Semakin ramai bersuara menyatakan rakyat terutamanya anak muda pada hari ini bosan dengan politik dan politikus yang ada. Mereka bukan lagi melihat parti dan keahlian dalam parti tetapi melihat siapa calon dan isu. Zaman politik kepartian semakin terhakis. Antara yang memberi komen dalam isu ini ialah Dato Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato Seri Noh Omar.
Mutakhir ini, politik popular
(politik pop atau polipop) menjadi pegangan para anak muda. Sokongan mereka
bergantung kepada popular dari segi tokoh (calon), isu dan fenomena. Barangkali
ia boleh dimasukkan ke dalam populisme[1].
Politik Pop diupayakan oleh media baru dan media sosial seperti tik tok, Instagram,
FB, Twitter dan lain-lain lagi. Video dan telefon bimbit menjadi alat pemasaran
politik pop.
Politik Pop bukanlah berasaskan ideologi.
Ia memainkan propaganda dan pemasaran sentiment, persepsi dan pandangan popular
terhadap sesuatu isu. Isu bakal menyatukan rakyat untuk menentang kepimpinan
yang disedia ada. Mereka sanggup mengenepikan ideologi dan keahlian dalam parti
bagi menjayakan perubahan atau menukar kerajaan.
Contoh klasik ialah kejatuhan Kerajaan
UMNO-BN pada tahun 2018 adalah bukti keberkesanan politik pop. Melihat kepada
parti-parti yang ada pada hari ini (26.12.2020), hanya parti MUDA sahaja yang
memiliki pakej politik pop dari segi tokoh, isu dan pendekatan politik. Parti
Muda dan Syed Saddiq berupaya untuk menang kerana rakyat berada dalam
kemurungan politik, ekonomi dan pandemik covid 19. Parti-parti lain mesti
berubah menampilkan tokoh yang lebih muda dan BERANI mengetengahkan isu-isu
popular.
Keburukan politik pop, mereka
sanggup menunggang apa sahaja termasuk rakyat dan fitnah untuk menang. Kedua,
persepsi, buruk sangka, fitnah dan sentimen bukan suatu yang bermoral dan
beradab untuk dimainkan dalam politik.
[1] Populisme
dalam konteks politik merujuk kepada pendekatan yang menekankna kepada peranan
"rakyat" sebagai suatu kuasa melawan terhadap "golongan
elit".
No comments:
Post a Comment