KARYA ‘GILA_GILA’:SEBUAH CERITA BULAN SEPTEMBER??
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias
(penulis adalah seorang manusia yang boleh menangis dan ketawa)
Awam mendung lagi. Dua batang rokok aku habiskan dan meneguk teh tarik di restoran Fatima, jalan Kemuja Bangsar. Dua jam menunggu, barulah dia sampai. “lama menunggu?” sapanya. Aku tersenyum kesopanan. Wah hebat...gayanya lagak muda.
September 1974, Kuala Lumpur
Kampus riuh-bising, suasana luar biasa berlaku. “Aku nekad hendak lakukannya walaupun dunia akan kiamat” tegas Zaman ketua mafia Mari Terus Sandiwara(MTS). “bahaya man.....ini satu revolusi, pertama dan terakhir dalam sejarah” terketar-ketara suara Jagat yang menyatakan kebimbangan.
En. Helmi...idola gerakan pelajar telah berubah watak. Sosialis berimej kapitalis. Suara lantang masih seperti dahulu tetapi tidak masuk mahu gelanggang dalam pertarungan politik sebenar kerana masih ‘dara’. “jalur aku kudus” pertegas Helmi jika ditanya kenapa tidak memasuki politik.
15 September 2003, Kuala Lumpur
“ sukar untuk bergerak abang Medan, KKD asyik ditolak saja. Pening-pening”keluh Napi kepada Medan,Presiden Mahasiswa Universiti Jalan Pantai merangkap Presiden Persatuan Studi Islam universiti tersebut. “sabar...dik Napi, inilah dinamakan mehnah perjuangan, dulu... Islam nak berkembang pun susah. Air mata, darah, kematian adalah kebiasaan. Apapun tindakan Timbalan Ketua Penguasa(TKP) Dato Zali Ampu terhadap kita, perjuangan akan diteruskan. Lawan tetap lawan” berderai darah Napi apabila mendengar kata bersemangat Medan. “Lawan tetap lawan” sokong Taza setelah agak lama membisu. “kalau Dato Shim Kipas(Ketua Penguasa) nak bertarung puisi dengan aku, aku nak pun nak blasah dia” seloroh Najib Puisi, mantan exco Persatuan Mahasiswa berkebetulan lepak di Rumah Revolusi Omar. Lawak Najib Puisi disambut dengan ketawa.
September 1974
“tempat ini akan dipenuhi dengan darah! Aku harap kau tarik balik rampasan ini” ugut Ajis Din, Ketua Mafia Mari Terima Najis (MTN) kepada Zaman. Zaman sedih kerana mahasiswa sendiri mengagalkan usaha mereka mencelikkan kebutaan kerajaan dalam isu petempatan rumah rakyat marhaen di Tanjung Pura. ‘Rakyat tak perlukan padang golf, kami mahu rumah” lihat Helmi semasa tiba di kampung UMDAHNO, sebuah petempatan setinggan. Betul...rakyat marhaen merintis kerana tanah tetapi pemimpin bersuka-suka dengan wang dan golf. “aduhai...dunia, orang kaya semakin kaya, orang orang semakin miskin” mengeluh Helmi di dalam hati.
26 September 2003
“oh....begitu” tergaman Medan apabila mendengar penjelasan abang Asdi, iman Masjid Shahputra. “ 10 ringgit” tegas Asdi. “Dulu Dato Zali Ampu, pengetua Kolej ke 16 Tuanku Mad Zabidi. Kolej paling cangih di negara ini. Banyak kes Dan...kes padang tenis, gelapkan kes zina anak Dato” jelas Asdi dan menjamah karipap di kedai pak mijal. “dulu..... masa Kongres Mahasiswa, kolej disewa oleh Penguasa Universiti, pelajar dikehendaki menerima tetamu dari varsiti lain dan dijanjikan bayaran tetapi habuk pun tak ada” jelas asdi semacam kesal.
Di jalan Kemuja September 2003
“Masa di kampung UMDAHNO tu, aku ditangkap polis” beritahu Helmi kepada aku. Helmi banyak perubahan. Tradisi sosialis telah dicampuraduk dengan ideologi yang dimusuhinya iaitu kapitalis. Betul...zaman telah berubah tetapi kenapa tidak berubah ke arah Islam ketika umur semakin senja. “kat situ ditangkap” gelabah aku memberi respon kenyataan Helmi. “selepas barulah Zaman rampas universiti setelah provokasi ganas polis semasa demonstrasi di Pejabat Perdana Menteri.
Dalam Kampus September 2003
“kita harus membantu rakyat setempat, buang idea politik pembangkang anda sekalian, lihat kampung Jambi, Kampung Sungai Dalam, rumah orang tua, rumah anak yatim. Mereka memerlukan bantuan anda. Ayahanda harap anda semua tolak politik sempit pembangkang”laung Dato Zali Ampu pada himpunan Mahasiswa Pondan. Maka gemuruh tepukan diberikan oleh audien yang hampir terlelap. “Hidup Dato Zali Ampu” pekik Nasiri dan Mohani, pimpinan Mafia Mari Gerak Muka Untuk Membodek(MGMUM). Kata-kata politik Dato Zali Ampu ada benarnya tetapi adakah untuk meningkatkan prestij varsiti atau peribadi beliau. Mungkin didikan beliau di Maktab Latihan Barua Pejajah sangat berkesan memberi impak prestij kepadanya.
Di Johor September 2003
Kampung UMDAHNO menjadi sejarah. Riuh seketika dulu telah senyap. Anak-anak masih lagi berlari di lorong-lorong sempit, sampah bertimbun dalam longkang tanpa penjagaan, dan rumah terhimpit-himpit. Negara meregenerasi maju ke arah wawasan 2020 tapi kampung UMDAHNO masih tetap menawan dan cantik seperti dulu. “mana suara lantang memperjuang hak rakyat dahulu, selepas berjawatan, menjadi menteri, menjadi korprat..... isu rakyat dilupakan. Bahkan mereka yang mengusir rakyat dengan kuasa dan wang” marah Helmi apabila mengenangkan rakan seperjuangan dahulu. Itulah barua dan balaci yang mencium ketiak penguasa.
Dalam Kampus September 2003
MGMUM adalah pertubuhan barua yang menjadi alat penguasa universiti. Kader-kader mereka dilatih dan dijamukan dengan wang ihsan penguasa(wang mahasiswa atau rakyat: haram atau halal?). Mereka disantaikan di hotel terkemuka sebelum bertempur dengan Persatuan Studi Islam (PSI). Calon mereka ditawarkan Handphone, wang dan ditawarkan jawatan di pejabat TKP. Pelajar first year dibasuh minda dengan propaganda mengatakan PSI pro Parti Amalan Sihat (PAS), pembangkang, pelampau agama dan diugut tidak boleh tinggal di kampus, diambil kedatangan sebelum mengundi. Itu antara strategi mereka. Pejabat TKP menyediakan satu program khas yang dinamakan UJP is one. Antara pakej yang menarik baucar hadiah, melancong dan baju percuma (politik wang atau Rasuah? )bagi menarik mahasiswa meyokong mereka.
“dana mereka terlalu besar, mereka mencantas program PSI dan siap dengan memasang kamera CTV di surau dengan alasan ada pelampau agama menggunakan surau untuk kepentingan politik pembangkang” adu taza kepada Medan. Lama medan memikir sesuatu. “mereka hanya merancang tetapi Allah Maha Perancang. Kita berjuang bukan untuk menang seperti mereka, kita berjuang demi Allah untuk meneruskan tugas para rasul menegak negara Islam yang murni(bukan klon!!) di Varsiti ini. Kalah atau menang bukan persoalan tetapi usaha yang diberkati Ilahi” bertazkirah Medan kepada Taza.
Jalan Kemuja, September 2003
Aku ajukan soalan kepada Helmi tentang mahasiswa pada masa kini. “apakah pandangan anda terhadap mahasiswa pada masa kini?” Helmi tersenyum kambing bila mendengar soalan. “kena minum tongkat Ali dicampur madu dan air halia” jawabnya spontan. Ini tenaga apa? Fikiranku melayang ke arah sesuatu perkara. “tak ada energy, lembik, tak ada daya tahan, macam mana nak main” Jelas Helmi. “mahasiswa kini takut mengembleng tenaga dalam menghidupkan sesuatu isu. Kalau kini mahasiswa berimejkan Islamis menguasai kampus, wajar ia bermain dengan isu tudung yang dicetuskan oleh kerajaan Perancis. DEMONSTRASI la.....walaupun telah dikasi oleh AUKU, jangan sampai kita jadi robot” jelas Helmi setelah melihat aku mengaru-garu kepala.
Helmi seorang berjiwa kiri. Beliau memilih jalur Sosialis semasa di kampus dahulu. walaupun berpendidikan di Maktab Latihan Barua Penjajah seperti Dato Zali Ampu tetapi beliau berhati revolusi yang ingin hapuskan imperialis penjajah dan rejim kapitalis yang mencengkam rakyat marhaen. Kekerasan hati beliau menyebabkan beliau menjadi buruan musuhnya dan sanggup ke Papua Guinea daripada memasuki penjara dan menolak tawaran harta dan kerja, bukan seperti rakan-rakan beliau yang menjadi barua musuhnya. Aku menanya siapakah tokoh idolanya. “Abdullah CD bukannya Abdullah Badawi” gurau Helmi. Helmi masih ingin menjadi seperti dulu iaitu bersifat menongkah arus dengan apa yang kita yakini. Dulu, kini dan selama-lamanya dengan perjuangan rakyat.
Di Dewan Utama September 2003
Gemuruh tepukan penonton semasa deklamasi sajak oleh dato Shim kipas di Dewan Utama. “bacaan puisi sambil melompat, satu pembaharuan dalam Dunia Budaya” luah napi pada Najib Puisi. “tu gaya seni tupai” gurau Najip Puisi. Kelebihan Dato Shim Kipas adalah kepandaian menyusun bahasa sehingga terkencing jika mendengarnya.
Medan...presiden PSI yang berkarismatik tetapi terbelenggu bakatnya dek kekangan penguasa varsiti dan ketiadaan isu. Berasal dari sekolah kaum Islah. Pemimpin masa depan jika istiqamah dengan perjuangan Islamnya.
9 September 2004
Medan dan rakan-rakan diusir oleh polis setelah membina benteng manusia bagi menghalang kerja-kerja meroboh rumah setinggan di kampung Tanjung Putat.
10 September 2004
kampus kecoh....pilihan raya kampus dibatalkan, sejam kemudian MGMUM diisytihar pemenang. “kita harus bangkit....mari para sahabat...mari kita bangkit’ medan memulakan pidato. ‘ketidak adilan terserlah dalam pengundian, malam ini di dewan ini sejarah bermula, disini juga sejarah berakhir tapi kita tidak akan benarkan ia berakhir pada malam’ tersekat kata-kata Medan apabila lampu terpadam....riuh dalam gelap.
12 September 2004
aku menyirup secawan kopi di kafe anawati sambil menatap akhbar. Tergaman aku melihat gambar Medan terpampang di dada akhbar. ‘Pemimpin pelajar ditahan’ baca seorang pakcik sebelah mejaku. ‘Ini baru mahasiswa’ kata seorang teman pakcik itu. Aku terus membaca artikel tersebut. Tersenyum....
20 September 2015
aku singgah di kedai dobi Noni jalan Kemuja. Dengar alunan suara kanak-kanak membaca al Quran ditingkat atas. Aku melangkahi menuju ke bahagian atas kedai itu. Terkejut aku melihat Helmi mengajar kanak-kanak mengaji al Quran. Manusia boleh berubah dengan hidayah Ilahi
satu pagi September 2016
‘Setinggan kampung Penanti diusir’ tersenyum aku membaca tajuk akhbar pada 23 September 2015, teringat aku pada tahun 2004, siapa dia? Banyak berubah, sejarah berulang tetapi malang dilakukan oleh seorang pejuang. Medan seorang penguasa Dewan Bandaraya mengarah pegawai menjarah kampung Penanti. Air mata mengalir kering di mata seorang pemerhati.
Siap 20 Februari 2004.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment