Followers

Monday, November 13, 2006

GERAKAN MAHASISWA DI UNIVERSITI MALAYA 1970-1986

BAB 2 GERAKAN PELAJAR 1970-1974
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias
(mamat_com)
tokawang_sufi@yahoo


“bagi kita, zaman tolak ansur sudah mati! Sudah kita kuburkan bersama
sama keranda jingga yang berbalut dengan segala janji dan kepalsuan
manusia”
Noordin Razak


1.0 PENDAHULUAN

Era 1960an dilihat sebagai permulaan kebangkitan gerakan pelajar di Malaysia dan gerakan ini memuncak pada era 1970an. Dalam bab ini penulis akan membincangkan kebangkitan pengaruh kesedaran Islam[1] di kampus, pengolakan dalam politik kampus dan isu serta kegiatan yang dijalankan oleh pelajar. Pada tahun 1970an dilihat sebagai pemberi impak maksimun kepada gerakan pelajar pada masa hadapan. Penyelewengan dan ketidaktegasan pemerintah dan penguasa universiti dalam menangani isu rakyat, isu antarabangsa dan isu dalam kampus menyebabkan mahasiswa bangkit dengan menggunakan kaedah kekerasan. Natijahnya berlaku pengulatan antara kerajaan dan penguasa universiti dengan mahasiswa sehingga dilihat mengancam keselamatan negara.




2.0 FAKTOR PENINGKATAN KESEDARAN ISLAM DI KALANGAN PELAJAR

Islam adalah ad-din yang biasa dimaknakan sebagai agama oleh orang Muslim dan sarjana Barat. Islam bukan setakat agama tetapi satu sistem yang meliputi gaya hidup manusia Islam dalam pelbagai hal kemanusiaan termasuk politik, sosial dan ekonomi. Ad din ini bercenderungan secara semulajadi pada diri insani yang mendorongnya untuk berdayausaha membentuk masyarakat dan menyusun cara hidup bermasyarakat, mentaati hukum dan undang-undang dan mencapai pemerintahan yang adil.[2] Juteru, fahaman agama Islam dengan agama lain jelas berbeza.

Kesedaran Islam bukanlah fenomena yang baru di Malaysia, Islam dari dahulu lagi merupakan daya yang kuat dalam politik orang Melayu.[3] Islam adalah asas perjuangan Abdul Rahman Limbung dalam menentang British. Penerusan pengaruh Islam sebagai ‘force’ dalam sesuatu gerakan dapat dilihat dalam gerakan Islah di Tanah Melayu pada tahun 1906 hingga 1948.[4]

Kemuncak pengaruh Islam dalam satu gerakan politik di Malaysia dengan kezahiran Hizbul Muslimin pada bulan Mac 1948. Hizbul Muslimin ditubuhkan oleh Haji Abu Bakar al Baqir di Madrasah El-Ehya as-Sharif di Gunung Semanggol, Perak. Pertubuhan ini dirancang untuk menjadi platform kepada perjuangan politik Islam sebagaimana Mashumi di Indonesia. Idea pembentukan parti ini bersendikan cita-cita Islamiyah dan objektifnya mencapai kemerdekaan.[5] Dalam memperjuangkan kemerdekaan ini, barulah Islam menjadi sumber ideologi politik[6] orang Melayu dan ia diteruskan oleh PAS apabila Hizbul Muslimin diharamkan.

Juteru, peningkatan kesedaran Islam bukan satu elemen luar biasa di Malaysia. Di bawah terdapat beberapa faktor kebangkitan kesedaran Islam di kalangan pelajar di kampus;

2.1 Pengaruh Tokoh Islam

Sejak kejatuhan khalifah Uthmaniyah pada tahun 1924, idea haraki Islam mula bercambah di wilayah Islam bagi mengembalikan kegemilangan Islam. Idea haraki yang paling popular ialah idea dari kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al Banna pada tahun 1928 di Ismailiah.[7] Idea haraki telah dikembangkan oleh Abul Ala’ Maududi yang menubuh Jamaat-i-Islami pada 26 Ogos 1941.[8]

Maududi lebih dikenali dengan idea kepimpinan Ilahi dimana Allah sebagai pentadbir bumi dan segala keputusan dan perundangan milik Allah.[9] Idea Maududi banyak mempengaruhi tokoh ideolog ABIM yang pulang dari England.[10] Pelajar radikal Islam pula berpegang kepada idea Syed Qutb, salah seorang ideolog Ikhwan. Syed Qutb memperkenal teori hakimiyah berasaskan kedaulatan Ilahi bukan kedaulatan rakyat yang difokuskan oleh sistem sekular. Syed Qutb telah membahagikan masyarakat kepada dua kumpulan iaitu jahiliah dan Islam.[11] Idea tokoh haraki seperti Said Hawwa, Syed Qutb, Hasan al Banna, Maududi dan Mustafa al Sibai merupakan tema diskusi dalam usrah-usrah pelajar.

Kepulangan Syed Naquib al Attas[12] pada tahun 1964 dan menjadi pensyarah di Universiti Malaya merangsang pelajar memahami Islam. Beliau telah menjadi mentor kepada PMIUM dan PBMUM dimana selepas kuliah pelajar akan tertumpu di rumah atau pejabat beliau untuk berdiskusi. Beliau juga berjaya menangkis hujah golongan Sosialis dan Nasionalis sempit yang menguasai kampus pada masa itu. Idea Islam beliau yang lebih liberal berjaya menarik tokoh pelajar Islam termasuk Anwar Ibrahim.

2.2 Pengaruh PKPIM dan ABIM.

Kewujudan ABIM dan PKPIM telah merangsang aktiviti-aktiviti Islam di kampus.[13] Pengaruh ABIM dan PKPIM telah menyerap masuk ke dalam PMIUM dan PBMUM dengan pengarapan idea amal Islami. Pelajar Islam mula berdiskusi dan mengkaji idea tokoh Islam dalam usrah dan forum mereka. Usrah penting dalam memantapkan akidah disamping pengikat tali persaudaraan sesama ahli.[14]

Impak maksima telah berlaku dalam thaqafan(kebudayaan) pelajar dimana mereka cuba mengimplementasi amal Islami dengan cara mentarbiyah, mengubah kebiasaan umum, menyedarkan prinsip kebenaran kepada manusia melalui wasilah seperti kelas pengajian, ceramah, mengadakan kebajikan dan perkhidmatan.[15] Kejayaan ABIM melalui Yayasan Anda dan Institut SOFAR iaitu satu pusat pembelajaran bagi pelajar tercicir dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.[16] Yayasan Anda berjaya mentarbiyah pelajar dengan prinsip, etika dan moral Islam sehingga menjadi kader-kader Islam di kampus. Hasil graduan Yayasan Anda telah memasuki universiti pada tahun 1974[17] menampilkan imej Islamis seperti bertudung.

2.3 Kesedaran Tentang Nasib Bangsa Melayu.

Kebangkitan pengaruh Islam di kampus berlaku apabila pelajar luar bandar menghadapi proses pembenturan kebudayaan dimana mereka masih kuat dengan pegangan agama Islam terpaksa berdepan dengan suasana masyarakat kampus berbudaya cara hidup Barat. Juteru, kelompok ini telah berkumpul dalam satu jamaah bagi mengelak dan membendung gejala negatif ini. Mereka berkeinginan untuk meneruskan perkembangan Islam.[18]

Kehadiran pelajar luar bandar di dalam kampus juga membangkitkan kesedaran tentang nasib bangsa yang masih regress(mundur) dan miskin. Kesedaran ini dipelopori oleh mahasistua dimana 80% terdiri daripada bekas guru sama ada dari maktab atau madrasah dan mereka yang insaf dengan suasana masyarakat Melayu.[19] Jika dibanding masyarakat Melayu dengan masyarakat lain terutamanya orang Cina di Malaysia terdapat jurang dalam ekonomi dan pendidikan yang cukup ketara.

Masyarakat Melayu hidup sebagai masyarakat tani yang miskin dan bergantung keperluan hidup dengan kedai Cina di bandar. Bagi memasuki sektor ekonomi, orang Melayu didikriminasi oleh British dan orang Cina melalui bank-bank dimana bank tidak melayan permintaan pinjaman peniaga Melayu.[20] Oleh sebab itu, orang Melayu gagal bersaing dalam ekonomi moden yang berasaskan modal.

Dalam pendidikan pula, orang Melayu masih mengalami masalah kemudahan sekolah di luar bandar dan kekurangan biasiswa untuk ke peringkat universiti.[21] British pula cuba menyekat peluang orang Melayu luar bandar memperolehi pendidikan yang lebih tinggi. Sistem pelajaran yang diamalkan oleh British menuju kepada pembentukan masyarakat berkasta.[22] Perbezaan berdasarkan keturunan, warna kulit, kedudukan ekonomi dan sosial telah bercambah dengan kewujudan aliran Inggeris di Tanah Melayu.

Juteru, atas kesedaran inilah gerakan pelajar terutamanya pelajar Melayu-Islam telah mula mengorak langkah menyusun program membantu penduduk luar bandar. PBMUM dan PMIUM bersama PKPIM telah memgembleng tenaga melaksanakan program Gerakan Kempen Kesedaran(GKK) yang bermula pada 1968.[23] Mereka tinggal bersama masyarakat untuk menyelami masalah rakyat dan mengadakan projek kemasyarakatan Program ini juga dijadikan sebagai wahana untuk menyampai dakwah. Kesedaran nasib bangsa Melayu ini menyebabkan pelajar merasakan mereka sebagai agen perubahan bagi memajukan masyarakat, menghapuskan kezaliman dan membantu masyarakat.



3.0 PENGULATAN DI KAMPUS

Walaupun kesedaran tentang Islam meningkat, kumpulan pelajar Islam bukanlah kuasa yang memdominasi politik kampus kerana kampus masih lagi dikuasai oleh golongan pelajar Sosialis. Kumpulan pelajar Islam lebih merapati golongan Nasionalis seperti PBMUM dalam mengimbangi pengaruh pelajar Sosialis. Perjuangan sesuatu isu dan keinginan mengekalkan kuasa mewujudkan suasana hangat di kampus. Kuasa dicari bukanlah untuk dijadikan alat bagi mencapai matlamat murni tetapi untuk menguasai kekuatan dan menentang musuh dalam mengekalkan kuasa yang sedia ada.[24] Oleh sebab itu berlaku pencakaran antara pelajar dan krisis pelajar dengan pentadbir yang ingin mengekalkan status quo. Penulis cuba mengarapkan beberapa krisis dalaman gerakan pelajar dan pentadbiran di kampus;

3.1 Rampasan Kuasa Pelajar Pada 21 September 1974.

Peristiwa Tasek Utara telah memberi impak maksima dalam suasana kampus Universiti Malaya. Dalam peristiwa tersebut Hishamuddin Rais, Abu Zer Ali, Yunus Ali dan Adi Satria telah ditangkap bersama pimpinan Parti Sosialis Rakyat Malaysia(PSRM) iaitu Setiausaha Agung PSRM Pusat, Syed Hamid Ali, Mohd Amin Ahmad(Setiusaha PSRM Johor) dan Majid Yaakob(pemimpin tempatan) pada 19 September 1974 atas alasan menganggu tugas pegawai kerajaan.[25] Penahanan itu menyemarak semangat para pelajar untuk berdemonstrasi agar rakan-rakan mereka dibebaskan.

Tribulasi atau mehnah yang hebat itu menyebabkan pelajar terutamanya ahli Kelab Sosialis telah merampas kuasa dengan mengambil alih pentadbiran Universiti Malaya pada 21 September 1974. Presiden PMUM, Kamarazaman Yaakob bersama 2000 orang pelajar menyerbu bangunan Canselori, pintu masuk universiti dan tempat strategik yang lain.[26] PMUM telah berbincang dengan Pemangku Naib Canselor, Ahmad Ibrahim dan Pengerusi Majlis Universiti, Syed Alwi Syed al Hadi[27] agar menyerahkan kuasa pentadbiran sementara kepada PMUM. Rampasan kuasa pelajar ini mendapat sokongan daripada pertubuhan pelajar iaitu KSITM dan wakil ITK.[28]

Tindakan rampasan kuasa pada jam 2.30 petang dilakukan setelah PMUM mengadakan mesyuarat tergempar dengan Jawatan Kuasa Asrama dan badan gabungan PMUM. PBMUM dan PMIUM turut serta dalam mesyuarat itu tetapi menarik diri setelah mesyuarat tersebut bersetuju membentuk Majlis Tertinggi Sementara(MTS) PMUM. Setelah berjaya merampas kuasa, mereka bercadang mengadakan majlis penerangan pada malam itu di Dewan Tunku Canselor(DTC).

Pada malam itu, kegemparan berlaku apabila pihak yang mengelarkan diri mereka, Majlis Tindakan Nasional(MTN) melakukan counter rampasan. Rampasan kuasa MTS hanya mampu bertahan selama 12 jam setelah digagalkan oleh MTN.[29] MTN didokongi oleh golongan Nasionalis mengadakan perjumpaan di Dataran Sastera, Fakulti Sastera bersetuju menubuhkan MTN bagi mengagalkan usaha MTS. MTN berjaya melakukan counter-rampasan pada jam 8.00 malam[30] bagi membolehkan Universiti Malaya dibuka pada esoknya. MTN membahagikan tiga ketumbukan yang mempunyai objektif merampas kuasa daripada golongan Sosialis sebelum jam 9.00 malam. Pada jam 8.45 malam, ketumbukan MTN menawan rumah persatuan dan pusat keselamatan. Ketumbukan lain menawan pintu masuk universiti.[31]

Menurut Kamarazaman Yaakob, Presiden PMUM sesi 1973/74, MTN bertindak ganas telah mengugut dan ‘menculik’ beliau dan ahli Majlis PMUM di rumah persatuan sebelum dibawa ke DTC. MTN menggunakan keris, pisau, rantai dan kayu berpaku bagi mengertak anggota MTS.[32] Di DTC, Aziz Shamsudin, Presiden PBMUM mendesak Presiden PMUM menarik balik rampasan kuasa dan Ungku Aziz memainkan isu bahasa sehingga mencetuskan suasana tegang.[33] Suasana tegang tersebut menyebabkan Presiden PMUM mengambil keputusan menarik balik rampasan kuasa.

Pada 22 September 1974, MTN telah menyerah kuasa pentadbiran kepada pihak pentadbir universiti. MTN mendapat sokongan PBMUM,[34] PMIUM dan Kelab Silat Gayung Universiti Malaya(KSGUM). Presiden MTN, Ahmad Abdul Latif dan timbalannya Hamzah Zainuddin menjelaskan counter-rampasan dilakukan bagi menghalang huru-hara di kampus apabila ditemui minit mesyuarat dan alatan untuk membuat molotov milik PMUM. Pengaruh kerajaan dalam MTN kelihatan apabila MTN mendapat sokongan penuh daripada kerajaan terutamanya Ghazali Shafie dan Dr. Mahathir.[35] PBMUM pula menyokong MTN kerana tidak mahu MTS diperkudakan oleh pelajar sains yang ingin mengugurkan pelaksanaan Bahasa Melayu.[36]

Suasana di kampus masih tidak stabil apabila pelajar di kolej-kolej tertentu masih lagi setia kepada pimpinan PMUM. Presiden Kolej kelima, Salehuddin Hashim dan pelajar kolej tersebut menghalau pihak MTN yang mengunjungi kolej mereka.[37] Bagi membasmi pengaruh PMUM, pihak pentadbiran telah bertindak tegas ke atas ahli Kelab Sosialis yang terlibat dalam rampasan kuasa itu. Tindakan susulan yang dahsyat oleh pihak pentadbiran universiti dengan mengantung PMUM pada 25 September 1974[38] di bawah Seksyen 16 Akta 30. Kerajaan menyokong tindakan Majlis Universiti mengantung PMUM[39] dan sebuah pertubuhan yang dikenali Badan Pemulihan Sementara diwujudkan bagi menjamin kebajikan pelajar. Namun, pada 26 September 1974, PMUM menghantar memorandum agar keputusan Majlis Universiti ditarik balik. Kamarazaman Yaakob menyatakan keputusan itu tidak sah kerana menyalahi Perkara 6 Ceraian 51 perlembagaan universiti.[40]

3.2 Isu Bahasa: Konflik Gerakan Pelajar.

PBMUM mendesak Universiti Malaya melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu untuk menyesuaikan universiti dengan keperibadian Malaysia. Pentadbir universiti tidak mengeluarkan kenyataan dan respon terhadap desakan PBMUM. Pada 4 Oktober 1970, PBMUM mengadakan sudut pidato dan mencabar Naib Canselor berdebat di DTC agar menerima tuntutan PBMUM. Antara tuntutan PBMUM ialah;

a. Menghapus semua penggunaan bahasa asing dalam pentadbiran dan pengajian.
b. mendesak pentadbir mengeluarkan polisi Bahasa Melayu dengan segera.
c. menukar papan tanda dan kenyataan dalam Bahasa Melayu.
c. menghapus saki-baki penjajah di kampus.
d. mendesak mengambil tindakan terhadap tenaga pengajar yang menggunakan
Bahasa Inggeris.[41]

Reaksi kegelisahan pelajar terhadap Dasar Bahasa Melayu di universiti menyebabkan mereka berdemonstrasi. Seramai 3000 orang pelajar mengecap merah dan hitam pada papan tanda yang menggunakan Bahasa Inggeris di kampus. PBMUM memberi tempoh dua bulan bagi melaksanakan Bahasa Melayu dan jika gagal, PBMUM akan mengambil tindakan yang lebih tegas. Menurut Presidennya Noordin Razak;

“kami akan mengambil tindakan yang lebih radikal selama Dasar Bahasa
Melayu tidak dilaksanakan pada bulan Disember”[42]

Pentadbir universiti akur dengan desakan pelajar yang ingin pelaksanaan Bahasa Melayu tetapi pelaksanaan Bahasa Melayu akan dilakukan pada tahun depan bukannya bulan Disember seperti yang diingini oleh pelajar pada peringkat awal.[43] Menurut Ungku Aziz, perkara ini dilulus oleh Senat Universiti pada 22 Oktober 1970.[44]

Tindakan PBMUM yang radikal menyebabkan PMUM mengecam PBMUM terutamanya perlakuan PBMUM yang mengecap perkataan ‘UMSU’ di bas PMUM. Tindakan PBMUM dianggap biadap dan menjatuhkan maruah PMUM. Krisis PBMUM dengan PMUM memuncak apabila PMUM mengeluarkan kenyataan pedas yang menuduh PBMUM sebagai pengamal vandalisme:

“.....while appreciating the view of the demonstrotors we feel that their
purpose could have been better served by discussion rather than the acts
of destruction and vandalism they saw fit to carry out”[45]

Kenyataan PMUM membangkitkan kemarahan PBMUM. PBMUM mempelawa PMUM berdebat di DTC pada 7 Oktober 1970 pukul 2.00 petang. PMUM menerima cabaran tersebut walaupun pada awalnya bersikap dingin. Perdebatan sangat hangat dimana PMUM diwakili oleh presidennya iaitu Zainal Abidin Yusof dan dipengerusikan oleh Sanusi Osman.

PBMUM mendesak agar PMUM menarik balik perkataan itu dalam masa 24 jam. Pada 8 Oktober 1970, pelajar berkumpul di DTC bagi majlis dialog yang dipengerusikan oleh Khoo Kay Kim. PMUM bersetuju menarik balik ayat vandal daripada kenyataan itu. PBMUM mendesak agar keseluruhan kenyataan ditarik balik. Anwar Ibrahim sebagai wakil PBMUM mengugut, PBMUM tidak akan keluar daripada dewan itu dengan aman jika PMUM tidak menarik balik kenyataan itu.[46] Wakil PMUM iaitu Zainal Abidin Yusof dan Jai Mohan tunduk desakan PBMUM[47] bagi menjaga keharmonisan kampus.

PBMUM mendesak kepimpinan PMUM meletakkan jawatan.[48] Menurut Noordin Razak, perjuangan PBMUM adalah mendaulat Bahasa Melayu bukannya bertujuan melepaskan Bahasa Inggeris.[49] Oleh itu, krisis kepercayaan bukannya rancangan PBMUM menjatuhkan PMUM. PBMUM dengan tegas menafikan penglibatan PBMUM dalam mendesak PMUM mengadakan undi tidak percaya. Setiausaha Agung PBMUM, Zaki Abdul Rahman menjelaskan undi tidak percaya itu bukan atas desakan PBMUM kerana PBMUM bukanlah ahli gabungan PMUM. PBMUM hanya menentang pihak yang cuba memperkecilkan perjuangan Bahasa Melayu.[50]

Pada 16 Oktober 1970, PMUM mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada warga pelajar dengan kelebihan 2160 undi majoriti setelah 3 jam proses pengundian. Seramai 4000 orang pelajar di DTC mendengar keputusan itu. Dalam pengundian itu, seramai 3183 menyokong, 1023 menentang dan 63 undi berkecuali dan rosak daripada 7000 orang pelajar yang mengundi. Kemenangan ini penting bagi PMUM kerana jika proksi PBMUM menang akan membawa satu manifestasi yang PBMUM lebih berpengaruh daripada PMUM sebagai badan induk.[51]

Pertembungan idea dalam pelaksanaan Bahasa Melayu di universiti berterusan di kalangan pelajar. PBMUM dan PMIUM telah mengadakan sudut pidato pada 20 Jun 1973 dengan kehadiran 1000 orang pelajar. PMUM dituduh menyeleweng dalam pelaksanaan Bahasa Melayu. Persoalan yang dikemukakan oleh golongan Nasionalis-Islamis iaitu mengapa Bahasa Melayu diketepikan ketika kursus kewartawanan padahal ia dianjurkan oleh PMUM dan kenapa penulisan Mahasiswa Negara merangkumi 60 peratus dalam Bahasa Inggeris. Presiden PMIUM, Siddiq Fadil mengecam tindakan PMUM yang mengeluarkan tiket dan poster dalam Bahasa Inggeris. Setiausaha Agung PBMUM, Mustapha Yaakob mengusulkan agar diadakan undi tidak percaya terhadap PMUM. PMUM menyangkal tuduhan golongan Nasionalis-Islamis itu. Pemangku Presiden PMUM, Ishak Ahmad mengakui pihaknya tersalah mencetak poster dan tiket dalam Bahasa Inggeris tetapi telah mengantikan dengan kupon berbahasa Melayu manakala Kamarazaman Yaakob(Setiausaha Penerbitan PMUM) menyatakan penggunaan tulisan Bahasa Inggeris sebanyak 60 peratus dalam Mahasiswa Negara kerana tiada rencana dalam bahasa kebangsaan.[52]

Gelombang yang menggugat kedaulatan Bahasa Melayu kembali wujud pada tahun 1974. Peristiwa ini kelihatan terpinggir kerana warga kampus ketika itu lebih asyik menikmati isu Tasek Utara yang diperjuangkan oleh pelajar Sosialis. Majlis Bersama Mahasiswa Fakulti Sains membantah pemansuhan peraturan lama DFS 257/72 yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai syarat kelulusan mendapat ijazah Sains Kepujian. Peraturan baru yang diperkenalkan melalui peraturan DFS 279/74 yang menegaskan Bahasa Melayu setaraf dengan subjek lain.[53] Mahasiswa Fakulti Sains ini bukan menentang pelaksanaan Bahasa Melayu tetapi menentang Pekeliling DFS 279/74 kerana mereka terpaksa mengambil ujian Bahasa Melayu yang diadakan selama 2 tahun dan wajib lulus sedangkan DFS 257/72 pula memberi peluang sebanyak 3 kali.[54]

Pelajar sains mengambil tindakan memulau kelas tutorial, kelas praktikal dan kuliah pada 11 September 1974.[55] PBMUM, PMIUM, Persatuan Anak Kedah (Zainuddin Abdul Rashid), Angkatan Siswa/Siswi Sains Melayu (Johari Mohd Said), OMKUM (Wan Hasan), ISUM (Kamarulzaman Yaakob), Persatuan Anak Terengganu (Baharuddin Muhamad), Persatuan Anak Selangor (Haron Haji Said) dan Persatuan Anak Melaka (Ramli Ahmad) bertindak balas dengan bergabung tenaga membuat sudut pidato pada 12 September 1974 bagi menentang pelajar sains dengan kehadiran 700 orang pelajar. Pelajar sains meneruskan pemulauan itu dengan memainkan lagu ‘hot’[56] tanpa menghiraukan bantahan PBMUM.

3.3 Krisis Dalaman PBMUM dan PMUM.

a. Krisis Kepimpinan Mahadzir Khir Dalam PBMUM.

Dalam isu kepimpinan pelajar, kita cuba menelusuri permasalahan kepimpinan PBMUM. Kajian ini merupakan pendalaman kajian postcript yang telah dikaji oleh Muhamad Abu Bakar(kajian beliau tamat pada 1972). Krisis PBMUM mula memuncak apabila PBMUM mengadakan mesyuarat tergempar ekoran Setiusaha Agung PBMUM, Ismail Kamari meletakkan jawatan pada 18 Oktober 1971 tetapi mesyuarat PBMUM membulatkan keputusan menolak peletakkan jawatan tersebut.[57] Menurut Mahadzir Khir terdapat anasir-anasir luar yang cuba melumpuhkan PBMUM dan mengulingkan beliau sebagai presiden.[58] Anasir luar yang dimaksudkan oleh Mahadzir adalah warisan proksi radikal iaitu warisan perjuangan Anwar Ibrahim dan Noordin Razak. Perkara ini terbukti dalam mesyuarat pada bulan September 1971 dimana Noordin Razak mengkritik gaya kepimpinan pasif Mahadzir.[59]

Pengolakkan dalam PBMUM kerana perubahan dasar di zaman Mahadzir berbeda dengan tradisi PBMUM yang radikal. Zaman Sanusi Osman, Anwar Ibrahim dan Noordin Razak telah meninggalkan legasi budaya yang radikal dimana PBMUM menggunakan kekuatan untuk menyelesaikan masalah manakala Mahadzir bukanlah warisan generasi Anwar. Mahadzir menjelaskan beliau adalah newcomer kepada PBMUM.[60] Keradikalan berkurangan kerana banyak isu telah diselesaikan dimana Bahasa Melayu mula dilaksanakan di kampus dan masalah kemiskinan mula diambil berat oleh kerajaan. Pendapat ini disokong Muhamad Abu Bakar, kepudaran warna perjuangan PBMUM kerana ketiadaan isu-isu besar.[61]

Mahadzir menggunakan kaedah perundingan dan taktikal. Mahadzir Khir mengadakan program jangka panjang seperti kelas STPM dan jika terpaksa barulah digunakan kaedah demonstrasi. Kaedah perundingan digunakan dalam menyelesaikan masalah pemilikan tapak bangunan MARA di Pekan Rabu[62] manakala kaedah demonstrasi digunakan dalam menyelesaikan isu bahasa yang ditimbulkan oleh Kahar Bador.[63] Walau bagaimanapun, proksi radikal tewas dalam undi tidak percaya terhadap Mahadzir pada 22 Oktober 1971 walaupun 8 anggota exconya meletakkan jawatan.[64] Menurut Nawi Yusof, Pengarang Mahasiswa Negara, kekalahan proksi radikal memusnahkan kabinet bayangan yang telah merancang bergerak secara berkesan dari tenaga yang berpengalaman.[65]

b. Penyingkiran Sidang Pengarang Mahasiswa Negara.

Pada 6 Jun 1972, Majlis PMUM ke 14 telah menyingkir sidang pengarang akhbar Mahasiswa Negara kerana mengkhianati dasar perjuangan PMUM. PMUM juga menuduh pengurusan akhbar Mahasiswa Negara mengalami krisis kewangan apabila ketua pengarang akhbar Mahasiswa Negara, Vijayan tidak menghantar laporan kepada Majlis PMUM pada 9 Mei 1972.[66] Pada awal bulan Mei 1972, sidang pengarang Mahasiswa Negara mengeluarkan artikel ‘Does UMSU Rag Too’ yang cuba mempersoalkan kebebasan freshees kerana mereka dipaksa terlibat dalam Freshmen Solidarity March(satu upacara membawa sepanduk mengelilingi kampus).[67]

PMUM menganggap pemaparan artikel ini memcemar imej PMUM dan Majlis PMUM membulatkan keputusan memecat sidang pengarang Mahasiswa Negara. Sidang pengarang Mahasiswa Negara tidak berdiam diri dan membidas tindakan PMUM sebagai retrogressive dan satu sekatan kepada kebebasan akhbar.[68] Kehangatan skandal bertambah serius apabila Presiden PMUM, Sim Kim Chew dan Setiausaha Agung, Salleh Yusof meletakkan jawatan apabila Majlis PMUM ke 14 menolak usul Setiausaha Penerbitan PMUM, Lee Chee Keong yang didapati bertanggungjawab dalam penyelewengan itu. Walau bagaimanapun, peletakan jawatan itu ditarik balik keesokan harinya.[69]

Pada 19 Jun 1972, Majlis PMUM ke 14 digulingkan dalam undi tidak percaya. Golongan anti Sim Kim Chew telah melantik Ahmad Sebi sebagai Setiausaha Agung baru.[70] Kumpulan penentang ini mempunyai pengaruh dalam Majlis PMUM kerana terdiri daripada orang berjawatan seperti Ramli Sharif(Timbalan Presiden), Ahmad Sebi Abu Bakar(Penolong Setiausaha Agung), Ishak Abdul Hamid(Setiausaha Kewangan) dan Azman Alias(Setiausaha Sosial). Kewujudan kumpulan ini berpunca ketidakpercayaan mereka terhadap Sim Kim Chew yang telah melindungi Lee Chee Keong sedangkan Chee Keong cuai semasa mengawasi akhbar Mahasiswa Negara sehingga berlaku penyelewengan.[71]

3.4 Krisis Kahar Bador dengan PBMUM dan PMUM.

Semasa kepimpinan Mahadzir Khir, hubungan PBMUM dengan PMUM semakin rapat kerana polisi diplomasi Mahadzir. Krisis Kahar Bador(Dekan Fakulti Sastera) dengan PBMUM dan PMUM berpunca daripada Surat Pekeliling DFS 4.16/72 yang mengarahkan semua pelajar aliran Melayu di Fakulti Sastera mengambil subjek yang dikuliah dalam Bahasa Inggeris disamping Special English. PMUM menentang dasar ini kerana bertentangan dengan polisi universiti dan kesukaran pelajar aliran Inggeris memilih subjek akibat perebutan semasa memilih subjek. PBMUM pula menggalakkan pelajar mengambil subjek dalam Bahasa Melayu.[72] PMUM dan PBMUM telah mengutus surat kepada Naib Canselor agar tindakan segera dilakukan.

Pada 3 Jun 1972, seramai 200 orang pelajar berkumpul di sudut pidato bagi mengutuk polisi Kahar Bador dan berdebat dengan Ahmad Ibrahim berkaitan polisi Kahar. Sim Kim Chew(PMUM) mencadangkan agar sistem di fakulti Sastera diubah. Ahmad Ibrahim bersetuju mengantung arahan[73] tersebut.[74] Kahar Bador[75] dan timbalannya meletakkan jawatan sebagai tanda protes tindakan Ahmad Ibrahim. Menurut Kahar, arahan dilaksanakan sejak tahun 1970 tetapi pada tahun 1972 barulah Presiden PBMUM membawa surat bantahan yang menuduh beliau anti nasional.[76]

Pelajar dituduh memaksa Ahmad Ibrahim menandatangani pembatalan arahan dengan menonjolkan sikap militan. Namun, Mahadzir menafikan PBMUM dan PMUM bersikap militan.[77] Menurut Kahar, sikap militan pelajar diakui oleh Ahmad Ibrahim dalam mesyuarat fakulti pada 6 Jun 1972 dan beliau juga kesal tindakan PBMUM terburu-buru mendakwa fakulti menyeleweng daripada Dasar Bahasa Kebangsaan sebagai anti nasional padahal kursus itu diluluskan oleh Senat.[78]

Krisis PBMUM dan PMUM dengan Kahar Bador adalah krisis kepercayaan yang disebabkan konflik peribadi. Sebenarnya, Mahadzir kecewa sikap Kahar selaku Presiden Kakitangan Akademik(ASA) memandang serong perjuangan PBMUM dengan membuat laporan negatif[79] kepada Jawatankuasa Kajian Kampus yang ditubuh oleh MAGERAN. Krisis ini berterusan apabila Timbalan Presiden ASA, Chan Onn Leng cuba memburukkan Ahmad Ibrahim dengan tuduhan Ahmad Ibrahim berkomplot dengan pelajar. PBMUM mengecam tuduhan melulu Chan.[80] Walau bagaimanapun, hubungan dingin PBMUM dengan Kahar dikendurkan oleh Presiden PBMUM yang baru iaitu Zukifli Ahmad semasa mengambil-alih kuasa pada 25 Jun 1972. Zulkifli menghargai jasa Kahar tetapi PBMUM mahu pelaksanaan Bahasa Melayu lebih agresif.[81]


4.0 ISU DAN PENDEKATAN: MENANGANI CABARAN.

4.1 Bantahan Penindasan Kerajaan Thai Terhadap Orang Islam Di Selatan Thai.

Demonstrasi ini merupakan anjuran pertama kelompok Islamis di kampus Universiti Malaya dengan kerjasama PKPIM. PMIUM mengorak langkah mengembleng tenaga mengumpulkan pelajar Islam di kampus bagi menyuarakan kebimbangan terhadap keganasan yang menimpa umat Islam di selatan Thai. Perjuangan rakyat Patani dilihat sebagai warga tertindas di bumi sendiri. Para pejuang Islam Patani mula mengangkat senjata secara gerila apabila pentadbiran Siam merombak ketujuh-tujuh wilayah kecil di Patani. Setelah Raja Patani terakhir Tengku Abdul Kadir berundur ke Kota Bharu, wilayah selatan Thai ditadbir oleh Phraya Decha-Nuchit pada tahun 1906. Dengan itu berakhirlah wilayah Melayu-Islam, Patani Darul Makrif.[82]

Sejak tahun 1906, wilayah selatan Thai berada dalam keadaan bergolak terutamanya pada akhir 1960 dan awal 1970an. Pada 30 September 1969, polis Thai menangkap 51 orang yang disyaki penganas komunis dan Islam setelah Perdana Menteri Thai mengisytiharkan ketidakstabilan di wilayah selatan.[83] Perjuangan rakyat Patani dan kekejaman tentera Thai banyak dipaparkan oleh makalah dan akhbar di negara ini.[84] Pemaparan media massa ini telah berjaya menarik simpati orang ramai termasuk para pelajar.

Pada 14 Jun 1971, sudut pidato diadakan oleh PMIUM pada pukul 10.00 pagi sempena lawatan Perdana Menteri Thai, Thanom Kittkachorn ke Kuala Lumpur. Pada pukul 11.30, PMIUM, PKPIM, PBMUM, PMUK dan GPMS(seramai 1000 orang pelajar) berarak ke Lebuhraya Persekutuan. Demonstrasi berakhir apabila polis menahan 19 orang pelajar termasuk Anwar Ibrahim manakala terdapat 6 orang pelajar cedera.[85] Pada 15 Jun 1971, satu demonstrasi(seramai 3000 orang pelajar) diadakan mendesak agar rakan-rakan mereka dibebaskan tetapi dihalang oleh FRU di depan Universiti Malaya.

Pada 16 Jun 1971, PMIUM berusaha mengadakan demonstrasi bagi mendesak kerajaan membebaskan pelajar yang ditahan[86] dengan memboikot kuliah dan tutorial. Pemboikotan ini dikritik keras oleh Ungku Aziz sebagai anti akademik dari pelajar desa.[87] Sebenarnya, isu Patani ini cuba digelapkan oleh media massa tempatan.[88] Kerajaan sendiri tidak membenarkan pihak lain campurtangan dalam isu Patani kerana kerajaan sendiri mengamalkan dasar tidak campurtangan bagi menjaga sensitiviti negara jiran.[89] Demonstrasi ini bersifat perkauman pada mulanya kerana membincangkan persoalan umat Islam. Sifat perkauman ini berubah kepada sifat kemanusiaan apabila hak autonomi[90] universiti dan hak kebebasan pelajar dinodai oleh polis setelah peristiwa penangkapan pimpinan pelajar. Oleh sebab itu, PMUM dan Kelab Sosialis telah menyertai demonstrasi pada 15 dan 16 Jun 1971 atas sifat kemanusiaan.

4.2 Penubuhan Universiti Kebangsaan dan Tapaknya.

Idea penubuhan universiti untuk masyarakat Melayu sudah lama bergema di kalangan cendiakiawan Melayu yang sedar kepentingan universiti sebagai wadah peningkatan daya pemikiran bangsa. Abdul Kadir Adabi pernah mengesyorkan satu memorandum kepada Raja Kelantan agar sebuah universiti ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu untuk orang Melayu.[91] Penubuhan Universiti Malaya pada tahun 1949 bukanlah memenuhi citra keseluruhan orang Melayu tetapi untuk segelintir elitis Melayu feudal dan terpilih yang mengabaikan persoalan Melayu terutamanya Bahasa Melayu.[92]

Pada tahun 1949, KKGSK telah mengambil keputusan mendesak agar diadakan bidang pengajian Melayu di Universiti Malaya.[93] Pada tahun 1966, Jabatan Pengajian Melayu mula menggunakan Bahasa Melayu. Jabatan Sejarah telah memberi kuliah, tutorial dan menjawab dalam peperiksaan dalam Bahasa Melayu tetapi terhad kepada Sejarah Malaysia. Pada 29 dan 30 Oktober 1966, PBMUM dan Jabatan Pengajian Melayu telah mengadakan Seminar Bahasa Kebangsaan dan dihadiri oleh 216 perwakilan. PBMUM dan Jabatan Pengajian Melayu mengemukakan resolusi bersama bersetuju agar Universiti Malaya menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantar dan mengusahakan Universiti Malaya sebagai universiti kebangsaan.[94] Keputusan ini dihantar kepada kabinet kerajaan, ahli parlimen dan badan politik tetapi tidak diambil perhatian.

Pada 29 Ogos 1968, PBMUM mengadakan sidang tergempar untuk menyokong penubuhan universiti kebangsaan. PBMUM mahu kewujudan sebuah universiti yang menggunakan pengantar Bahasa Melayu dalam pengajaran.[95] Dalam sidang tergempar ini, setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan pendapat tentang konsep penubuhan universiti kebangsaan[96] untuk dikemukakan dalam Jawatankuasa Penaja Universiti Kebangsaan 1968. Sebelum itu pada 28 Ogos 1968, PBMUM dan PKPIM bersama Tun Syed Nasir mengadakan perjumpaan di Dewan Bahasa dan Pustaka yang disertai 63 cerdik pandai Melayu.

PBMUM mengadakan Simposium Dasar Pelajaran Malaysia pada 28 dan 29 September 1968 di Universiti Malaya bagi menetapkan tahun 1970 sebagai tarikh muktamad penubuhan universiti kebangsaan dan mendesak penentang cadangan ini meletakkan jawatan terutamanya Khir Johari. Menurut Tun Syed Nasir, Khir Johari dan Tunku adalah penentang kuat cadangan penubuhan universiti kebangsaan.[97]

Khir Johari mengutuk resolusi Simposium Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai satu khayalan kesatuan pelajar dan segolongan intelek yang asyik berforum tetapi tiada usaha memperbaiki nasib pelajar.[98] PBMUM telah membidas kenyataan Khir Johari dengan mempersoalkan ketidaksempurnaan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan[99] dan mengecam sikap kerajaan yang double standard dalam pentadbiran seperti meluluskan 10 juta untuk Kolej MCA[100] sebagai lambang ketidakadilan kerajaan.

Selain permasalahan kelembapan kerajaan dalam usaha penubuhan universiti kebangsaan, isu tapak bagi universiti kebangsaan telah mewujudkan polemik di kalangan pemimpin dan mahasiswa. Abdul Rahman Yaakob mahu universiti kebangsaan dibina di Kuantan[101] manakala intelektual Melayu seperti Zainal Abidin Wahid mahu universiti kebangsaan dibina di sekitar Kuala Lumpur sesuai dengan sifat kebangsaan.[102] Isu tapak ini juga membawa pengulatan di kalangan mahasiswa. PBMUM mendakwa sokongan PMUM terhadap tapak universiti di luar Kuala Lumpur akan merosakkan universiti kebangsaan dalam jangka tempoh panjang dan cuba mengasingkan pelajar mengikut kaum.

PBMUM dan PKPIM telah membentuk front bagi menggugat cadangan PMUM dan PKPM. PMUM dan PKPM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk Mengkaji Soal Tapak Universiti Kebangsaan.[103] PMUM berpendapat penubuhan universiti di luar Kuala Lumpur akan meningkat kesedaran rakyat disamping memberikan keuntungan ekonomi kepada masyarakat. Presiden PMUM, Abdul Rashid Latif memjelaskan penubuhan universiti perlu memberi faedah kepada rakyat.[104] Pada 4 November 1969, mahasiswa Universiti Malaya ke kawasan seribu ekar tanah di Sungai Lembing, Pahang berhampiran Bukit Goh untuk melihat tapak cadangan universiti kebangsaan.[105]

Masalah tapak universiti kebangsaan selesai setelah Tun Razak melawat beberapa lokasi yang dicadangkan. Menurut Ariffin Ngah Marzuki, antara lokasi yang dicadangkan adalah Batu 20 Jalan Bangi, Kuala Kubu Bharu, Gombak dan Cheras.[106] Lokasi muktamad universiti kebangsaan ditentukan pada 18 Januari 1972 iaitu di Batu 18 Jalan Bangi, Kajang dengan keluasan 2300 ekar. PKPIM melalui Presidennya, Kamaruddin Mohd. Nor menyambut baik cadangan kerajaan tetapi Presiden PMUM, Sim Kim Chew bersikap dingin terhadap keputusan tersebut.[107] PMUM bersikap dingin kerana universiti kebangsaan dibina berdekatan bandar sedangkan saranan PMUM agar universiti itu dibina di luar bandar. Perkara ini berbeda dengan PKPIM yang merupakan payung PMIUM dan sekutu PBMUM di bawah proksi Nasionalis-Islamis yang inginkan sebuah universiti bercorak nasional(dekat dengan ibu negara) dan di kawasan bandar. Syed Nasir Ismail dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa Perancang Universiti Kebangsaan[108] dan graduan pertama universiti ini dikeluarkan pada 12 Mac 1972 iaitu seramai 216[109] orang.

4.3 Isu Bahasa di Kolej Tunku Abdul Rahman(KTAR)

Idea penubuhan kolej timbul sejak tahun 1968 apabila Malayan Chinese Association(MCA) melantik satu Jawatankuasa Khas untuk Perancangan Pelajaran Tinggi bagi tujuan mewujudkan sebuah kolej. Lantaran itu, KTAR telah direalisasikan penubuhannya pada 24 Januari 1969. Peranan utama KTAR memperluaskan peluang pendidikan. Surat cara diberikan oleh Menteri Pelajaran pada 15 September 1972.[110] Kampus tetap dibina atas tanah seluas 75 hektar di jalan Genting Kelang, Setapak telah bermula sejak bulan Ogos 1973. Kerajaan telah memberikan peruntukan sebanyak $8.5 juta untuk kos pembinaan dan harga tanah kolej tersebut.[111] KTAR menawarkan kursus Ijazah secara berkembar dengan universiti luar negara(Universiti Campbell, North Carolina) dan kursus pra universiti termasuk A Level.

Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mencetuskan protes daripada masyarakat terutamanya akademia Melayu dan pelajar. Pada 20 Julai 1972, PMUM mendesak KTAR mengkaji semula penggunaan Bahasa Inggeris kerana menyukarkan kemasukan orang Melayu ke dalam KTAR.[112] Dakwaan PMUM terbukti benar kerana tendensi pada tahun 1973 menjelaskan pelajar Melayu berkurang dari 30 orang pada tahun 1970 menjadi 26 orang pada tahun 1973.[113] Selain itu, syarat kemasukan ijazah menggunakan kelayakan Higher School Certificate(HSC)[114] menyukarkan pelajar aliran Melayu memasuki KTAR. Pelajar mahu mengetahui polisi kerajaan dalam perkara ini. Desakan pelajar semakin meluas apabila Presiden PKPM, Ismail Kamari juga mahu kerajaan mengkaji semula rancangan penubuhan KTAR dengan alasan tidak mencerminkan aspirasi nasional. Pada 16 Ogos 1972, PMUM mengkritik kerajaan gagal bertegas ke atas KTAR yang dilihat oleh PMUM sebagai anti nasional dan KTAR akan memupuk sifat perkauman kerana 97 peratus pelajarnya adalah Cina.[115]

PBMUM pula mengkritik Kementerian Pelajaran yang membelakangi cita-cita kebangsaan dan cubaan kerajaan memperbodohkan rakyat. PBMUM juga mendesak agar kerajaan mengambil alih KTAR bagi mengawal kuasa ‘autonomi’ KTAR.[116] Hussein Onn menafikan kerajaan tidak mempunyai kawalan ke atas pentadbiran KTAR[117] kerana terdapat wakil kementerian dalam Majlis Pengurusan KTAR. Bagi mendaulatkan Bahasa Melayu daripada tercemar, PBMUM, GPMS, PKPIM, PMUK, PMIUM dan wakil ITK telah menghantar memorandum bantahan mengenai KTAR kepada kerajaan.[118] Front ini diketuai oleh Zulkifli Ahmad, Presiden PBMUM. Jawatankuasa Bersama Badan-badan Pelajar telah melakukan demonstrasi di Universiti Kebangsaan semasa kehadiran Menteri Kebudayaan dan Pendidikan Indonesia, Mahsuri. Walau bagaimanapun, Zulkifli Ahmad meminta maaf atas keterlanjuran pelajar kerana demonstrasi itu tidak ditujukan kepada Mahsuri.[119]

Tindakan keras PBMUM bertujuan menjaga kepentingan nasional dan bangsa Melayu serta meningkatkan kesetiaan pelajar kepada negara.[120] PBMUM tidak sanggup melihat pihak tertentu menodai Bahasa Melayu untuk kepentingan tertentu. Presiden KTAR, Tun Tan Siew Sin menafikan pihak KTAR mengetepikan kepentingan nasional. Menurut Tan Siew Sin, matlamat penubuhan KTAR adalah memupuk perpaduan tanpa sebarang sifat perkauman.[121] Polemik KTAR telah mengecewakan pihak kerajaan. Menurut Hussein Onn, isu ini telah diperbesarkan dan menjadi isu politik. KTAR akan menukar bahasa pengantar apabila tiba masanya. Penggunaan Bahasa Inggeris di KTAR tidak seharusnya menjadi isu kerana KTAR bertaraf sekolah tinggi.[122] Tunku sendiri mengalakkan penggunaan Bahasa Melayu di KTAR.[123]

Menurut Kamarazaman Yaakob, pendekatan PMUM dan PBMUM dalam isu KTAR adalah berbeza. PMUM menentang KTAR kerana ia dimonopoli anak taukeh Cina dari MCA disamping Bahasa Inggeris sebagai pengantar.[124] PMUM mahu menyedarkan pelajar Cina yang progresif dalam PBCUM yang terdiri daripada anak petani dan buruh agar terungkai fahaman cauvanis mereka dan kewujudan KTAR akan mengancam kedudukan mereka kerana dimonopoli oleh anak taukeh MCA. Sebaliknya PBMUM menentang atas dasar KTAR dibuka untuk kepentingan orang Cina dan isu bahasa pengantar.

4.4 Isu Pendidikan.

Pendidikan merupakan wahana penting bagi memajukan sesebuah bangsa dan negara. Jurang dalam pendidikan masih meluas di antara sekolah di bandar dengan sekolah di luar bandar terutamanya kemudahan fizikal dan tenaga akademik. Menurut Laporan Keciciran 1973, 6 peratus murid di sekolah Inggeris(kebanyakan di bandar) gagal ke sekolah menengah, manakala sebanyak 25 peratus pelajar aliran Melayu terpaksa berhenti.[125] PBMUM cuba memperjuangkan isu pendidikan terutamanya nasib pelajar aliran Melayu.

Pada 12 Jun 1972, negara digegarkan dengan peristiwa pelajar Sekolah Izzuddin, Ipoh ditutup apabila pelajar berpiket. Seramai 300 pelajar mendakwa kemudahan di sekolah amat menyedihkan dan kementerian tidak mengiktiraf sijil mereka. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1959 dan pernah berpiket pada tahun 1963 kerana uniform sekolah.[126] Mereka mula meninggalkan sekolah pada 13 Jun 1972.[127]

PBMUM dan PKPM[128] menyokong piket pelajar Sekolah Menengah Agama Izzuddin dan menyeru agar kerajaan mengambil-alih sekolah agama itu. Zukifli Ahmad(PBMUM) bimbang tindakan pelajar memulau kelas kerana pelajar merasakan pihak sekolah gagal menyediakan kemudahan asas. Sekolah Menengah Kebangsaan Polo sebagai contoh hanya memiliki tenaga akedemik seramai 24 orang bagi mengajar tingkatan 4, 5 dan 6. PBMUM menegaskan mereka mempunyai bukti Jabatan Agama tidak melayan permohonan mereka yang ingin menjadi guru.[129] Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia turut mendesak agar kerajaan mengambil-alih sekolah agama yang daif.[130] Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperluaskan peluang pendidikan di luar bandar dan membantu rakyat berpendapatan rendah telah disokong.[131]

4.5 Isu Penguasaan Ekonomi oleh Jepun.

Perdana Menteri Jepun, Ka Kuei Tanaka mengadakan program lawatan ke negara Asia Tenggara bagi memperkukuhkan perdagangan Jepun dengan negara di rantau ini. Jepun berjaya membentuk Gagasan Pasaran Bersama Asia pada tahun 1970 bagi mempertingkatkan perdagangan antara negara Asia. Kedatangan Tanaka dilihat sebagai kewujudan imperialis baru yang ingin menguasai ekonomi Malaysia.[132] Pada 27 Mac 1973, PMUSM dan PMUM memberi amaran akan mengadakan kempen anti Jepun kerana dasar perdagangan luar Jepun sangat membahayakan ekonomi negara.[133] Walaupun kehadiran kilang Jepun memberikan banyak peluang pekerjaan tetapi pengaliran wang negara keluar merugikan negara.[134] Menurut Syed Husin Ali, pengantungan ekonomi Malaysia kepada modal luar perlu dikawal. Modal luar menyebabkan pengaliran keuntungan meningkat tetapi pembayaran buruh menurun.[135] Tun Dr. Ismail sendiri menasihatkan Jepun agar tidak membolot semua perdagangan kerana akan melahirkan jurang status antara negara kaya dengan negara miskin.[136]

Pada 12 Januari 1974, pelajar mengadakan demonstrasi di lapangan terbang Subang semasa ketibaan Tanaka.[137] Antara slogan-slogan dinyatakan pada kertas manila adalah ‘Kami tentang Militarisme Jepun’ dan ‘Tanaka Datang Untuk Membeli Selat Melaka’. Menurut Kamarazaman Yaakob, kenyataan mereka dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris membuat rombongan Jepun tercengang-cenggang kerana tidak memahami kedua-dua bahasa.[138] PMUM, PMIUM, PBMUM, Kelab Sosialis dan Kelab Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya ingin menyampai memorandum kepada Tanaka tetapi dihalang. Menurut Hishamuddin Rais, PMUM kesal sikap Jepun yang menganggap Selat Melaka milik antarabangsa bukan hakmilik Malaysia dan Indonesia.[139]

Demonstrasi pada 12. Januari 1974 itu berakhir dengan aman tanpa provokasi dan tindakan melulu. Reaksi pelajar Malaysia berbeza dengan reaksi sahabat mereka di Indonesia dan Thailand. Di Indonesia, pelajar merusuh sehingga kerajaan Indonesia mengisytiharkan darurat[140] manakala di Thai seramai 3000 orang pelajar merusuh di jalanan.[141] Rusuhan pelajar ini adalah manifestasi pelajar dalam menghalang kemaraan imperialis bentuk baru yang cuba menguasai ekonomi negara mereka.

4.6 Penaklukan Israel ke atas Palestin

Pada 7 Oktober 1973, pertempuran antara tentera Arab(Syria dan Mesir) dengan tentera Israel tercetus di Bukit Golan dan Terusan Suez.[142] Tindakan Israel mendapat sokongan Amerika Syarikat menyebabkan slogan kutukan anti imperialis bergema di seluruh dunia. Pada 9 Oktober 1973, PMUM secara rasmi mengutuk tindakan Israel yang mencetuskan Perang Arab-Israel bagi memperluaskan tanah jajahan. Menurut Hishamuddin Rais, Setiausaha Agung PMUM, tindakan Israel disifatkan menyalahi peraturan dunia. PMUM menyeru Negara-negara Berkecuali meluluskan usul kutukan kepada Israel.[143]

Pada 12 Oktober 1973, pelajar bersama orang ramai berarak daripada jalan Chow Kit dengan membawa sepanduk anti Amerika. Mereka berkumpul di Bangunan AIA, jalan Ampang pada pukul 2.45 petang.[144] Perarakan yang disertai 1000 orang itu berakhir dengan pancutan pemedih mata oleh polis. Tindakan polis menyemarak semangat golongan pelajar dan rakyat dengan mengadakan demonstrasi pada 13 Oktober 1973 bersama 15 gabungan pertubuhan termasuk PMUM, PMUSM dan KSITM. Di depan bangunan AIA, mereka melaungkan slogan anti Amerika dan Israel. Protes ini dilakukan kerana Amerika menyokong Israel dan sebagai simbolik mereka membakar patung Menteri Pertahanan Israel, Moshe Dayan yang memakai baju bendera Amerika.[145] Pada pukul 12.00 tengah hari,[146] Hakim Mahkamah Rendah, A. Selvarajah memberi amaran agar demonstrasi itu bersurai dalam masa 15 minit tetapi pelajar dan rakyat tidak mengendahkannya. Akhirnya, Ketua Polis(Yahaya Yeop Ishak) mengarah gas pemedih digunakan.

Akhirnya ‘nakhoda gagah perkasa’(captain courageous), Anwar Ibrahim memimpin demonstrasi pelajar pada 16 Oktober 1973 yang disertai 2000 pelajar. Mereka yang terdiri daripada PMUM, PMUK, PMUPM, wakil ITK, KSITM, MBM dan Yayasan Anda berkumpul di depan Bangunan AIA. Perkara yang menarik dalam demonstrasi ini adalah penyatuan dua kelompok berpengaruh dalam universiti iaitu golongan Sosialis dan Islamis dalam satu isu nasional. Golongan Sosialis yang dipimpin oleh Hishamuddin Rais menyerahkan kuasa ‘pengayuh’ demonstrasi pada hari itu kepada golongan Islamis yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Menurut Hishamuddin Rais, kejadian ini adalah episod pertama bantahan yang diselaras bersama[147] antara kelompok Sosialis dan Islamis selepas Peristiwa 14 Jun 1971 dalam demonstrasi rakyat Patani.

Dalam demonstrasi tersebut, pelajar merempuh kedutaan Amerika dan membakar bendera Amerika serta cuba memasuki ke dalam bangunan First National City Bank tetapi dihalang oleh polis.[148] Selepas dibenarkan bertemu wakil duta Amerika, wakil Fatah iaitu Abu Yaakob bercakap bagi menaikkan semangat pelajar;
Perjuangan anda adalah perjuangan kami. Perjuangan kita tidak akan serender.
Berjuang sehingga berjaya.[149]

Selepas itu, pelajar mara ke Pejabat Kebudayaan Lincoln yang dipercayai pejabat CIA. Pelajar membaling batu dan mengugut untuk menceroboh bangunan tersebut.[150] Anwar Ibrahim telah menggunakan slogan terkenal iaitu ‘Lincoln tutup, Lincoln lingkup’ bagi membangkitkan kemarahan pelajar dan strategi ini berjaya.

Suasana gawat dan tidak terkawal menyebabkan Ghazali Shafie turun padang bagi memujuk pelajar dengan mengadakan dialog selama 45 minit. Demonstrasi ini bersurai selepas beliau mengajak pelajar bersembahyang Zohor dan berdialog sekali lagi sehingga pukul 3.00 petang. Lantaran itu, Ghazali Shafie berjanji memanjangkan perkara ini kepada Perdana Menteri. Helah Ghazali Shafie yang menggunakan modal agama dan berjanji kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah terburai apabila Tun Razak menjelaskan pendirian rasmi kerajaan tidak dapat menerima desakan pelajar. Malaysia tidak boleh terlalu menekan Amerika kerana Amerika boleh mengeluarkan timbunan getah yang akan menjejaskan eksport getah Malaysia semasa perjumpaan dengan wakil pelajar(termasuk Anwar dan Hishamuddin).[151]

4.7 Isu Tanah Penempatan Tasek Utara.

Tasek Utara terletak kira-kira 3 batu dari pusat bandar Johor Bahru. Masalah perumahan adalah satu permasalahan besar di bandar tersebut kerana tidak selaras dengan program yang dirancang. Sebelum pilihanraya 1974, Menteri Besar Johor Osman Saat berjanji akan menyediakan 574 ekar tanah bagi perumahan rakyat.[152] Kegembiraan ini ditambah dengan pengurniaan tanah penempatan kepada penduduk Tasek Utara yang selama ini tinggal di tanah haram.

Sebelum pilihanraya pada bulan Ogos 1974, pembancian dan pemberian nombor lot dilakukan secara rasmi dengan syarat menubuhkan cawangan UMNO dan mengundi parti UMNO.[153] Penduduk kampung dengan gembira telah membaptiskan kampung ini sebagai kampung Barisan Nasional tetapi ditukar kepada kampung Dato Hussein Onn. Kegembiraan penduduk jelas seketika apabila kerajaan berkeputusan membina padang golf di tapak perumahan setinggan ini.[154]

Pada 15 September 1974, Majlis Pembandaran Johor Bahru(MPJB) dan polis menceroboh perkampungan tersebut bagi merobohkan rumah haram. PMUM[155] yang diketuai oleh Hishamuddin Rais merayu agar usaha itu ditangguh tetapi tidak dilayan. Pada 16 September 1974, Hishamuddin pulang ke kampus bagi mendapat mandat Jawatan Kuasa Kerja PMUM. PMUM telah meluluskan derma sebanyak $250 kepada peneroka dan mengadakan sudut pidato yang dimulakan oleh Presiden PMUM ke 17 yang baru dilantik(masih belum mengambil-alih jawatan) iaitu Hishamuddin Rais. Sokongan PMUKM, KSITM, PMUPM, Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya, Kelab Sosialis dan Persatuan Anak Johor memberi semangat kepada PMUM. Dalam sudut pidato sebanyak $75 berjaya dikutip dan sebuah bas PMUM berisi 50 pelajar[156] dihantar ke Johor Bahru.

Sementara itu, polis dan MPJB meneruskan kerja meroboh rumah tanpa belas kasihan. Pelajar yang dipimpin oleh Syed Hamid Ali[157] bersama 100 orang peneroka meneruskan demonstrasi. Pelajar kecewa pemusnahan rumah dilakukan tanpa sebarang notis. Namun, kerajaan Johor menafikan kenyataan tersebut kerana kerajaan telah memberi notis perpindahan selama 7 hari.[158] Pada 17 September 1974, pelajar bersama penduduk telah membina penempatan sementara di Pejabat Menteri Besar di Bukit Timbalan. Seramai 300 orang penduduk berdemonstrasi dan menghantar wakil mereka, Yatim Tahir untuk bertemu Menteri Besar tetapi tiada.[159]

Pada 18 September 1974, pelajar Singapura terutamanya persatuan pelajar di Politeknik Singapura, Universiti Nanyang dan Universiti Nasional Singapura mengadakan demonstrasi di depan Pejabat Konsul Malaysia di republik itu. Mereka mengutip derma dan menyertai pimpinan PMUM bagi meneruskan perjuangan di Johor Bahru.[160] Pada pukul 10 pagi, pelajar dan peneroka mula bergerak dari perpustakaan ke Bukit Timbalan. PMUM mengadakan ceramah penerangan kepada rakyat yang berhampiran di Bukit Timbalan sehingga berjaya mengutip $2000 dan bekalan makanan.[161]

Pada 19 September 1974 iaitu jam 3.15 pagi polis menyerbu masuk ke dalam penempatan sementara dan menangkap Hishamuddin Rais, Kaliman Jaya, Syed Hamid Ali dan Mohd Amin Ahmad.[162] Penahanan pimpinan pelajar dan para peneroka ini membangkitkan reaksi penentangan di kampus. Reaksi ini dicetuskan pada 20 September 1974 dengan mengadakan demonstrasi di depan Pejabat Perdana Menteri agar pimpinan yang ditahan dibebaskan dan ia disertai 2500 orang pelajar.[163] Tindakan polis yang ganas dengan menggunakan belantan dan gas pemedih mata menyebabkan PMUM mengambil tindakan drastik iaitu merampas kuasa di kampus pada 21 September 1974. Bantahan terhadap penangkapan pimpinan pelajar diteruskan oleh pemimpin pelajar dan peneroka di hadapan mahkamah pada 23 September 1974 sehingga segelintir pimpinan pelajar ditangkap seperti Hasan Karim(UPM), Adi Satria(UM) dan Khoo Su Boon(UM).[164]

4.8 Isu Kemiskinan di Baling.

Peristiwa di Baling adalah kemuncak bagi gerakan pelajar di Malaysia. Baling merupakan daerah pendalaman yang terasing daripada pembangunan. Majoriti rakyat di kawasan ini terdiri daripada penoreh getah dan petani. Mengikut laporan kerajaan pada tahun 1970, jumlah keluarga pekebun getah di Malaysia ialah 350,000 keluarga dan seramai 226,400 atau 64.7 peratus daripada jumlah keluarga itu adalah di bawah paras kemiskinan.[165] Kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat Baling berterusan apabila pada tahun 1974 ekonomi dunia berada dalam suasana meleset. Inflasi negara meningkat menyebabkan harga barang turut meningkat. Harga gula naik 10 sen,[166] tepung gandum meningkat daripada 20 sen kepada 50 sen,[167] minyak tanah[168] dan susu pekat setin 75 sen.[169] Namun, harga getah hanya naik 7 sen sekilo[170] menyebabkan golongan marhaen ini kekurangan wang untuk membeli barangan harian. Secara purata, pendapatan keluarga Melayu di luar bandar adalah kecil menyukarkan lagi perbelanjaan mereka.[171]

Kemiskinan yang dideritai oleh kelas bawahan[172] ini menyebabkan mereka turun ke jalanan untuk meluahkan isi hati. Demonstrasi bermula pada 19 November 1974 yang disertai oleh 1000 orang rakyat dan pada 21 November 1974, seramai 13,000 orang rakyat dari sekitar pekan Baling iaitu kawasan Weng, Kupang, Selama, Kuala Pegang, Siong, Sungai Balang telah berarak ke pekan Baling. Mereka menuntut agar kerajaan menaikkan harga getah dan menurunkan harga makanan dalam masa 10 hari.[173] Selepas tempoh yang diberikan tamat tanpa reaksi kerajaan, masyarakat tani mengadakan demonstrasi di pekan Baling pada 1 Disember 1974 dengan kehadiran 30,000 orang penduduk dari Baling dan Sik.

Penderitaan masyarakat tani di Baling menarik perhatian pelajar di kampus dan kezahiran pendapat mereka terhadap isu ini dengan mengadakan demonstrasi di kelab Sultan Sulaiman pada 3 Disember 1974. Persatuan pelajar yang bergabung di bawah satu barisan terdiri PKPIM, PKPM, KSITM, PMUK, PMIITK, PMIUPM, PBCUM, Kelab Sosialis dan PMUM. Perhimpunan ini disuraikan oleh polis pada pukul 9.50 pagi dan mereka berundur serta berkubu di Masjid Negara. Polis menyerbu Masjid Negara setelah Iman Masjid Negara meminta polis masuk ke dalam masjid kerana pelajar mengugut akan merosakkan peralatan masjid.[174] Seramai 1138 orang pelajar ditahan termasuk 77 wanita.[175] Perkara yang menarik, demonstrasi pelajar pada kali ini bersifat kulli atau kolektif kerana diadakan di beberapa tempat di negara ini. Seramai 300 pelajar USM turut berdemonstrasi di Sungai Nibong dan seramai 200 pelajar Politeknik Ungku Omar berhimpun di depan Sekretariat Negeri Perak.[176]

Pada 4 Disember 1974, polis menyuraikan 200 pelajar yang berdemonstrasi di hadapan Universiti Malaya pada pukul 10.10 pagi. Pada jam 10.20 pagi, seramai 200 orang pelajar sekali lagi berkumpul di depan pagar universiti dengan bersenjatakan batu dan kayu tetapi bersurai pada pukul 10.57 pagi dan terus berkumpul di DTC. Pada pukul 3 petang, pelajar bersama penduduk Kerinchi telah melakukan demonstrasi di jambatan Lebuhraya Persekutuan.[177]

Pada 6 Disember 1974, seramai 4000 orang pelajar berkumpul di DTC kerana protes agar mendesak Majlis Senat Universiti menangguhkan peperiksaan yang akan bermula pada 13 Januari 1975 sehingga 8 Februari 1975. Namun, kerajaan mengarahkan peperiksaan diteruskan seperti dijadual dan semua kuliah berjalan seperti biasa.[178] Ketika kekecohan di DTC, sebahagian pelajar telah meletakkan batu dan paip konkrit bagi menghadang jalan raya sehingga berlaku kesesakan di jalan Pantai. Lantaran itu, mereka mengadakan demonstrasi dan membahagikan risalah agar rakyat bersimpati dan mengetahui perjuangan mereka.[179]

Pada 8 Disember 1974, gerakan pembersihan dilakukan di universiti tempatan iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan,[180] Universiti Sains Malaysia[181] dan Institut Teknologi Mara. Operasi[182] ini dijalankan bagi menangkap pemimpin-pemimpin pelajar yang menjadi force kepada demonstrasi. Menurut Ghazali Shafie, gerakan ini mahu membersihkan anasir buruk dan menyelamat para pelajar daripada menjadi mangsa.[183] Kerajaan bertindak tegas kerana pelajar menyalahgunakan kelebihan autonomi unversiti bagi melakukan kebebasan jenayah(criminal freedom). Universiti dijadikan sebagai sanctuary(kubu perlindungan) dan zon selamat bagi para pelajar. Kondisi ini tidak berkekalan, pada pukul 2.10 pagi polis mula menyerbu kampus[184] dan menangkap 11 orang pelajar termasuk 10 pimpinan pelajar.

Pelajar yang ditahan adalah Idris Jusi(PKPM), Abdul Rahman Rukaini(PMUKM), Hasanuddin Yeop(PMUKM), Ahmad Shah(PKPIM), Adi Satria(PMUM), Basroh Hassan(PMUKM), Ibrahim Ali(KSITM), Mohamad Hussein(KSITM), dan Ishak Jaafar. Hishamuddin Rais dan Kamarazaman Yaakob bersama pemimpin lain berjaya menerobos kepungan polis di kampus. Selain pelajar, pensyarah juga ditahan seperti Syed Husin Ali, Gurdial Singh, Lim Mah Hui, Tunku Shamsul Bahrin, Nakhaie Ahmad dan Sabihah Samad serta Anwar Ibrahim[185] wakil dari Majlis Belia Malaysia(MBM). Syed Husin telah didakwa sebagai agitator pelajar yang berkospirasi dengan komunis dan mengancam keselamatan negara.[186]

Peristiwa Baling berpunca daripada penurunan harga getah sehingga berlaku khabar angin terdapat kematian akibat kebuluran dan kekurangan wang. Syed Husin Ali mendefinisi kemiskinan adalah kekurangan keperluan hidup yang asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kemelut hidup berlaku kerana ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan, harta dan pelajaran yang dapat menentukan taraf hidup.[187]

Kemiskinan adalah isu kepada petani dalam menggerakkan demonstrasi petani di Baling. Kekecohan di Baling bermula apabila keluarga petani kampung Siput, Mukim Siong iaitu dua anak Ariffin Manas dan Kalsom Abdullah yang bernama Siti Zawiyah yang berusia 3 tahun dan Masitah berusia 7 bulan meninggal dunia pada hari yang sama iaitu 20 November 1974 ekoran kekurangan zat makanan. Walau bagaimanapun, Ariffin mendakwa ada pihak cuba menyogok beliau sebanyak $1000 untuk membuat akuan palsu dengan mengatakan anaknya mati kebuluran. Menurut laporan polis, Zawiyah meninggal pada pukul 1.45 petang dengan sijil kematian A 588698 manakala Masitah meninggal dunia pada pukul 9.15 pagi dengan sijil kematian A 888697.[188]

Peristiwa Baling dan Tasek Utara memberi dampak negatif kepada kestabilan kampus. Pertembungan golongan pelajar pro kerajaan(kelompok Nasionalis-Islamis) dengan pelajar progresif(kelompok Sosialis) dilihat menyukarkan proses pembelajaran. Pelajar dihalang ke kuliah, tutorial dan makmal dan suasana di kolej terutamanya Kolej Keempat dan Kolej Ketujuh agak tegang.[189] Ketegangan ini ditimbulkan oleh golongan pelajar progresif sebagai protes penahanan pemimpin mereka. PBMUM mengecam tindakan pelajar progresif yang dilihat semakin melampau kerana bersikap anti akademik[190] PBMUM menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Keadaan Kampus yang akan berunding dengan pihak pentadbir universiti bagi membolehkan aktiviti pembelajaran dilakukan dengan selamat.[191]




5.0 KESIMPULAN

Secara idealnya, gerakan pelajar telah mencapai kemuncak dalam perjuangan mereka. Mereka berjaya merampas kuasa pentadbiran universiti, memasuki arena politik negara dan menyuarakan kehendak rakyat marhaen. Gerakan pelajar menjadi alternatif bagi rakyat kerana pada masa ini pihak oposisi tidak mempunyai pengaruh yang kuat ekoran peristiwa 13 Mei 1969 dan pembentukan Barisan Nasional. Parti Sosialis Rakyat Malaya sendiri terpaksa meminta bantuan kelompok pelajar Sosialis dalam kempen pilhan raya mereka. Tahun 1974 merupakan tahun keramat bagi gerakan pelajar kerana pelajar berterusan menggugat kerajaan sehingga kerajaan terasa tercabar. Natijahnya, AUKU diwujudkan bagi membelenggu dan membisukan gerakan pelajar di Malaysia. Awan gelap menyelimuti gerakan pelajar selepas era 1974 walaupun sekali-sekala fajar cuba menjelma tetapi kepanasan tidak sehebat gerakan pelajar pada era ini.



































































































































































































































































































[1] Kesedaran politik dan ekonomi adalah faktor kemajuan Islam. Idea perkembangan Islam semasa pada asasnya ialah reaksi orang Islam terhadap proses pembaratan dan pemodenan. Lihat, Muhamad Abu Bakar, “Pandangan dan Teori Mengenai Islam Semasa: Satu Tinjauan Kritis” dlm. Islamika III, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Islam, 1985, hlm. 269.
[2] Syed M. Naquib al Attas, Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak, Kuala Lumpur: ABIM, 1977, hlm. 9.
[3] Firdaus Abdullah, Radical Malay Politic: Its Origin and Early Development, Petaling Jaya: Penerbitan Pelanduk, 1985, hlm.
[4] Lihat W. R. Roff, Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2003, hlm. 87.
[5] Mohamad Abu Bakar, “Ulama Pondok dan Politik Kepartian di Malaysia 1945-1985” dlm. Norazit Selat(ed.), Ekonomi dan Politik Melayu, Kuala Lumpur: Akademik Pengajian Melayu, 1997, hlm. 158.
[6] Firdaus Abdullah, Radical Malay Politic, hlm. 3.
[7] Fadhlullah Jamil, Islam Di Asia Barat Moden, Kuala Lumpur: Thinker’s Library, 2000, hlm. 232.
[8] Musthafa M. Thahhan, Iman Abul A’la al Maududi, Kuala Lumpur: Pustaka Hidayah, 2004, hlm. 29.
[9] Sayid Abul A’la Maududi, Proses Pembinaan Negara Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2000, hlm. 27.
[10] Antaranya tokoh MSIG iaitu Kamaruddin Jaafar(pensyarah UKM)
[11] Sayyid Qutb, Inilah Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2000, hlm. 67.
[12] Syed Naquib, Deliar Noer dan Ismail al Faruqi adalah hero bagi ABIM-PKPIM. Lihat, Judith Nagata, The Reflowering of Malaysia Islam, Vancouver: University of Colombia Press, 1984, hlm. 90.
[13] Temuramah Mohamad Abu Bakar, 2.1.2003.
[14] Ya’akub M. Hussin, Usrah dan Harakah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, 2001, hlm. 27.
[15] Mazin Farrukh, Amal Islami, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar, 1989, hlm. 15.
[16] Zainah Anwar, Kebangkitan Islam Di kalangan Pelajar, Kuala Lumpur: IBS Buku, 1990, hlm. 42.
[17] Ibid., hlm. 35. Kader ABIM telah mengukuhkan kekuasaan dalam PMIUM. Mohamad Redzuan Othman(Presiden PMIUM sesi 1980/81) adalah bekas pengajar di Institut SOFAR sejak tahun 1977 dan Azmi Shah Suratman(Timbalan Presiden PMIUM sesi 1981/82 dan Presiden PKPIM 1984/85) adalah bekas pelajar Institut SOFAR pada tahun 1979.
[18] Mahayudin Haji Yahaya, Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm. 247.
[19] Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1973, hlm. 28.
[20] Mahathir Mohamad, Dilema Melayu, Kuala Lumpur: Times Book International, 1982, hlm. 46.
[21] Ibid., hlm. 89.
[22] Syed Hamid Ali, Pendemokrasian Pelajaran di Malaya,(latihan ilmiah), Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu Universti Malaya(tidak diterbit), 1968, hlm. 4.
[23] Zainah Anwar, Kebangkitan Islam Di kalangan Pelajar, hlm. 39. Lihat juga, Suara Siswa, Disember 1970, hlm. 66.
[24] Muhamad Abu Bakar, “Konsep Kemajuan Moden dan Komitmen Kehidupan Muslim”, dlm. Islamika IV, Kuala Lumpur: Gateway Publishing, 1991, hlm. 228.
[25] Utusan Malaysia, 20.9.1974.
[26] Menurut kakitangan Perpustakaan Universiti Malaya, kakitangan diarahkan pulang oleh pelajar.
[27] Mingguan Malaysia, 22.9.1974.
[28] Utusan Malaysia, 23.9.1974. Walau bagaimanapun, Presiden KSITM, Ibrahim Ali menafikan KSITM terlibat dalam kekecohan di Universiti Malaya. Lihat, Utusan Malaysia, 26.9.1974.
[29] Kamarazaman Yaakob, “Rampasan Kampus Universiti Malaya”, Mingguan Waktu, 11.8.1991.
[30] Utusan Malaysia, 23.9.1974. MTN yakin MTS telah diperkuda oleh anasir yang menentang penggunaan Bahasa Melayu di Universiti Malaya. Lihat, Dewan Masyarakat, bulan Oktober 1974, hlm. 17.
[31] Utusan Malaysia, 28.9.1974.
[32] Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, Petaling Jaya: Transgrafik, 1994, hlm.114.
[33] Ibid., hlm. 115.
[34] Sokongan terbuka PBMUM, lihat Utusan Malaysia, 25.9.1974.
[35] Utusan Malaysia, 25.9.1974.
[36] Saharun Ibrahim, “Kegagalan MTS Berhubungan Dasar Bahasa”, Dewan Masyarakat, November 1974.
[37] Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 118.
[38] Utusan Malaysia, 26.5.1974.
[39] Utusan Malaysia, 27.9.1974.
[40] Ibid. Walau bagaimanapun, penarikkan balik keputusan itu berdasarkan Laporan Jawatankuasa Penyiasat. Jawapan Mahathir Mohamad dalam Parlimen. Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 26.11.1974., hlm. 1329.
[41] Utusan Malaysia, 5.10.1970.
[42] Utusan Malaysia, 5.10.1970.
[43] Utusan Malaysia, 19.10.1970.
[44] Utusan Malaysia, 1.11.1970.
[45] Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 117.
[46] Ibid., hlm.120.
[47] Utusan Malaysia, 9.10.1970.
[48] Menurut Jai Mohan, kepimpinan PMUM akan ditentukan pada 16 Oktober 1970. Lihat Utusan Malaysia, 14.10.1970.
[49] Utusan Malaysia, 16.10.1970.
[50] Utusan Malaysia, 20.10.1970.
[51] Utusan Malaysia, 17.10.1970.
[52] Utusan Malaysia, 21.6.1973.
[53] Utusan Malaysia, 13.9.1974.
[54] Utusan Malaysia, 27.9.1974.
[55] Saharun Ibrahim, “Kegagalan MTS Berhubungan Dasar Bahasa”, Dewan Masyarakat, November 1974.
[56] Utusan Malaysia, 13.9.1974.
[57] Utusan Malaysia, 20.10.1971.
[58] Utusan Malaysia, 19.10.1971.
[59] Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 156.
[60] Ibid., hlm. 157.
[61] Ibid., hlm. 156.
[62] Lihat Utusan Malaysia, 20.5.1972 dan Utusan Malaysia, 24.5.1972.
[63] Lihat Utusan Malaysia, 9.6.1972.
[64] Utusan Malaysia, 23.10.1971.
[65] Utusan Malaysia, 21.10.1971.
[66] Utusan Malaysia, 7.5.1972.
[67] Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 174.
[68] Ibid.
[69] Utusan Malaysia, 11.6.1972.
[70] Utusan Malaysia, 21.6.1972.
[71]Utusan Malaysia, 11.6.1972.
[72] Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 172.
[73] Arahan tersebut dikeluarkan pada 31 Mei 1972.
[74] Utusan Malaysia, 8.6.1972.
[75] Jawatan Kahar Bador mula dipegang sejak 10 Jun 1970.
[76] Utusan Malaysia, 9.6.1972.
[77] Utusan Malaysia, 10.6.1972.
[78] Utusan Malaysia, 11.6.1972
[79] Kahar mencadangkan hanya PMUM menjadi wakil pelajar yang tunggal dengan menafikan pengaruh PBMUM di kalangan pelajar. Lihat Utusan Malaysia, 12.6.1972.
[80] Utusan Malaysia, 15.6.1972.
[81] Utusan Malaysia, 11.7.1972.
[82] Mohd Zamberi A. Malek, Umat Islam Patani: Sejarah dan Politik, Shah Alam: Pustaka Hizbi, 1993, hlm. 167.
[83] Utusan Malaysia, 1.10.1969.
[84] “Menyentuh Tentang Perjuangan Rakyat Patani” dlm. Suara Siswa, Disember 1970, hlm. 5. Terbitan PKPIM.
[85] Berita Harian, 15.6.1971.
[86] Pelajar dibebaskan pada 17 Jun dengan jaminan $500. Lihat, Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 151.
[87] Utusan Malaysia, 26.6.1971. Kerajaan memberi amaran agar pelajar jangan menyeleweng daripada pelajaran manakala Ungku Aziz mengkritik golongan pelajar sebagai anti intelektual di konvokesyen 1971. Lihat juga, Berita Harian, 20.6.1971.
[88] Penangkapan Anwar hanya diheboh pada 18 Jun dengan tuduhan melakukan perhimpunan haram. Lihat Utusan Malaysia, 18.6.1971. Berita Harian lebih terbuka dalam laporan demonstrasi ini. Lihat Berita Harian, 15.6.1971.
[89] Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 6.7.1971., hlm. 2217. Kerajaan Thai sendiri menafikan kekejaman mereka. Lihat, Berita Harian, 17.6.1971. Pelajar Thai membantah demonstrasi yang dilakukan oleh pelajar Malaysia di Kuala Lumpur. Lihat, Berita Harian, 19.6.1971.
[90] Pembicaraan hak autonomi pelajar dijelaskan oleh Mohamad Abu Bakar dalam akhbar. Lihat, Mohamad Abu Bakar, “Kuasa Otonomi Penting Berkembang Bakat” dlm. Utusan Malaysia, 11.3.1971.
[91] Khoo Kay Kim, “Malay Society 1874-1920” dlm. Jurnal South Eeast Asia Studies, vol. 5, no. 7, 1974, hlm. 192.
[92] Matlamat asal penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Universiti Malaya ialah melatih birokrat yang akan mengantikan pegawai penjajah(kebanyakan anak pembesar). Gaya hidup dan pemikiran pegawai Melayu terpengaruh dengan kekaguman dan mengagungkan secara melampau terhadap tamadun Barat. Lihat Syed Husin Ali, Orang Melayu: Masalah dan Masa Depannya, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi, 1979, hlm. 73.
[93] Zainal Abidin Abd. Wahid, ‘Universiti Kebangsaan’ dlm. Mahmud Kitom(ed), Dasar Pendidikan Malaysia: Apa yang PKPIM dan PBMUM Persoalkan, Petaling Jaya: Dewan Asuhan dan Islam, 1969, hlm. 102.
[94] Salleh Yusof, ‘Laporan Sekitar Seminar Bahasa Kebangsaan’ dlm. Dewan Masyarakat, jilid iv, bil. 11, November 1966, hlm. 9.
[95] Berita Harian, 20.2.1968.
[96] Berita Harian, 30.8.1968.
[97] Sunday Mail, 24.10.1971., dirujuk daripada Muhamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat. Lihat juga kenyatan Khir Johari, Utusan Malaysia, 11.1.1972. Penentangan terhadap penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan didokongi oleh elit-elit yang dididik dalam Bahasa Inggeris, oleh itu mereka lebih senang dengan bahasa ini. Mereka akan merasakan lebih terpelajar jika menggunakan Bahasa Inggeris. Lihat Ibrahim Saad, Pendidikan dan Politik di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm. 71.
[98] Utusan Malaysia, 30.9.1968.
[99] Utusan Malaysia, 2.10.1968.
[100] Utusan Malaysia, 21.7.1968. Lihat juga Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 79.
[101] Utusan Malaysia, 16.6.1969.
[102] Zainal Abidin Wahid, ‘Sebab-sebab Universiti Kebangsaan perlu dibina di Kuala Lumpur’ dlm. Mastika, Mei 1970, hlm. 1.
[103] Berita Harian, 3.5.1970.
[104] Utusan Malaysia, 31.10.1969.
[105] Utusan Malaysia, 8.11.1969.
[106] Utusan Malaysia, 18.1.1972.
[107] Utusan Malaysia, 19.1.1972.
[108] Utusan Malaysia, 22.1.1972.
[109] Utusan Malaysia, 13.3.1972
[110] Buku Panduan KTAR, sesi 1991/1992, hlm. 1.
[111] Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975, Kuala Lumpur: Pencetakan Kerajaan, 1973, hlm. 224.
[112] Utusan Malaysia, 21.7.1972.
[113] Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975, hlm. 226.
[114] Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, 1988, hlm. 63.
[115] Utusan Malaysia, 17.8.1972.
[116] Ibid.
[117] Utusan Malaysia, 23.8.1972.
[118] Utusan Malaysia, 26.8.1972.
[119] Utusan Malaysia, 30.8.1972.
[120] Utusan Malaysia, 16.9.1972.
[121] Ibid.
[122] Utusan Malaysia, 21.12.1972.
[123] Utusan Malaysia, 29.8.1972.
[124] Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 82.
[125] Nordin Selat, Renungan, Kuala Lumpur: Utusan Publication, 1978, hlm. 96.
[126] Utusan Malaysia, 13.6.1972.
[127] Utusan Malaysia, 14.6.1972.
[128] Utusan Malaysia, 19.6.1972.
[129] Utusan Malaysia, 2.7.1972.
[130] J.Viktor Morais, Anwar Ibrahim: Cekal dan Tabah, Kuala Lumpur: Arenabuku, 1984, hlm. 10.
[131] Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975, hlm. 213.
[132] Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 41. Syarikat Matsushita dimiliki 100% orang Jepun mengeksport 90% barangan keluarannya. Lihat Dewan Masyarakat, Mac 1974, hlm., 6-7. Syed Hussein al Alatas menyifatkan definisi ekonomi yang mengikuti konsep pemuasan keinginan dan cara memperolehinya dimana pemodal asing sahaja yang memperolehi keuntungan dengan menggunakan negara lain. Lihat Syed Hussein al Alatas, Mitos Peribumi Malas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 225.
[133] Utusan Malaysia, 28.3.1973.
[134] Jumlah Pengaliran Keluar Wang Negara(dirujuk Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975):
Tahun Jumlah($)
1961-1965 380 juta
1970-1975 918juta
1976-1981 1.5 bilion
[135] Temuramah dengan Syed Husin Ali dlm. Diskusi, Mac 1985, hlm. 34.
[136] Utusan Malaysia, 20.4.1973.
[137] Utusan Malaysia, 13.1.1974.
[138] Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 40.
[139] Utusan Malaysia, 12.1.1974.
[140] Utusan Malaysia, 16.1.1974.
[141] Utusan Malaysia, 13.1.1974.
[142] Utusan Malaysia, 8.10.1974.
[143] Utusan Malaysia, 10.10.1974.
[144] Utusan Malaysia, 13.10.1974.
[145] Utusan Malaysia, 14.10.1974. Patung ini dibuat oleh pelajar UKM.
[146] Mereka berkumpul di depan Bangunan AIA pada pukul 10.30 pagi dan seramai 800 orang.
[147] Sheryll Stothard “Adventures of Trendy Rebel” dlm. www.malaysiakini.com, 2001.
[148] Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 95.
[149] Ibid., hlm. 96.
[150] Utusan Malaysia, 17.10.1973
[151] Sheryll Stothard “Adventures of Trendy Rebel” dlm. www.malaysiakini.com, 2001
[152] Utusan Malaysia, 21.7.1974.
[153] Hishamuddin Rais, “Kembara Ke Tasek Utara”, www.malaysiakini.com, 21.9.2000.
[154] Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 112.
[155] PMUM dimaklumkan tentang peristiwa pencerobohan MPJB pada 14.9.1974 melalui telegram yang dihantar oleh Syed Hamid Ali(Setiausaha Agung PSRM). Lihat Hishamuddin Rais, “Kembara Ke Tasek Utara”, www.malaysiakini.com, 21.9.2000.
[156] Bas PMUM ditahan di Kulai oleh polis tetapi dibenar meneruskan perjalanan dengan alasan menghantar derma kepada penduduk di Tasek Utara. Lihat Utusan Malaysia, 27.9.1974.
[157] Mantan Presiden PMUM dan menjadi Setiausaha Agung PSRM
[158] Utusan Malaysia, 17.9.1974.
[159] Utusan Malaysia, 18.91974.
[160] Utusan Malaysia, 19.9.1974.
[161] Hishamuddin Rais, “Kembara Ke Tasek Utara”, www.malaysiakini.com, 21.9.2000.
[162] Utusan Malaysia, 20.9.1974.
[163] Utusan Malaysia, 21.9.1974.
[164] Hasan Karim & Siti Nor Hamid, Bersama Rakyat: Gerakan Mahasiswa 1967-74, Petaling Jaya: INSAN, 1984, hlm. 33.
[165] Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980, Kuala Lumpur: Pencetakan Kerajaan, hlm. 192.
[166] Utusan Malaysia, 10.11.1974.
[167] Hasan Karim & Siti Nor Hamid, Bersama Rakyat: Gerakan Mahasiswa 1967-74, hlm. 17.
[168] Kekurangan minyak tanah di kawasan utara kerana petani menuai padi pada waktu malam dan ia bersifat bermusim. Lihat Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 11.11.1974., hlm. 1607.
[169] Utusan Malaysia, 11.11.1974.
[170] Utusan Malaysia, 30.11.1974.
[171] 80.1% keluarga Melayu berpendapatan $1-99. Lihat Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975. Ketika rakyat hidup dalam kesusahan, elaun bulanan ahli parlimen telah dinaikkan daripada $1000 kepada $1500. Lihat, Syed Husin Ali, Dua Wajah, hlm. 2.
[172] Ketaksamaan sosial yang melibatkan jurang kemiskinan dibincangkan oleh Syed Husin Ali. Menurut Syed Husin Ali, lebih kurang 42 peratus petani miskin(tumpuan kawasan kampung) dalam kelas sosial di Malaysia(di kawasan persampelan kajian beliau). Lihat Syed Husin Ali, Masyarakat dan Pimpinan Kampung di Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1977, hlm. 133.
[173] Hasan Karim & Siti Nor Hamid, Bersama Rakyat: Gerakan Mahasiswa 1967-74, hlm. 17.
[174] Utusan Malaysia, 9.12.1974.
[175] Utusan Malaysia, 4.12.1974. Pada malam 4 Disember 1974, Syed Husin Ali, Tengku Shamsul dan K.S. Nijar berpidato dalam rapat umum di DTC. Lihat, Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 159
[176] Ibid. Pada 5 Disember 1974, pelajar UM dan UKM terus berdemonstrasi di jalan Pantai dan kampung Kerinchi. Lihat, Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 161.
[177] Utusan Malaysia, 5.12.1974. Kekecohan di kampung Kerinchi berlaku apabila terdapat kanak-kanak yang terkena gas pemedih mata. Lihat juga, Syed Husin Ali, Dua Wajah, hlm 2-3.
[178] Utusan Malaysia, 8.12.1974. Seramai 75.5% pelajar daripada 4431 orang pelajar mahu peperiksaan ditangguh dan hanya 18% mahu meneruskan peperiksaan. Lihat, Utusan Malaysia, 14.12.1974.
[179] Utusan Malaysia, 7.12.1974.
[180] PKAUKM mengutuk polis memcerobohi UKM. Lihat Risalah, Disember 1974, hlm. 6. Lihat juga, Utusan Malaysia, 6.12.1974.
[181] Pelajar yang ditahan adalah Mohd. Shukri Abdullah, Lai Boo Ket, Hoo Ke Ping dan Teoh Thiam Sam pada pukul 6.00 pagi atas tuduhan melakukan agitasi. Lihat, Utusan Malaysia, 10.12.1974.
[182] Setiausaha Agung parti GERAKAN, Ong Boo Seong dan Pemuda UMNO menyokong tindakan kerajaan. Lihat, Utusan Malaysia, 10.12.1974.
[183] Utusan Malaysia, 9.12.1974. Kerajaan berpendapat demonstrasi adalah penentangan pihak subversif untuk menjatuhkan kerajaan dengan memainkan isu kemiskinan. Alasannya ialah memorandum kebuluran dihantar pada 2.12.1974 tentang kematian 3 orang kerana kerajaan gagal menaikkan harga getah. Memorandum ini diserah kepada Pejabat Perdana Menteri pada 4.12.1974 dan diterima Perdana Menteri pada 5.12.1974 tetapi demonstrasi dilakukan pada 3.12.1974.
[184] Seramai 2000 orang pelajar berarak mengelilingi kampus sebagai simbolik mencintai keamanan dan mereka menganggap tindakan polis sebagai tidak perlu. Lihat, Utusan Malaysia, 10.12.1974.
[185] MBM menafikan Anwar terlibat dalam gerakan pelajar. Menurut Azaham Wahab, Timbalan Presiden MBM, Anwar hanya dipanggil berucap bukannya memimpin demonstrasi. Lihat, Utusan Malaysia, 13.12.1974. Kerajaan mengemukakan sebab-sebab Anwar ditahan dan ia dinafi oleh Anwar. Lihat, Risalah, Bil. 5, hlm. 4-7.
[186] S. Husin Ali, Dua Wajah, Kuala Lumpur: INSAN, 1996, hlm. 71.
[187] Temuramah Syed Husin Ali, Diskusi, Mac 1985, hlm. 32. Persoalan kemiskinan di Baling turut dibincang dalam Risalah, Disember 1974, hlm. 2-3.
[188] Utusan Malaysia, 17.12.1974. Lihat juga, Pemimpin, Januari 1975.
[189] Seramai 65.7% pelajar daripada 4431 orang mahu meninggalkan kampus dan 16.2% tidak bersutuju meninggalkan kampus. Lihat, Utusan Malaysia, 14.12.1974.
[190] Utusan Malaysia, 19.12.1974.
[191] Utusan Malaysia, 21.12.1974.

1 comment:

Nia Suraini said...

Students are young and idealistic and influence by various elements at that time
1.Communist-China
2.Socialist-Russia
3.Conservative Islamist-middle east trained religious teacher
4.Trend- student demostration in US anti Vietnam War

This influence of foreign power cold war and trend is not what today Arab spring: Post Osama Al Qaeda Movement. The youth and masses just follow the perception feed by so called socialist and Conseravtive Islamist. NOT REALISING WHAT TUN RAZAK THEN DOING & LATER HUSSEIN & MAHATHIR in fullfilling the need of the people particularly rural poors.
TUN RAZAK STRATEGY
1.Education of new generation (That why so many were in Universities and Colleges then) to fill the need of New modern Industrialised Islamic World( this were full fill full swing during Tun Mahathir Era) like Japan Industrilaised with the spirit of Bushido.
2.Increase Rural Productivity by daouble croping all Padi Area MADA (Kedah),Sebarang Perai(Penang),KEMUBU(Kelantan),BESUT(Terangganu),ENDAU ROMPIN* (Pahang)* ENDAU ROMPIN was postpone until 2008 during giving focus to Industry (1980-2004)
3.Development of Socialist farmer owned Estate FELDA all over Peninsular and later expended to Sabah Sarawak
4.Increase use of fringe lands with rubber and oil palm by FELCRA & RISDA
5.Creating Sosialist Goverment own Bussiness to check the Capitalist : FAMA,MARA,UDA(Urban Development Area),MAJU TERNAK,MAJUIKAN,BERNAS,Farmer association
This project at infant stage thus no visible result yet.Student being young cannot appreciate what the cannot see in the future. The elder than was thankful to all what has been done by Tun Razak in short period of his Priministership 1970-1976). This was continued by all later Primeinisters
TUN MAHATHIR JUMPSTART MALAYSIA INTO NEW INDUSTRIALISE NATION- which increase employement and urban migration.

Nota Diri

Nama: Mohamad Ridhwan Bin Alias

Pendidikan

+ Mendapat pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (Major: Sejarah, Minor: Antropologi dan Sosiologi)

+ Diploma Pendidikan, MPTAA

Fokus Penulisan

+ Sejarah dan politik terutamanya di Malaysia, Timur Tengah, Gerakan Islam dan Gerakan Mahasiswa/Anak Muda.

Penafian

+ Penulis bukan ustaz
+ Penulis bukan pakar
+Segala pembacaan perlu dibuat lebih lanjut untuk pemurnian fakta.
+ Segala penulisan adalah pendapat peribadi.