Khairy Jamaludin
Genius,
hujah bernas dan petah berkata-kata. Seorang urban, modenis dan liberal. Kurang
menyenangi kelompok Islamis dan tidak disenangi oleh kelompok konservatif dalam
UMNO. Mungkin juga sikap berlagak menyebabkan beliau kurang digemari oleh
generasi lama.
KJ antara
pemimpin muda yang mengancam dan ditakuti oleh Tun M selain Rafizi Ramli. Ada
idea, ada ilmu, ada tenaga dan sanggup bekerja keras. Beliau dilihat calon PM
dalam UMNO. Dulu, KJ dilihat pencabar utama Dato Mukhriz Mahathir dalam laluan
menjadi pemimpin tertinggi UMNO.
KJ boleh
pergi jauh jika sikap berlagak dibuang. Dan memesrai diri dengan kelompok
konservatif dan Islamis.
Wan Ahmad Faysal
Aktivis
mahasiswa Islam. Budak JIK. Daripada
awal mengalami kecelaruan identiti— daripada Islam kemudian kekirian (Sosialis
Kanan), aktivisme ala Cikgu Azmi, masuk dalam kelompok attasian, peluk
mahathirisme dan setia bersama TSMY. Bahasa aras tinggi dan capahan ilmu
bertaraf tinggi menyebabkan beliau dikenali mat jargon. Watak beliau seperti
Dark Vader apabila memilih Mahathirisme daripada Attasian. Sokongan
Mahathirisme menerbangkan dirinya ke UK untuk sambung belajar.
Balik
sertai PPBM. Dilantik orang kanan YB Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.
Sejak awal kita dapat melihat WAF hanya mengikut rentak YB SS sedangkan beliau
seorang genius, bekas aktivis, mat jargon, ahli sukan dan lebih berusia dikepit
dibawah ketiak YB SS. YB SS hasil produk fenomena popular, urban, kurang matang
politik, tiada pengalaman politik berorganisasi dan naif politik. Akhirnya, WAF
menjadi ‘Brutus Tikam Caesar’. Pedih YB SS. Sebagai ganjaran dilantik senator
dan timbalan menteri.
Hasnul Zulkarnain
Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim Ketua Pemuda
Parti Amanah Negara.
Pelik, kita
tertanya-tanya kenapa orang muda dalam Amanah memilih HZ sebagai ketua mereka
sedangkan mantan pimpinan UIA, UM dan kampus lain berlambak dalam Amanah.
Seingat pada masa itu, orang muda Amanah berkempen mengikut kumpulan ala
pemilihan Presiden AS.
Insiden
kepit Piala Malaysia. Kepelikkan semakin ketara. Apabila Kerajaan Perak tumbang dan jawatan
EXCO terlucut, HZ menangis bagai anak manja. Pada 8 Mac 2020, Hasnul keluar
Amanah.
Pada 3 Jun
2020, HZ menyertai PPBM. Kenyataan HZ, “Ya,
saya sudah menyertai Bersatu pada 3 Jun lalu dengan mendaftar sebagai ahli
biasa seumur hidup. Saya memilih untuk berada di dalam Bersatu atas kepentingan
gabungan kerjasama parti-parti Melayu Islam.’
"Saya melihat kesungguhan Tan Sri Muhyiddin
membawa budaya politik baharu yang menekankan akauntibiliti dan khidmat terus
kepada rakyat tanpa ada jurang pemisah’
Pada 4
Disember 2020, undi tidak percaya dikemukakan oleh UMNO terhadap Menteri Besar
Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PPBM). Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat
kepercayaan DUN. Lucunya, HZ menyokong UMNO dalam undi ini. Sebabnya, ‘ beliau
tidak diberi ruang oleh PPBM’.
Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar
Entah dari
mana datangnya info, FR mantan scammer. Keluar Amanah masuk PKR. Saari Sungip
memberi sokongan supaya Fakrul masuk PKR.
Nazree Yunus
NY ditabiah
dalam Jemaah Islam Kampus. Beliau Persatuan Anak-anak Negeri Sembilan (PERMANIS)
dan Presiden SUKSIS. Kemudian dilantik YDP PMIUM, Timbalan Presiden Gamis dan
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Kemudian Pengerusi
Jaringan Pemikir Anak Muda INSKA dan juga Pengerusi GERAK Malaysia. Kemudian NY
dan Faridah Abdul Samad dikecewakan oleh Ezam bekas Ketua Pemuda PKN. NY mula
aktif dalam AMK. Melihat peluang besar pihak kartel Azmin menguasai PKR, beliau
menyokong kartel dan menang Naib Ketua AMK Nasional. Ekoran pihak kartel
terpelanting daripada PKR, beliau turut sama terpelanting.
Jangan
pening sepening mantan idola, Ezam Mohamad Nor sudahlah..
Saifudin Abdullah
Najis.
Begitu pandangan si pemuja SA setelah SA menumbangkan kerajaan PH. SA orang
belia. Presiden MBM. Dulu aktif dalam PBMUM. Dikenali sebagai pemimpin pro
mahasiswa, mencintai ilmu dan prof al Attas. Orang baik dalam UMNO.
Masuk PKR.
Memilih bersama dengan sahabat-sahabat lama Anwar Ibrahim yang lain
meninggalkan Anwar Ibrahim dan anak muda ‘penjaga tol’ yang ‘gangster’ dan
mengamal politik wang. Bersama kartel Azmin keluar PKR dan masuk PPBM.
Kini
dikenali pengkhianat oleh anak muda PH yang dulu menyanjunginya.
Maszlee Malik
Si genius
pakar sains politik Islam. Pandai mengkritik dan menyindir tetapi dilihat gagal
dalam aplikasi ilmu politik dalam realit politik. Suka dunia pendidikan, OKU
dan kebajikan. Penulisannya kaya dengan semangat islah dan idea baru. Dalam
JIM, bidangnya isu antarabangsa terutamanya Palestin. Anggota Majlis Syura
IKRAM.
Bersama Wan
Saiful dan Ustaz Harizal Jamil cuba merekabentuk pemikiran kelompok progresif PAS
GHB, Harapan baru kemudian PAN. Ramai menjangka Dr MM menyertai PAN atau PKR,
menariknya menyertai parti PPBM sebuah parti nasionalis yang dipimpin oleh Maha
Firaun dan Maha Zalim.
Dibuang oleh
PM daripada jawatan Menteri Pendidikan. Orang kuat beliau kritik kedajalan DAP.
PPBM
bergolak. Kerajaan PH tumbang. Pagi bersama TSMY, menjelang maghrib kembali
berpihak kepada Tun M. Politik lalang.
Bersama Tun
M menaja Pejuang sebuah parti baru. Keluar daripada Pejuang. Sokong Anwar
Ibrahim
Rafizi Ramli
Orang
cerdik dan seorang strategis. Penyokong tegar DSAI dan DSWA. Setelah tewas
kepada Azmin. Dilantik sebagai Naib Presiden. Kemudian memilih bersara daripada
aktiviti politik kepartian. Kenapa beliau bersara politik?
Sebelum
Langkah Sheraton, Rafizi pernah membuat kenyataan agar Tun M segera melepas
jawatan dan serah kepada AI. Ini membangkitkan kemarahan Tun M. Rafizi antara
pemimpin muda yang ditakuti oleh Tun M.
Berlaku
pertembungan antara pimpinan AMK vs pembantu AI. Setelah dua tahun, Rafizi
bersuara ketidak-puasan hatinya terhadap AI.
Nurul Izzah
Wanita dan
berpendidikan. Ada pengaruh besar dalam PKR. Naib Presiden PKR yang meletak
jawatan. Kenapa letak jawatan?
Diharap
tokoh ini berganding dengan Rafizi Ramli bertanding menentang Anwar Ibrahim.
PKR memerlukan pemimpin muda.
No comments:
Post a Comment