Penyusun:
Mohamad Ridhwan Bin Alias
29/10/16
Krisis
utama umat Islam pada hari ini ialah [1] krisis kehilangan hakikat taqwa-iman,
[2] krisis kehilangan adab-akhlak dan [3] krisis kehilangan hakikat ilmu.
Dalam
penulisan ini, penulis akan menfokuskan kepada nombor [3] dengan mengemukakan
pendapat Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti.
Untuk
mendapat hakikat setiap sesuatu memerlukan cara atau konsep yang berkemampuan,
maka konsep tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah konsep yang berteraskan
keilmuan dan pengkajian. Pada penghujung keilmuan dan pengkajian, kita
memperolehi hasil yang membuahkan suatu keyakinan yang padu dan mantap bukannya
suatu keraguan.
Sesiapa
yang ingin berbahas tentang kebenaran memerlukan konsep keilmuan tertentu agar
tidak dapat dipengaruhi oleh faktor-faktor khayalan dan angan-angan.
Seseorang
muslim yang berbahas persoalan kebenaran perlu mengiktiraf dahulu bahawa faktor
pertama yang men’tawaduk’kan pemikiran Islam ialah agama Islam itu sendiri.
Islam
Menolak Keraguan dan Khayalan
+ Jangan
ikuti apa yang kamu tidak tahu (Surah al- Isra’:36)
+
Jangan ikuti sangkaan (Surah Yunus: 36)
Faktor
Islam ini telah menolak seseorang membina sebarang teori atau ideologi secara
sangkaan dan agakkan tetapi mestilah berpandukan kepada pemikiran yang waras
dan disokong oleh dalil-dalil yang menyakinkan.
Hakikat
keilmuan yang diiktiraf didalam Islam sebagai puncak kesucian pemikiran dan
sumber pengetahuan yang benar.
‘Ilmu itu cahaya dan cahaya itu pula adalah
petunjuk ke arah jalan yang hakikat’
Sumber Rujukan
1.
Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Butiy, Hakikat
Alam Semesta dan Cakerawala Menuju Iman yang Teguh.
No comments:
Post a Comment