambe sering ajak ambe ke Masjid Rusila zaman Masjid Rusila tak siap lagi. Ambe sejak zaman kanak-kanak suka baca Harakah di rumah pak saudara yang kuat PAS dan membandingkan ia dengan akhbar Berita Harian yang ayah ambe beli setiap hari.

Di Universiti Malaya, ambe terlibat dengan aktivisme persatuan mahasiswa yang ‘rasmi’ dan tidak dikaderkan mana-mana pihak (tak berminat terikat dengan mana-mana pihak). Punbegitu ambe suka menghadiri semua aktiviti dan majlis ilmu yang dianjurkan oleh PMIUM, PBMUM dan mana-mana persatuan dan badan di Universiti Malaya. Percampuran dengan pemimpin mahasiswa membolehkan kita kenal pandangan, sikap dan amal mereka.

Ambe menolak politik ekstrem. Setiap pihak mempunyai kelompok ekstrim atau jalur keras-radikal yang fanatik tak kira dalam UMNO, PAS, PKR, DAP, PMIUM dan lain-lain. Ia disebabkan oleh perbezaan ilmu dan pengalaman masing-masing seperti lingkungan keluarga dan pendidikan. Ia juga disebabkan oleh semangat membuak-buak dan kejahilan diri. Banyak keadaan sifat ‘syadid’ dan warak dilihat menyumbang kepada budaya ektrem (pada ambe ia sifat terpuji kerana tegas dalam berprinsip dan beramal). Masalah ‘ekstrem’ pada ambe bukanlah masalah besar kerana ia satu proses kematangan dan pendewasaan yang akan hilang diulit usia dan zaman. Dan kebanyakan yang ekstrem pada zaman muda dan mahasiswa menjilat ludahan mereka dan memakan diri mereka sendiri ketika berusia jika tiada dimentori dengan ilmu dan istiqamah.

Ambe menolak politik berdasarkan emosi dan kebencian. Ambe dokong politik berdasarkan ilmu dan iman. Keterikatan dengan politik kepartian banyak membelenggu pemimpin, ilmuwan dan penulis daripada menyampaikan kebenaran ilmu mereka sehingga mereka terkulai dengan kehendak politik kepartian. Ambe lihat sendiri sahabat yang kuat PAS zaman kampus dan anti Mahathir dan ke mana arah mereka pada hari ini.

Ambe mendokong politik berasaskan akhlak, adab dan ukhwah. Walaupun ayahanda ambe sangat anti Tun Mahathir (jika membenci Tun M ketika itu, benci sebenci-bencinya. Kini beliau tak hirau politik kepartian) pada zaman pasca 1998, ambe memilih menghormati beliau sebagai pemimpin negara. Bahkan semasa Pembantu Mahasiswa (PM) mencula tokoh yang kita kagumi. Ambe tulis Dr Mahathir. Barangkali itu antara sebab tidak terpilih diLAKIUMkan oleh JIK. kikiki.

Ambe mendokong politik damai, politik sepakat dan politik perpaduan ummah sama ada sesama Islam, sesama Melayu atau berlainan kaum. Dokongi persepakatan dan perpaduan ummah bukannya perbalahan dan perpecahan ummah. Bersatu demi kepentingan ummah dan negara dengan meninggalkan seketika perbalahan politik kepartian.


Ambe mendokong politik Masjid, politik ‘aqidah’ dan politik akhirat. Seseorang tokoh atau pemimpin baik daripada golongan agamawan atau profesional atau aktivis mesti melazimi masjid yakni solat berjemaah serta menekuni, mengamal dan istiqamah dengan ajaran al-Quran dan as Sunnah secara menyeluruh dalam aspek kehidupan, Islam sebagai Jalan Penyelesaian dalam semua perkara dan Islam sesuai sepanjang zaman. Berpolitik biar pemimpin kita memimpin kita ke syurga bukannya neraka. Politik untuk menambah pahala bukannya dosa. Berpolitik biar fikir nasib kita di akhirat bukannya membuta-tuli mengikut pandangan pemimpin kita di dunia yang membawa kita ke arah dosa walaupun pemimpin kita berjubah dan berketayap.

Kecenderungan kita pada politik Islam bukan disebabkan oleh politik kepartian atau kebencian kita kepada orang atau kelompok tertentu. Ia juga bukan kepada kekaguman dan fanatik kita kepada seseorang tokoh atau pengaulan kita dengan orang-orang tertentu. Ia persoalan Islam yang mahu dilaksanakan secara menyeluruh dalam kehidupan kita dan mendapat keredhaan Allah. Negara ini pula perlu diperintah oleh pemimpin yang beriman, bertaqwa dan berakhlak yang mampu memimpin dan memantau kemajuan dan pembangunan negara selaras dengan prinsip2 al-Quran dan as Sunnah sekaligus semua rakyat (Islam dan bukan Islam) berada dalam keredhaan Allah SWT, kemakmuran dan kesejahteraan.

Setiap orang berhak memilih pendekatan berbeza dalam menangani masalah negara dan setiap orang ada pandangan masing-masing dalam memilih pemimpin dan parti politik untuk memerintah negara. Selesaikan dengan pertimbangan ilmu dan iman bukannya emosi dan kebencian. Perbezaan jangan diakhiri dengan perbalahan dan kebencian. Politik itu untuk menyelesai masalah negara bukannya untuk menghuru-harakan negara.

Mengundilah atas pertimbangan ilmu dan iman.

24/2/2018

Friday, February 23, 2018

Taqwa, Politik dan Pemimpin



Dalam mencari maklumat tentang ideologi negara yang ditimbulkan oleh Dato Seri Presiden PAS, ambe membelek beberapa buah buku. Ambe tertarik dengan buku Bagaimana Islam Memerintah Negara dan Beriman Kepada Qadak dan Qadar karangan Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Tulis Abdul Hadi Awang,
“Pemerintah sesebuah negara mesti beriman dan yakin dengan aqidah atau ideologi negaranya. Maka pemerintah negara Islam pula mestilah terdiri daripada pemimpin, anggota kepimpinan dan jemaah menteri yang beriman kepada aqidah negara Islam iaitu kepada seluruh ajaran Islam”. [Bagaimana Islam Memerintah Negara : 41]
Orang ramai seringkali berhujah bahawa seseorang pemimpin mestilah bersifat ADIL, AMANAH dan KUAT (mampu memimpin dan berprestasi). Kenyataan itu sangat benar sesuai apabila al-Quran melalui Surah Yusuf: 55 menyatakan Sifat HAFIZ dan ALIM manakala dalam surah al Qasas:26 Allah menyatakan Sifat QAWIYY, dan AMIN.
Cuma kita semua sering terlupa syarat mendahului ADIL, AMANAH, HAFIZ, ALIM, QAWIYY dan AMIN  mestilah ISLAM yakni BERIMAN dan BERTAQWA kepada ALLAH SWT berdasarkan al-Quran dan as Sunnah.
Pemimpin Islam bukanlah setakat sesiapa yang mengaku bahawa dia seorang Islam, petah berapi bercakap  Islam. Pemimpin Islam juga bukan setakat bina bank Islam, bina masjid, bina sekolah dan lain-lain. Pemimpin Islam mesti mempunyai aqidah Islam yang sahih dan benar dimana menegakkan Islam secara syumul-menyeluruh berdasarkan sumber ilmu Islam iaitu al-Quran, as Sunnah, Ijma’ ulamak dan Qiyas.
Dalam buku Beriman Kepada Qadak dan Qadar, Abdul Hadi Awang menyatakan tentang, 
1. Hubungan akhlak dengan Aqidah
2. Aqidah penggerak hati
3. Aqidah dan Khilafah
4. Aqidah  mengawal pemerintah
Pemerintah Islam adalah seorang yang mengamalkan agama Islam, aqidah sebati didalam jiwanya akan memerintah dengan perintah Allah.
Betapa pentingnya memilih pemimpin yang aqidahnya Islam agar Islam mentadbir negara dan membina tamadun. Pemimpin Islam akan membentuk kerajaan dengan bantuan teknorat muslim dan bukan Islam. Pemimpin Islam memimpin, membangun dan memantau kerajaan dengan iman dan taqwa pemimpin tersebut.

Saturday, February 10, 2018

Parti Islam dan Musuh Politik



[1]
Seperti yang kita tahu, dalam politik tiada musuh (individu atau organisasi) yang kekal.
Lawan menjadi kawan. Kawan menjadi lawan.
Bagi sebuah gerakan Islam atau parti Islam, lawan atau kawan bergantung kepada sejauh manakah sesuatu pihak musuh politik(atau bekas musuh politik) mahukan Islam sama ada mereka menyertai gerakan Islam atau bersekutu dengan dengan gerakan Islam.
[2]
Politik ada tujuan dan matlamat.
Tujuan politik Islam ialah kewujudan pemerintahan Islam yang didalamnya mengandungi pelaksanaan ekonomi Islam, ada kepimpinan Islam, perundangan Islam, pentadbiran Islam dan dasar-polisi Islam. Sumber pemerintahan Islam adalahAl-Quran dan Ass Sunnah serta Ijma’ Ulamak dan Qiyas.
Politik Islam bertujuan mendapat keredhaan Allah dan politik untuk akhirat bukan sekadar matlamat dan tujuan duniawi sahaja.
Politik Islam juga mempunyai tujuan duniawi yakni membangunkan tamadun dan negara yang adil dan maju berdasarkan syariat Islam.
Politik Islam tidak menolak kesepakatan bersama golongan bukan Islam atau musuh politik untuk membangunkan negara.
[3]
Kesepakatan dengan musuh politik seperti puak sekularis, liberalis, nasionalis, pluralis dan lain-lain mesti dalam tujuan duniawi dengan batas-batas sempadan tertentu yang memenuhi kehendak syarak.
Maknanya, ikatan ini memerlukan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi. Jika pihak musuh Islam melanggarinya, hubungan  dan persepakatan boleh terputus.
[4]
PAS mempunyai eksperimen dan pengalaman politik dalam kesepakatan politik secara bersama dengan piha musuh politik seperti dalam BN, APU, BA dan PR.
Ramai yang melihat PAS bersifat pragmatik. Tetapi keputusan tersebut dibuat berdasarkan dalil dan hujah tertentu yang diputuskan oleh para ulama dalam PAS.
[5]
Kebijaksanaan pemimpin yang berpengaruh dan keputusan Syura penting dalam menentukan kesepakatan dengan musuh politik. Jika tidak berlaku huru-hara dalam sesebuah gerakan Islam.

Islam Dan Pemerintahan



[1]
Kita bukan orang parti. Kecenderungan kita bukanlah kepada parti atau tokoh tertentu tetapi kepada ISLAM.
Keaktifan itu berdasarkan kemampuan kerana disiplin dan bebannya adalah berat. Keaktifan itu bukanlah mengambarkan siapa lebih baik tetapi khidmat kepada Islam dengan mengharapkan  ganjaran daripada Allah.
[2]
Islam itu bukan sekadar agama atau amalan keagamaan.
Islam itu ad’din dan menyeluruh mencakupi semua aspek kehidupan termasuk dalam ekonomi, politik dan kehidupan sosial.
[3]
Islam itu penyelamat. Islam itu jalan penyelesaian. Islam itu memerintah. Ia bukan sekadar retorik. Usia Tamadun Islam beratus tahun dan pelbagai ceruk geografi dan bangsa itu telah membuktikannya.
Apabila dinyatakan Islam, Islam datang menghapuskan segala kejahilan dan kemungkaran yang berlawanan dengan syariatnya termasuklah rasuah, KKN dan sebagainya.
Islam dengan kosmopolitan dan kemajmukan itu bukanlah perkara asing. Rasulullah SAW di Madinah, Islam di Andalusia dan Islam di India antara buktinya. Islam juga berpengaruh dalam Dinasti tertentu di China.
[4]
Islam memerintah. Islam mentadbir.
Asasnya ialah [1] pemimpin Islam dengan syarat-syaratnya, [2] sumber pemerintahan negara: Al Quran dan As Sunnah, dan [3] umat yang mendokonginya.
[5]
Masalah teknikal, ijtihad politik, gaya kepimpinan, gaya berfikir  dan pandangan yang berbeza adalah perkara biasa. Akur kepada keputusan dan kebijaksanaa syura atau ketua itu adalah ujian terbesar bagi seseorang pengikut. Ramai yang tenggelam dalam kebijaksanaan sendiri.
Kelemahan, kesilapan dan kesalahan itu adalah perkara biasa kerana setiap makhluk itu tidak sempurna. Muhasabah dan baikilah kelemahan, kesilapan dan kesalahan tersebut bersama-sama.
Kritikan itu juga perkara biasa. Raikan. Semua orang mahu kebaikan dan mereka semua ada pandangan.
[6]
Kerajaan Islam tidak lari daripada masalah, kesilapan, kesalahan dan kelemahan sama ada bersifat individu (kelemahan seseorang pemimpin) atau kolektif (keputusan dan tindakan kerajaan).
Rakyat boleh mendokong kerajaan pilihan mereka berdasarkan penilaian dan kehendak diri masing-masing. Apakah ukuran pemilihan seseorang pemimpin atau kerajaan yang rakyat inginkan?
Pada zaman ini, setiap parti mempunyai barisan pemimpin yang berupaya mentadbir jika diberi ruang dan peluang. Ramai orang mempunyai kebijaksanaan dan keupayaan diri dalam mentadbir.
Jika dulu perbezaan mereka adalah ideologi parti. Kini tidak lagi. Perbezaan ketara pada politik hari ini mereka ialah ukuran Islam. Islam pada CARA HIDUP (pandangan alam) seseorang pemimpin.
Justeru, pemilihan seseorang pemimpin itu terletak kepada:
1. Sejauh mana komitmen mereka terhadap Islam (ingat Islam bukan sekadar agama tetapi Islam adalah jalan penyelesaian masalah umat)
2. Akhlak
3. Kefahaman terhadap Islam (ilmu, cara fikir dan istiqamah dalam amalan Islam)

Friday, February 02, 2018

sekadar ingatan

[1]
Tak sangka, hampir 11 tahun isu UG atau 'mesra UMNO' bermain-main merungkai sifat baik sangka dan semangat ukhwah para pendokong jemaah Islam dan pencinta-simpatis mereka.
Ia sudah menjadi fitnah dan persepsi tanpa noktah yang tidak berkubur.
Ia bagaikan alat mudah untuk kutuk Haji Hadi dan wala'unnya.
[2]
Dalam politik, tiada musuh atau sahabat yang kekal. Ia bersatu atas permuafakatan bersama dalam satu tujuan dan berpecah atas kepentingan kendiri yang tertentu.
Siapa sangka, musuh nombor wahid 20 tahun lampau diangkat menjadi tuan kepada orang yang memusuhinya. Inilah realiti politik.
Jika kita melazimi membaca Hikayat 3 Negara, kisah politik sebegini sangat banyak.
Siapa sangka, sarjana atau pemimpin gerakan Islam dulunya boleh menjadi tokoh sekular, pluralis dan liberalis yang boleh menerima LGBT atas nama hak asasi manusia dan hak peribadi.
[3]
Bagi seorang Muslim, Melayu dan rakyat yang patuh kepada Perlembagaan Malaysia, penyatuan ummah dan sistem pentabiran awam yang cekap, amanah, tanpa KKN dan berkebajikan yang berteraskan prinsip syariah itu ditagih dan didambakan.
[4]
Kenapa riak wajah kita gembira atas kegagalan Islam didaulatkan atau dimartabatkan? Siapakah kita sebenarnya?
Barangkali nama dan baka kita sahaja berjenama Islam. Keyakinan, Fikir dan amal kita bagaimana?, menurut Islam atau bagaimana.
[5]
Banyak Solawat!!
Cinta Rasulullah SAW, fikir dan ikut cara Rasulullah SAW

Thursday, February 01, 2018

Benci atau Sayang Kita Kerana Allah

Sederhana dalam berpandangan mengikut ukuran Islam.
Jangan terlalu benci, jangan terlalu sayang. Benci atau sayang demi Islam.
[2]
Kemarahan kita kepada sesuatu tindakan atau sifat atau perangai atau keputusan bukannya kepada diri orang itu.
Setiap manusia perlukan ruang dan peluang mengubah diri dan taubat serta menebus kesalahan
Sebaik ubat kemarahan itu adalah bersabar dan memaafkan. Jika tidak, bersabar dan berwaspada.
[3]
Ada pihak terlalu anti gerakan Islam dan pemimpinnya. Tidak salah tidak bersetuju atau membenci kelemahan dan perangai sesetengah individu dalam gerakan Islam tetapi menyalahkan segalanya tentang gerakan Islam dan pemimpinnya bukanlah suatu yang tepat.
Gerakan Ikhwanul Muslimin umpamanya banyak kelemahan. Pemimpinnya pelbagai pendekatan digunakan. Ada yang kita setuju, ada yang kita tidak setuju. Bahkan di sesetengah tempat ada berbelas jenis Ikhwanul Muslimin berdasarkan pendekatan dan kepimpinan yang berbeza.
[4]
Benci atau sayang kerana Allah. Pasti kita selamat dan berada pada pihak yang benar. Ukurannya adalah Islam, Jalannya atau caranya adalah Islam.

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...