Sunday, December 13, 2020

Angkatan Muda VS Pembantu Anwar

 

I

Tular sebaran yang didalamnya kisah sebalik tabir peristiwa politik dan umpatan belakang terhadap pemimpin. 


Sebenarnya, tulisan dan ucapan sebegini biasa dalam pertemuan dalaman politik. Apabila tersebar dalam khalayak umum, bom FITNAH meletup.


Kita tak perlu percaya sepenuhnya atau sebahagiannya. Nilai dan muhasabah diri.


II

Parti yang matang ialah parti yang berupaya menghadapi masalah dalaman. Rafzi Ramli tersemban keluar di kaki kartel Azmin. Tetapi Azmin tak mampu menghadapi gergasi politik, Anwar Ibrahim.


Kini, AMK mengalami cabaran besar apabila kelompok yang mengeliling Anwar Ibrahim membentuk kem baru cuba mengusir kelompok anak buah Rafizi.




III

Masalah besar pembangkang pada hari ini ialah krisis keyakinan terhadap Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim gagal memperolehi NOMBOR (jumlah ahli parlimen) dan cuba memeluk (bersekutu)para kleptorat, penyamun dan perompak dalam UMNO yang selama dimaki dan dihentam oleh pimpinan PH terutamanya PKR sendiri. Anwar Ibrahim gagal menghayati idealisme sendiri demi kelangsungan peribadi beliau menjadi Perdana Menteri.


Anwar Ibrahim gagal mengawal anak buah sendiri yang mengeliling dirinya. Ia adalah malapetaka bagi diri beliau. 

Melihat semakin ramai rakan-rakan baik dan para pengasas reformasi menjauhi Anwar Ibrahim. Ia tidak menghairankan..

Berwaspada Dato Seri..













No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...