Monday, October 31, 2016

Mengenali BERSIH

Himpunan Bersih pertama diadakan di Kuala Lumpur pada 10 November 2007. Pada pandangan penulis, hakikat sebenar himpunan Bersih ialah mengembalikan demokrasi di Malaysia. Seingat penulis, himpunan Bersih adalah fenomena dunia apabila dunia mengalami revolusi mengikut warna ketika itu (jika di Ukraine pada 2004-2005).
Antara pimpinan utama Bersih ialah Dato Ambiga, Maria Chin, Hishamuddin Rais, Dato SN A. Samad Said dan lain-lain.

Perhimpunan Bersih 2011 atau 'BERSIH 2.0' dirancang akan diadakan pada hari Sabtu, 9 Julai 2011. Pengerusi penganjurnya ialah Datuk Ambiga Sreenevasan. Perhimpunan Bersih sebelum ini telah diadakan pada 2007 dengan matlamat untuk membersihkan perjalanan pilihan raya di Malaysia.
Rancangan awal lokasi utama ialah di Masjid Kampung Baru, Sogo dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Dataran Merdeka. Selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah, penganjur perhimpunan menerima tawaran kerajaan untuk berhimpun di stadium.


Tuntutan BERSIH 2.0                                             







bersih 3

 









Seingat saya Bersih 3.0 (2012) unik sedikit kerana ia ala Occupy yang menjadi fenomena dunia ketika itu (2011) dimana dilakukan duduk dan bantah
BERSIH 4,0


 







BERSIH 5
Diadakan pada 19 November 2016.
  1. Tuntutan pertama Bersih 5 adalah “Pilihan Raya Bersih”.
  2. Tuntutan kedua  adalah “Kerajaan Bersih” iaitu meliputi pengasingan kuasa eksekutif,perundangan, dan kehakiman agar dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkepentingan.
  3. Tuntutan ketiga adalah “Perkukuh Demokrasi Parlimen” dimana wakil pembangkang dan kerajaan perlu diberi ruang dan peluang yang sama untuk mendebatkan dan mencadangkan undang undang dan dasar dasar awam supaya pertimbangan yang sewajarnya dapat diberi kepada hal hal yang melibatkan kepentingan rakyat.
  4. Tuntutan keempat  adalah hak untuk membantah,.
  5. Tuntutan kelima adalah “Memperkasa Sabah dan Sarawak” . Rekod pilihan raya Negeri Sarawak yang berlangsung tahun ini menyaksikan sogokan dan penyalahgunaan kuasa dan aset kerajaan  secara berleluasa demi mengekalkan penguasaan parti pemerintah yang jelas sangat tidak adil dan merugikan rakyat, tambahan lagi dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri Sarawak pada tahun lepas dilakukan dengan berat sebelah dan peningkatan bilangan kerusi yang sangat tidak wajar berlaku semata mata untuk kelangsungan jangka hayat parti pemerintah. Sekiranya tindakan seumpama ini tidak dibendung, tuntutan untuk autonomi Sabah dan Sarawak tidak akan tercapai bahkan akan memburukkan lagi penjajahan dalaman dan eskploitasi oleh golongan elit dari peringkat persekutuan dan negeri.
Oleh yang demikian, untuk mengelakkan situasi yang sama berlaku di Sarawak turut terjadi di Sabah, Bersih menuntut agar proses persempadanan semula yang adil dan berakauntabiliti harus dilaksanakan di Sabah serta menuntut agar dihapuskan pembelian undi, sogokan, dan penyalahgunaan aset kerajaan dalam pilihan raya umum dan negeri (Sabah) yang akan datang. Rakyat Sabah dan Sarawak juga berhak mendapatkan maklumat yang lebih baik dan cukup dengan memberi kebebasan berkempen dan akses media kepada semua parti bertanding.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...