Mutakhir, politik kita diserapi sifat pelampau, kebencian, amarah dan dendam sehingga mengikis iman, hikmah dan rasional kita. Berpihak sehingga mengetepikan kebenaran dan keadilan.
Politik berdasarkan hitam-putih mengikut puak yang didokong. Itulah kesukaran apabila kita menjadi ahli parti. Berpihak sampai memperbodohkan diri dan merugikan bangsa, agama dan rakyat sedangkan banyak isu memerlukan kebersamaan pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Dan banyak isu yang memerlukan kebersamaan dan kesepakatan ahli politik Islam demi kelangsungan Islam dan kepentingan ummah.
Kita lebih seronok dan setia bersama parti dan pihak yang didokong bukannya taat dan setia dengan kebenaran dan keadilan Islam. Kita meninggalkan kepentingan Islam demi kemenangan dan kekuasaan politik yang berteraskan nafsu dan akal semata-mata.
Berwaspadalah dengan nilai sekularisme, pluralisme dan liberalisme yang banyak merosakkan aqidah.
Berwaspadalah dengan kesombongan yang biasanya dihanyutkan melalui kebijaksanaan, kebolehan dan kehebatan diri dan mempunyai kekuasaan
Berwaspada dengan sifat dengki yang melahirkan dendam, kebencian dan amarah yang tidak bernoktah. Ia menggelapkan iman dan mata kita daripada kebenaran.
Prinsip Politik Kita
1. Setiap
perkara dalam kehidupan berakar-umbikan aqidah. Utamakan Islam. Bersederhana
dalam keputusan, berfikir dan bertindak.
2. Islam
itu addin dan syumul. Islam itu adalah satu cara-gaya hidup meliputi pandangan
alam, kelakuan dan lisan. Segala ideologi secara automatik ditolak. Islamisasi
dalam kehidupan.
3. Ijtihad
politik sangat dinamik dan cepat berubah berdasarkan konteks dan situasi semasa
4. Harapan
pada pemimpin bertaqwa dan berakhlak memimpin negara. Pemimpin adalah pemegang
amanah dan pekerja bagi rakyat.
5. Tidak
ramai pemimpin yang memiliki sifat amanah dan quwwah, maka prinsip muwa’amah (penyesuaian), takamul (saling menyempurnakan) dan
usaha secara kolektif dapat menjadi pengimbang antara kekuatan individu dengan
syura. Ini menunjukkan bahawa manusia yang memimpin adalah lemah dan kaya
dengan kekurangan. Maka, gabungan kekuatan individu dan kerja berpasukan
menjayakan sesuatu gagasan.
6. Budaya
musyawarah, syura dan dialog serta tempoh pemerintahan yang pendek (terhad 2
penggal atau 10 tahun) bagi mengelakkan
kediktatoran
7. Ketua
adalah pemegang amanah dalam urus tadbir negara daripada sumber kuasa ummah
(rakyat), maka rakyat juga boleh menurunkan ketua.
8. Musyawarah
dan Syura bertujuan memberi nasihat kepada ketua bukannya membuat keputusan
kecuali dengan persetujuan ketua.
9. Pembangkang
adalah penasihat kerajaan. Turunkan kerajaan melalui demokrasi bukannya jalan
raya dan revolusi. Protes jalanan dan demonstrasi hanyalah alat menunjukkan
rasa dan mendesak kerajaan bukannya menjatuhkan kerajaan. Sekali kerajaan jatuh
melalui revolusi akan memunculkan revolusi-revolusi yang lain.
10.
Memilih mudarat lebih kecil
daripada menghadapi mudarat paling besar
11.
Kesederhanaan, ukhwah, maslahah, rahmat (Kasih sayang),
keadilan, hikmah (kebijaksanaan) dan keutamaan adalah sempadan keselamatan bagi
ummah.
12.
Mendokong parti yang perlembagaan
paling dekat merujuk kepada al Quran dan as Sunnah, dipimpin oleh orang
bertaqwa dan berakhlak dan pengikut yang terdiri daripada pelbagai lapisan
masyarakat.
No comments:
Post a Comment