Gerakan Mahasiswa Sebagai Gerakan Intelektual
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias
tokawang_sufi@yahoo
Universiti adalah medan intelektual bagi pencinta ilmu. Tetapi warga universiti sekarang seperti pensyarah dan mahasiswa lebih terdorong mencari pangkat, duit tambahan dan sibuk dengan aktiviti politik sama ada politik kampus atau politik organisasi. Secara tak langsung, pencarian warga universiti itu telah melunturkan budaya ilmu di kampus.
Mahasiswa mesti mengambil peluang di kampus untuk mempelbagai genre ilmu dan kemahiran agar dapat mendepani pelbagai cabaran yang bakal dihadapi apabila turun ke kancah masyarakat. Mungkin teramat bosan, jika bertapa di perpustakaan dan membaca buku yang tebal tetapi itu adalah wahana penting dalam mengerakkan minda dan membentuk ideologi bagi mencetuskan gerakan intelektual di kampus.
Bagi mahasiswa yang boleh membaca buku(hmm), kita seharus mengadakan kumpulan perbincangan yang membicara tema tertentu atau membedah buku-buku tertentu dimana setiap orang mempunyai topik perbincangan tertentu. Sebenarnya, gerakan mahasiswa boleh menjadi gerakan intelektual apabila mereka mengadakan kumpulan perbincangan dengan menjemput pertubuhan NGO seperti TERAS, SUARAM, ALIRAN dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) sebagai rakan pencambahan idea mereka.
TERAS dan CAP dilihat memain peranan penting dalam menyedarkan rakyat tentang kepenggunaan dan permasalahan budaya yang dihadapi oleh rakyat. Gerakan mahasiswa seharus lebih giat terlibat dalam NGO seperti ini bagi membentuk keintelektualan mahasiswa dan menyedarkan rakyat. Ini adalah satu latihan keintelektualan bagi mahasiswa.
Gerakan Mahasiswa dengan bantuan NGO ini mesti mengetahui topik-topik yang boleh membangkit kesedaran mahasiswa dan rakyat dalam menghadapi realiti dunia pada masa akan datang. Contoh, kesan FTA, globalisasi, kepenggunaan, alam sekitar, sosiobudaya, kesihatan rakyat dan ekonomi rakyat bawahan boleh didebatkan secara ilmiah. Hasil perbincangan perlu dikembalikan kepada rakyat dan mahasiswa lain dengan wadah cetakan atau penerangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment