Saturday, December 26, 2020

Kebangkitan Rakyat dan Kepalsuan


i

Revolusi Warna, Arab Spring dan Revolusi Payung antara gerakan yang mahu menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya. Mereka dipimpin oleh watak pemimpin yang diangkat sebagai HERO – Hero demokrasi atau hero rakyat. Maka muncul watak seperti Joshua Wong dan Greta. Hero yang dicipta dan dipopularkan oleh media. Watak-watak ini menjadi ikon gerakan yang digerakkan oleh struktur organisasi yang mengapi-apikan sentimen, persepsi dan sensitiviti rakyat terhadap ISU tertentu melalui propaganda dan pemasaran politik. Mereka mempunyai slogan bagi menjadi kata-kata keramat dan penarik.

 

Apa yang merisaukan ialah [1] hero tajaan pihak tertentu dan [2] agenda pihak tertentu iaitu campurtangan asing melalui bantuan dana dan pendidikan (indoktrinisasi). Isu-isu rakyat dizalimi, ditindas dan mengalami kepayahan hidup itu benar-benar membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap kerajaan yang korupsi, kronisme, kleptokrasi dan nepotisme. Cuma ada pihak mengambil kesempatan mencucuk jarum halus menyebarkan doktrin mereka ke dalam gerakan rakyat.

 

Protes vest kuning – gilef jaune di Perancis berpunca daripada [1] kenaikkan bahan bakar, [2] kenaikkan kos hidup rakyat, [3] pengurangan cukai orang kaya dan [4] penduduk luar bandar guna diesel. Rakyat mula bangkit menentang kerajaan Perancis pimpin Emmanuel Maeron bermula 1 November hingga 11 Disember 2018.

 

Kebangkitan rakyat bersifat popular yakni berdasarkan isu dan persepsi. Ia menjadi fenomena. Ia boleh dikategori sebagai populisme iaitu satu fenomena sosial politik yang muncul dan timbul daripada ketidak-puasan hati mereka yang tidak berpendidikan tinggi terhadap:

1.     Jurang kekayaan dan peluang meningkatkan taraf kehidupan

2.     Ancaman budaya hasil fahaman nilai yang berbeza dan ancaman orang luar

3.     Kewujudan dan kedudukan kuasa orang elit

4.     Kerajaan tidak berfungsi

5.     Pemimpin popular bersifat kontrantasi dan eksklusif

 

Populisme terbahagi kepada kekuasaan, revolusi dan kelas masyarakat. Biasanya populisme bergandingan dengan nasionalisme dan proteksionisme[1]. Sifat populisme ialah sikap anti elitisme, anti establishment dan anti pluralisme.

 

Antara tokoh populis ialah Donald Trump (AS), Viktor Orban (Hungary), Marine Le Pen (Perancis) dan Jaroslaw Kaczynsla (Poland)

 

ii

2018 – Memang wajar UMNO-BN ditumbangkan ekoran kebobrokkan dan kedajalan selama mereka memerintah. Rakyat menghukum UMNO-BN agar mereka insaf dan sedar  diatas segala kesalahan mereka. Dosa besar UBN (bahkan semua orang politik) ialah menzalimi dan memperbodohkan rakyat.

 

Dalam kegembiraan menumbangkan UBN, terdapat jarum-jarum halus bersama-sama bersembunyi disebalik Pakatan Harapan (PH). Mereka mempunyai agenda tertentu. Mereka mempunyai sistem indoktrinisasi tersendiri, dana daripada pihak asing dan kader membawa gagasan pemikiran mereka. Oleh sebab itu kita dapat melihat kejanggalan apabila Kerajaan PH meraikan kelompok LGBT secara luar biasa dan cuba campur-tangan dalam urusan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam. Disinilah bermulanya, kuasa politik Melayu-Islam-Bumiputera terancam.

 

Perangai DAP yang berwajah PAP-Lee Kuan Yew ketika dalam Malaysia –penuh kesombongan, menunjuk kuasa dan gopoh merealisasi agenda tanpa mengira senstiviti kaum dan agama turut menjadi ancaman kepada politik Melayu-Islam-Bumiputera. Dasar, asas dan matlamat DAP sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan DAP dan Deklarasi-Deklarasi DAP jelas menunjukkan mereka mengancam kedudukan MIB. Penerapan nilai sekular dan menghapuskan perbezaan bumiputera-bukan bumiputera memperllihatkan kepada kita bahawa mereka tidak memahami sejarah dan tidak menghormati asal usul negara ini dan masyarakat asalnya.

 

Di Malaysia, kita tidak ada banyak pilihan. Pilihan terbaik ialah memilih mudarat lebih kecil daripada mudarat lebih besar. Kita bukan bersetuju dengan kesalahan korupsi dan kleptokrasi UMNO-BN tetapi kita sokong mereka kerana hanya mereka yang boleh mengalahkan PH. Sokongan ini bukanlah bermakna kita setuju dengan perbuatan rasuah dan kleptokrasi para pemimpin UMNO. Kita juga tahu dalam UMNO-BN sendiri terdapat kelompok opurtunis yang mengambil kesempatan dan peluang untuk kepentingan diri. Segala kesalahan para pemimpin UMNO, kita serah kepada mahkamah.

iii

2018 – Kemenangan PH mengambarkan[1]  tahap kepercayaan rakyat terhadap persepsi dan propaganda PH, [2] kebencian dan amarah rakyat kepada pemimpin UMNO-BN yang korupsi, sombong dengan kuasa, budaya elit. Pada waktu itu, amarah rakyat terutamanya orang muda dan masyarakat urban tidak dapat dibendung dan mereka bernekad menurunkan UMNO-BN dan Najib. Walau bagaimanapun, mereka tiada sosok pemimpin unggul yang boleh dicalonkan sebagai ketua PH dan calon PM. Kesempatan ini, muncul Tun Mahathir yang mempunyai kekuatan dan kewibawaan tersendiri untuk menyakinkan rakyat menyokong PH.

 

2021- Rakyat masih bergantung kepada elit politik daripada PN-BN-GPS atau PH-Pejuang-Muda-Warisan. Kedua-dua pihak mengandungi kelompok opurtunis yang mempunyai agenda tertentu, kelemahan dan prestasi buruk yang tersendiri. Dilema rakyat. Rakyat tidak ada banyak pilihan. Menderita atau Menderita. Apapun pilihan rakyat, utamakan kestabilan politik. Itu sumber keharmonian sesebuah negara.



[1] Fahaman menolak imigran asing.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...