Tuesday, December 08, 2020

Musuh Politik Sebenar.

 Dalam politik, tiada pihak musuh dianggap musuh hakiki atau mutlak. Politik mempunyai kaitan dengan kelangsungan (kepentingan) politik individu atau kumpulan tertentu dalam parti dan pendirian parti sebuah parti. Kelangsungan politik ini dilihat kepada situasi atau konteks semasa. Disinilah letaknya permusuhan atau persahabatan atau pendamaian kalangan pemain dan parti politik. Matlamat atau musuh bersama memerlukan kesepakatan atau permuafakatan antara pihak yang pernah bertembung. Tiada kejujuran dalam persahabatan politik.

 

Selepas kelangsungan politik, barulah kita meneroka persoalan ideologi, matlamat parti berdasarkan perlembagaan parti dan strategi politik.

 

Dalam konteks politik Malaysia, penulis meletak keutamaan ancaman dan agenda pihak disebalik tabir parti politik dan NGO iaitu puak SEPILIS, puak hak asasi kemanusiaan, puak evangelis Kristian dan puak ekstrem perkauman/wilayah. Inilah musuh utama. Kesepakatan atas matlamat bersama dengan puak-puak ini MESTI dengan sifat WASPADA yang TINGGI.

 

Ancaman musuh politik yang kedua ialah puak kleptokrat, Perasuah, pengamal budaya komisen,  pengamal KKN daripada pelbagai parti politik. Sebenarnya, musuh kedua ialah DIRI kita sendiri. Bagaimana iman kita setelah menjadi Menteri?

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...