Sunday, December 13, 2020

Orang Keliling Anwar Ibrahim

Naib Presiden PKR yang bersara 2 tahun lepas, Rafizi Ramli menulis 'Mereka membawa budaya gangster dan politik wang menabur duit dan janji'.


Orang keliling pemimpin dibahagikan kepada jenis iaitu (1) kalangan anggota keluarga (nepotisme) dan sahabat (kronisme), (2) para taikun dan pendana dan paling penting ialah (3) penasihat, kumpulan pemikir, dan pembantu (setiausaha) serta penulis ucapan.


Orang keliling pemimpin banyak mempengaruhi pemikiran dan tindakan seseorang pemimpin kerana maklumat disalurkan melalui mereka.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz dikawal oleh sekumpulan pembantu beliau sehingga membuka jurang pertembungan dengan Preiden PAS dan kelompok ulama dalam PAS.


Tuan Guru Abdul Hadi Awang dikeliling pemimpin pro UG yang akhirnya meletak jawatan. Kemudian didatangi oleh kumpulan UM tetapi gagal. Kini dikeliling oleh kelompok UIA


Anwar Ibrahim awalnya dikelilingi kelompok ABIM, kemudian kelompok IKD-Jalan Telawi, kartel Azmin-IKD, Rafizi Ramli dan akhirnya kem 'budak gangster' (banyak dari AIC).


 Nasihat Rafizi, 'Anwar perlu pandai memilih orang di sekelilingnya yang menjadi 'penjaga tol' ke pejabatnya. Dulu pilih Azmin, tengok apa yang jadi.' Azmin pernah dikenali pemegang Diari Merah. Dulu Azmin dan Ezam berada dalam pertarungan mendapat 'kasih sayang' daripada Anwar Ibrahim. Azmin berjaya tendang Ezam. Saifudin Nasution sendiri dikatakan pernah merajuk dengan Anwar Ibrahim disebabkan oleh kartel Azmin.


Siapakah yang dimaksud oportunis 'haprak' dan 'penjaga gol' oleh Rafizi?



No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...