Penyusun:
Mohamad Ridhwan Bin Alias
“Jangan bimbang tentang
Amerika. Kita yang memiliki Amerika. Dan selama ini saya fikir memang kita
menguasai negara itu’ –Ariel Sharon, Perdana
Menteri Israel, 2001.
Penstrukturan
semula dunia yang boleh disifatkan sebagai Orde Baru Dunia dilakukan setelah
keruntuhan rejim komunis di seluruh dunia terutamanya tumbangnya Soviet Union,
runtuhnya tembok Berlin dan dasar keterbukaan ekonomi China. Fokus utama penguasaan
sumber ekonomi petro-dolar dan penataran ideologi.
Kemunculan Kelompok
Neo-Konservatif (Neo-Con) Dalam Politik Amerika Syarikat
Para
sarjana dan pengkaji seringkali mengunakan istilah Neo-Konservatif atau neo-con dirujuk kepada sekelompok
manusia yang berpengaruh dalam pembentukan dasar dan polisi Amerika. Merekalah
yang merancang melahirkan neo-imperialisme kuasa Amerika. Pada pandangan
penulis, apa jua nama, asal usul kepada fenomena keganasan global ini terletak
pada tangan sekumpulan ‘Elit Bangsawan Kapitalis Yahudi’ yang berada disebalik
tabir menyusun atur dunia. Merekalah disebalik tabir Barat terutamanya Amerika.
Kehendak
kelompok Elit Bangsawan Kapitalis Yahudi digerakkan oleh ahli politik, pembuat
dasar, sarjana, pemikir, parti politik, institusi pemikiran, universiti, NGO
dan syarikat-syarikat. Antara pemikir kelompok neo-con ialah Max Singer
(pengasas Institut Hudson)[i],
Richard Perle,[ii]
Gary Schmitt (Projek PNAC[iii]),
Michael Rubin, David Wurmser dan Michael Ledeen. Tulang belakang dalam kelompok
Demokrat ialah Michael O'Hanlon (Institut Brookings), Yakub Sullivan (pemikir utama
Projek 'Amerika Pacific Century’
-Pivot). Dikatakan ada lebih kurang 40,000 ribu orang pelobi tetap yang
mengerumuni anggota Kongres Amerika.
Menurut
Michael Coorbett dalam bukunya, Religion
and Politics in the United State kekuatan pelobi orang Yahudi dijayakan
oleh beberapa faktor. Pertama, orang Yahudi rata-rata mempunyai pendapatan yang
tinggi serta kemajuan yang luar biasa. Sebahagian besar billionair Amerika
ialah orang yahudi. Kedua, mereka menguasai politik Amerika di seluruh negeri
di Amerika. Ketiga, tumpuan orang Yahudi di New York iaitu kota berpengaruh
besar dalam politik di Amerika. Keempat, mereka memiliki akses terhadap Kongres
dan Rumah Putih. Edward Said dalam bukunya Blaming
The Victim mengungkap kekuatan orang Yahudi terletak penguasaan mereka
terhadap media massa yang berpengaruh di dunia. Syarikat petroleum dunia
seperti Exxon Mobil, Texaco, BP Amoco dan Royal Dutch/Shell yang berada dalam
penguasaan Rockefeller dan Rothschild.
Dari Timur Tengah Ke Asia
Pasifik
Tumpuan
permulaan ialah Timur Tengah dengan alasan [1] Perang Anti-Penganas dan [2]
pendemokrasian. Timur Tengah merupakan lubuk petroleum-dollar yang merupakan
penjana utama ekonomi kapitalis Barat.
Peristiwa
serangan pengganas ke atas World Trade
Centre (WTC) di New York pada 11 September 2001 menyebabkan Amerika
mengisytiharkan perang terhadap terorisme global. Osama Ben Laden, al-Qaeda dan
Taliban menjadi kambing hitamnya. Afghanistan diserang. Perang Terhadap
Terorisme menjadi modal atau tiket bagi Amerika menyerang atau menggugut
negara-negara lain. Dimana ada keganasan, disitu ada Amerika.
Afghanistan
diserang atas alasan al-Qaeda, Osama Ben Laden dan Taliban. Iraq diserang atas
alasan Saddam Husein dan penyimpanan senjata berbahaya. Fitnah yang dilakukan
oleh Barat ialah untuk menghalalkan penaklukan negara terbabit yang kaya dengan
minyak dan strategik untuk laluan petroleum.
Perang
proksi berlaku di Timur Tengah ekoran daripada Arab Springs iaitu kebangkitan rakyat yang dahagakan kebebasan dan
demokrasi dengan menentang para diktator. Kejatuhan para diktator bukanlah
kejayaan pengeksportan demokrasi ke negara tersebut tetapi kegagalan para
diktator memenuhi kehendak Barat. Yaman, Iraq, Syria, Mesir, Syria, Tunisia,
dan Libya berada dalam keadaan tidak stabil dan sengsara.
Kejatuhan
Muammar Ghadafi dan Saddam Husein disebabkan oleh petro-dolar dalam keadaan
terancam. Ghadafi ingin menukarkan dolar kepada emas manakala Saddam Husein
tidak mahu menggunakan dolar.[iv]
Iraq
selepas era Saddam Husein mengalami episod duka yang berpanjangan. Negara ini
difitnah memiliki senjata berbahaya dan demokrasi untuk menghalalkan penjarahan
Barat. Negara yang kaya dengan petroleum menghadapi kestabilan politik yang
rapuh, konflik sesama sendiri berterusan dan kesejahteraan rakyat telah
diragut. Petroleum dihisap dengan tamak oleh para kapitalis.
Muammar
Gadhafi ditangkap dalam terowong dan dihina oleh para penduduk Libya. Libya
juga mengalami krisis politik dengan permintaan autonomi dan kemerdekaan
sesetengah wilayah, hasil petroleum diratah oleh syarikat-syarikat gergasi dan
negara berada dalam situasi tidak stabil.
Kejatuhan
para diktator dan percubaan menjatuhkan mereka dengan memberontak atau secara
bersenjata dan konflik telah menghasilkan konflik dalaman yang tidak
berkesudahan. Rakyat terbanyak menderita dan kesejahteraan negara diragut oleh
pengaduhan dan peperangan sesama sendiri.
Ketidak-stabilan
politik mula bertiup ke Asia Pasifik, gagasan Pivot Untuk Asia dan Perjanjian
Ekonomi Tran Pasifik (TPPA) oleh Amerika Syarikat dan OBOR oleh China bakal
membawa negara-negara Asia Pasifik bah dunia keseluruhannya ke dalam persaingan
sengit China dengan AS sehingga boleh mencetuskan konflik [1] ketenteraan dan
[2] kewujudan blok ekonomi.
America Pacific Century:
Medan Perang Proksi Baru?
Asia
Pasifik menjadi wilayah persaingan Amerika Syarikat dengan China. Persaingan
ini melibatkan persaingan ekonomi dan politik yang boleh menjerumuskan kepada
peperangan. Kedua-dua kuasa besar ini bermain serampang dua mata iaitu kepentingan politik dan ekonomi.
Pendekatan tarik dan lepas tali kedua-dua buah kuasa besar dalam perhubungan
ekonomi dan politik cukup menarik untuk dikaji. Mereka dilihat saling perlu
memerlukan tetapi pada masa yang sama adalah ‘musuh ketat’.
Asia
Pasifik menjadi hidangan istimewa kerana ekonomi dan strategi politik. Pada tahun 2016,
Tabung Kewangan Antarabangsa membuat unjuran kadar pertumbuhan ekonomi dimana
kadar pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik akan berkembang sebanyak 5.3% berbanding
unjuran pertumbuhan ekonomi global iaitu 3.2%.
Gugusan
Kepulauan Spratly menjadi kawasan tuntutan China. China telah membina lapangan
terbang tentera mereka. Kepulauan Spratly juga dituntut oleh Brunei, Malaysia,
Vietnam, Filipina dan Taiwan.[v]
Kawasan gugusan Kepulauan Spratly sangat strategik dari segi ketenteraan dan
sumber ekonomi. Kawasan ini dikatakan mempunyai sumber petroleum yang banyak
dan sangat sesuai untuk industri pelancongan serta perusahaan burung walit.
Amerika
cuba bertapak kembali di Filipina dengan permohonan mewujudkan kembali pengkalan
tentera di Filipina. Presiden Filipina yang baru menolak permintaan Amerika.
Filipina adalah sekutu rapat Amerika
dilihat bermasalah apabila Presiden baru Filipina, Presiden Rodrigo
Duterte bersikap dingin dalam hubungan diplomatik dengan Amerika. Pada 20
Oktober 2016, Presiden Rodrigo Duterte telah menandatangani satu perjanjian
dengan China, Presiden China, Xi Jinping.
Di
Vietnam, Rusia memohon untuk mewujudkan pengkalan tentera. Pemerintah Vietnam
menolak permohonan Rusia. Vietnam dicengkam ekonomi oleh Amerika Syarikat.
Eksperimen memasuki dunia ekonomi kapitalisme menyebabkan Vietnam terperangkap
dalam perangkap ekonomi kapitalis dunia. Bank Dunia, IMF, bank-bank, Kelab
Paris dan syarikat-syarikat antarabangsa memeras ugut ekonomi Vietnam antara
menerima tawaran ekonomi dengan melakukan pembayaran atau diseksa melalui
tindakan ekonomi. Hanoi sendiri terpaksa membayar hutang Vietnam Selatan kepada
Amerika.[vi]
Vietnam membayar hutang kepada Amerika yang mereka tewaskan!. Begitulah
keanehan dunia.
Di Thailand,
pendirian Raja Thailand yang baru boleh menentukan hala tuju hubungan
diplomatik antara China atau Amerika. Raja Thailand sebelum ini pro Amerika.
Ancaman Kuasa Ekonomi Baru
Dunia
Brazil,
Rusia, India dan China (BRICs, istilah dicipta oleh Jim O’Neil pada tahun 2001
– kemudian ditambah dengan Afrika Selatan) dilihat berpotensi menjadi kuasa
ekonomi baru dunia. Penubuhan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (Shanghai Cooperation Organisation-SCO)
atau Shanghai Pact menjadi medan
perbincangan dan kerjasama persoalan ekonomi, politik dan ketenteraan menjadi
mimpi ngeri kepada Amerika Syarikat. SCO dianggotai oleh China, Kazakhstan, Republik
Kyrgyz, Rusia, Tajikistan, Uzbekistan, India dan Pakistan. Keadaan ini dilihat
memberi cabaran kepada Amerika Syarikat.
Kekuatan
ekonomi Negara BRICs dan gabungan negara SCO bakal menggugat Amerika Syarikat. Menurut
Bank Dunia, pada tahun 2008, KDNK China sahaja bernilai $4.6 trilion. Pada
akhir tahun 2014, ia adalah bernilai $ 10.4 trillion. Berlaku peningkatan
hampir 130 peratus dalam tempoh enam tahun manakala pertumbuhan ekonomi India
pada tahun 2008 hingga 2014 meningkat sebanyak 65% kepada $ 2 trilion. Goldman
Sachs mengunjurkan gabungan KDNK keempat-empat negara BRICs iaitu China,
Brazil, Rusia dan India boleh mengatasi gabungan KDNK negara G7 menjelang tahun
2035. Kekerapan kemelesetan ekonomi global akhir-akhir ini menyebabkan
keberangkalian pencapaian tersebut semakin cepat iaitu menjelang tahun 2027.
Ekonomi
China diperkukuh dengan kewujudan Regional
Comprehensive Economic Partnership (RCEP) dengan Negara-negara ASEAN +
India, Korea Selatan,Jepun, Australia dan New Zealand. Selain China, Rusia juga
membina kekuatan sendiri dengan menubuhkan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EEC) yang
disertai oleh anggota awal seperti Rusia, Belarus dan Kazakhstan.
SCO
dan BRICs menjadi kumpulan yang kuat akan memberi kekuatan kepada China untuk
menandingi AS. China kaya dengan petroleum dan simpanan dolar. China
mengasaskan Asian Infrastructure
Investment Banking (AIIB) dengan modal 1 billion Yuan untuk menandingi Bank
Pembangunan Asia (ADB) milik Bank Dunia. AIIB juga alternatif kepada Tabung
Kewangan Antarabangsa (IMF).
Di
Benua Afrika, pelaburan China berlaku cukup pantas dengan pertumbuhan ekonomi
sebanyak 50% dalam setahun. Sebanyak 48 buah negara di Benua Afrika mempunyai
hubungan diplomatik dengan China. Dalam perjanjian kemuncak tahun 2006 antara
Afrika-China, Kerajaan Cihina menawarkan $5 billion dalam bentuk pinjaman dan
kredit kepada negara-negara Afrika, menubuhkan dana sebanyak $5 billion untuk
merangsang pelaburan China di Afrika, melupuskan hutang negara Arika dengan
China dan melatih 15000 profesional kalan penduduk benua Afrika.
Gabungan SCO-BRICs dan EEC jelas
mampu menewaskan ekonomi Amerika dan Kesatuan Eropah. Kekuatan SCO-BRICs-EEC
terletak pada China dan Rusia.
.Pivot Amerika Syarikat (Pivot)
Projek
Pivot Untuk Asia dibincangkan secara meluas setelah Presiden Obama mengumumkan
dalam ucapanya di Parlimen Australia pada tahun 2011. Antara tujuan Pivot untuk
melakukan pengimbangan semula pengaruh Amerika di Asia Pasifik setelah banyak
memberi tumpuan di Timur Tengah.
Banyak
pihak menyatakan bahawa Pivot bertujuan mengepung atau mengekang China daripada
mendominasi ekonomi dan tentera di Asia Pasifik. Ia melibatkan pergerakan
tentera ke rantau Asia Pasifik. Menurut Panglima Pasukan Pasifik Tentera AS
Laksamana Samuel J Locklear III, pengimbangan semula itu sebenarnya digunakan
untuk memastikan kepada rakyat Amerika bahawa Asia dalam keadaan stabil. Ia
bukan ancaman kepada negara-negara Rantau Asia Pasifik terutamanya Negara China
tetapi peluang untuk kerjasama negara-negara Asia Pasifik dalam melahirkan
lingkungan yang lebih aman dan stabil.
Sayap
‘ekonomi’ utama Projek Pivot ini ialah TPPA adalah singkatan bagi Trans-Pacific Partnership Agreement,
satu perjanjian yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan melibatkan 11 negara
lain termasuk Malaysia. Negara yang terlibat dalam perjanjian ini ialah Australia,
Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam
dan Amerika Syarikat. Tujuan TPPA membolehkan setiap negara ahli bebas berniaga
di pasaran negara ahli lain. Ini bermakna TPPA akan mengurangkan halangan
perdagangan dan mewujudkan satu standard yang sama kepada 12 negara yang
terlibat.
Apa
yang menimbulkan persoalan tentang TPPA adalah semua perbincangan dibuat secara
rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat
tahun perjanjian itu dimeterai. China tidak termasuk dalam perjanjian ini. Ini
mewujudkan persoalan adakah benar TPPA sayap Pivot melawan OBOR?.
Pada
2013, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkritik TPPA dengan menyifatkan perjanjian
itu sebagai perkongsian tidak sama rata. Antara kenyataan beliau dalam blognya:
"Apabila penyangak mata
wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi
kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.”
"Tetapi selepas kita
menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan
modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang
neo-kolonialisme,"
"Mereka memperkenalkan
perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosi dunia global,
dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh masuk ke mana-mana, memusnahkan
ekonomi dan kemudian tarik keluar”
One Belt One Road (OBOR)
Pada
tahun 2013, Presiden China iaitu Xi Jinping membentangkan rancangan Silk Road Economic Belt dan 21st Century Silk Road atau lebih
dikenali sebagai One Belt One Road
(OBOR). One Belt One Road memberi
maksud One Belt iaitu (Silk Road)
laluan sutera, sementara One Road pula
merujuk kepada (Maritime Road) iaitu
laluan laut yang pernah dipelopori semasa era Dinasti Ming ketika zaman Zheng
He ataupun Cheng Ho. Laluan laut ini merentas daripada China ke Asia Tenggara
sehingga ke pantai Timur Afrika. Secara geografinya projek OBOR ini akan
menghubungkan jalan darat dan jalan laut. Di mana jalan darat melalui Silk Road Economic Belt akan
menghubungkan China, Asia Tengah, Rusia dan juga Eropah.
Dengan
OBOR, kepimpinan China mengejar tiga matlamat utama:
1. kepelbagaian
ekonomi
2. kestabilan
politik dan
3. penguasaan
politik global
Dari
perspektif ekonomi, China berusaha membangunkan perdagangan baru, pasaran dan
sumber tenaga yang akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan
kebergantungan kepada kuasa besar yang lain. Pengalaman dikecewakan dalam krisis ekonomi
dunia tahun 1997 telah memberi pengajaran berguna kepada China mengumpul rizab mereka
sendiri.
Kerajaan
China berusaha menguasai nadi ekonomi sesebuah negara. Mereka membeli aset-aset strategik negara terbabit
seperti kawasan perlabuhan, landasan kereta api, jalan raya, lapangan terbang,
stesen janakuasa tenaga, kawasan galian minyak dan gas asli. Dengan kekuatan rizab tunai China yang banyak
iaitu sebanyak 12 trilion digunakan dalam pelaburan OBOR, mereka cuba menukar rizab tunai
tersebut kepada aset-aset. Kerajaan China juga cuba membeli bond-bond
sesebuah negara.
Kekuatan
perniagaan, pelaburan dan kewangan Negara China berupaya menggugat
negara-negara lain. Negara China antara negara pemiutang yang paling besar di
dunia. Apabila Norway menganugerahkan pembangkang
Cina Liu Xiaobo Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2010, China secara mendadak
menurunkan pembelian ikan salmon dari Norway dan menghentikan rundingan
perdagangan. Apabila ketegangan meningkat antara Filipina dan China berhubung
pertikaian wilayah di Laut China Selatan, China biarkan pisang Filipina
membusuk di pelabuhannya.
Dari
segi politik, kepimpinan China berharap inisiatif OBOR dapat mewujudkan kestabilan
politik wilayah Barat China dan menyelesaikan masalah sempadan dengan Pakistan
dan Afghanistan. China telah meningkat pelaburan infrastruktur di kawasan
lingkaran OBOR.
Matlamat
menyeluruh OBOR adalah penglibatan aktif China bahagian aktif dalam politik
antrabangsa. China mahu memainkan peranan yang membina dalam pembaharuan sistem
antarabangsa. OBOR membolehkan kepimpinan China bercakap tentang sebuah "komuniti matlamat yang sama",
strategi “kerjasama menang-menang”,
"kemajuan dan kemakmuran bersama"
dan juga menegakkan prinsip PBB tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman
negara lain.
Modal sejarah dan jaringan diaspora
Cina di luar negara menjadi kekuatan mengukuhkan dan
menjayakan OBOR. China mengembalikan semula kegemilangan negara China mengikut
ukuran sejarah perdagangan mereka zaman dahulu. Sebagai contoh, mahu menguasai
wilaya-wilayah yang dikunjungi oleh Laksamana Cheng Ho.
Jaringan
diaspora Cina (huq qio) digerakkan
melalui sentimen kecinaan, kongsi gelap dan persatuan-persatuan Cina
(perkauman, keluarga dan perniagaan). Ia selaras dengan konsep ‘pulang ke pangkuan Maharaja’ iaitu satu
kesetiaan dan ketaatan kepada Tanah Besar China. Dimana-mana ada diaspora Cina,
disitulah tanah-tanah (wilayah) dikuasai oleh China. Sebagai contoh, keluarga
Tanoto telah menyumbangkan dana berjumlah RMB 100 juta kepada projek latihan
dan pembangunan OBOR. Keluarga Tanoto adalah keluarga diaspora Cina yang
menetap di Indonesia yang menguasai banyak sektor ekonomi Indonesia.
Pivot vs OBOR: Malaysia
Menjadi Kambing Hitam?
Dari
segi sejarah, Malaysia dianggap sebagai wilayah ke 19 China. Dibawah adalah
cebisan tulisan Ustaz Asyraf Farique,
“Rupert Emerson pada tahun 1934 menulis dalam
sebuah makalah berjudul, ‘The Chinese in Malaysia’, di mana Tanah Melayu pada
waktu itu dianggap sebagai wilayah ke 19 negara China. Wilayah ke 19 itu
diistilahkan sebagai tera irredenta atau secara umumnya lebih difahami sebagai
sebahagian daripada wilayah yang belum lagi ditebus sebagai hak milik. Hal ini
juga disebutkan dalam buku ‘The Formative Years of Malaysian Politics’ tulisan
Charles Shumaker yang menyebut ada propaganda yang mengatakan bahawa Tanah
melayu akan dijadikan wilayah ke 19 oleh China. Beliau juga memetik kata-kata
Gabenor Guillemard yang berkongsikan tulisan dalam Trivial Fond Records 8 tahun
selepas bersara (Pesuruh Jaya Tinggi British di Malaya pada tahun 1920)”
Hubungan
ekonomi dan diplomatik antara Malaysia dengan China semakin aneh selepas
kehilangan MH370 yang melibatkan ramai penumpang dari China. Malaysia bagaikan
terpaksa hadiah Panda dari China dengan perjanjian yang tidak menguntungkan.
Mutakhir
ini, syarikat-syarikat besar dari China datang
melabur ke Malaysia secara besar-besar. Mereka cuba menguasai aset-aset negara.
Malaysia seronok dengan pelaburan ini. Keanehan berlaku apabila
syarikat-syarikat in membuat pinjaman dengan bank Malaysia di Malaysia bukannya
membawa nilai wang mereka melabur di Malaysia.
Dewan
Rakyat diberitahu pelaburan langsung asing dari China dalam sektor perkilangan
dari 2009 sehingga 2015 berjumlah RM13.6 bilion.
Portal
Asia Sentinel mendakwa Kerajaan Malaysia telah meminta China membantu
melindungi kerugian 1MDB. Syarikat milik Kerajaan China, China Communications
Construction Company (CCCC)[vii]
telah membayar AS$850 juta ke atas aset 1MDB. CCCC dianugerah kontrak penbinaan
landasan rel keretaapi East Coast Rail Line (ECRL). CCCC juga mendapat
pengecualian GST dan cukai pendapatan selama 10 tahun.
China
Railway Group Ltd. (CREC) akan melabur sebanyak AS$2 bilion (RM8.12 bilion)
untuk membina pusat serantaunya di Bandar Malaysia di sini.[viii]
China
Communications Construction Company Ltd (CCCC), sebuah firma nasional dan anak
syarikatnya, China Harbour Engineering Company Ltd, (CHEC) berminat untuk
membida projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Malaysia-Singapura.[ix]
Memorandum
Persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dan China. Ini termasuk
penandatanganan MOU antara Schneider Electric (China) Investments Co Ltd dan
Curtin University, Sarawak mengenai Projek Ladang Solar, antara Metro Kajang
dan Guoao Investment and Development Co Ltd mengenai projek pembangunan
teknologi hijau dan antara Imaprima Sdn Bhd dan China Triumph International
Engineering Co Ltd mengenai projek klinker simen.[x]
Sektor hartanah mencatatkan
pelaburan terbesar di Iskandar Malaysia dengan 33.4 peratus atau RM35.1 bilion
diikuti sektor pembuatan sebanyak RM33.9 bilion. Sejak akhir-akhir ini,
Iskandar Malaysia telah berjaya menarik beberapa pelaburan besar dari syarikat
China seperti pelaburan RM900 juta dari Country Garden Holdings Co Ltd di Iskandar
Waterfront.
Selain itu, pada Disember
tahun lepas, UEM Land Holdings telah menandatangani perjanjian dengan Chinamall
Holdings Pte Ltd untuk membangunkan pusat pameran dan perdagangan bernilai
RM562 juta di Nusajaya.
Iskandar Investment Berhad
(IIB), yang bertanggung jawab membangunkan Medini, Nusajaya juga telah
menandatangani perjanjian dengan pelabur hartanah daripada China.
Ia termasuk perjanjian
pemaju hartanah China, Zhuoda Real Estate Group untuk membangunkan projek
komersil dan perumahan bercampur yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV)
RM2.5 bilion.[xi]
“MoU
yang ditandatangani mengesahkan daya tarikan Wilayah Ekonomi Pantai Timur
(ECER) sebagai sebuah hab pelaburan antarabangsa. Ini termasuklah perjanjian
antara dua pelabur baru dari China dan Malaysia yang telah memberi komitmen
untuk melabur sebanyak RM1.58 bilion (USD395 juta) di Taman Industri Kuantan
Malaysia-China (MCKIP) di Zon Ekonomi Khas ECER (ECER SEZ) yang merangkumi
Pelabuhan Kuantan, Kuantan, Gambang dan Pekan, Pahang. Dengan usaha sama yang
terbaru ini, jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk kini meningkat kepada RM15.08
bilion (USD3.77 bilion).
Antara pelabur yang baru
termasuklah Guangxi Investment Group Co., Ltd., yang akan melabur sebanyak
RM580 juta (USD145 juta) untuk membina kilang pengeluaran komponen aluminium
dan LJ Hightech Material Sdn. Bhd., yang akan melabur sebanyak RM1 bilion
(USD250 juta) untuk membina sebuah pusat pengeluaran berasaskan teknologi
tinggi bagi menghasilkan panel konkrit untuk industri pembinaan dan serbuk
getah yang diaktifkan. Kerja-kerja pembinaan untuk projek-projek ini di MCKIP
dijangka bermula secara berperingkat pada suku pertama 2017. Apabila siap
kelak, projek ini dijangka akan menyediakan lebih 3,000 peluang pekerjaan untuk
masyarakat setempat.”[xii]
Menurut
Cai Zemin, Pengurus Besar Kereta Api China di Malaysia berkata sebuah Bandar
bawah tanah terbesar di dunia akan dibina di Bandar Malaysia. Cai Zemin
menyifatkannya sebagai “permata yang bergemerlapan di koridor kereta api China.
Pada
28 Oktober 2016, Kementerian Pertahanan mengumumkan melalui laman Facebooknya
bahawa Malaysia akan menandatangani kontrak membeli kapal persisiran pandai
daripada China. Menurut agensi berita Reuters tampalan itu ditarik balik
apabila pemberitanya meminta jurucakap kementerian mengulas ucapan Datuk Seri
Hishammuddin Hussein itu
Malaysia
telah menjual kilang penjana elektrik bebas (IPP) kepada China General Nuclear
Company dengan “harga lelong” RM9.2 bilion. “Harga lelong” disebabkan 1MDB
membeli kilang-kilang IPP hujung usia itu daripada pemilik Cina, Melayu dan
India Malaysia dengan harga tinggi. Ikut perjanjian konsesi antara kerajaan dan
pemilik IPP berkenaan, kilang-kilang itu akan jadi milik TNB apabila habis
tempoh konsesi kalau tidak disambung dengan bayaran antara RM50 hingga RM100
saja. IPP Malaysia itu adalah antara 13 kilang elektrik di lima buah negara
yang dijual oleh anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy, kepada China Nuclear
tahun lalu.[xiii]
Kebanjiran
syarikat-syarikat besar China menambah tekanan Kerajaan UMNO-BN yang menghadapi
tekanan AS melalui TPPA dan skandal 1MBD. Jabatan Kehakiman AS (DOJ) melakukan
penyiasatan dan saman sivil ke atas 1MBD, Jho Low dan anak tiri Perdana Menteri
Malaysia, Riza Aziz.
Politik
dalaman Malaysia juga parah apabila Kerajaan UMNO-BN bukanlah kerajaan yang
kuat. UMNO sedang berpecah. BN keadaan paling lemah dalam sejarahnya. PAS baru
selesai berkrisis. Pembangkang bangkit dibawah pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim
dan Tun Mahathir dilihat mampu menjadi gabungan terkuat jika bergabung dalam
PRU akan datang. Kelompok bukan Melayu, negeri Sarawak dan kelompok SEPILIS
(Sekularis, Pluralis, Liberalis) mula melakukan desakan terhadap kerajaan untuk
memenuhi agenda mereka. Majoriti rakyat dan penyokong UMNO-BN meluat dan hilang
keyakinan (kecuali yang berkepentingan, makan budi dan makan dedak )dengan Dato
Seri Mohd Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, pemimpin dan Menteri UMNO yang
kurang bijak, kelemahan kepimpinan dan kelemahan pentabiran negara pada hari
ini.
Akhir-akhir
ini, rakyat Malaysia dihidangkan dengan isu autonomi Sabah dan Sarawak. Dalam
tuntutan Bersih 5.0, hak Sabah dan Sarawak juga dimasukkan dalam tuntutan
mereka. Sabah dan Sarawak mempunyai hak menuntut haknya untuk mendapat lebih
kuasa autonomi bahkan hak kemerdekaan. Cuma kita berharap ia tidak membawa
agenda asing yang boleh menjadikan suasana negara semakin huru hara termasuk di
Sabah dan Sarawak sendiri.
Di
Sarawak, kelompok Cina menguasai ekonomi Sarawak. Sibu umpamanya menjadi bandar
Cina. Mereka juga mengahwini orang bumiputera untuk memperolehi tanah-tanah
rizab.
Perairan
Sarawak mula diacah-acah oleh kapal dari China. Kira-kira 100 kapal dan bot China bersama-sama kapal pengawal
pantai negara dikesan menceroboh kawasan perairan Miri dan Bintulu. Mereka mula
berada kawasan Beting Patinggi Ali, Sarawak dan mengancam nelayan tempatan.
Kesimpulan
Keganasan
global berpunca daripada ekonomi dan penataran ideologi. Ia berkaitan
persaingan ekonomi kuasa-kuasa besar dan akhirnya melibatkan politik atau lebih
tepat ketenteraan. Dunia akhirnya terbahagi dua blok sama ada pro Amerika atau
pro China.
Negara-negara
Asia Pasifik seperti Malaysia dalam keadaan terhimpit untuk bersama Amerika
atau China. Malaysia sendiri memerlukan China ekoran kelemahan pengurusan
ekonomi di bawah kepimpinan Dato Seri Mohd Najib, isu 1MDB dan kebangkitan
pembangkang yang disokong oleh Barat. Barat-Amerika dilihat memberi tekanan
kepada kepimpinan Dato Seri Mohd Najib dalam isu saman sivil DOJ ke atas 1MDB
dan tekanan TPPA yang bakal merugikan Malaysia.
Ada
sesetengah pendapat menyarankan Malaysia mencari kuasa lain seperti Rusia
sebagai penaung dalam menghadapi himpitan Amerika dan China. Terkini, Rusia
menjadi sekutu utama China.
Secara
peribadi, penulis berpendapat Malaysia perlu menghindari ketiga-tiga kuasa
terbabit. Penulis menyarankan beberapa pendekatan seperti di bawah:
1.
Membebaskan Malaysia daripada Korupsi (rasuah), Kronisme dan Nepotisme (KKN).
Laksanakan hukuman mati kepada sesiapa mengambil rasuah berdasarkan bukti yang
jelas dan diyakini. Perundangan boleh menghapuskan KKN. Pada waktu yang sama,
pembudayaan anti-KKN perlu diperkasa melalui sistem pendidikan. Program
Membabikan KKN wajar dilaksanakan dalam pembudayaan anti KKN.
2.
Memperkasakan Ekonomi Kerakyatan yang lebih berfokus kepada pertanian dan sara
diri. Mengurangkan kebergantungan sektor perindustrian dan perkilangan.
3.
Memperkasakan Ekonomi Berkebajikan berdasarkan sumber ekonomi seperi waqaf
untuk memacu pembangunan negara.
4.
Bersedia merombak ekonomi berasaskan liberalisme-kapitalisme.
5.
Memartabatkan kembali sistem Syura yang berasaskan kekuasaan Majlis Raja-raja
Melayu.[xiv]
6.
Mengusulkan perjanjian khas wa’ad antara Raja-raja Melayu dengan rakyat jelata.
7.
Tibalah masanya Malaysia memperkuatkan dan memartabatkan kembali Persidangan
Negara-Negara Berkecuali (NAM), Persidangan 8 Negara Membangun (D8)[xv]
dan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC).
Kebarangkalian
perang di Asia Tenggara begitu besar kerana faktor spontan atau semertanya
ialah Kepulauan Spratly. Punbegitu ia mengambil waktu dan masa yang paling
panjang untuk melihat perang. Paling
dekat ialah pemasangan proksi-proksi yang boleh menjayakan OBOR atau Pivot di
negara-negara Asia Pasifik terutamanya Asia Tenggara.
Amerika
mewujudkan watak-watak hero dan mendanai organisasi anak watan untuk bangkit
atas nama kuasa rakyat untuk menentang pemerintah yang sedia ada. Badan-badan
pemikir dan CIA merancang dan menyusun sekutu mereka.
Bersediakah
kita mengalami taufan konflik di Asia Pasifik?
[i] Beliau mengalakkan
perpecahan persekutuan Arab Saudi kepada wilayah-wilayah tertentu. Kita melihat
isu penting kerana setelah kemangkatan raja terakhir keturunan anak-anak Raja
Saud, Arab Saudi dijangka mengalami pengolakkan politik ekoran pewarisan
takhta. Ia boleh merebak kepada peperangan antara kabilah. Setelah itu,
pepecahan keluarga diraja Saudi dijangka mempengaruhi kebangkitan rakyat atau
konflik di negara-negara beraja di Rantau Arab.
[ii] Penasihat Donald Rumsfeld
yang berperanan menyiapkan laporan, ‘A
clean break: A New Strategy For Securing the Realm pada tahun 1996 untuk Institute for Advanced Strategic and
Political Studies (IASPS), sebuah badan pemikir yang mengariskan rancangan
pencerobohan terhadap Syria.
[v] Kubu pertahanan di Pulau Spratly
1. Untuk menguatkan lagi tuntutan dan
penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa
untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer
persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.
2. Pulau Layang-layang ini dilengkapi
dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat
dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.
3. Malaysia turut mempunyai kubu
pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu Ubi dan
Terumbu Mantanani.
4. Filiphina turut mempunyai kubu tenteranya
di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan pesawat yang dikendalikan oleh
Sayap Komposit Taktikal 570th.
5. China walaupun tidak mempunyai
pengkalan yang besar di kawasan kepulauan Spratly, ia bagaimanapun mempunyai
binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief.
6. Ia juga dilengkapi dengan padang bola
jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan sejenis radar.
7. Negara itu mempunyai kubu yang kukuh
di kawasan Terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun berkuasa
tinggi dan meriam. Kapal perang China dari jenis friget Jiangwei pernah
berlabuh di kawasan ini pada April 2009.
8. Vietnam pula turut mempunyai kubu
tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan
sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai
jenis senjata termasuk lima kereta kebal.
9. Penulis tidak berminat untuk menyentuh
kedudukan tentera oleh negara lain di kepulauan Spratly tetapi hanya menumpukan
kepada empat sahaja iaitu Malaysia, China, Vietnam dan Filiphina.
Sumber :
http://www.nescafeais.com/pangkalan-tentera-udara-terapung-milik-malaysia-di-pulau-layang-layang/
[vi] Pada tahun 1997, Vietnam
mula membayar hutang Vietnam Selatan sebanyak $145 juta kepada Amerika
Syarikat.
[vii] Dakwaan bahawa CCCC terlibat dalam konspirasi rasuah menjadi berwibawa
kerana ia telah diharamkan oleh Bank Dunia daripada mengambil bahagian dalam
projek yang dibiayainya.
Pada 29 Julai 2011, Bank Dunia
mengumumkan sekatan ke atas CCCC dan anak-anak syarikatnya kerana melakukan
penipuan dalam kontrak Fasa 1, Projek Penambahbaikan dan Pengurusan Jalan Raya
Kebangsaan Filipina.
Di bawah sekatan yang diundurkan tarikh
kepada 12 Januari 2009 itu, CCCC tidak layak mengambil bahagian dalam sebarang
projek jalan raya dan jambatan yang dibiayai oleh Bank Dunia hingga 12 Januari,
2017.
Kes rasuah di luar negara yang melibatkan
syarikat-syarikat negara China, khususnya CCCC, sudah diketahui ramai. Misalnya
pada tahun 2014, dua pegawai kanan Lembaga Pelabuhan Tanzania dihadapkan ke
mahkamah kerana mengembungkan projek AS$523 juta (kira-kira RM2.1 bilion) yang
kemudiannya diberikan kepada CCCC.
Diplomat dan eksekutif asing di Malaysia
mula menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai pengaruh
luar biasa syarikat China di negara kita.
Mereka berkata, walaupun mengalu-alukan
persaingan tetapi mereka mendakwa tidak dapat bersaing jika syarikat dari China
mendapat layanan istimewa atau menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan oleh
piawaian antarabangsa.
Malangnya, semakin banyak negara dan
kerajaan di dunia yang pelahap modal serta pelaburan China sehingga sanggup
membelakangkan fakta dan berita negatif mengenai tindak-tanduk pelabur
China. http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/a-kadir-jasin/jangan-jadi-negara-lindungan-china-1.549453
[viii] http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/syarikat-china-labur-8232-rm8-1b-di-bandar-malaysia-1.203172
[ix] http://www.utusan.com.my/berita/nasional/syarikat-china-bida-projek-ksr-kuala-lumpur-singapura-1.325253
[x] http://pmr.inform.gov.my/index.php/antara/9643-syarikat-china-berminat-melabur-di-malaysia.html
[xi] http://www.astroawani.com/berita-bisnes/banyak-syarikat-dari-china-melabur-di-iskandar-msia-3308
[xii] http://www.ecerdc.com.my/en/media_releases/taman-industri-kuantan-malaysia-china-tarik-pelaburan-baru-berjumlah-rm1-58-bilion-dari-negara-china-dan-malaysia/
[xiii] https://www.malaysiakini.com/news/360908
[xv] Ia mengandungi Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria,
Pakistan dan Turki. Kumpulan ini ditubuhkan selepas satu pengumuman di
Istanbul, Turki pada 15 Jun 1997
1 comment:
Hello,
Ia adalah tahun baru lagi, adakah anda dari segi kewangan ke bawah? adalah perniagaan anda menangis untuk kebangkitan semula kewangan, telah anda mendapatkan pinjaman di bank dan tangan pemberi pinjaman yang salah dan anda di mana menolak? mencari tiada lagi, Kami adalah pemberi pinjaman yang boleh dipercayai dan kami memulakan program pinjaman ini untuk membasmi kemiskinan dan mewujudkan peluang untuk keistimewaan yang kurang untuk membolehkan mereka menubuhkan sendiri dan memulihkan perniagaan mereka. untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel: gloryloanfirm@gmail.com dan mengisi borang di bawah.
PEMINJAM'S DATA.
1) Nama Penuh: ......... 2) Negara: ...... 3) Alamat: ......... 4) Jenis Kelamin: ..................
5) Status Perkahwinan: ... ..... 6) Pekerjaan: .......... Number 7) Telefon: ........................... 8) Pada masa ini kedudukan di tempat kerja: .... ............ 9) Monthlyincome ...... ...................
10) Pinjaman Tempoh: ............... 11) Tujuan Pinjaman: ............... 12) Agama: ............
13) Tarikh lahir: ........................
sila memohon syarikat yang sah, kejayaan anda adalah matlamat kami.
Post a Comment