Wednesday, December 02, 2020

TSMY: Genius Politik

  Dalam kemelut politik negara pada masa ini, tiga parti yang mengaut keuntungan ialah PPBM, DAP dan PAS. Parti paling untung iaitu PPBM. PPBM paling muda dan paling kecil tetapi paling banyak memperolehi keuntungan. Bak kata YB Wan Fasyhal, PPBM paling muda tetapi mempunyai 2 PM.

 

Walaupun Tun M dikepung oleh DAP dan Anwar Ibrahim semasa pemerintahan PH. Tun M banyak melanggar keputusan dan pendirian PH (Reformasi). Contohnya, kes penerimaan anggota UMNO menyertai diterima oleh PPBM padahal PH berpendirian tidak mahu menerima anggota parlimen yang lompat parti (SH: 28/10/2018). PKR jelas menolak pendirian menerima anggota melompat parti (SH:17.12.18). Wan Azizah menyatakan PKR tidak terima pemimpin UMNO yang melompat (BH:18.12.18). Adakah ini punca menyebabkan Nurul Izzah meletak jawatan Naib Presiden PKR? (BH: 18.12.18)

 

PPBM zaman TSMY berjaya memerangkap Azmin Ali. Pertama, memerangkap imej Azmin dilihat sebagai pengkhianat dalam langkah Sheraton. Kedua, Azmin Ali secara logik membentuk sebuah parti sendiri sebagai alternatif kepada PKR yang pelbagai kaum, demokrat dan liberal. Tetapi Azmin diumpan memasuki PPBM. Ini akan melemahkan kuasa politik Azmin dan kartel. Azmin dan kem kartel akan bersaing dalam pertembungan dalaman PPBM. Seterusnya, kem Azmin tidak layak berada dalam Majlis Presiden PN (kemudian dilantik Pengarah Pilihan Raya PN).

 

TSMY berjaya memerangkap PAS berenang dalam dua kolam iaitu Muafakat Nasional dan PN. Keaktifan PAS dalam PN menimbul kesangsian UMNO-BN terhadap PAS. Inilah boleh memecah-belah MN.

 

TSMY main tarik tali dengan UMNO dengan mengosongkan jawatan TPM dan meramaikan menteri dalam kalangan UMNO-BN bagi mengurangkan pengeseran dengan UBN.

 

TSMY telah mengukuhkan PPBM dengan mewujudkan Majlis Presiden PN (BH: 3.12.2020) dengan mencuri kekuatan pengaruh PAS. Kewujudan majlis presiden mengikat PAS dengan PN. Ini mengancam UMNO dalam PRU 15. UMNO sebuah parti yang dominan Melayu bakal diancam oleh TSMY dan PPBM.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...