Followers

Wednesday, January 30, 2008

mahasiswa dan penjara

PENJARA DAN MAHASISWA: SATU PENGALAMAN
Oleh mamat.com
tokawang_sufi@yahoo.com

Sedang enak membaca novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy, penulis teringat tentang ISA. Bukan pada pak mat ISA di Marang, Terengganu tapi pada Akta Keselamatan Dalam Negeri itu. Pada zaman penulis menjadi mahasiswa dahulu, UM pernah digemparkan apabila Presiden MPPUM, saudara Mohd Fuad Ikhwan telah ditahan di bawah akta ini. Khabarnya ia dibogelkan tersumbat ke dalam telingaku. Teruk juga itu. Maruah dan harga diri dicabuli. Geli juga. Sebenarnya, penahanan itu berlaku setelah beberapa hari saudara Fuad makan tengahari sebelah Tun Dr Mahathir di depan Perdana Siswa. Memanglah dalam dialog dengan pimpinan mahasiswa peringkat nasional itu Tun Mahathir dihambur soalan panas daripada pimpinan mahasiswa(terutama daripada UM) dan Tun Mahathir menjawab dengan bijaksana. Majlis itu juga dihadiri ramai pemuda UMNO yang melaungkan ‘hidup UMNO’ dan ‘hidup mahathir’. Kedatangan mereka disebabkan dikhabarkan mahasiswa akan berdemonstrasi bagi menyambut Tun Mahathir.[1]

Saudara Fuad antara insan yang menderita kerana cuba hidup sebagai pimpinan mahasiswa yang berani mengambil risiko. Inilah resmi orang berjuang, dipenjara atau terkorban. Segolongan mahasiswa lagi yang ditahan di bawah ISA dikenali ISA 7. Mereka dituduh menghadiri perhimpunan haram di Masjid Negara pada 8 Jun 2001. Mereka ialah Rafzan Ramli, Hilman Zainuddin, Nik Norhafizi, Ahmad Kamal, Wan Sanusi, Khairul Amar dan Zulkifli Salleh. Akibat penahanan ini, hak mereka untuk belajar di universiti masing-masing telah dinafikan. Ini padah orang berjuang.

Jika era terdahulu, Anwar Ibrahim dan Aziz Deraman juga dihumbangkan ke dalam penjara ekoran demonstrasi. Begitunya dengan Presiden PMUM, Kamaruzaman Yaakob[2] turut ditahan manakala Setiausaha Agung yang romantis, Hishamuddin Rais lari lintang pukang ke luar negara sebagai pelarian. Begitu juga mahasiswa era akhir 1980, ada juga yang tertangkap seperti saudara Jamaludin Ramli dalam isu konsert Sheila Majid. Tidak lupa juga hero purdah, saudara Ahmad Lufti sebagai Setiausaha Agung PMUTM(dipecat). Penjara merupakan perkara yang tidak janggal bagi para pimpinan mahasiswa yang berjuang. Persoalan yang timbul, sejauh manakah mahasiswa sekarang sanggup mengambil risiko dipenjara?

Mungkin bayaran hutang PTPTN, peluang kerja atau tangisan ibubapa kita yang akan menghalangi perjuangan. Tidak dinafikan. Walaubagaimanapun, perjuangan tidak semestinya dipenjara tetapi risikonya tetap ada. Sesiapa yang ingin berjuang harus memahami perjalanan hidup Anwar Ibrahim semasa zaman mahasiswanya. Bagaimana beliau mengolahkan jalan perjuangan supaya tidak bergantung harap kepada kerajaan.

Sekarang, adakah kita ingin pimpinan mahasiswa sekarang dipenjara?. Sanggupkah Dzulkhairi atau Sheikh Umar meringkup ke dalam penjara demi sebuah perjuangan?. Atau adakah kita hendak melihat pimpinan mahasiswi seperti Syuhada Mustapha menjadi mahasiswi pertama dipenjara. Tidak mustahil. Tetapi saya mengharapkan Allah SWT menjauhkan penjara daripada pimpinan mahasiswa atau orang yang tidak bersalah. Penjara adalah tempat penyeksaan jiwa yang sunyi dan jijik. Tidak mampu kita menghadapinya tanpa izinNya.

Aku teruskan pembacaan novel yang menghairahkan jiwa itu.

8/1/08
[1] Hari tu penulis berjalan jauh dari kolej 10(berjalan kaki) demi melihat dialog dan demonstrasi. Demonstrasi tak jadi. Aku masih marah Pihak kolej 10 masih berhutang dengan aku. Mereka berjanji nak bayar kepada kami kerana memberi tumpang bilik kepada pimpinan mahasiswa. Pemimpin itu bernama Mohd Ridzuan Zulkpli, pimpinan KUITHO, orang Gurun kedah.
[2] Sayang isteri kerana tak nak ikut Hishamuddin lari. Hishamuddin takpa, hanya tinggal awek cina je.

Friday, January 25, 2008

Hasil Sebuah Perjuangan

Hasil Sebuah Perjuangan: Kisah Tuan Guru Fadzil Noor Untuk Cerminan Pimpinan GMI(kulagukan untuk Saudara Dzulkhairi dan Saudari Syuhada)
Oleh mamat.com
tokawang_sufi@yahoo.com


Masa Dzulkhairi dan Noor Syuhada anak Musthapa berhingus dahulu, negara kita dikejutkan dengan laungan REFORMASI. Pimpinan TG Fadzil dengan bijaksana menyertai GERAK. Masa Dzulkhairi dan Noor Syuhada meningkat remaja, tubuh semakin sasa dan gebu, seronok mata memandang, TG Fadzil Noor telah meninggal dunia. Satu kehilangan besar permata perjuangan Islam. Masa itu aku berada di Wisma Koperasi Polis di Briefield, asrama paling sardin yang dimiliki oleh UM. Sana tempat ramai perwira kampus. Sedih dan terharu melihat ribuan manusia mengangkat keranda tuan guru dalam muka depan Harakah.

Dzulkhairi yang hafiz lagi alim dan Syuhada adik senegeriku Terengganu(abang berasal dari Bukit Payong, bukan dekat Besut kampung awak tapi dekat Rusila, sekampung dengan Azizah) yang menyejuk mata dan hati memandang, moga kalian dicerahkan hati dan dikekalkan hidayah. Perjuangan ini mungkin tiada hasil pada zaman kalian sebagaimana TG Fadzil Noor tapi kalian sewajarnya berbangga kerana kalian seperti TG Fadzil mengukuh dan menguatkan perjuangan agar ia dapat diteruskan oleh generasi masa depan dengan jayanya.

Dzulkhairi yang bijak umpamanya Umar, berani pun perlu seperti Umar, Syuhada yang Berani, berani dalam bunga kecantikan(jangan lupa banyak tersenyum, orang Terengganu kena banyak senyum). Satu sahaja yang kalian tidak mampu ikuti TG Fadzil Noor yang dirahmatiNya. Kalian masih hidup, beliau telah mati. Kalian mesti hidup untuk berjuang, dan mati seperti beliau yang berjasa pada agama dan membenihkan perjuangan dan mati dalam perjuangan walaupun hasil tiada nampak lagi.

Wahai dzulkhairi dan Syuhada, meningkat dewasa kelak. Bila semuanya nampak besar-besar. Moga mendapat pasangan yang soleh dan solehah. Masa kematian TG Fadzil, Tuan Guru Haji Hadi(ayah chik) pernah mengatakan (lebih kurang yeah) Ustaz Fadzil beruntung kerana mati dalam keadaan berjuang, dan kita belum tentu lagi mati dalam keadaan berjuang. Jadi Dzulkhairi yang handsome dan Syuhada yang menawan, kita masih hidup lagi, teruskan perjuangan mengikut jalan Allah. Jangan kalian mati dalam keadaan lari daripada perjuangan Islam atau tercinta dengan kepalsuan slogan Islam.

Dzulkhairi dan Syuhada, jangan mabuk ilmu, pangkat dan harta. Jangan ingin hasil perjuangan yang sebegitu cepat. Orang berjuang seperti Ustaz Nakhaie, Prof Madya Mat Noor Deris dan Ustaz Ghazali(orang negeri kita, adikku Syuhada, lelulur tuan guru Syafie, pemilik Pondok Losong ) pun beralih perjuangan dan belum tentu mati dalam perjuangan gerakan Islam. Sebab itu Tuan Guru Haji Hadi takut. Takut kerana bimbang beliau mati bukan dalam perjuangan Islam.

Dzulkhairi dan Syuhada, mawaddah ini kuikatkan demi ukhwah Islam. Walaupun tulisan saya nampak kasar penuh kegeraman, kehangatan dan kejijikan. Tapi hati saya baik.(senyum) Ambil yang jernih, buang yang keruh. Salam perjuangan..

23/1/08

Virus Dalam Pimpinan GMI

‘Virus” Dalam Kepimpinan Gerakan Mahasiswa Islam(GMI)
Oleh mamat.com

Untuk sekian kalinya, saya terpaksa menulis tentang mahasiswa. Terpaksa membuka kotak memori untuk mengingati kembali kisah-kisah mahasiswa. Semoga semua penulisan penulis menjadi satu pengkongsian pengalaman dan ilmu bagi orang yang celik akal.

Dahulu, penulis terpaksa memerah akal kenapa Syuro PMIUM tidak memilih Tuan Kamarul sebagai Presiden. Terkejut bukan kepalang apabila yang terpilih sebagai Presiden PMIUM ialah saudara Khairul Anuar Mat Zuki atau Ustaz Mat Sabu, sebelum itu bercakap seketika dengan penulis sewaktu belum bermulanya Muktamar Senawi di Dewan Utama API(aku pun baiah hang, baiah dibaca oleh Ustaz Mahizan[maaf jika silap nama] timbalan presiden PMIUM zaman Ustaz Izwan,kini bertugas di Pitas, Sabah. Terima kasih ustaz Mahizan kerana belanja kawe dan isteri masa di Kota Kinabalu). Penulis menyifatkan Mat sabu adalah ‘ustaz rakyat’. Selalu solat subuh berjemaah di kolej 10, kediaman penulis, ustaz Hasdi al Hafiz(tok imam sebuah masjid di Pahang) dan Dr. Razali Agus.

Tuan Kamarul adalah Speaker MPPUM, petah berbicara, licik siasah, celik akal dan banyak idea tidak dipilih sebagai Presiden. Kepetahan dan kebijaksanaan akal Tuan Kamarul sangat diminati oleh Dato Nordin Kardi sampai dijemput ke dalam rancangan Bicarasiswa melebihi Tuan Presiden MPPUM yang garang ketika itu. Bahkan Tuan Kamarul boleh berbicara sebaris dengan Pak Ungku Aziz dan Prof. Zainal Abidin Borhan semasa satu forum di Auditorium Fakulti Sastera(belakang Fakulti Pendidikan) tanpa kaku. Pada malam itu, soalan Presiden PMIUM, Ustaz Izwan Yusof dijawab dengan bijaksana.

Mungkin ada sebab tertentu tuan kamarul tidak terpilih. Kita tanyalah pada beliau dan orang menyukai atau menolak beliau. Pada pandangan penulis, Kemerosotan pimpinan GMI disebabkan oleh cerminan budaya dan pemikiran yang dimiliki oleh tuan kamarul. Bukan nak menyalahkan Tuan kamarul tetapi nak meminjam budaya dan pemikiran sebegitu yang merosakkan kualiti pimpinan GMI. Bila cerminan Tuan kamarul seperti Hanif Baderun dan Nazree yunus berkuasa, pimpinan PMIUM nampak pincang walaupun nampak gagah luarannya. Pimpinan seperti mereka memang bersemangat, mulut manis, petah bicara, tinggi akal, berani dan penampilan tampak hebat tapi roh perjuangan mereka rapuh sampai boleh mengadai kehormatan sebuah perjuangan. Dan Pengikut hanya mengikut arahan pimpinan tanpa menyedari pimpinan ada muslihat tertentu.

Virus ini bersembunyi di sebalik istilah lebih liberal, diplomasi, pendekatan sederhana dan teruknya ialah siasah melebihi tarbiyah. Pimpinan mahasiswa takut dicop radikal oleh media massa. Zaman mahasiswa mesti radikal tetapi bertempat dan dilingkaran kemampuan mahasiswa. Sehikmahnya Rasulullah pun, orientalis Barat mengatakan Rasulullah seorang radikal. Jadi anda mesti terus radikal seperti demonstrasi tetapi usrah, solat jemaah, majlis ilmu dan perpustakaan jangan dilupai dan diperkasakan walaupun tidak disanjung oleh media. Dan paling lucu, selepas berjawatan besar Hanef Baderun yang terkenal diplomasi pun mengatakan demonstrasi adalah satu seni yang halus.

Janganlah ada perjuangan pimpinan GMI berteras peribadi mempromosi diri dan tiada kekuatan tarbiyah mengakar dalam hati mereka. Mereka licik dalam siasah, menonjol bakat pimpinan dan juga memilih bahawa perjuangan ini adalah untuk berseronok-seronok berdemonstrasi. Keseronokan ini terlihat apabila mahasiswa berdemonstrasi dengan buta ilmu dan ditunjuk arah oleh pimpinan mahasiswa yang bermuslihat.

Pimpinan GMI janganlah terlalu bercita-cita tinggi dan ingin berjaya terlalu cepat. Mungkin ekoran budaya mengejar kecemerlangan terpupuk dalam keluarga atau di sekolah umpama KISAS, SMKA Labu, Maktab Mahmud, Muhammadi dan al Mashyur. Pimpinan GMI ingin berjuang di luar kemampuan gerakan mahasiswa, ini antara sebab kemerosotan. Usrah pimpinan dan ahli cukup rapuh. Inilah yang perlu diistiqamahkan supaya arus perjuangan terus memekar selepas luar kampus. Utamakan TARBIYAH wahai pimpinan mahasiswa.

Akhir sekali penulis minta maaf pada Tuan Kamarul kerana terpaksa menggunakan cerminan sifat dan pemikirannya dalam tulisan. Begitu nama-nama lain. Ia untuk memudahkan kefahaman pembaca. Harap dimaafi.

23/1/08

PARTI MAHASISWA NEGARA

PARTI MAHASISWA NEGARA(PMN): ANTARA HANGAT-HANGAT TAHI AYAM DAN GIMIK KOSONG
Oleh mamat.com
tokawang_sufi@yahoo.com

Ku cari keberhasilan sebuah perjuangan
Ku cari kemenangan semasa di kampus
Ku cari erti perjuangan Islam dalam gerakan
Ku temui kekecewaan dan sebuah perjuangan yang khayali.

Sejauh mana parti mahasiswa boleh bertahan dan adakah parti mahasiswa berkesan? Sehebat Anwar Ibrahim yang menaungi PKR tidak berupaya menghalang kerapuhan PKR. Mahasiswa menubuh parti, nak ke mana? Persoalan ini menghantu-jerakongkan benak fikiran mamat.com, seorang pemerhati yang menyukai keromantisan jiwa dalam meniti hari-hari akhir dalam kehidupan.

Khabarnya gerakan mahasiswa seumpama GAMIS dan SMM cuba menubuhkan PMN sebuah parti mahasiswa. Bagi penulis, cadangan ini adalah baik jika layak tetapi suasana semasa Gerakan Mahasiswa sekarang dirasakan terlalu utopia dan tidak relevan untuk GM menjadi sebuah parti. Perjuangan mahasiswa adalah satu persediaan ke arah perjuangan yang lebih besar pada masa depan. Kampus adalah tapak semaian pohon perjuangan agar akar tarbiyahnya kuat untuk menghadapi perjuangan selepas kampus. Di kampus, binalah tarbiyah dan berjuang mengikut cara di kampus.

Para mahasiswa Islam selalu bercakap tentang fiqh al waqi’, adakah penubuhan parti menjadi fiqh al waqi yang terbaik dengan realiti mahasiswa hari ini?. GAMIS dan SMM adalah cukup rapuh dari segi organisasi dan kaderisasi jika dinilai. Inikan lagi nak mewujudkan parti sendiri. Baik mahasiswa ukur batang hidung sendiri.

ABIM semasa di bawah Anwar cukup menggugat pun tidak sanggup menjadi partai politik semasa PAS dalam BN. Untuk menjadi parti, gerakan mahasiswa mesti mempunyai kekuatan intelektual dan mental, pengaruh, hubungan antarabangsa dan prasarana segagah ABIM zaman Anwar.[1] Jadi, jika anda terkulai dengan jawatan dalam kerajaan selepas keluar kampus, besar tahi dari jubur lah jawapannya. Sanggupkah pimpinan mahasiswa meninggalkan pengikut yang dirasakan diperbodoh atau diperalatkan?.

Benar, semangat gerakan mahasiswa sungguh tinggi dalam mengejar perjuangan ‘khayali’. Mitos bebas dan tidak berpihak sentiasa dicanang. Ya, saya bersetuju. Tapi kita juga perlu ingat, profesional dalam perjuangan. Sebagaimana mengurusi isu berkaitan SMM atau GAMIS. Isu perjuangan berbeda tetapi teras anda ialah perjuangan Islam. Jadi jika anda sedikit sebanyak berpihak, itu adalah biasa dalam meniti perjuangan kampus. Kerana mahasiswa perlu ditunjuk jalan, bukan penunjuk jalan.

Mungkin ada pimpinan mahasiswa membicara pihak luar cuba memperalatkan mahasiswa. Ini bukan masalah memperalatkan tapi kebersamaan dalam perjuangan Islam ekoran sealiran. Dalam kebersamaan, tidak salah mahasiswa menolong atau mengikuti yang berpengalaman dalam gerakan dakwah. Anda sebagai mahasiswa janganlah terlalu bercita-cita tinggi nak jadi pimpinan perjuangan. Anda bukan sehebat Hasan al Banna atau Anwar Ibrahim yang begitu berkarisma ketika usia belia dalam meniti perjuangan. Nak jadi sekarisma ustaz Zaharudin abdul Rahman dan pimpinan yang telah teruji umpama mohd Fuad Ikhwan pun generasi mahasiswa 2007/08 tak mampu. Jadi, binalah kesanggupan menjadi pengikut dahulu wahai mahasiswa. Jangan segan jadi pengikut.[2] Barulah anda rasa tidak diperalatkan wahai pimpinan mahasiswa bersifat anak-anakan.

Pandanglah sejarah semasa membicara. Sekumpulan anak muda yang berjiwa Islam dan radikal cuba menubuh parti yang berbeda dengan PAS yang dianggap nasionalisme Islam.Anak muda berkelulusan luar negara ini diketuai Khalid Samad(adik Sharir Samad, YB Johor Baru dan kini YDP PAS Shah Alam) adalah pemimpin Suara Islam bernekad menubuhkan Parti Negara Islam bagi melawan PAS yang berada dalam BN. Tetapi akhirnya, beliau bergabung dengan juak ulama dan dewan pemuda PAS dalam menumbangkan nasionalis Islam dalam PAS. Beliau pasti tahu kesan banyak parti yang memperjuangkan Islam. Semaqamkah, pimpinan mahasiswa sekarang seperti Dzukhairi atau Sheikh Umar dengan Khalid Samad? Ukur lubang hidung sendiri la.

Shamsudin Moner, orang yang berjaya mengalahkan PMIUM pada awal 1990an dan pro parti Semangat 46 telah membuktikan semangat hangat-hangat tahi ayam GM apabila menyatakan hendak menyertai pilihan raya umum. Akhirnya lubang hidung sendiri tak nampak dalam pilihan raya tersebut. GM tiada upaya nak menyertai pilihan raya. Janganlah anda bergimik wahai pimpinan mahasiswa. Pendesak yang baik tidak mesti menyertai pilihan raya, banyak lagi cara dalam perjuangan. Janganlah asyik mengejar hasil perjuangan dan kecewa ekoran tiada hasil yang diperolehi. Adat berjuang, ada tewas dan ada kemenangan.

Jadi anda sebagai mahasiswa Islam, pulanglah ke lubuk gerakan Islam. Pilihlah PAS, JIM, ABIM, ISMA, HALUAN, MPF, PERKIM atau KIMMA sekalipun. Perhatikan dasar perjuangan gerakan dakwah dengan cahaya iman. Baru kita jumpa jalan keluar. Ini tidak, bina sesuatu yang merumit suasana dengan penubuhan parti atau pertubuhan sendiri(contoh Y4C) atau masuk ke lubang tahi sekular yang bernama ***O. Kan jelek, perwira Islam kampus bergelumang dalam tahi sekular.

PMN tidak lebih daripada gimik kosong yang digendangkan oleh golongan kecewa dengan perjuangan, takut nasib masa depan(biasa dialami pelajar tahun 3 di varsiti) dan ingin kegemilangan jawatan selepas keluar kampus nanti atau virus-virus yang menjalar sewaktu era ustaz mohd Ramadhan Fitri atau Hanif Baderun (kes di UM) dan kaum kerabat sealiran dengannya. Penubuhan parti mahasiswa memang cadangan bagus tetapi fikirlah suasana sekarang tidak selayak adanya sebuah parti mahasiswa. Ia umpama objek yang memancar silau keindahan di tika kejauhan tetapi hanya setompok tahi bila kedekatan. Saya harap cadangan ini jadi ‘tahi’.

14/1/08
[1]Pimpinan ABIM dan PKPIM bekerja sendiri dengan gaji kecil di Yayasan Anda, institute SOFAR, Institut Ummah. Anwar sendiri menjadi pengetua Yayasan Anda.
[2] Memang mafia daripada al masyhur, muhammadi, maktab mahmud, smka Labu dan KISAS ini susah sikit nak jadi pengikut. Segan jadi pengikut.

MASA DEPAN ADALAH MILIK PIMPINAN GMI

MASA DEPAN ADALAH MILIK PIMPINAN GMI
Oleh mamat.com
tokawang_sufi@yahoo.com


“kisah orang memperolokkan agama dan ditipu oleh dunia”[1]

Ada orang kepanasan dengan tulisan penulis tentang saudara Nazree Yunus, mantan Presiden PMIUM. Penulis senyum je. Penulis tidak membenci beliau dan tak nak bermusuh dengan sesiapa pun. Penulis merasakan beliau sendiri seperti pimpinan GMI yang lain juga adalah seorang berjiwa besar dan dapat menerima pelbagai kritikan. Adalah hak saudara Nazree nak memilih masa depannya. Mungkin faktor kerja, keluarga, wang atau perubahan ideologi perjuangan yang boleh menyuluh kebenaran yang kita tanggapi. Jika terasa benar, teruslah berjuang di atas rasa itu. Semoga ALLAH bersama kita.

Orang taat ibadat seperti Qarun boleh berubah kerana kekayaan. Orang sekarisma dan hebat seperti Anwar Ibrahim pun masuk UMNO. Orang selantang dan kuat demonstrasi, Ahmad Shabery Cheek(antara pengasas PASTI di Terengganu) pun masuk UMNO, pengubal ideologi, naib presiden dan penulis ilmiah PAS, Ustaz Nakhaie pun masuk UMNO(mungkin terlalu sayang isteri yang bekerja dengan kerajaan). Pakar strategik GMI yang bijaksana duduk sebaris dengan kebijaksanaan takiyudin hasan dan Husam Musa, Dr Fuad Zakarshi pun masuk UMNO. Orang yang nak saman kerajaan UMNO kerana bela Lufti, Johan Che Pa pun masuk UMNO. Ini modal masyhur penulis dalam memerhati sejarah orang berubah setelah menyatakan mereka berjuang. Oleh sebab itu, adalah hak mana-mana pemimpin GMI nak pilih masa depannya. UMNO, JIM, PAS, ABIM, PKR(parti Khayalan-Rapuh), MPF, Tabligh, PERKID, MIC(?), KIMMA(?) atau apa-apa nama lah.

Ada pula pimpinan GMI memilih untuk selesa dengan kerusi empuk pentadbiran seperti Zulwaqar(termenung di Sabah), Hanif Baderun atau Ustaz Izwan Yusof. Ada juga pimpinan GMI lantang bersuara dalam parti pembangkang seperti Abdullah Karim dan Fadly Ramli(berapa lama mereka boleh bertahan?). Ada pimpinan GMI, senyap atau mentadbir dalam parti pembangkang seperti Hafiz Samad, Shahrulzaman dan khairul anuar mat zuki. Ada ramai yang seronok bekerja di sektor awam atau swasta dan berniaga seperti Najibah, Hairin Herlina(biasa dengar dalam corong radio) atau Tuan Kamarul(kalau tak silap di SAPURA, kalau silap siapa peduli). Ada pimpinan GMI duduk bermotivasi seperti Amin Idris. Ada pimpinan GMI hanyut dengan kehandalan ilmu seperti Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan Ustaz Zulkifli Yusof. Ada juga pimpinan GMI cergas dalam NGO seperti Ustaz Mohd Ramadhan Fitri(GMISA). Ada juga pimpinan GMI gah sebagai profesional seperti Muhtar Suhaili. Ada ramai pimpinan GMI hanya berselesa gaji sebagai guru, ustaz J QAF dan pensyarah sepert Ustaz Huzairi Husein(cikgu kepada cikgu), Ustaz Borhan Che Daud(sedang menghidu udara sejuk bersama isteri dan adik ipar), Badie(mantan SU kerja PMIUM) dan Jalalilah(J) dan ada juga yang memilih untuk tiada apa-apa, jadi isteri atau suami saja sepenuh masa membuai anak dan membela ayam-ayam di kampung.

Jangan ingat penulis kata mereka semua tidak berjuang untuk Islam atau lari daripada perjuangan walaupun ada yang sikit-sikit cuba lari. Penulis nak tunjuk kepelbagaian pilihan untuk para pimpinan GMI dalam menentukan masa depannya. Pilihlah sebaik-baiknya. Orang yang aktif di kampus insya Allah mudah dapat pekerjaan. Aktif dan belajar, bukan aktif dan malas belajar.

Cuma penulis bimbang, cubaan pimpinan GMI tertentu cuba bermain-main politik atau untuk berseronok-seronok dalam GMI di kampus dengan memperlekehkan tarbiyah. Ada virus yang cuba merosakkan tarbiyah setelah peninggalan ustaz Muhd. Ramadhan Fitri(kes di UM). Promosi diri dan ada niat tertentu sehingga menyebabkan kepincangan tarbiyah GMI di kampus. Di manakah keikhlasan kita dalam perjuangan?

Konklusinya ialah pilihan bagi masa depan seseorang pimpinan GMI adalah hak masing-masing. Atas kebijaksanaan masing-masing untuk memilih perjuangan atau habuan masa depan mereka. Ada nak jadi profesional, guru, pensyarah atau ahli politik. Bergantung kepada niat masing-masing. Jika saudara Nazree Yunus nak masuk UMNO ke, itu adalah hak beliau. Itu adalah kebijaksanaan beliau. Tiada siapa yang larang walaupun ramai yang tak suka. Saudara Dzulkhairi(GAMIS-PMIUM) dan Sheikh Umar(SMM) nak masuk dalam koleksi nama pimpinan GMI dalam UMNO pun boleh. Tiada masalah. Zaman sekarang orang dah tak hairan, Cuma terkejut apabila bunga menjadi tahi..

‘syurga dan neraka itu dicari bukannya mencari, fikirlah bagi orang yang berakal’

2/1/2008
.
Penulis tidak mewakili mana-mana pihak kecuali diri sendiri. Bukan pro pembangkang walaupun macam pro pembangkang, bukan pro umno walaupun sememang bukan pro umno. Penulis pro mana-mana kumpulan yang meninggikan kod 165 di muka bumi.
[1] Lebih lanjut dalam surah Jaatsiyah:35.

Wednesday, January 23, 2008

Oh Demonstrasi!

DEMONSTRASI

Masa di universiti Malaya, aku pernah bercadang untuk mengkaji sejarah demonstrasi pelajar di negara ini. Setelah dipersoal dengan penangan intelektual yang begitu tajam oleh Pak Lah(Prof. Abdullah Zakaria), aku beralih arah.

Bagiku demonstrasi adalah satu ketidakpuasan terhadap sesuatu yang dilakukan oleh satu kumpulan bagi menyatakan perasaan. Kalau ganas dikenali rusuhan, kalau aman dikenali pula tunjuk perasaan. Tersenyum aku apabila membaca PMIUM/GAGASAN mengadakan demonstrasi di kolej 9 dan KK12. Adakah itu benar?

Jika andai kata benarnya rusuhan di Batu Buruk atau Kolej 9 oleh gerakan Islam, ia telah dilakukan oleh pengikut fanatic yang terlalu bersemangat atas nama perjuangan tetapi silap dalam aturan kebijaksanaan akal. Jika bukan, ia adalah muslihat musuh yang digelapkan mata daripada kebenaran.

Dalam sejarah mahasiswa, Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Abu Zar, Hishamuddin Rais dan Ahmad Shabery Cheek antara tokoh yang berjaya menarik ribuan mahasiswa berarak menentang ketidakadilan pemerintah. Baling, Tasek Utara dan Bangunan AIA menjadi saksi keunggulan mereka.

Tun Dr. Mahathir juga Berjaya mengapi-apikan mahasiswa supaya berdemonstrasi menjatuhkan Tunku abdul Rahman. Dikatakan Anwar Ibrahim menangis dalam ucapan Dr Mahathir dalam dewan kuliah utama fakulti sastera, um. Selain itu, Dr. Mahathir juga terlibat sama dalam demonstrasi di kota bahru sehingga darurat diisythar di sana sekaligus menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

Teringat tulisan Saudara Hanif Baderun yang menyatakan demonstrasi adalah satu seni. Memang benar, demonstrasi adalah seni bagi seseorang meluahkan perasaan, sebagaimana kita melukis atau menulis. Bagi pimpinan GMI, anda diberi pilihan untuk berjaya atau tidak dalam demonstrasi anda?

8/10/07

PERANG PTS VS UZAR

Perang PTS vs UZAR: UZAR rupanya.
Oleh mamat.com

Tersendu melihat komentar SifuPTS dalam blognya. Terkejut juga melihat komentar dalam blog ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Penulis menghidu ada perang dingin di antara 2 ikon popular (penerbit buku yang popular dan ulama popular) dalam dunia keilmuan ini. Ekoran kehendak-polisi PTS, dan kedegilan prinsip UZAR. Masing-masing mempunyai ilmu bertaraf ‘gajah’ .

Para pengikut kedua-dua gajah ini keliru, akal pun celaru memilih siapa yang benar(fauzul naim mesti pening). Aku si kerdil hanya lihat gajah bertelingkah, dan aku lebih suka lihat gajah ‘mengawan’. Haha... kehanyutan orang berilmu..

24/1/08

Sunday, January 20, 2008

Sebuah karya Gila2: SUARA

SUARA....
oleh mamat_com
tokawang_sufi@yahoo.com



Pengenalan Cerita
Mat Jek berasal dari sebuah kampung di pendalaman Terengganu dan datang ke Kuala Lumpur untuk belajar di Universiti Malaya. Selaku mahasiswa ia terlibat dalam medan pertembungan ilmiah dan politik kampus. Mahasiswa tahun satu ini terkeliru dalam menempuhi dunia politik kampus. Ia berkeputusan mencari arah bermahasiswa di beberapa medium yang unik dan istimewa...biarkan pena ini bersuara menceritakan kisah catatan Mat Jek dan Fenomena Bersuara di beberapa daerah di dunia ini. Bermulanya pencarian bagi sebuah suara.......

Bandar Gaza, 2004
Halema Yassin, tersedu menahan tangisan. Mengalir air mata jernih dipipinya, bukan sebuah kesedihan tetapi keredhaan. ’Apa yang didoakan oleh abang Ahmad tercapai jua’ kata Halema kepada wartawan. ’suara perjuangan yang abang Ahmad lakukan akan diteruskan oleh pemuda-pemuda Palestin, mereka waris kepada agama dan bangsa ini’ tegas Halema. Pada 22 Mac 2004 Sheikh Ahmad Yassin, 66 tahun terkorban ekoran tembakan helikopter Israel semasa pulang dari solat suboh di masjid al Mujama al Islami. Halema adalah balu kepada al syahid.


Jalan Telawi, Bangsar Baru 2004
’aku hairan kenapa seorang cacat ditakuti oleh regim Yahudi yang mempunyai senjata paling hebat di dunia? Tanya Mat Jek kepada Isham sambil tergaru-garu kepalanya. ‘suara’ mudah jawab Isham. Telah menjadi rutin Mat Jek dan Isham berkumpul di jalan Telawi, Bangsar Baru untuk menghirup teh tarik. Mereka adalah sebahagian daripada perkumpulan yang dinamakan jemaah pemikir jalan Telawi. ‘suara’ tergaman Mat Jek sewaktu memberi respon kepada jawapan Isham kerana jawapan Isham terlalu ringkas sedangkan beliau terkenal sebagai seorang pemikir yang hebat ekoran berpengalaman merantau di beberapa buah negara dan terpengaruh idealis sosialis semasa zaman mahasiswa.’ya’ tegas Isham.
Sheikh Ahmad Yassin dilahirkan pada 1938, di Joura Tebing Gaza. Pada usia 12 tahun beliau lumpuh separuh badan selepas terbabit dalam satu kemalangan semasa bermain bola sepak di kem pelarian Gaza Shati. Beliau pernah ke Kaherah untuk belajar di Universiti Ein Sham. Disinilah beliau telah mendapat tarbiyah daripada Ikhwanul Muslimin pimpinan al Syahid Iman Hasan al Banna. Akibat kelantangan suara beliau mengecam Yahudi, beliau telah dipenjara tetapi suara jihad yang diserukan oleh beliau telah berjaya membangkitkan semangat melawan yang dikenali intifada di kalangan rakyat Palestin, beliau pernah dipenjara selama 13 tahun pada tahun 1983.
‘apa yang kau nak hairankan sangat, pada tahun 1998 Pak Sheikh dipenjara dek suara yang mengalunkan re-for-ma-si. Suara keramat ini telah mengejutkan rakyat yang tidur dan membakar semangat rakyat yang telah lama malap’ jelas Isham. ‘aku dulu pun berjuang melaungkan suara mahasiswa, suara rakyat..... lihat saja dalam demonstrasi, pemimpin pelajar menggunakan kelebihan berpidato bagi menghangatkan suasana romantis tu’ tersekat percakapan Isham semacam tertikir sesuatu. ’Tapi yang paling bodoh dan jahat adalah intelektual kangkung yang telah mengharamkan sudut pidato. Selepas itu suara keramat mahasiswa semakin pudar setelah mahasiswa dikasi oleh AUKU. Intelektual tu bukan hebat sangat, hanya menulis sebuah buku nipis iaitu Jejak2 Di Pantai Waktu dan selain itu, hanya pandai bercakap di dewan seminar dan terpapan muka dalam tv’ emosional penjelasan Isham.
Sudut pidato di Universiti Malaya ditubuhkan pada 27 Mei 1966 merupakan satu medan perdebatan terbuka untuk mahasiswa. Disinilah demonstrasi bermula dan tempat ini dianggap regalia bagi pelajar dalam proses politicization. Suara keramat pelajar di sudut pidato telah membakar semangat pelajar ketika itu untuk mengegarkan rejim Tunku dan mencelikkan rejim Tun Razak agar mengambil tindakan drastik bagi kepentingan rakyat marhaen yang sekian lama diselimuti kemiskinan dan penindasan secara perundangan. Ungku Aziz telah mengharamkan sudut pidato dan merobohkan tangga keramat itu pada tahun 1975 selepas demonstrasi Baling. Pada 1 Mac 1989, Syed Hussein al Alatas cuba mengadakan kembali sudut pidato supaya budaya kelesuan politik pelajar dihangatkan kembali. Kelantangan suara mahasiswa menyebabkan sekali lagi sudut pidato menemui ajal. Suara mahasiswa telah menjadi fobia di kalangan penguasa universiti dan kerajaan.

Banggol Peradunging Kuala Terengganu, 1983
“Saudara-saudara sekalian! Percaya! Kita menentang Parti Luput bukan kerana nama dia Parti Luput. Kita menentang parti Dacing bukan kerana nama dia parti Dacing. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak2 ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha. Tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku.” Bersemangat Tuan Guru Abdul Latif mengutarakan hujahnya yang dikenali Amanat Haji Latif oleh Parti Luput. Hujah bersemangat ini menyemarak pejuang-pejuang Islam bagi meneruskan usaha mereka memenangkan Islam melalui jihad politik.
Suara keramat ini dilontarkan dalam satu ceramah selepas tuan guru dan para sahabat dibebaskan daripada penjara, dalam era 1980an juga parti Islah telah ditekan sehingga pengikut Parti Islah terkorban di bunuh oleh orang parti Luput di kampung Tok Dirng, Terengganu, Memaling dan Lubuk Merbaung di Kedah. Suara keramat ini amat ditakuti oleh pemerintah kerana ia dapat mengancam kerajaan. Semakin banyak mehnah yang dihadapi semakin kental semangat pejuang Islam yang tulen..

Jalan Telawi Bangsar Baru, 2004
‘ooooo begitu hebat peranan suara’ respon Mat Jek setelah Isham menceritakan kehebatan semasa bergelar pelajar dahulu. ‘kau tu seorang mahasiswa, bila lagi nak bersuara, jangan jadi pondan’ sindir Zaman yang tiba-tiba mencelah. ‘zaman kau lain Man, tak ade AUKU tetapi zaman aku ada AUKU’ jawab Mat Jek.....’zaman aku juga ada AUKU, tapi kami berani bertindak, kami tak macam pemimpin mahasiswa sekarang... terleka dan terbelenggu dek kemanchoan mereka berbaju kot dan berbaju batik....cantik tapi dayus dan kurang membaca....kalau ada idea pun ciplak yang orang punya....cakap dalam Bicara Siswa terketar-ketar dan cara cakap pun mengambarkan kedangkalan ilmu...pakcik kedai kopi pun tahu mereka tak cukup berilmu” keras sindiran Zaman.
Mat Jek, seorang pelajar akademik pengajian Islam Universiti Malaya tetapi mengimani fahaman sosialis ala Che Guevara,,,seorang pemikir, penulis dan kaki seni(suka bersajak, teater) yang meminati sastera dan falsafah....dia merupakan peserta junior kumpulan pemikir jalan Telawi yang dimonopoli oleh warga sosialis. Selain berforum di bilik-bilik rahsia di Jalan Kemuja (takut SB ke???), mereka juga berdiskusi santai di kedai mamak di jalan Telawi sambil menikmati teh tarik dan roti canai.

Bandar Gaza, 1987
‘kita semua haruslah bersatu di bawah panji Islam yang murni, kita tidak berupaya lagi mengharapkan PLO yang nasionalis tu, mereka bersengkongkol dengan Yahudi dengan alasan berdamai...mereka berjuang untuk kepentingan bangsa Arab(Islam dan Kristian) tapi perjuangan kita menegakkan daulah Islamiyyah di bumi ini sama ada di tanah yang kita duduki dan tanah yang dirampas oleh Israel, jihad kita akan dijanjikan syurga’ ujar Ahmad Yassin semasa penubuhan Islamic Resistance Movement (HAMAS) pada tahun 1987. Ahmad Yassin cuba membersihkan perjuangan rakyat Palestin daripada idealis nasionalis-sekular dengan Islam yang murni. Ramai pemuda-pemudi Palestin diasuh dengan tarbiyah ala Ikhwan. Mereka menjadi tenaga penting dalam jihad. Pemuda-pemudi ini sanggup mengorbankan status teruna, dara, masa berhibur dan kehidupannya demi mati syahid. Pada tahun 1989, sekali lagi Ahmad Yassin ditahan dan dipenjara seumur hidup. Di sebalik kekebalan tembok itu, suara Ahmad Yassin masih didengari oleh pejuang Hamas yang berbaiah untuk mati dengan Islam...betullah kata Mahatma Gandhi, idea dapat memecahkan tembok-tembok penjara.

Jalan Telawi
‘Orang kita mudah lupa...betul kata Dr.M. Suara keramat dari penjara semakin dilupai, tidak mahu kita dengari lagi...yang penting pembanguneee (loghat Kelantan)’ ujar Isham menyindir....’macam mana mahasiswa nak bercakap jika diugut dengan ketiadaan kerja yang jelas menyebabkan mahasiswa tidak berupaya hidup dalam dunia yang pentingkan pembangunan, apa pemerintah buat diangguk kepala oleh mahasiswa, membisu seribu bahasa” tambah Isham seakan-akan membela Mat Jek yang baru hendak berasimilasi dengan kumpulan pemikir ini. Zaman adalah bekas pimpinan PMUM yang berjiwa nasionalis. Semasa zaman pelajar, beliau banyak memperjuangkan isu bahasa dan kemiskinan masyarakat bandar. Jiwa protes Zaman termuncul kerana beberapa kali ditahan ISA semasa zaman mahasiswanya.

Universiti Malaya, 2004
Prof. Dato Dr Jalil merupakan pemerintah UM Bahagian Musnah Mahasiswa (BMB) telah meletakkan calon BMB dalam pertandingan pilihanraya kampus. ‘BMB semakin radikal terhadap kita, usrah tak bleh buat, risalah disekat, program dilambat-lambatkan’ keluh Melur kepada Presiden PMUM, Jagat. ‘Dengar cerita BMB ingin calonkan tokoh pelajar agama dari Nilam Puri untuk menentang calon kita’ ujar Melur lagi yang merupakan Setiausaha Agung PMUM. ‘sukarlah untuk Angkatan Mahasiswa Dakwah (AMD) hendak menang’ celah Langsat...’kalaulah mereka menang, suara PMUM akan dibisukan oleh BMB....habislah suara keramat pelajar memprotes ketidakadilan yang dilakukan oleh penguasa varsiti, yang hidup hanyalah sebagai pengampu kerajaan” ujar Jagat setelah lama termenung........

Jalan Telawi
‘........mahasiswa dikasi oleh BMB....mereka menggunakan lunas perundangan bagi mengekang suara pelajar agar tidak didengari’ sindir Zaman sambil mengorek telinga.........’Man, kami berjuang menggunakan kaedah sederhana” jelas Mat Jek....”sederhana...” terkejut Zaman....”sederhana apa, idealis pun ambil daripada pembangkang...takan kau tak nampak orang-orang dakwah di kampus....AMD, PMIUM, PKPIM dan Karisma itu adalah alat bagi orang luar.......pemimpin dakwah ini hanya pandai bersuara lunak tapi kerja kosong...hangat-hangat tahi ayam” emosi kata-kata Zaman...’apasal ini Man....tak puas hati dengan pemimpin pelajar sekarang ke? Isham mencelah....”ya” tegas Zaman...”pemimpin pelajar sekarang bagai anjing taat kepada tuannya....anjing kerajaan, anjing BMB, anjing PAS, JIM, PUM dan ABIM.....mereka bukan budak tadika...mereka perlu ada jalur perjuangan sendiri....” kasar suara Zaman.
Telah lama dinasti AMD menguasai kampus.....kelantangan suara mereka bergantung kepada pimpinan, sekarang zaman kemalapan buat gerakan Islam di kampus.....sesi ini atau 2 sesi akan datang adalah era kejatuhan gerakan Islam....perkara ini relevan dengan keadaan semasa rakyat lebih menyukai Islam hadhari daripada Islam ala negara Islam yang ekstreme dan radikal kononnya....’kenapa AMD jatuh??’ tanya Melur kepada Jagat...”suara....’ perlahan jawaban Jagat..”suara kita semakin terhimpit dek pelbagai sekatan....sekatan ini menyukarkan tugas penjelasan terhadap tohmahan yang dilemparkan kepada kita dan memalapkan lagi kerja dakwah kita’ jelas Jagat kepada Melur. ‘tak ada alternatif ke?’ tanya Melur. ‘ada, demo’ ringkas Jagat. Terlopong Melur mendengar jawaban Jagat yang terkenal sebagai pemimpin sederhana, berbudi bahasa dan baik hati nuraninya. Jika pemimpin yang budiman seperti Jagat agak marah dan bertindak radikal kerana mungkin kehilangan hak bersuara....tak tahulah bagaimana reaksi jika pemimpin yang radikal dan bersuara lantang seperti Hishamuddin Rais dan Anwar Ibrahim pada masa 1970an dulu kalau mereka kehilangan hak bersuara (sememangnya telah kehilangan suara).

Gaza, 1985
‘rejim jahat ini menggunakan jentera kerajaan untuk memalapkan suara kita..mereka menggunakan media massa...gunalah apa jua.....suara kita akan tetap berkumandang” berapi-api pidato Ahmad Yassin dalam perhimpunan tahunan Briged Izzuddin al Qassam di kem Sabra. “internet....kaset, cd, cebisan risalah akan diseludup bagi memperluaskan kelantangan suara kita....mereka tidak akan berjaya membisukan suara kita” ujar Ahmad Yassin

Kota Bharu, Kelantan, 2004
“kita tidak akan menghalang percakapan mereka tetapi kita akan menjawab percakapan mereka dengan hujah al Quran, kita tak dok harta, kita tak dok duit atau kuasa..kita ada hanyalah air liur, guna ia untuk kemenangan kita, kemenangan kita adalah untuk Islam......jika mereka tidak mahu menerima hujah al Quran sesungguhnya mereka adalah golongan yang sesat” jelas Tuan Guru Zakaria dalam kuliah Jumaat bagi menangkis suara yang ingin menentang Islam....’suara adalah medium untuk berdakwah dan berjihad sama ada dalam politik dan sosioekonomi. Yang penting suara haruslah lantang menyuarakan kebenaran dan keadilan’ takzirah Tuan Guru Zakaria.



Tuan Guru Abdul Latif merupakan produk Ikhwanul al Muslimin Syria setelah mendapat tarbiyah daripada Said Hawwa dalam usrah di Universiti Madinah. Beliau mendapat pendidikan dalam bidang siasah dan syariah di Universiti Madinah dan mendapatkan sarjana di Universiti al Azhar, Mesir. Manakala Tuan Guru Zakaria mendapat pendidikan di Madrasah Darul Ulum, Deobadi, India, selepas itu ke Pakistan dan berakhir di Mesir. Di al Azhar, beliau mendapat ijazah dalam bidang bahasa Arab dan sastera serta siasah-syariah....beliau pakar dalam mantik dan berfikiran sastera sehingga kenyataan mudah diputar belit.......hujah al Quran dapat menghancurkan kebatilan dan menegakkan keadilan dan kebenaran....suara dari al Quran amat ditakuti oleh pemerintah Islam klon.....Islam hadhari yang menyuarakan Islam hanya sebahagian elemen daripada tamadun bagaikan sebuah kosmetik. Kosmetik ini tidak berguna jika wajah empunya kuasa berjerawat sekular dan nasionalisme yang tegar..

Bandar Gaza 2004
‘kita mahu menubuhkan negara Islam di Palestin dan Israel, kita sanggup mati demi menegakkan daulah Islamiyyah......wahai pemuda-pemuda, bangkitlah....bangunlah....dengan nama Allah...niat kerana Allah bagi menentang Yahudi laknaktullah” takzirah Ahmad Yassin..kata-kata Ahmad Yassin disambut dengan laungan takbir.....”takbir!!! takbir adalah seruan....seruan jihad..seruan tertegaknya negara Islam. Takbir akan menyemarak semangat perjuangan yang malap dan meredakan hati yang terluka....” Ahmad Yassin meneruskan sikap bersuaranya. ‘Hidup Islam, hidup Islam, hancur sekular, hancur nasionalis, hancur Yahudi, hidup Islam, Allahuakbar!!!” sambut pengikut-pengikut Hamas yang memenuhi jalan raya.

Jalan Kemuja, Bangsar Utama
‘hak bersuara...jika dikekang akan melahirkan revolusi.....manusia yang dikekang akan berusaha agar suara mereka didengari.....mereka akan bergerak di atas tanah atau di bawah tanah, mereka sanggup mati untuk bersuara’ jelas Isham dalam forum mingguan tentang Revolusi Perancis di Markas Jemaah Pemikir Jalan Telawi....’aku setuju, luahan Isham tu. Suara ini akan membariskan idea supaya masyarakat berfikir tentang apa yang dilontarkan oleh pemimpin’ sokong Helmi Ranggi......tersenyum Kelsum melihat gelagat Helmi Ranggi yang bersemangat tetapi lucu itu. ‘aku tak setuju, Isham........aku rasa tulisan lebih penting daripada suara...tulisan lebih kekal daripada suara. Sedangkan suara bersifat sementara dan manusia terutamanya si Melayu mudah lupa apa yang mereka dengar” bangkang Mat Jek dalam forum yang semakin tegang............

Universiti Malaya, 2004
Dato Jalil telah melakukan grand design bagi mengalahkan calon AMD dalam pilihanraya kampus.... Sebagai ketua BMB, beliau berperanan besar membersih anasir-anasir parti oposisi di kampus yang disayanginya ini.......”kumpulkan calon calon kita daripada ulama-ulama dan kita sekat AMD yang barua itu” bentak Dato Jalil dalam mesyuarat dengan wakil pelajar pro BMB. “kita mahukan hiburan dipergiatkan. Panggil KRU, OAG dan Too Phat bagi melalaikan pelajar dan diteruskan program pesta-pesta. Dan ia akan menarik sokongan pelajar kepada kita.........kita gunakan program Rakan Muda dan pembantu mahasiswa untuk membasuh minda pelajar baru supaya menyokong kita” cadang Risan Layor, pelajar Law yang merangkap agen parti Luput .....”bijak...bijak teruskan Risan Layor” puji Dato Jalil........”jika pelajar AMD bersuara melawan konsert yang dianjurkan, kita akan belasah mereka dengan undang-undang, AMD pasti terkencing” ujar Aham sambil ketawa.......lawak bangang Aham disambut ketawa besar oleh pemuka-pemuka BMB.

Terengganu, 2004
‘Pilihanraya ini adalah cubaan parti Luput mematikan demokrasi...setelah mereka mengISAkan suara kita melalui pengharaman ceramah......mereka main tipu dalam pilihanraya.....pengundi hantu, rasuah wang, ugutan, peraturan SPR, serta nombor siri kertas undi merupakan senjata melalui perundangan mereka untuk mengalahkan kita......mereka mengamal taktik yang bijak tetapi paling jahat dan zalim.” Jelas Tuan Guru Abdul Latif dalam ceramah penjelasan kekalahan parti Islah di Terengganu dan Malaysia secara amnya.....
Dato Jalil dilahirkan di dalam sebuah keluarga polis yang berdisiplin. Mendapat pendidikan di Maktab Cinta Kelebihan dan Kekuasaan (MCKK). Di maktab inilah beliau diasuh dengan sifat elitis yang mementingkan kuasa, imej terbaik dan harta..kemasyhuran nama lebih penting daripada beragama...’agama itu hanyalah ibadat” katanya dalam satu majlis. Dato Jalil memang gilakan kuasa, gila nama, gila harta, gila hiburan, gila rokok. Selepas itu, semuanya akan gila kerana dikuasai oleh orang gila...yang paling dibencinya adalah Islam perjuangan, Islam dinamik, Islam bernegara, Islam cita-cita....kerana beliau anggap Islam hanyalah sebuah sejarah, ibadat dan bersifat statik.

Universiti Malaya, 2004
Pilihanraya kampus bakal menjelma. Calon BMB telah dilatih berpidato dan dipromosikan melalui TV kerjasama dengan parti Luput (macam parti Likud). ’Fendi.... budak kolej tujuh tu?’ soal Nuree kepada Melur....’budak tu pandai cakap je, kerja kosong...habuk tak ada, aku tinggal sekolej dengan dia... aku tahu la’ sambung Nuree dengan telor ala mamak...’kolej ketujuh’ tergaman Melur...’ketika mereka membisukan suara Presiden PMUM, suara bakal calon BMB mula berkumandang.....satu perlawanan yang tidak adil....ni dinamakan cah keting’ percakapan Melur seakan-akan merintih...

Universiti Malaya, Pertengahan Bulan Ogos 2004
‘mereka ganggu lagi, mana keistimewaan PMUM yang dipilih oleh suara pelajar’ keluh Melor...’segala masalah diletakkan dikepala PMUM, tapi melakukam rancangan mereka tanpa perbincangan, untung mereka ambil’ keluhan Mamat yang bengang dengan tindakan BMB yang mencampuri pengurusan Pesta Konvo 2004.....tindakan pengurusan menyebabkan pimpinan PMUM semakin geram dan terseksa....

Universiti Malaya , pertengahan September 2004
Pilihan raya kampus datang lagi’ adu Mat Jek pada Isham....’boleh kita jadi pemantau pilihan raya, takut juga suara mahasiswa dikesampingkan’ jawab Isham sambil tersenyum....’pelajar adalah pelapis....pelajar adalah pewaris bangsa......dengan nama Allah.....berjuanglah dengan maha perkasa........jangan gundah,,,teruskan perjuangan......hancur nasionalis dan sekular....laungkan suara mu tanpa rasa takut’ bersemangat Tuan Guru Abdul Latif berceramah di hadapan Masjid al Rahman setelah dihalang memasuki kampus.
‘mereka ingat kematian Syeikh Ahmad Yassin dan Abdul Aziz al Rantisi boleh menghancurkan suara perjuangan kita, demi Allah tidak sesekali kita bisu membicarakan penegakkan kalimah syahadah di bumi anbiya ini, suara kita akan terus lantang sehingga badan ini hancur luluh’ luah Khalid Marshal dalam perhimpunan di Universiti Gaza sempena memperingati syahidnya Ahmad Yassin dan al Rantisi.
‘bermacam usaha telah kita lakukan....kita telah bayar calon kita dengan wang dan memberi handphone, kita tawar tiket perlancongan dan baucar hadiah kepada senior, kita telah basuh minda pelajar tahun satu di Sepang, ugut puak dan buang pelajar AMD daripada kolej, program raksasa bagi menewaskan AMD, ‘UM Boleh’ tetapi kita masih gagal, saya malu pada ketua parti Luput, dah banyak belanja dikeluarkan, kali ni kita akan menang dengan apacara sekalipun’ bergema ucapan Dato Jalil di DP 2 KPS. ‘Ya Dato Jalil...kali ini kita menang punya....budak senior yang totok AMD dah keluar.....budak baru kita sudah basuh....banyak boleh menang.....saya yakin dato’....ucap Aham dengan telor Indianya.....Aham adalah pegawai khas BMB yang pernah bercakap lucah dengan pelajar perempuan di kolej ke 101. Biarpun dibuang kolej tetapi disayangi oleh ketua BMB kerana kerapkali mencium punggung Dato Jalil sehingga geli-geliman dan hendak terkencing Dato Jalil....itulah bisanya sebuah kisah suara ampu-ampuan...

Kempen pilihanraya kampus 2004
‘mereka itu pemecah belah mahasiswa, mereka pro pembangkang, mereka peralatkan agama untuk kemenangan AMD......jangan sokong mereka’ lantang suara Fendi dalam rapat umum.
‘kita bersama rakan-rakan non muslim memperjuangan aspirasi mahasiswa berasaskan keadilan dan kebenaran yang tidak menlanggari lunas Islam, kita tidak mahu mahasiswa menjadi alat pihak tertentu.....kita akan mendepani masalah dengan usaha kebersamaan muslim dengan non muslim” begitulah ucapan suara aspirasi mahasiswa, si Jagat semasa malam rapat umum di DTC. ‘kita mahu hiburan terkawal di kampus ini, peranan wanita mesti diaktifkan’ sebahagian suara yang terpacul daripada Salina, Ketua Helwi AMD.
Sesudah kempen pada malam tersebut Mat Jek ketemui Jagat....’salam aspirasi’ gurau Mat Jek...’salam aspirasi’ jawab Jagat sambil tersenyum..’selamat berjuang dan ambo doakan mung menang’ ucap Mat Jek secara ringkas. ‘terima kasih, depa turun mengundi noo....’ jawab Jagat dengan loghat Pulau Pinang sambil terpaksa melayani rakan-rakan yang mengerumuninya....

Hari Pengundian
‘Sharul, pakcik drebar bas universiti kempen pada pelajar’ telefon si Loloq....’mereka guna van khas, drebarnya budak kolej Lapan... angkut pengundi dari kolej’....’jelitawati dari puteri parti Luput masuk kampus, mereka pakai purdah tetapi berseluar dalam biru dan bercoli merah jambu, merayau-rayau di peti undi fakulti Pendidikan’...’mereka pasang banner menggugut pelajar baru dan memburukkan AMD, di fakulti Sastera dan Sains Sosial’(sms dari ahli AMD) ‘AMD keparat, barua parti oposisi’(SMS dari BMB, Izal Pusat Kebudayaan)....begitulah antara SMS yang diterima Sharul, selaku pengarah pilihanraya kampus AMD......’ini permainan kotor, memang mengotorkan’ marah Sharul.....
Malam keputusan pilihanraya kampus....keadaan sungguh tegang di antara BMB dan AMD saling boo memboo. Naib Canselor, Datuk Paduka Misha M@Kerapu turut hadir dengan pakaian santai ala Hawaii sambil berdiri menayang punggung bersama pemuka-pemuka varsiti yang lain. Dato Jalil datang lewat kerana terberak cair dalam seluar dek majlis makan malam meraikan calon BMB bersama Menteri Pengangkutan, Menteri Besar negeri ‘A’ dan Menteri Wanita pada malam sebelum itu. Beberapa pensyarah India kelihatan sibuk bagai anjing kehausan air kencing, ‘pi mai-pi mai’ daripada meja pengiraan undi kepada si Aham, si ampu. Pengiraan keputusan berlarutan sehingga jam 2.00 pagi.


Esok.....
1. Harian Meloya: ‘Golongan Pro Pembangkang Kalah Teruk’
2. Berita Tipuan: ‘ Golongan Sederhana Kuasai Kampus’

Begitulah antaranya tajuk utama akhbar perdana dalam mengulas kekalahan teruk AMD di UM. Mat Jek terpingga-pingga dalam kekeliruan......Isham tersenyum masam.....Zaman ketawa.....Melur, Salina dan Nuree menangis sedih.....Risan Layor dan Aham, bersorak.....Dato Jalil dan Dato Paduka Misha M@Kerapu, tersenyum puas dan bangga,.....Jagat tunduk sedih dan berdoa agar usaha Islam bangkit kembali.....Fendi bangga dengan jawatan Presiden PMUM yang baru, boneka BMB.

Akhiran Cerita....
‘kejam sungguh dunia politik kampus, setelah mereka membuat tohmahan yang memburuk-burukan imej AMD dan pimpinannya di kalangan pelajar, mereka taburkan pula rasuah material kepada pelajar......kotor, memang mengotorkan.....AMD perlu pendekatan baru bagi menangkis serangan dajal BMB ini’ nuqil Mat Jek pada akhiran tulisannya setelah terpingga-pingga memikirkan fenomena bersuara yang dialaminya.

Mamat.com
Telah disudahi cerita ini pada tarikh 30 Mei 2004 dan jam 12.40 tengah malam. Kuala Terengganu.




Nota.
Cerita mitos ini tidak ada kaitan dengan mana-mana manusia yang belum bernafas, sedang bernafas, tidak bernafas atau tercekik semasa bernafas...jika ingin terkentut dek kesamaan cerita mitos ini dengan kehidupan seseorang manusia yang bernafas, ia adalah satu kebetulan...maaflah....dan simpan kentut anda dalam perut dan keluarkan angin kentut itu melalui saluran hidung....sebarang ayat dalam cerita ini mengambarkan ketepatan kejijikan sesuatu perangai manusia...harap pembaca memahaminya......

Kembara ke Tasek Utara

BAHAGIAN 3 ---------- Pada pagi 18 September 1974, semua peneroka telah bersedia. Anak-anak kecil memakai baju sekolah walau mereka tidak akan bersekolah pada hari ini. Sang ibu mengendung anak-anak kecil di dalam kain batik. Si ayah membawa barang-barang - harta yang terselamat daripada serangan "pengganas" MPJB semalam. Setelah semuanya terkumpul, sebuah kereta Ford tua datang. Empunya kereta ini bersimpati dengan kami. Dia berulang-alik mengangkut peneroka Tasek Utara untuk pergi ke Bukit Timbalan. Saya dan beberapa kawan telah pergi dengan "teski sapu," pemandunya pula memberikan khidmat itu percuma sebagai tanda simpati. Hampir jam 10, kami semua telah sedia berkumpul di sebelah bangunan perpustakaan. Anak-anak mahasiswa juga telah mula menyusur datang. Dari sini, kami berarak menuju ke Bukit Timbalan. Sesampai saja kami di hadapan pejabat Menteri Besar, wakil setinggan mengajukan permintaan untuk bertemu dengan Datuk Osman Saat. Malangnya, kami diberitahu, pemimpin Umno itu tidak akan masuk pejabat hari itu. Sebagai ketua peneroka yang tidak rasmi, Abang Amin telah berbincang dengan setinggan. Mereka mengambil keputusan untuk menunggu Datuk Osman. Kami pun berkumpul di bawah pokok di seberang jalan. Ibu dan anak-anak kecil mula berehat. Gendong pakaian dijadikan bantal. Kain batik dan surat khabar dijadikan tikar. Untuk berteduh sambil menunggu kedatangan MB, kami berusaha mencari khemah. Sebaik sahaja khemah terpasang, maka orang ramai yang lalu-lalang mula datang menjenguk dan tertanya-tanya. Kami pun memasang sepanduk untuk menerangkan kepada orang ramai tentang tujuan kami berkumpul. Anak-anak mahasiswa mula mengadakan sudut pidato. Keadaan ini menjemput lebih ramai orang lagi untuk mendengar kisah penderitaan peneroka Tasek Utara. Pelajar antarabangsa kirim sokongan Pada sebelah petang, datang pula seorang hamba Allah mendermakan seguni beras. Akhbar Cina siaran petang memberikan liputan yang adil terhadap kes setinggan itu. Melalui berita ini, beberapa kumpulan dan persatuan orang Cina di sekitar Johor Bahru mula memberikan sokongan. Ikan sardin, gula, susu, tepung dan barang makanan mula sampai. Orang ramai yang lalu lalang mula menghulurkan derma. Khemah di bawah pokok di atas Bukit Timbalan terus kami jadikan kawasan perkampungan baru. Wanita dan anak-anak tinggal di satu khemah khas. Peneroka, mahasiswa dan penyokong setinggan tidur di luar khemah. Untuk orang ramai yang hairan melihat "kampong baru" ini, mereka diterangkan melalui satu poster besar (foto) bahawa penduduk miskin kota itu telah berkampung kerana rumah mereka dirobohkan. Setinggan itu sedang menunggu MB mereka yang baru saja mereka pilih. Sokongan datang mencurah-curah. Kes peneroka Tasek Utara telah menjadi berita dunia. Persatuan Pelajar Politeknik Singapura (SPSU) telah menghantar pimpinan mereka untuk bersama kami di Johor Bahru. Pelajar-pelajar Malaysia di Australia, Britain dan New Zealand menghantar telegram sokongan melalui PMUM dan mula memungut derma. Kestuan Pelajar Australian (AUS), Kesatuan Gabungan Pelajar New Zealand (NZUSA), Kesatuan Pelajar Universiti Hong Kong (HKUSU), Persekutuan Pelajar Hong Kong (HKFS), Persatuan pelajar Asia (ASA) adalah antara puluhan persatuan pelajar antarabangsa yang memberikan sokongan. Semua sokongan ini memperkuatkan semangat kami. Setiap telegram yang diterima, saya bacakan, dengan terjemahan, kepada peneroka dan orang ramai. Peneroka berasa hairan dan bangga. Hairan kerana tidak menyangka bahawa mereka akan mendapat sokongan begitu hangat. Bangga kerana mereka, walaupun miskin tetapi sanggup bangun untuk menuntut hak mereka. Setelah berbuka puasa, para mahasiswa terus memulakan siri ceramah terbuka. Lilin-lilin dan pelita terpasang di sekeliling khemah. Suasana menjadi ceria dan hidup. Sesiapa saja boleh bercakap untuk mengeluarkan pandangan dan sokongan. 'Diserang' ketika sedang nyenyak Tangga pejabat MB kami jadikan pentas. Ratusan penduduk Johor Bahru dan dari kampung-kampung di sekitar bandar telah datang berkumpul untuk mendengar perjuangan penduduk miskin kota Tasek Utara. Lewat tengah malam orang ramai mula pulang. Sang ibu dan anak-anak telah nyenyak tidur. Pemimpin peneroka dan beberapa orang mahasiswa berkumpul dan berbincang tentang tindakan seterusnya. Wang derma telah terkumpul melebihi 2000 ringgit. Derma makanan telah membusut. Lalu diputuskan bahawa kami esoknya akan meneruskan perkampungan ini sehingga peneroka dapat bertemu dengan Datuk Osman. Hampir jam 1 pagi, kami pun mencari tempat di sekitar khemah untuk meletakkan kepala. Saya sedang nyenyak tidur apabila dikejutkan. Apabila membuka mata, di hadapan saya berdiri seorang pegawai polis Benggali berserban. Pada mulanya saya terasa seperti sedang bermimpi tetapi suara tangisan dan jeritan kaum ibu dari dalam khemah menyedarkan saya bahawa khemah kami telah dikepung "musuh." Saya, Yunus Ali, Syed Hamid, Abang Amin dan Abang Kaliman ditangkap dan dibawa ke rumah pasung (balai polis) Johor Bahru. Jam telah lewat 3 pagi apabila kami semua dimasukkan ke dalam lokap. Inilah malam pertama saya tidur di dalam lokap - di atas simen, berbantalkan lengan sendiri dan merengkuk sejuk kerana saya hanya memakai seluar pendek. Bilik nombor 4, lokap rumah pasung Johor Bahru ini, tidak akan saya lupakan. Pengalaman 25 tahun dahulu di bilik ini telah mendidik dan menyediakan diri untuk menjadi saya yang wujud pada hari ini. Bilik lokap ini mengajar saya makna kebebasan. Malam ini juga saya didewasakan dengan pengajaran bahawa polis, penjara dan mahkamah adalah sebahagian daripada sistem daulah yang mempertahankan kaum pemodal. Diheret ke mahkamah Kami berlima tidak banyak bercakap. Kami telah bersedia untuk menghadapi mahkamah. Cuma kami berasa runsing apakah yang sedang terjadi kepada para peneroka yang telah kami tinggalkan di Bukit Timbalan. Apakah khemah perkampungan kami masih selamat? Soalan tanpa jawapan ini terus berlegar-legar di kepala saya sehingga terlelap. Saya tertidur kembali setelah diganggu Benggali berseban pada jam 3.15 pagi tadi. Esoknya, 19 September 1974, kami dibawa ke mahkamah. Ratusan orang ramai telah berkumpul mengelilingi mahkamah. Dari dalam lori polis Black Maria, saya ternampak anak-anak muda, penduduk miskin kota, pakcik warung, pekerja dan pegawai kerajaan datang, mungkin kerana simpati atau kerana ingin mengetahui dan mendengar sendiri perbicaraan kami. Saya juga ternampak mahasiswa dari Universiti Malaya - mereka telah berkumpul dalam satu kumpulan. Bersama mereka Juliet Chin dan Tan Wah Piow, pimpinan mahasiswa dari Universiti Singapura. Apabila Black Maria menghampiri mahkamah, orang ramai mara ke hadapan tetapi telah dihalang oleh polis. Saya nampak dan terdengar laungan "hidup perjuangan rakyat" daripada kawan-kawan saya di luar mahkamah. Di dalam mahkamah, Abdul Razak Ahmad, seorang peguam muda, juga bekas pimpinan gerakan mahasiswa universiti yang telah "dihalau" keluar dari Universiti Singapura oleh Lee Kuan Yew, telah bersedia untuk membantu kami. Perbicaraan kami cepat dan ringkas. Magistret wanita itu telah menolak permohonan untuk ikat jamin. Kami terus direman selama satu minggu. Dan kami berlima pun dipindahkan masuk ke dalam Penjara Air Molek.

Mahasiswa Dahulu dan Sekarang

Mahasiswa Dahulu Dan Sekarang
oleh Hishamuddin Rais
Sejarah gerakan dan perjuangan pelajar dan mahasiswa di tanah air kita adalah sebahagian dari sejarah negara ini. Walau pun sejarah ini tidak terperinci tetapi hakikatnya pelajar dan mahasiswa telah memainkan peranan yang penting di dalam mencetuskan kesedaran sosial. Dari zaman penjajah lagi pelajar-pelajar dari sekolah pondok, dari sekolah-sekolah agama dan dari maktab perguruan telah sebaris bersama-sama rakyat untuk menuntut kemerdekaan. Nama seperti Gunung Semangul dan Maktab Perguruan Sultan Idris telah menjadi ingatan kolektif umum.
Masyarakat akan terus berkembang dan berubah. Ada yang berubah mengundur ke belakang untuk mara ke hadapan dan ada yang berubah untuk lebih maju. Ini adalah hukum sosial yang tidak mungkin dapat dielakkan. Semua tamadun bercita-cita untuk membawa kebaikan. Justeru semua cita-cita perubahan yang dibawa oleh falsafah negara ialah untuk melahirkan sebuah masyarakat yang lebih adil dan lebih makmur.
Keadilan sosial telah menjadi tuntutan oleh setiap anggota masyarakat. Dan di sinilah munculnya cita-cita untuk melahir, mendiri dan mengembangkan konsep sebuah masyarakat madani. Kelahiran masyarakat ini adalah idealisma semua falsafah, semua fahaman agama dan semua ideologi politik. Tidak mungkin sesiapa pun berani melanggar cita-cita dan idealisma kelahiran sebuah masyarakat yang lebih adil dari apa yang ada pada kita hari ini.
Justeru kita mesti melihat tunggak asas untuk melahirkan konsep dan idealisma masyarakat madani ini. Untuk ini, tidak dapat tidak kita akan bertembung dengan hukum ekonomi yang menjadi asas dan basis peraturan masyarakat. Pengagihan ekonomi akan mencerminkan sama ada sesebuah masyarakat itu adil atau tidak. Struktur-struktur pengagihan ekonomi ini mestilah berlandaskan keadilan. Hukum rimba siapa kuat siapa mendapat tidak boleh dipakai sebagai landasan sebuah masyarakat yang adil.
Punca-punca ekonomi tidak seharusnya dimiliki cuma oleh sekumpulan yang berpengaruh. Pembulatan punca-punca pengeluaran yang asas jika dimiliki oleh satu kumpulan yang kecil tidak dapat tidak akan melahirkan sebuah masyarakat yang tidak madani dan tidak demokratik. Punca-punca asas ekonomi juga wajib didemokratikkan. Ini bermakna satu struktur pengagihan ekonomi yang lebih adil, telus dan bertanggungjawab mesti menjadi cita-cita dan slogan perjuangan untuk sesiapa saja yang ingin melihat keadilan muncul.
Di sini pelajar dan mahasiswa wajib memainkan peranan yang penting. Sebagai kumpulan yang terdidik, berilmu dan penuh kesedaran, pelajar dan mahasiswa wajib menilai kembali peranan mereka sebagai anggota masyarakat. Apakah sebenarnya peranan pelajar? Di manakah seharusnya 'orang-orang muda' hari ini berdiri? Apakah berdiri di pihak yang benar? Apakah membiarkan ketidakadilan berterusan? Apakah sanggup melihat kebatilan berterusan? Atau bersama rakyat terbanyak memerah otak untuk menunda arah perjalanan masyarakat kita.
Tidak dapat disangkal bahawa hari ini pelbagai hukum, akta, undang-undang yang dianggap 'sahih' , 'halal', 'kosheer' atau 'legit' yang telah diluluskan oleh parliament yang kelihatan menjerat bukan saja para pelajar dan mahasiswa tetapi sesiapa saja yang cuba mengubah pradigma berfikir. Jika pandangan, pendapat, kelakuan, sikap dan pandangan politik berseliseh dengan kuasa dan penguatkuasa, maka tidak dapat tidak 'hukum dan akta' akan dipergunakan.
Di sinilah perbezaaan seorang pelajar dan siswa yang berilmu dengan seorang pelajar dan siswa yang cuma datang ke kampus untuk mendapatkan ijazah. Ini bukan bermakna yang ijazah dan diploma tidak penting. Masa dan ruang yang diwujudkan di gedung ilmu itu wajiblah digunakan untuk mencari kebenaran dan bukan untuk menimbun tambah kejahilan. Kebenaran yang ditemui digedung ilmu ini seharusnya bukan hanya untuk kepentingan sendiri. Ilmu pengetahuan juga wajib didemokerasikan. Ilmu pengetahuan adalah pencapaian satu-satu tamadun. Ilmu dan keilmuan tidak seharusnya menjadi bahan jual beli.
Pendemokrasian ilmu sama seperti pendemokrasian ekonomi akan memperlihatkan kedudukan satu satu tamadun. Apa yang berlaku hari ini ialah kesongsangan pandangan di dalam pentakrifan apa yang dipanggil sebagai 'kemajuan'. Semua ini muncul dan timbul dari suasana sosial dan politik yang tidak menjana dan menggalakkan ruang budaya toleransi dan ruang demokrasi.
Ruang demokrasi ini terlalu penting untuk dijual beli. Ruang ini adalah hak asasi setiap individu yang dilahirkan di dunia ini. Tidak mungkin akan lahir satu masyarakat yang maju walau pun bangunan di negara itu telah sampai ke tepi langit. Tidak dianggap satu kejayaan oleh mana-mana tamadun dari lima benua hanya dengan menunjukan yang kita telah sanggup membuat bendera terbesar atau roti canai terbesar. Kesongsangan pandangan ini lahir kerana perdebatan dan ruang demokrasi yang semakin menyempit.
Merampas kembali ruang demokrasi inilah yang seharunya menjadi cita-cita perjuangan para pelajar dan mahsiswa hari ini. Di sinilah permulaan perjalanan kesedaran seseorang individu. Pelajar harus sedar yang ruang demokrasinya telah diinjak-injak dan disempitkan oleh pelbagai rukun, undang-undang dan akta. Ruang demokrasi ini tidak akan datang dengan menggolek. Ruang ini tidak akan diberikan tanpa perjuangan. Ruang ini akan menilai di mana letaknya kesedaran para pelajar dan mahasiswa hari ini.
Pelajar, mahasiswa dan orang muda adalah pemangkin setiap perubahan. Perhatikan di semua gerakan sosial yang mengubah sejarah. Kita akan bertemu dengan generasi anak muda. Anak muda di mana-mana pun mahukan perubahan. Anak mudalah perubah zaman.. Hanya orang muda yang berani mengubah sejarah. Setiap hari, setiap dekad, setiap kurun rakyat menunggu apakah yang akan dilakukan oleh anak muda. Terpulanglah kepada anak-anak muda di UPM. Dalam hidup ada pilihan. Hidup cuma untuk bernafas atau hidup untuk bersama mengukir sejarah. Dunia akhirnya akan jatuh ke tangan anak muda.

AUKU DAN RUANG DEMOKRASI

AKTA UNIVERSITI DAN RUANG DEMOKRASI
oleh Hishamuddin Rais

Dari segi sejarah, Akta Universiti dan Kolej
Universiti diluluskan oleh parlimen pada tahun 1971.
Ini berikutan dengan sikap dan aktiviti para pelajar
dan persatuan pelajar terutama PMUM (Persatuan
Mahasiswa Universiti Malaya) yang secara berani dan
tegas telah mengambil bahagian di dalam arus perdana
politik Malaysia. Pada pilihanraya 1969, PMUM telah
mengeluarkan Manifesto Pelajar yang telah mendapat
sambutan hangat daripada rakyat. Manifesto ini adalah
pengumpulan pandangan-pandangan para mahasiswa dan anak-anak muda generasi enam puluhan. Manifesto ini tidak menyebelahi mana-mana parti politik tetapi menyuarakan pandangan pelajar, mahasiswa dan generasi muda untuk apa yang wajib dilakukan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama.
Di bandar-bandar besar seperti Melaka, Seremban dan
Pulau Pinang, PMUM dan pemimpin pelajar telah
mengadakan rapat-rapat umum yang telah menyaingi dan melebihi keupayaan United Malay National Organisation dan Perikatan untuk mengumpul pendengar. Di Pulau Pinang rapat umum PMUM masih menjadi sejarah kerana hingga ke hari ini tidak ada lagi rapat yang dapat menjemput puluhan ribu rakyat datang mendengar seperti rapat PMUM 1969. Rapat ini telah menjadi sebahagian dari ingatan kolektif penduduk pulau itu.
Pandangan dan pendapat pelajar/mahasiswa di waktu itu diberi perhatian yang berat oleh rakyat kerana sikap
pelajar yang tidak menyebelahi mana-mana parti
politik. Orang ramai melihat pelajar/mahasiswa sebagai
satu kumpulan yang tidak mempunyai kepentingan
peribadi. Dasar dan garis polisi persatuan dilahirkan
daripada keikhlasan mereka dalam usaha untuk
menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh rakyat di dalam memilih perwakilan.
Keberanian pelajar di zaman ini telah menggoncang
kekuatan dan pengaruh United Malay National
Organisation/Perikatan. Banyak pemimpin kerajaan telah 'terbungkus' termasuk kerusi Dr. Mahathir sendiri.
Huru-hara telah dimulakan pada 12 Mei untuk
membolehkan Perikatan terus berkuasa. Bila Parlimen
dipulihkan pada 1971, Akta Universiti telah
dikanunkan.
Dari mula pengenalan Akta ini sehingga ke tahun 1974
tidak ada satu persatuan pelajar yang mengambil endah
tentang akta ini. Persatuan terus bergerak seperti
biasa. Semua aktiviti berjalan terus. Nama akhbar
pelajar seperti Mahasiswa Negara, Gema Siswa, Suara
Siswa terus dicetak dan dijual untuk memberi pandangan alternatif daripada perspektif pelajar. Persatuan pelajar/mahasiswa adalah satu-satu persatuan di dalam negara yang pemilihan pucuk pimpinan dilakukan secara demokratik dan bebas daripada segala bentuk rasuah.
Demokrasi berjalan lancar di kampus-kampus sehingga
tahun 1974 apabila sekali lagi demokrasi
diinjak-injak.
Kegawatan ekonomi pada tahun 1974 telah memaksa
puluhan ribu petani miskin di Kedah untuk bangun
menyuarakan bantahan mereka terhadap dasar pro-barat, pro-kapitalis, pro-orang kaya dan pro-taukeh yang
dijalankan oleh United Malay National Organisation.
Rakyat miskin penoreh getah dan kaum tani miskin telah bangun dan mengadakan demonstrasi. Pelajar dan mahsiswa telah tidak dibenarkan memasuki Kedah
terutama untuk turut sama berdemonstrasi di Baling.
Tetapi pada 3hb December 1974, seluruh ahli-ahli
daripada pelbagai persatuan mahasiswa di bawah badan induk seperti PKPM, PKPIM dan MBM telah mengadakan demonstrasi secara aman di Padang Selangor (nama lama - harus dipanggil Padang Demokrasi) untuk menyatakan sokongan terhadap Demonstrasi Baling. Jawapan daripada
kerajaan sama seperti yang terjadi hari ini. Ramai
yang ditahan di bawah ISA dan Akta Universiti 71
diperketatkan lagi dengan pelbagai pindaan. Dan Akta
yang wujud hari ini adalah membuktikan sejarah
kegemilangan gerakan pelajar/mahasiswa untuk
menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
Ruang demokrasi memang semakin sempit bukan sahaja di kampus tetapi di seluruh tanah air. Pelbagai
undang-undang dan akta telah dihimpunkan dan
diluluskan melalui parlimen dengan tujuan agar para
kapitalis, pemodal tempatan dan pemodal luar negara
dapat memunggah dan mengaut kekayaan tanpa diganggu, diusik atau dikritik. Malah menteri pelajaran Dato Sri Najib baru-baru ini telah menyatakan secara jujur yang dasar yang dibawanya ialah ' we're pro business'.
Kerana dasar pro-business dan pro-kapitalis inilah
yang telah menyempitkan ruang demokrasi untuk pelajar dan rakyat. Kapitalis ialah sistem ekonomi yang
menggalakkan dan menghalalkan pengumpulan harta
kekayaan dan punca-punca pengeluaran ke dalam tangan segelintir individu. Di dalam sistem kapitalis
semuanya halal dan boleh dilakukan asalkan perbuatan
itu boleh membawa keuntungan. Keuntungan maksimalah yang menjadi dasar utama sistem ekonomi ini.
Sistem ini telah diterima pakai di negara ini kerana
sistem ini telah dipaksakan kepada kita semenjak zaman British lagi. Hari ini kita lihatlah sendiri porak
peranda yang dibawa oleh sistem ekonomi kapitalis ini.
Penswastaan telah menjadi satu tipu muslihat untuk
merompak harta rakyat. Harta yang dahulunya kepunyaan rakyat seperti air, api, keretapi, kapalterbang dan lain kini telah diambil oleh individu. Semasa
syarikat-syarikat ini mendapat untung semuanya masuk
ke dalam saku taukeh-taukeh ini tetapi bila mereka
rugi, hutang mereka wajib dikongsi sama. Inilah dasar
sistem kapitalis yang didukung oleh United Malay
National Organisation dan Barisan Nasional.
Para pelajar/mahasiswa hari ini wajib berfikir dan
meneliti sejarah. Sejarah mendidik kita melihat
perjuangan orang-orang yang terdahulu dari kita. Ruang
demokrasi pernah wujud di dalam kampus dan ianya telah terhakis hasil daripada dasar pro-kapitalis kerajaan. Pada tahap ini perjuangan pelajar/mahasiswa seharusnya untuk mengembalikan dan merampas kembali ruang demokrasi itu. Ruang demokrasi cukup penting kerana hanya dengan ruang demokrasi barulah potensi seorang pelajar, mahasiswa atau seorang individu dapat dicanai untuk melahirkan seorang insan yang berguna untuk kebaikan ramai. Untuk membuktikan cinta kepada ruang demokrasi langkah yang paling awal ialah untuk turut sama di dalam pertubuhan NGO seperti ADIL atau SUARAM
yang sedang berjuang untuk memperluaskan ruang
demokrasi bukan saja untuk pelajar tetapi untuk
seluruh rakyat negara ini.

Nota Diri

Nama: Mohamad Ridhwan Bin Alias

Pendidikan

+ Mendapat pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (Major: Sejarah, Minor: Antropologi dan Sosiologi)

+ Diploma Pendidikan, MPTAA

Fokus Penulisan

+ Sejarah dan politik terutamanya di Malaysia, Timur Tengah, Gerakan Islam dan Gerakan Mahasiswa/Anak Muda.

Penafian

+ Penulis bukan ustaz
+ Penulis bukan pakar
+Segala pembacaan perlu dibuat lebih lanjut untuk pemurnian fakta.
+ Segala penulisan adalah pendapat peribadi.