Monday, November 28, 2016

APOKALIPS





1. 2. 3. Do. Re. Mi.
Apa nak jadi
Alif. Ba. Ta. A. B. C.
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
Ada masanya aku suka berteman
Ada masanya aku suka bersendiri
Ada masanya aku suka berjalan
Ada masanya aku suka berehat
Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka
Hidup dan nasib
roller coaster
roller coaster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Bila-bila boleh naik dan turun
Apokalips
Apokalips
Apokalipsapokalips
1. 2. 3. Do. Re. Mi.
Apa nak jadi
Alif. Ba. Ta. A. B. C.
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
Hidup dan nasib
roller coaster
roller coaster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
naik dan turun
Bila-bila boleh naik dan turun
[ Apokalips lyrics found on http://lyrics.my ]
Apokalips
Apokalips
Apokalipsapokalips
1. 2. 3. Do. Re. Mi.
Apa nak jadi
Alif. Ba. Ta. A. B. C.
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
Ada masanya kita suka berteman
Ada masanya kita suka bersendiri
Ada masanya kita suka berjalan
Ada masanya kita suka..
1. 2. 3. Do. Re. Mi.
Apa nak jadi
Alif. Ba. Ta. A. B. C.
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
1. 2. 3. Do. Re. Mi.
Apa nak jadi
Alif. Ba. Ta. A. B. C.
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
1. 2. 3. Do. Re. Mi.
Apa nak jadi
Alif. Ba. Ta. A. B. C.
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
1. 2. 3. Do. Re. Mi.
Apa nak jadi
Alif. Ba. Ta. A. B. C.
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti

Thursday, November 24, 2016

Sahabat Gua





Sahabat Gua
M Nasir
Berapa banyak bintang di langit
Engkau hafali ya Sahibul Kahfi
Tak akan sama bintang yang satu ini
Yang kau kenali di dalam hati
Terang walaupun dia tersembunyi
Cemburukan matahari
Cahaya berseri-seri
Jika engkau kenali
Kita ditakdirkan lari
Jauh dari kezaliman
Terperangkap dalam gua ini
Hingga masa Tuhan tunjuk kebenaran
Mari ikut rentak ku
Rentak tari dulu-dulu
Lagu marhaen sederhana
Disini tiada duka
Terima saja dengan redha
Perananmu dalam dunia
Kerana pegangan
Engkau hadapi
Dugaan ini ya Sahibul Kahfi
Kamil !
Kalimah kebenaran telah zahir
Tak usah engkau ragukan
Kita datang dari dia
Kita pulang padaNya
Banyak ayat mujarobat
Bisa menawarkan luka
Namun penyakit jiwa ini
Tak bisa ditawan tanpa penyerahan...

Manifesto Diri




Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias

Kita dimatangkan oleh pengalaman dan usia kita. Mazhab diri ialah ilmu, kasih sayang dan beradab.

1. Manusia dinilai secara individu bukannya secara institusi. Kebenaran dan kebaikan bergantung kepada diri seseorang. Kebenaran seseorang sangat berkaitan dengan taqwa-iman, ilmu dan adab-akhlak seseorang. Seseorang perlu membebaskan diri mereka daripada syirik luaran dan dalaman-hati, kemudian mengamalkan Islam secara keseluruhan berpandukan al Quran dan al sunnah.

Kebaikan pada diri manusia berdasarkan sikap dan tindakan semasa seseorang. Keburukan saat ini belum tentu buruk sepanjang masa. Kebaikan pada diri manusia terdapat pada seseorang yang berada dimana-mana jua organisasi/institusi dan kalangan bukan Islam.

Berada dalam organisasi Islam, belum tentu seseorang itu Islamik. Perlembagaan Organisasi Islam menjaga luaran diri agar mengawasi diri seseorang berada dalam kawalan syariat. Tetapi hakikat sebenar ialah iman kita. Iman/keyakinan kita perlu mengikuti syariat dengan sebenar-benarnya. Begitulah sebaliknya dalam organisasi bukan Islamik.


2. Tidak taksub kepada individu-tokoh dan institusi, kebenaran kepada sumber ilmu. Kehidupan bukan bergantung kepada seseorang individu dan sesebuah organisasi. Pegangan kita adalah mazhab ilmu iaitu berpegang kepada kebenaran sumber ilmu iaitu al Quran dan al Sunnah.

Para ulama hanya penyusun ilmu dan penyebar maklumat tentang Islam. Kita mesti menghormati dan beradab dengan mereka. Punbegitu kita tidak boleh taksub kepada mereka. Untuk mengelakkan ketaksuban, kita pelbagaikan para guru kita dan pandangan muktamad adalah al Quran dan al Sunnah bukannya kata-kata guru kita tanpa nas.

3. Menjauhi kritikan. Kritikan hanya kepada zahir kesalahan bukannya pada orangnya. Kita jangan mengkritik atau menolak kebaikan walaupun kebaikan itu dilakukan oleh musuh dan orang yang kita benci.

Walaupun kebaikan itu disyaki beragenda tertentu, kita serahkan muslihat itu kepada Allah sebab hati seseorang tidak dapat dibaca.

Seseorang yang dikritik pada hari ini belum tentu menjadi bertambah teruk. Hati manusia boleh berbolak balik imannya. Maka berdoalah untuk hidayah seseorang dan moga hati kita ditetapkan iman oleh Allah SWT.

4. Mementingkan praktikal ilmu bukan sekadar wacana dan diskusi ilmu sahaja. Usia 20-an cukup seronok dengan wacana dan perbincangan. Usia 30 an, wacana dan perbincangan menjadi hambar dan hampa tanpa amalan. Mencari ilmu untuk beramal dan bermanfaat pada diri dan masyarakat setempat. Jadikanlah mengingati MATI dan Hari Akhirat sebagai motivasi diri untuk beramal bukan setakat menjadi bijak dan genius sahaja.

5. Meraikan perbezaan dengan menghormati. Perbezaan perlu disikapi dalam konteks ilmu dan adab. Tanpa konteks ilmu dan adab, kita akan menjadi biadap.

Kita tidak mengira ketinggian ilmu dan pakaian ulama kamu, kami mengira adab-pengamalan Islami kamu. Adab-akhlak-pengamalan Islami pangkal hujung kepada ilmu.

6. Kebenaran mutlak adalah bersumberkan al Quran dan al Sunnah. Jangan hanya ikut ulama, jika tidak kita akan kecewa dengan kelemahan, kekurangan dan kesilapan ulama. Ikut al Quran dan al Sunnah teruskan kepada kitab al Quran, kitab hadith dan syarah para ulama muktabar. Kita mesti belajar ilmu agama Islam untuk mendekati diri kepada Allah bukannya mengharapkan pada ulama sahaja.

7. Islam perlu diterima secara syumul atau holistik. Kita menolak Islam diterima secara selektif atau sebahagian sahaja. Islam bukan sekadar kebudayaan tetapi addin satu peraturan kehidupan.

Islam itu mudah dan mengikut kemampuan tetapi tidak boleh bermudah-mudahan dengan Islam tanpa  mengetahui kaedah ilmu yang betul.
Pada akhir zaman, hukum perundangan Islam dan pemerintahan Islam menjadi titik noktah sama ada kita Islam secara keseluruhan atau Islam sebahagian sahaja.

8. ‘Aqal memerlukan syariat dan syariat berhajat kepada aqal tetapi aqal tidak boleh mengatasi syariat. Aqal dengan syariat dapat mengenal Allah. Aqal dengan syariat membolehkan manusia lebih berdisiplin.

9. Menerima ideologi, pemikiran dan kebudayaan bukan Islam bagaikan menolak ajaran Islam. Mencampur aduk Islam dengan ideologi, pemikiran dan kebudayaan bukan Islam boleh menenggelamkan tujuan Islam ke dalam lumpur kehendak akal-nafsu manusia yang batil.

Islam perlu diterima mengikut kehendak al Quran dan al Sunnah bukannya kehendak akal-nafsu manusia.

Islam perlu dinilai berdasarkan kacamata al Quran dan al Sunnah bukannya pandangan akal-nafsu manusia semata-mata.

10. Pada akhir zaman, perbalahan sesama Islam berleluasa. Ulama bertembung sesama ulama. Orang awam menjadi keliru pihak mana yang lebih benar.

Orang awam kena pertingkat iman dan ilmu Islam mereka dalam menghadapi zaman akhir zaman. Pegang pandangan al Quran dan al Sunnah dengan sebenar-benarnya dengan ilmu yang dipelajari, dengan akhlak terpuji dan dengan tujuan yang benar bukan batil.

Jangan terjerumus dalam pihak yang dikatakan kelompok perubahan yang tersilau dengan pemikiran orientalis dan kelompok agama yang tersilau dengan material dan kekuasaan politik.

Jaga iman dan akhlak dengan ilmu yang benar.

Moga kedaifan diri dalam ilmu dan amal, kemampuan dan iman, akhlak dan istiqamah dapat diislahkan pada akhir hidup kita.

Catatan Tiga Halaman (Catihal) : Siapa Diri Kita, Walaun atau Maha Firaun?




Oleh Permata Dalam Cahaya

Ilmu -> Pemilihan ->Darjah Keyakinan/Keimanan à->Tindakan/Amalan/Akhlak

1. Ilmu
Kebenaran sumber ilmu sangat penting dalam menentukan pilihan yang kita buat. Kebenaran sumber ilmu bergantung kepada
a) Sumber ilmu yang paling benar yakni al Quran dan al Sunnah
b) Kaedah-kaedah ilmu dalam mengambil hujah daripada sumber ilmu
c) Tujuan dan niat yang benar bukannya batil dan sesat.
d) Guru berwibawa iaitu beriman, pengetahuan tinggi, akhlak terpuji, ciri-ciri seorang mujtahid, bersifat rabbani, mursyid dan murabbi
e) Ilmu pertama ialah ilmu tauhid. Ilmu mengenal Allah.
2. Pemilihan
Seorang manusia perlu membuat pilihan atau keputusan berdasarkan ilmu yang benar. Keputusan dan pemilihan ini perlu bersifat adil. Keadilan terbahagi kepada dua iaitu [a] keadilan yang benar di sisi Allah dan [2] keadilan yang baik disisi manusia. Keadilan hendaklah mengikut neraca yang ditentukan oleh Allah bukannya kehendak akal-nafsu semata-mata.
3. Darjah Keyakinan dan Keimanan
Pemilihan yang adil menentukan darjah keimanan/keyakinan kita terhadap sesuatu perkara. Ia menentukan kekuatan dan keupayaan sebenar tahap keimanan/keyakinan diri seseorang.
4. Tindakan/Amalan/Akhlak
Daripada darjah keimanan/keyakinan, kita dapat menentukan sejauhmanakah tindakan/amalan/akhlak kita mengikuti ilmu yang benar? Dan sejauhmanakah istiqamah kita?.
5. Pentafsiran Islam
Darjah keyakinan/keimanan menentukan tahap kefahaman seseorang manusia. Kefahaman bukannya sahaja datang daripada ilmu dan pengalaman tetapi datang daripada TAQWA. Taqwa adalah kesan daripada darjah keyakinan/keimanan yang tinggi dibuktikan dengan amalan yang istiqamah.
Dalam perkara yang ranting atau boleh berubah-ubah, umat Islam dibenarkan berbeza pendapat. Perkara ini adalah rahmat kerana setiap budaya, zaman dan tempat mempunyai perbezaan. Dalam perkara yang tetap dan muktamad, ia wajib dilakukan tanpa kompromi. Justeru, sesetengah pihak mengambil kesempatan ke atas waqi’ dengan hujah maslahah, maqasid syariah dan kelainan pendekatan untuk bertujuan batil iaitu menolak sebahagian daripada Islam. Perkara ini bertambah rumit apabila kalangan mereka itu adalah para ulama dan lulusan pengajian agama Islam.
Walaupun mereka kalangan ulama atau lulusan pengajian Islam, kita dapat mengesan kebatilan mereka melalui beberapa ciri-ciri iaitu
a) Pengaulan mereka bersama-sama orang soleh atau tidak
b) Pengamalan Islam secara syumul atau sebahagian-sebahagian
c) Bertindak dalam keadaan merugikan perjuangan Islam dan umat Islam.
d) Beralasan dalam pelaksanaan Islam.
e) Menolak hukum syariat Islam dan Negara Islam
f) Membawa Islam mengikut kehendak Barat dan akal-nafsu mereka bukannya berdasarkan al Quran dan al Sunnah.
g) Islam bertaraf teori dan wacana bukannya praktikal.
h) Terlarut dalam Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme [SEPILIS] dalam pengamalan, pemikiran dan penghujahan mereka secara lisan, amalan dan penulisan.
i) Mencampur aduk antara kemungkaran dan kebenaran Islam.

Disiapkan pada 26/5/2016 jam 10.30 Malam.


Berteman SEPILIS di Taman Perbukuan.




Oleh Aku Dalam Chermin[1]

Era ledakan maklumat melalui gajet dan internet mewujudkan tsunami yang menganasi iman dan adab-akhlak manusia. Gajet dan internet telah menjadi agen pembudayaan yang cukup berpengaruh dalam mengubah corak berfikir, kehidupan masyarakat, peradaban dan kebudayaan masyarakat dunia.

Antara impak era ledakan maklumat ini ialah pengukuhan pengaruh Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme atau SEPILIS di negara-negara Islam. Malaysia tidak terkecuali dalam perencanaan Barat menakluki dunia dengan kebudayaan, ekonomi, politik dan pemikiran.

Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme (SEPILIS)

SEPILIS antara buah pemikiran dan ideologi ciptaan akal-nafsu manusia yang mendominasi masyarakat dunia pada hari ini. Antara ciri buah pemikiran dan ideologi ciptaan mengikut kehendak akal-nafsu manusia ialah

1.     Menolak kehadiran Tuhan dalam pemikiran dan pendekatan.
2.     Bersifat dualisme dan menolak kebenaran mutlak serta menerima kebenaran relatif.
3.     Memenuhi keseronokan akal-nafsu
4.     Membezakan urusan peribadi dengan masyarakat
5.     Bersikap menyisih atau menolak peranan agama
6.     Mencampur aduk al Quran dengan pemikiran ciptaan manusia yang jelas menyeleweng daripada ajaran al Quran sendiri.

Faham
Huraian Ringkas
Sekularisme
Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady

1. secara mudahnya bermaksud dunia ini.

2. tidak kaitan dengan agama

3.tidak memperdulikan pertimbangan yang timbul daripada kepercayaan kepada tuhan, alam abadi dan alam ghaib
Pluralisme
1.Semua tradisi agama adalah sama merujuk kepada hakikat tertinggi yang satu

2.Semua agama adalah sama menawar jalan  kepada keselamatan

3. Kebenaran itu adalah relatif

Liberalisme
1. Cenderung kepada kebebasan[2]

2. Pemerintahan demokratik

3. Individualistik

4. Rasional Akal dan Pragmatis


La Ilaha Illa’Llah: Pandangan Hidup Seorang Muslim

Dalam setiap aspek kehidupan sama ada dalam sosial, ekonomi dan politik, kelurusan aqidah-tauhid menjadi perkara paling utama. Kelurusan aqidah-tauhid secara mudahnya kita meletakkan Allah SWT mendahului semua perkara walaupun kita dilihat rugi di sisi manusia dan pandangan kita ditolak.

‘Dari Allah, Cara Ditentukan oleh Allah, Untuk Allah’

Slogan di atas mengambarkan setiap sesuatu yang kita lakukan MESTI yang diperintahkan oleh Allah, dilakukan dengan cara yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya dan bertujuan untuk Allah. Kita hamba Allah hanya layak melakukan segala yang diperintah oleh Allah sebagai tanda aras pengabdian kita kepada-Nya.

Dalam melayari kehidupan ini, kita perlu beransur-ansur meninggalkan sifat kejahilan yang ada pada diri kita dengan mengapai bahtera yang ditentukan oleh Allah SWT iaitu Islam. Semakin berusia, semakin mendekati Allah dengan jalan yang ditentukan oleh Allah bukannya mengikut logik akal kita dan kehendak nafsu kita. Ketundukan kita kepada Allah, itulah Islam.

Jika kita seorang sekularis, pluralis, ateis, liberalis, punker, rocker dan sebagainya, seharusnya kita meninggalkan ‘dunia-dunia ini’ untuk berada dalam ‘dunia’ Islam. Manusia makhluk yang lemah, lalai dan banyak melakukan kesilapan mesti insaf dan sedar bahawa kehidupan ini hanya sementara. Kita tidak tahu bila kita meninggal dunia dan bagaimana kita mati. Justeru, sangat wajar peningkatan usia perlu dijadikan tanda aras untuk kita insaf dan sedar bahawa mati itu dekat dan Islam hanya satu-satunya jalan yang dapat mendekatkan kita kepada Allah, Tuhan Yang Hak.

Para ulama terdahulu khususnya ulama nusantara seringkali menyatakan kepentingan ilmu tauhid kerana ilmu ini menentukan darjat keimanan seseorang kepada Allah SWT.

Sebagai seorang muslim, kita perlu memperkasakan akhlak dan memartabatkan aqidah-tauhid kita. Dalam Manhalush Shafi, Syeikh Daud al Fathani menyatakan tentang martabat tauhid yang terbahagi empat martabat iaitu:

Pertama, Tauhid Uluhiyah iaitu menafikan ketuhanan daripada segala yang lain daripada Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.

Kedua, Tauhid Af’al iaitu menafikan fi’il yang hakiki daripada segala yang lain daripada Allah SWT dan mengitsbatkan  dia kepadaNya.

Ketiga, Tauhid Shifat iaitu menafikan segala sifat yang hakiki daripada segala yang lain daripada Allah SWT dan mengitsbatkan  dia kepadaNya.

Keempat, Tauhid Zat atau Tauhid Wujud Haqiqi iaitu menafikan wujud yang hakiki daripada segala yang lain daripada Allah SWT dan mengitsbatkan  dia kepadaNya.

Tauhid yang empat ini terkandung dalam kalimah La Ilaha Illa’Llah. Kefahaman terhadap martabat tauhid ini meningkatkan darjat keyakinan-keimanan kita.

Setelah kita beriman kepada Allah, jangan sesekali merosakkan iman. Jika ia rosak, tanggungjawab besar kita mengembali iman ke dalam diri kita. Jaga iman kita daripada rosak yakni kufur.[3]

Dalam Islam, jenayah paling besar adalah riddah iaitu keluar dari Islam. Jika tidak bertaubat, seseorang itu boleh dihukum bunuh.[4]

Muhammadur Rasulullah: Nabi Muhammad Insan Sempurna

1. Nabi Muhammad Adalah Manusia Biasa

Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa.[5] Baginda bukan manusia luar biasa yang magis atau malaikat. Dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad tercedera. Baginda makan, minum, beribadah dan berkahwin. “Sesungguhnya Nabi Muhammad ialah seorang hamba, yang memiliki bagi dirinya sendiri [kuasa] memudaratkan dan memanfaatkan, mati dan hidup kecuali apa yang Allah dikehendaki.”[6]

Kini ada satu aliran pemikiran yang mempertikaikan kewibawaan Nabi Muhammad SAW. Mereka mempopularkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa. Ia satu kenyataan yang benar tetapi tujuan yang jahat. Lihatlah kenyataan kaum Nabi Nuh yang mempertikaikan Nabi Nuh.[7] Begitu juga dengan tindakan kaum Nabi Syuaib[8]. Sememangnya para nabi dan rasul adalah manusia biasa. Cuma kita masih tidak mendengar bahawa ada kalangan Umat Islam mengatakan baginda gila sebagaimana dinyatakan oleh masyarakat Quraish.[9]

Antara orientalis yang menyerang keperibadian Nabi Muhammad ialah Gustav Weil dan Alogs Spreangar. Isu yang seringkali dibangkit bahawa Nabi Muhammad seorang histeria yang teruk dan kritikal. Tujuan mereka untuk menghina dan menghakiskan kewibawaan dan kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa tetapi unik dan istimewa. Unik dan istimewa inilah yang membezakan baginda dengan manusia lain. Baginda adalah Nabi-Rasulullah SAW yang memiliki mukjizat teragung iaitu al Quran. Bezanya dengan manusia yang lain ialah, baginda menerima Wahyu[10] daripada Allah SWT melalui Jibril.

Kita perlu memahami Rasulullah SAW dengan cara yang betul melalui memahami kedudukan yang sebenar dan mengenali semua aspek kehidupannya agar kita menyayangi dan mentaati ajarannya. Mengenali Rasulullah SAW yang paling bagus melalui al Quran dan hadith. Menyayangi dan mentaati Rasulullah SAW bermakna kita mentaati Allah.

Rasulullah SAW sendiri melarang pengagungan dan pemujaan melampau Umat Islam kepada baginda sebagaimana yang dilakukan oleh Orang Nasrani terhadap Nabi Isa AS. Nabi Muhammad SAW mengajar para sahabatnya mencintai Allah SWT.[11]

Justeru, Rasulullah SAW adalah manusia yang biasa tetapi istimewa. Biasa kita tidak sama dengan biasa baginda. Oleh itu, marilah menjadikan Rasulullah SAW sebagai suri tauladan kita dalam kehidupan.[12]

2. Nabi Muhammad SAW  Sebagai Insan Sempurna Menurut Afzalur Rahman

Nabi Muhammad SAW merupakan manusia yang mempunyai tabiat semulajadi seperti manusia yang lain. Tetapi baginda adalah manusia sempurna dari setiap segi. Baginda telah membentuk satu prinsip kelakuan melalui kata-kata dan amalan yang unik dan seterusnya menjadi contoh kepada manusia yang lain.

Nabi Muhammad SAW menerima manusia mempunyai keinginan dan kelemahan dan menunjuk cara untuk memenuhi keinginannya disamping mengatasi kelemahan, ia menaikkan darjat kemuliaan seeorang manusia saleh mengatasi malaikat. Nabi Muhammad SAW sudah menampilkan contoh tauladan dalam kehidupan baginda mentafsirkan al Quran melalui cara hidup seharian baginda. Mereka (kita semua) perlu meneruskan kehidupan seharian tetapi hendaklah beriman kepada kekuasaan dan keagungan Allah SWT. Manusia perlu menjadi hamba Allah yang mentaati Allah setiap masa, waktu dan tempat.

Semua kerja seharian dan memenuhi keinginan diri merupakan satu ketaatan dan kebaikan jika ia dilakukan berdasarkan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya. Dengan melakukan kerja dengan IKHLAS dan sepenuh hati kerana Allah, seseorang akan mencapai darjat kerohanian yang tinggi dan pada masa yang sama masih menikmati kehidupan seharian yang biasa bersama isteri dan anak-anak.

Tugas baginda terpenting ialah membetulkan kepercayaan kaumnya. Kepercayaan paling buruk adalah syirik. Pembebasan manusia daripada syirik adalah tugas utama para rasul.

Pada hemat penulis, Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa kerana setiap amalan yang baginda lakukan adalah amalan yang mampu manusia lain melakukannya. Baginda boleh dijadikan KPI dalam pembudayaan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. Perbezaan kita dengan Nabi Muhammad SAW ialah darjah keimanan atau kerohanian yang tertinggi dalam kalangan manusia dan makhluk Allah daripada kejadian Bumi sehingga Kiamat. Justeru, darjat keimanan ini sewajibnya dibaiki dan dimunasabah akan terus meningkat sesuai dengan peningkatan usia dan kematangan.

3. Sistem Kehidupan Yang Ditunjuk Oleh Rasulullah

Syahadah kedua iaitu pengakuan kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW mempunyai dua rukun. Al Isbat  ialah dengan mensabitkan segala bentuk ibadat dan peraturan hidup hanyalah berdasarkan kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan tiada sebarang sistem lain yang boleh berkongsi dengannya. Rukun kedua, menafikan segala sistem yang ditunjukkan oleh selain baginda.[13]

Kehadiran pelbagai ideologi, pemikiran dan kebudayaan yang jelas bertentangan dengan Islam WAJIB ditolak. Jika terjerumus ke dalam lubangnya, panjat kembali kepada Islam.

Islam yang diamalkan perlu selaras dengan al Quran dan sunnah Rasul-Nya bukannya Islam ikut-ikutan tanpa pengetahuan yang benar. Maulana Abu’l A’la al Maududi menegaskan, Islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktiskan pengetahuan tersebut. Pengetahuan dan tindakan mempraktiskan itu dapat diperolehi daripada al Quran, hadith dan sirah baginda serta pengalaman sahabat baginda.

Manusia Yang Terpengaruh Dengan SEPILIS

Umat Islam pada hari ini mempunyai pelbagai latar belakang. Latar belakang individu banyak mempengaruhi pemikiran mereka. Antara faktor disebabkan latar belakang tersebut ialah

1.     Berasal daripada bukan Islam terutamanya yang berasal daripada Barat. Latar belakang mereka yang asali banyak mempengaruhi pemikiran mereka. Ia berlaku sebagaimana munculnya kisah israliyyat.
2.     Orientalis Bukan Islam yang mengkaji Islam
3.     Orang Islam yang belajar di Barat. Keterujaan terhadap pemikiran Barat dan mahu mengubah masyarakat dengan pemikiran Barat.
4.     Minoriti orang Islam yang tinggal di negara Barat. Mereka cuba mentafsirkan agama sebagai kehidupan mereka di negara Barat kepada masyarakat Islam di negara majoriti umat Islam.
5.     Guru, institusi, organisasi, buku dan tempat belajar juga mempengaruhi pemikiran seseorang.
6.     Pemikir dan pejuang Islam yang terperangkap dengan agenda Barat terutamanya yang memcampur aduk pemikiran Islam dengan Barat dan menerima dana daripada Barat[14].
7.     Kelompok al indiyyah iaitu golongan yang menerima kebenaran yang pelbagai berdasarkan sudut pandangan yang berbeza dan kadangkala bertentangan.

Serangan Terhadap al Quran[15] dan Hadith

Orientalis Barat telah menyediakan tapak-tapak untuk intelektual anak didik mereka meneruskan perjuangan mereka di tanah air masing-masing. Mereka cuba menyerang dan menggugat dua tunjang utama sumber ilmu Islam iaitu al Quran dan hadith.

Serangan terhadap al Quran dengan mengemukakan pandangan orientalis[16] dan tokoh Islam bahawa al Quran perlu [1] disusun semula, [2] ditafsir semula dan [3] kritikan terhadap ketulenan al Quran. Pandangan [1] pernah disuara oleh tokoh-tokoh Islam seperti Agus Salim yang mahu al Quran disusun mengikut kronologi ia diturunkan. Pandangan [2] dianuti dan dilemparkan oleh tokoh-tokoh liberal seperti M. Amin Abdullah.[17] Pandangan [3], kebanyakannya para orientalis Barat seperti John Pitt,[18] Goldziher Margelot dan George Sale.

 Antara orientalis terkenal dalam yang mengkaji  al-Qur’an ialah Abraham Geiger (1874),[19] Theodor Noldeke,[20] Friedrich Schwally,[21] Arthur Jeffery,[22] Gerd A. Puin,[23] dan Christoph Luxenberg.[24]
Anak murid dan pengekor orientalis mahu mengunakan metodelogi pentafsiran hermeneutik dalam mentafsirkan al Quran. Metodelogi ini digunakan digunakan oleh ahli teologi Kristian dan Yahudi untuk memahami teks bible.Tujuan utama hermeneutik menurut Encyclopedia Britannica, edisi 15 (1995) ialah untuk mencari nilai dan kebenaran bible. Perkara ini menunjukkan bahawa ahli teologi Kristian dan Yahudi mempunyai masalah dengan teks-teks kitab suci mereka.[25] Perkara ini membezakan dengan al Quran bahawa semua orang Islam sepakat bahawa al Quran adalah kalam Allah, diabsahkan kedudukannya dan tidak mempunyai masalah dengannya.

Orientalis Barat yang mengkaji dan mendalami pengkajian hadith pula ialah A. J Wensinck, A. Sprenger, I. Goldziher, J. Horovitiz, T.W Juynboll, Edward E. Esalisbury, O.V. Hondas, L. Krehl, W.M.Watt, J. Schacht, J. Robson dan lain-lain. Mereka mengkritik isnad, penulisan hadith, hadith dan tokoh.

Orientalis Barat mengkritik ketulenan dan autoriti hadith dan mengkritik  pengajian hadith.  I. Goldziher sebagai contoh mengatakan masyarakat Islam abad pertama ialah

1.     Masyarakat Islam yang jahil terhadap agama, dalam praktis dan aqidah
2.     Islam dapat disesuaikan dengan ideologi bersistem.

I.Goldziher dan A. Guilllaume meragui keabsahan hadith yang dihafaz dan sistem pengajian hadith secara lisan lebih kurang 100 tahun.

Allah memimpin kefahaman ilmu kepada umat Islam. Islam itu adalah sumber ilmu. Kenyataan bahawa masyarakat Islam abad pertama adalah jahil agama, dalam praktis dan aqidah adalah satu dakwaan jahat. Wahyu pertama konsep IQRA membuktikan bahawa ketamadunan Islam bermula dengan ilmu dan membaca.

Generasi awal Islam terkemuka dengan sifat genius, bertaqwa, berwibawa dan kuat ingatan. Mereka juga menulis hadith-hadith Rasulullah SAW pada lembaran-lembaran atau sahifah peribadi. Antara sahabat Rasulullah SAW tersebut ialah Abdullah Bin Amru dengan al Sahifah al Sadiqah dan Abu Hurairah dengan al Sahifah al Sahihah.

Generasi awal Islam mempunyai kaedah menerima dan meriwayat hadith yang tegas. Antara prinsip yang mereka pegang ialah [1] mengurangkan riwayat, [2]Teliti menerima dan meriwayat hadith, [3] Menghalang sahabat yang menjadi perawi daripada menyatakan hadith yang tidak sesuai diriwayatkan kepada masyarakat umum, [4] Menghadkan hanya yang benar-benar berminat dan thiqah mendengar hadith, [5] Tidak berbohong atas nama dan diri Rasulullah dan [6] hadith yang disampaikan perlu mempunyai kesaksian sebagai bukti tidak bersendirian meriwayatkan hadith.

Pada abad pertama Hijrah, berlaku perkembangan dalam ilmu pengajian hadith. Perkembangan bertambah rancak dan terserlah pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz apabila beliau mengarahkan Abu Bakar bin Hazm mengumpul dan mencatat hadith Rasulullah SAW mengunakan kaedah ilmu pengajian hadith tertentu. Pengajian bersanad melalui ilmu riwayah dan dirayah banyak membantu keabsahan dan ketulenan hadith.

Kewibawaan guru menjadi kekuatan paling besar dalam keabsahan dan ketinggian pengajian hadith sehingga melaberak para orientalis Barat.

Menyatakan Islam dapat disesuai dengan ideologi bersistem adalah satu dakwaan yang dangkal kerana Islam adalah addin iaitu satu sistem peraturan hidup/cara  hidupa dan  aqidah.

Ulama Bukan Pewaris Nabi

Hakikat ilmu menurut Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah pernah berkata :

1.      Bukanlah ilmu itu dinilai dengan banyaknya riwayat.

2.     Bukan pula dengan banyak berkata-kata.

3.     Tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan di dalam hati seseorang.

4.     Melalui cahaya tersebut, seseorang hamba dapat memahami jalan kebenaran.

5.     Dengan ilmu tersebut juga, seseorang itu dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan.

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilmu yang bermanfaat dan amal soleh yang diterima di sisi-Mu."

Pada zaman sekarang, ramai agamawan bersifat jahat atau su. Mereka juga dikenal agamawan berbaju ‘Islamis’ berjiwa ‘orientalis’. Mereka terpengaruh dengan agenda Barat dan termakan budi seseorang, organisasi atau pemberi dana. Ada kalangan mereka bertujuan baik untuk mengislah umat Islam tetapi mengunakan pendekatan atau pemikiran hasil kerangka pemikiran para orientalis atau pemimpin kalangan musuh Islam. Agamawan seumpama ini tidak memahami dengan jelas hakikat ilmu sebagaimana saranan Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah di atas.


Hakikat ilmu menurut Imam al Muhasibi ialah

1.     Hendaklah kamu bersifat benar dalam pencarianmu, pasti engkau mewarisi ilmu yang mendalam

2.     Hendaklah kamu mencari ilmu yang membawa engkau kepada taufik yang suci, kejayaan orang berilmu ialah beramal dan takut kepada Allah.

3.     Kefahaman mengikut tahap akal dan ilmu seseorang, maka dengan tahap kefahaman itulah menunjukkan tahap taqwa dan takutnya seseorang kepada Allah.

4.     Allah mengurniakan akal dan menghidupkannya dengan ilmu sesudah memperolehi iman dan ditunjukkan kepadanya keyakinan, carilah kebaikan dalam bertaqwa dan ambillah ilmu daripada orang yang takut kepada Allah

Menurut Imam al Muhasibi lagi, akal perlu ditemani oleh perkara di bawah, jika tidak akal ditewaskan oleh nafsu. Perkara itu ialah:

1.     Melebihkan TAAT daripada MAKSIAT
2.     Melebihkan ILMU daripada KEJAHILAN
3.     Melebihkan AGAMA daripada DUNIA

Hakikat ilmu sebenarnya membawa akal dan diri kita kepada taqwa dan takut kepada Allah SWT. Ulama dan penuntut ilmu tidak boleh membiarkan diri mereka tewas kepada nafsu mereka.

Menurut Imam al Ghazali, hakikat ikhlas ialah menjadikan segala amalan kita hanya untuk Allah SWT dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan engkau tidak peduli dengan kecaman mereka. Tanpa ikhlas, amalan adalah sia-sia.

Hakikat amal pada niatnya. Niatnya lebih baik daripada amalnya. Amalan adalah buah iman yang dibajai oleh niat yang benar. Belum betul-betul beriman jika belum mendorong orangnya bekerja bersungguh-sungguh untuk beramal. Iman merupakan keyakinan tentang kebenaran sesuatu, ketenangan hati menikmatinya dan keinginan untuk berjuang menyampaikannya kepada orang lain.

Hakikat amal dirosakkan oleh rosaknya hati. Menurut Imam al Muhasibi, punca rosaknya hati ialah meninggalkan muhasabah dan terpesona dengan panjang angan-angan, maka apabila seseorang ingin kebaikan hatinya berdiri bersama iradah dan di sisi khuatir (ilham), maka ambillah apa yang datang dari Allah SWT dan tinggalkan yang datang dari selain-Nya, tanganilah panjang angan-angan dengan mengingati mati. Perkara sia-sia dan angan-angan bergerak dari hati kepada telinga, mata, lidah, tangan-kaki, makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Sesetengah ulama dan lulusan pengajian Islam yang terpengaruh dengan SEPILIS gagal memahami hakikat ikhlas, hakikat ilmu dan amal sehingga mencari jalan dan alasan membenarkan hujah-hujah kelompok SEPILIS. Mereka dikhayalkan oleh pembaharuan/reformasi dan pembangunan yang menghilangkan ketakutan kepada Allah dan mengikis akidah umat Islam. Tindakan mereka dilihat baik di sisi manusia bukan Islam tetapi merugikan umat Islam.

Contoh, penolakan pelaksanaan perundangan Islam dengan pendekatan maqasid syariah. Pada hari ini, kelompok SEPILIS mengunakan pendekatan 2 + 1 dimana satu pihak [1] secara keras menentang perundangan Islam. Satu pihak [2] lagi mengunakan pendekatan sederhana dimana mereka tidak menolak tetapi mengemukakan alasan untuk menangguhkan pelaksanaan dengan hujah-hujah Islami.

Penghujahan kelompok SEPILIS [2] telah mengelirukan umat Islam kerana ia selari dengan pendirian kelompok Islam daripada mazhab maqasidi. Lebih sukar apabila kedua-dua kelompok ini bersatu dengan tujuan dan kefahaman ilmu yang sama tetapi niat yang berbeza.

Perbezaan kelompok SEPILIS [2] dengan kelompok Islamis mazhab Maqasidi ialah

1.     Kelompok Maqasidi masih mengakui dan berniat melaksanakan perundangan Islam tetapi waqi’ masih belum bersedia.
2.     Kelompok Maqasidi mengamalkan Islam sebagai Addin dalam kehidupan seharian termasuk dalam pemikiran dan gaya hidup mereka.
3.     Kelompok Maqasidi masih berpegang kepada kesyumulan Islam berbanding kelompok SEPILIS [2] berpegang kepada perkara yang menguntungkan kelompok mereka sahaja.

Kenapa perundangan Islam perlu dilaksanakan di Malaysia?. Persoalan ini jelas bertentangan dengan kelompok Islamis Mazhab Maqasidi. Jawapannya ialah

1.      Pelaksanaan perundangan Islam tertakluk kepada orang Islam sahaja. Ia dilaksanakan di negeri Kelantan dan Terengganu dimana perundangan ini telah dimasukkan ke dalam undang-undang negeri.

2.      Hendak dilaksanakan di negeri majoriti umat Islam iaitu Kelantan dan Terengganu. Di Kelantan, rakyat secara majoriti dalam sistem demokrasi telah memilih PAS dan dasarnya yang mahu melaksanakan perundangan Islam.

3.      Perundangan Islam adalah perjuangan yang cukup lama dari segi sejarah dan melalui kajian yang cukup banyak.

4.      Dari segi sejarah, perundangan Islam sudah lama bertapak dalam Kesultanan Melayu dan dimansuhkan oleh penjajah British.
5.      Paling tepat, ia ‘PERINTAH’ Allah SWT. Lakukan tanpa ALASAN.

Masalah yang kebarangkalian timbul yang melambatkan pelaksanaan perundangan Islam ialah

1.     Kemudahan prasarana
2.     Pengetahuan rakyat yang minima
3.     Tindak balas kerajaan Persekutuan
4.     Permasalahan teknikal dari segi undang-undang dalam sistem perundangan tersebut

Setiap perbezaan perlu berada dalam konteks ilmu dan adab. Kunci utama dalam konteks ilmu dan adab ini ialah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Perbezaan pendapat/pandangan ulama dalam konteks ilmu adalah rahmat buat umat Islam. Perbezaan ini bukan sepatutnya membawa ke arah perbalahan tetapi membuka ruang lebih kepada memudahkan orang ramai dalam beramal. Perbezaan perlu dalam konteks adab. Jika perbalahan terkeluar daripada konteks adab, orang ramai boleh mengambil ilmu daripada seseorang ulama tetapi menolak perbalahan dan sifat biadab ulama tersebut.

Perbalahan antara ulama perlu ditangani dengan baik sebagaimana sifat hormat menghormati antara Imam Ibnu Taimiyyah dengan Imam Nawawi yang hidup sezaman. Kita tidak menafikan ada permusuhan antara ulama sehingga berlaku memperlekehkan sesama mereka. Sebagaimana contoh, permusuhan di antara dua anak murid hebat Imam al Hafiz Ibn Hajar al Asqalani iaitu Imam Jalaludin as Suyuti dengan Imam Sakhawi.

Kecelakaan paling besar kepada seseorang ulama ialah [1] menyeleweng daripada aqidah Islam yang benar, [2] mencampur aduk antara kebenaran dan kebatilan, [3] tidak berakhlak dan tidak warak, [4] mempergunakan agama Islam untuk kepentingan diri, organisasi dan keluarga, [5] berada dalam kumpulan anti Islam seperti kelompok SEPILIS, [6] tahu tetapi tidak beramal, beramal tetapi tidak istiqamah dan [7] menjauhi lapangan dakwah dan masyarakat miskin dan [8] menjadikan diri mereka sebagai ikon yang ditaksub dan popular.

Kita sebagai orang awam tidak perlu membenci ulama kerana membenci ulama bagaikan membenci sebahagian daripada Islam. Kita perlu mengambil kebaikan dari segi akhlak yang baik dan ilmu yang bermanfaat daripada para ulama dan menolak keburukan, kelemahan, kesilapan dan kelalaian para ulama. Kita ambil kebaikan daripada Imam al Ghazali dan Imam Ibn Taimiyyah dan menolak perbalahan antara mereka.

Ilmu Yang Bermanfaat

Percayalah, ilmu ada kekananan dan keutamaan yang perlu lebih diutamakan. Jangan sesekali kita terperangkap dalam ‘perangkap kepalsuan  elmu  yang khayali. Ilmu tidak bertepi luasnya, ia menyebabkan kaki kita tidak berpijak ekoran khusyuk membaca dan berwacana. Akal merajai ilmu sehingga kita lupa bahawa Allah Memimpin Ilmu.

Tidak salah kita mempelajari ilmu-ilmu bersifat duniawi selagi kita meletakkan Allah memimpin ilmu yang kita tekuni. Maksudnya, tujuan ilmu yang kita pelajari adalah untuk kembali mendekati Allah dan untuk kemajuan umat Islam. Tiga sifat utama yang perlu ada pada penuntut ilmu ialah

1.     Tujuan untuk pengabdian diri kepada Allah
2.     Untuk kemajuan umat Islam
3.     Praktikal pada diri bukan sekadar pengetahuan untuk dibaca atau diwacana sahaja.

Manfaat ilmu terasa apabila kita semakin mendekati Allah SWT, mengamalkan Islam dengan lebih baik dan ilmu bukan lagi bualan-sembang wacana nan kencang. Ilmu perlu berpijak kepada realiti kehidupan dan diamalkan di luar bilik kuliah. Dalam kitab Ayyuhal Walad, Imam al Ghazali menyatakan ilmu tanpa amal ialah gila dan amal tanpa ilmu pula ialah sia-sia.

Berilmu bermakna kita telah memilih jalan dan pandangan/mazhab untuk diri kita. Justeru, jangan sesekali kita mencampur adukkan pemikiran dan kefahaman SEPILIS dengan Islam. Apatah lagi SEPILIS lebih mendominasi daripada Islam dalam pencampuran pemikiran dan kefahaman tersebut baik dalam penulisan dan lisan. Tiada sebahagian-sebahagian Islam melainkan sifat orang munafik. Islam mesti diterima secara keseluruhan atau syumul dan kita wajib menolak campur aduk antara kebenaran dengan kebatilan.[26]

Kita menolak tempelan ideologi pada Islam kerana ia lebih membawa fitnah yang lebih besar kepada Islam walaupun kita menghormati pandangan sesetengah sarjana atau ulama Islam menerima atas nama dakwah dan kepentingan tertentu. Istilah seumpama Sosialisme Islam, Islam Hadhari, Muslim Moderat dan lain-lain mewajarnya kita tolak kerana Islam difahami melalui kacamata yang salah dan mengelirukan.

Tokoh panutan bagi seorang yang matang ialah Rasulullah SAW. Tiada selain baginda. Pemikiran dan gaya hidup Rasulullah SAW terdapat dalam al Quran dan al Sunnah. Seorang yang matang dalam beragama perlu menolak bertauladan tokoh lain selain Rasulullah SAW. Tokoh seumpama Karl Marx, Che Guevara, Noam Croamsky dan lain-lain wajar ditolak pemikiran dan budaya hidup mereka.

Tersihir Dengan Tokoh

Dengan Cak Nur kita mudah tersihir dengan cungkilan pendapat intelektualisme dan retorik-pidato yang bersemangat boleh menarik jiwa sang pendengarnya’

‘Dajal Penyihir yang menyihir manusia mendekatinya. Berhati-hatilah’

Kita akan membicara persoalan pemikiran dan aqidah seseorang bukannya akhlak seseorang. Ada kalangan kita akhlaknya terpuji tetapi aqidah dan pemikirannya rosak dimamahi parasit SEPILIS. Mubaligh Kristian cukup sopan santun dalam misinya tetapi aqidahnya rosak. Pengaulan kita dengan kelompok SEPILIS sungguh rapat dan baik, mereka cukup terbuka dan ramah tetapi aqidah dan pemikiran mereka telah rosak. Maka, berhati-hatilah bersahabat.

Ilmuwan dan pemimpin SEPILIS bukanlah sebarangan orang. Ilmunya tinggi, terpelajar, genius, berakhlak terpuji dan profesional. Dr Mukti Ali, Dr Harun Nasution, Dr Nurcholish Majdid, Ulil Abshar Abdalla dan lain-lain terkenal seorang genius dan pandai berhujah-retorik. Hujah mereka kelihatan benar tetapi tujuannya palsu.

Kalau kita mendengar pidato, kuliah atau ceramah pemimpin yang handal dalam retorik, bersemangat berapi-api, kaya dengan permainan bahasa dan istilah dan pandai menyusun lelucon, kita akan mudah terpesona dan tersihir dengan diri pengucap tadi. Pemimpin yang handal berucap di Malaysia seperti Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu dan Siddiq Fadzil.

Begitulah jua jika kita mendengar ceramah, kuliah atau membaca tulisan Nucholish Majdid atau Cak Nur, nescaya kita mula tersihir kagum dengan kehebatan retorik, berbau intelektualisme dan pemilihan kata yang menarik.

Pada zaman yang mementingkan populariti, setiap aspek kehidupan selebriti adalah ikutan walaupun aspek tersebut bertentangan dengan ilmu dan akhlak. Pendapat popular atau daripada tokoh popular itu tidak semestinya benar. Kepercayaan berdasarkan populariti dan materialistik menanda pra zaman kemunculan Raja Populariti iaitu Dajal yang dilaknat oleh Allah SWT.

Berteman SEPILIS

Di Malaysia, kelompok SEPILIS terbahagi 3 kumpulan iaitu bergerak secara NGO, berada dalam parti pemerintah atau institusi kerajaan dan sebagai parti pembangkang. Walaupun mereka berada dalam kumpulan yang dilihat bertentangan, tetapi hasrat dan kehendak akal-nafsu mereka adalah sama.

Mereka mempunyai dua aliran pemikiran iaitu [1] totok SEPILIS dan [2] pembaharu jadian. Pembaharu  jadian bermaksud mereka berjuang untuk Islam tetapi membawa agenda SEPILIS secara sedar atau tidak sedar. Mereka ingat mereka reformis, moderat dan progresif tetapi mereka mabuk dengan pemikiran ciptaan Barat yang memcampur-adukkan antara kebenaran dan kepalsuan, dualisme kebenaran dan kesesatan kefahaman metafizika.

Kelompok Pembaharu Jadian perlu memahami kenyataan Imam al Muhasibi yang cukup menarik, ‘Maka sesiapa yang Allah SWT lapangkan dadanya dengan iman dan sampai kebenaran dalam hatinya, serta mencintai untuk mendampingi Allah, pasti dia akan melazimi jalan orang yang berakal dengan menjaga batas-batas syariat yang terkandung dalam al Quran dan sunnah Nabi-Nya yang mulia dan apa yang disepakati oleh orang-orang yang mendapat hidayah di kalangan imam-imam[27] [ surah al An’am: 153]’.

Kelompok Pembaharu Jadian jangan sesekali teruja dan dicandui oleh buah pemikiran yang dicanang oleh pihak Barat yang tidak beriman dan bersunat itu. Apabila Barat mengemukakan konsep masyarakat sivil, kita bersorak dan berkokok dengan dengan konsep masyarakat sivil atau masyarakat madani. Apabila Barat memperkenalkan konsep Muslim Moderat, berkokoklah kelompok Pembaharu Jadian dengan konsep Muslim Moderat dan Demokrat Islamis. Kelompok Pembaharu Jadian perlu mengikuti pihak yang dicirikan oleh Imam al Muhasibi seperti di atas iaitu:

1.     Kelompok melazimi jalan orang berakal dengan menjaga batas-batas syariat yang terkandung dalam al Quran dan al Sunnah.
2.     Orang yang mendapat hidayah di kalangan imam-imam[28].

Pada hari ini, kelompok SEPILIS dalam NGO dan dalam parti politik bersatu atas nama kemanusiaan, menghapuskan korupsi/rasuah, kronisme dan nepotisme, menegakkan keadilan, memperjuangkan suara rakyat, menyelamatkan Malaysia dan menumbangkan pemerintah yang korup dan zalim. Gerakan Islam mula difitnah dengan pelbagai tohmahan dan diperangkap dalam politik retorik/persepsi. Perang persepsi melalui media sosial dan media maya telah banyak memburuk citra perjuangan gerakan Islam. Perjuangan Islam mula dibandingkan dengan perjuangan yang disifatkan atas nama keadilan dan rakyat. Keadilan dan rakyat perlu diutamakan daripada perjuangan Islam.

Perjuangan Islam adalah perjuangan rakyat dan keadilan. Perjuangan atas nama rakyat dan keadilan belum tentu Islam.

Perjuangan rakyat pada hari ini adalah perjuangan mencari seorang pemimpin yang boleh memimpin umat Islam dan rakyat Malaysia ke arah lebih sejahtera.  Perjuangan mencari pemimpin disebabkan oleh parasit KKN[29] mula menyusup masuk ke semua organisasi termasuk dalam gerakan Islam. Pemimpin yang dicari mempunyai ciri di bawah:

1.     Bertaqwa
2.     Berakhlak
3.     Berprestatif
4.     Berpengetahuan
5.     Mempunyai keupayaan menyatukan atau aura seorang pemimpin

Pemimpin ini perlu disokong oleh permuafakatan rakyat. Muafakat Rakyat adalah inspirasi daripada hasrat Tun Abdul Razak semasa menubuhkan Barisan Nasional dimana beliau cuba menyatukan semua pihak ke dalam sebuah organisasi yang bersama-sama membentuk kerajaan atau Kerajaan Tanpa Pembangkang. Cuma idea Tun Abdul Razak gagal apabila parti-parti tertentu menyambut dingin hasrat Tun Abdul Razak.

Politik Islam-Melayu yang menjadi teras kestabilan dan kesejahteraan Malaysia sedang diancam dan diselamatkan oleh sistem demokrasi sendiri. Politik Islam-Melayu diancam disebabkan oleh [1] perpecahan dalaman orang Islam dan Melayu, [2] kemunculan sentimen wilayah dan perkauman, [3] kelemahan pemerintah, [4] kemunculan sentimen dinasti diraja, dan [5] kelemahan menghadapi acahan/desakkan pihak non muslim dan bangsa bukan Melayu.

Sistem demokrasi melalui pilihanraya hampir menganggu gugat kestabilan politik teras Islam-Melayu apabila individu yang beragama Islam dan Melayu dalam kelompok SEPILIS didalam parti politik pelbagai kaum membolehkan mereka bertanding di kerusi majoriti orang Melayu. Walaupun orang beragama Islam dan berbangsa Melayu, jatidiri-jiwa mereka bukan lagi Islam-Melayu tetapi SEPILIS sama dengan orang non muslim-bukan Melayu.

Penulis bukanlah mahu bersifat rasis tetapi ingin menyatakan realiti rakyat bawahan yang jurang perkauman semakin meluas. Tanpa kestabilan politik teras Islam-Melayu, negara boleh terjerumus ke lembah persengketaan antara kaum dan kewujudan kerajaan persekutuan yang lemah.



Kesimpulan

Berteman SEPILIS boleh menyebabkan kita terjerumus ke dalam lubang SEPILIS. Kita adalah siapa sahabat kita dan apa yang kita baca. Maka, berhati-hatilah.

Ilmu akidah menentukan arah keyakinan kita dalam Islam. Ilmu akidah perlu membentengi dan mendepani pemikiran dan kebudayaan hidupa kita agar tidak terpengaruhi dengan unsur-unsur yang membolehkan diri kita kufur seterusnya ke neraka. Carilah guru yang berwibawa.

Berhati-hati dan teliti dalam menuntut ilmu. Bukan semua ilmu yang dituntut itu boleh diamalkan kecuali ilmu itu bersumberkan al Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Ilmu itu adalah agama. Justeru, ilmu itu bagaikan pisau yang menghiris memberi kita sesuap makanan atau membunuh kita. Sesuai dengan kata-kata Ibnu Sirin;

‘Seseungguhnya ilmu ini adalah AGAMA maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu’

Jika belajar dengan kelompok SEPILIS tanpa sedar dan tanpa iman, kita boleh membawa diri kita ke dalam keterujaan pemikiran, keterbukaan yang pragmatis dan kecanduan wacana sehingga menggugat iman kita.

Berhati-hatilah.


[1] Seorang penuntut ilmu dan peminat buku. Nota ini tidak boleh dijadikan rujukan ilmiah. Nota ini sesuai sebagai bacaan pengenalan sahaja.
[2] Kebebasan ialah ketiadaan halangan untuk merealisasikan keinginan (Bertrand Russell)
[3] Surah al Nisa’: 136.
[4] Mastika Hadith, Jilid 1, keluaran JAKIM. Lihat juga, Said Ibrahim, Pelaksanaan Hukuman Hudud, KL: Darul Ma’rifah,  2000.
[5] Surah al Kahf: 110
[6] Surah A’raf: 188.
[7] Surah Hud: 27
[8] Surah al Syuraa: 186
[9] Surah at Takwir: 22
[10] Surah Asy Syura: 52
[11] Surah Ali Imran: 31
[12] Surah al Ahzab: 21
[13] Abu Naaielah, Syarah Misykaat al Masaabiih 1, Manjung: Darul Furqon, 2015.
[14] Pencampuran pemikiran ini mengakibatkan pemikiran terpinggir dan kekeliruan dalam mencari kebenaran.
[15] Rujuk https://wahyunishifaturrahmah.wordpress.com
[16] Pemerhatian orientalis terhadap al-Quran bermula dengan kunjungan Paderi Venerabilis, Ketua Gereja Cluny, ke Toledo pada  abad ke-XII. Dia telah membentuk dan membiayai suatu tim penerjemah yang ditugaskan menerjemahkan serangkaian teks Arab yang secara keseluruhan akan merupakan usaha ilmiah bagi para missionaris Kristian yang berurusan dengan Islam. Hasil kerja tim ini dikenali sebagai Cluniac Corpus, yang kemudian tersebar luas, tetapi tidak digunakan secara menyeluruh, hanya bahagian-bahagian yang memiliki manfaat langsung dan berguna dalam polemik yang dieksploitasi serta dikutip tanpa komentar.
[17] Rektor Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogjakarta (2007)
[18] Dia mengatakan bahawa al-Quran bukan wahyu Allah SWT, lebih berat dia mengatakan bahawa al-Quran adalah merupakan kumpulan cerita dongeng dan legenda palsu yang penuh dengan pertentangan dan membingungkan antara ayat satu dengan ayat lainnya. Lebih parah lagi mereka membuat kesepakatan bahwa Nabi Muhammad bukanlah Nabi yang menerima wahyu dari Tuhan. Lihat dalam “A true and faithful account of reliion and manner of Muhammadens
[19] Geiger seorang pemimpin gerakan reformasi Yahudi di Jerman telah mengemukakan teori pengaruh Yahudi terhadap al-Quran. Menurut Geiger, ajaran Muhammad meminjam dari agama Yahudi. Kata-kata yang terdapat di dalam al-Qur’an seperti Tabut, Taurat, Jannatu ‘Adn, Jahannam, Ahbar, Darasa, Rabani, Sabt, Taghut, Furqan, Ma’un, Masani, Malakut berasal dari bahasa Ibrani. Selain itu, hal-hal yang menyangkut keimanan dan doktrin, hukum-hukum, moral, pandangan tentang kehidupan dan cerita-cerita yang ada di dalam al-Quran, tidak terlepas dari pengaruh agama Yahudi. Mengenai ayat-ayat di dalam al-Quran yang mengecam Yahudi, Geiger berpendapat bahwa kecaman itu disebabkan Muhammad telah menyimpang dan salah mengerti tentang doktrin-doktrin agama Yahudi.
[20] Pada tahun 1860, Noldeke telah menulis tentang sejarah al-Quran (Geschichte des Qorans). Dalam karya ini, Noldeke berusaha mengubah semula sejarah al-Quran. Buku Noldeke ini kemudian diedit dan dikaji semula secara berkumpulan oleh beberapa Orientalis terkemuka Jerman dan dikerjakan selama 68 tahun sejak edisi pertama dan selama 40 tahun kemudian muncul buku edisi kedua. Hasilnya sehingga hari ini buku ini menjadi karya rujukan utama dalam masalah sejarah kritis penyusunan al-Quran bagi para Orientalis.
[21] Anak murid Noldeke mengkritik pendapat gurunya. Menurut Schwally, Islam lebih dipengaruhi  oleh agama Kristian bukannya agama Yahudi.
[22] Pada tahun 1937, Jeffery menngubah suai Mushaf Utsmani dan membuat mushaf baru. Orientalis Australia ini ingin mengubah suai teks Al-Qur’an berdasarkan Kitab al-Mashahif karya Ibn Abi Dawud al-Sijistani yang ia anggap mengandung bacaan-bacaan tandingan dalam mushaf (yang ia istilahkan dengan ‘rival codices‘). Usaha Jeffery ini meneruskan usaha Gotthelf Bergstraesser dan Otto Pretzl yang pernah bekerja keras mengumpulkan berbagai foto lembaran-lembaran (manuskrip) Al-Quran dan berbagai sumber seperti buku-buku tafsir, hadis, kamus Qiraat dengan tujuan membuat edisi kritis Al-Quran tetapi gagal.
[23] Mendakwa  bahawa dia telah menemukan manuskrip lama di Yaman yang konon mengandung qira’ah yang lebih awal dari qira’ah tujuh yang terkandung dalam Mushaf Utsmani. Manuskrip tersebut mengandung qira’ah yang lebih banyak dari qira’ah tujuh, sepuluh, atau empat belas.
[24] Nama sebenarnya adalah Ephraem Malki. Dia mendakwa bahawa Al-Quran hanya boleh dimengerti kalau dibaca sesuai dengan bahasa asalnya, iaitu Syro-aramaic (bahasa Aramaic dalam dialek Syriac).
[25] Ugi Suharto, Pemikiran Islam Liberal, SH:DPF, 2007.
[26] Rujuk Surah al Baqarah: 42.
[27] Orang yang menjadi ikutan dikalangan para ulama yang bertaqwa dan berilmu termasuk Imam  Abu Hanifah, Imam Shafie dan sebagainya.
[28] Orang berilmu, bertaqwa dan saleh dalam Islam. Orang yang berjasa dan terbukti ketinggian darjat Islamnya.
[29] Korupsi, Kronisme dan Nepotisme

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...