Saturday, December 26, 2020

Kerjasama Politik dan Pelaku Kesalahan

Setiap kerajaan atau pemimpin ada kelemahan, keburukan, kekurangan dan kesilapan yang tersendiri. Mereka juga ada kelebihan dan kebaikan.

 

Masalah kita ialah kita mahu hukuman dijatuhkan sebagaimana kehendak kita. Kita sahaja yang betul, orang lain salah dan kurang tepat.

 

Rasuah, kronisme, nepotisme, kleptokrasi, salah guna kuasa dan manipulasi kuasa ada dalam mana-mana kerajaan. Lambat atau cepat sahaja. Tunggu masa. Kesalahan di atas adalah besar dan mesti dibanteras habis habisan. Para pelakunya mesti dihukum seberat-beratnya melalui keputusan mahkamah tanpa mengira siapa atau pihak mana.

 

Kerjasama politik dan pelaku kesalahan. Dua perkara yang berbeza. Apabila kita melakukan kerjasama politik dengan mereka bukanlah bermakna kita menyokong kesalahan, kezaliman dan kejahatan yang mereka lakukan. Kesalahan itu biarlah mahkamah menentukan hukumannya. Kerjasama politik dilakukan dengan tujuan dan matlamat tertentu. Kita tidak nafikan ada tawaran melibatkan pengurangan hukuman atau penolakkan kes kesalahan tetapi itu bukanlah dominan dalam tujuan atau matlamat kerjasama politik.

 

Kerjasama politik PAS-UMNO-BN-PN bukanlah bermakna PAS menghalalkan dan menyokong kesalahan, penindasan, kezaliman yang dilakukan oleh pihak terbabit. Ia bukanlah bermakna PAS bersetuju dengan ideologi dan perangai buruk sesetengah anggota parti terbabit. Kerjasama PAS untuk kepentingan Islam, Melayu dan rakyat. Kes pemimpin UMNO diserahkan kepada mahkamah untuk memutuskan hukumannya.

 

ii

 

Kebaikan atau keburukan pemimpin ada dalam kedua-dua pihak iaitu pembangkang atau kerajaan. Maka, pihak mana yang perlu dipilih?

 

Rakyat mesti berfikir dan menilai untuk memilih parti-parti yang memerintah. Sebagai seorang Islam, sudah tentu kita memilih pihak yang berjuang untuk menegakkan Islam sebagai satu cara hidup. Di hadapan kita ada pelbagai parti dan pemimpin Islam yang mengaku berjuang menegakkan Islam sebagai satu cara hidup. Maka, kami memilih:

 

1.     Pemimpin bertaqwa yang mempunyai aqidah yang betul dan akhlak yang terpuji. Parti pula memperjuangkan Islam sebagai satu cara hidup bukannya ideologi manusia yang palsu. Pemimpin bertaqwa sudah tentu tidak mengamalkan rasuah. Pemimpin yang memikir dosa-pahala, syurga-neraka dan hari akhirat-azab kubur.

2.     Sederhana dan tidak melampau

 

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...