Akhir-akhir ini, pertembungan para pemimpin UMNO kelihatan Nampak secara terang. Faktor pertama, perwakilan UMNO memilih DS Ahmad Zahid sebagai Presiden sedangkan ramai yang mahu Dato Seri Mohamad menjadi Presiden. Dato Mohamad hanya bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Perwakilan bagaikan tidak diberi pilihan. Dua calon Presiden UMNO yang lain ialah Tengku Razeleigh, seorang veteran dan ada sejarah hitam sebagai pengkhianat parti. Calon kedua, Khairy Jamaludin seorang urban dan liberal yang kurang disenangi oleh kelompok tradisi dan konservatif dalam UMNO. Pemilihan Ahmad Zahid menandakan UMNO masih mengekalkan status quo, masih berada dalam orde lama dan masih dibayangi oleh DS Mohd Najib. Kesannya, UMNO dilihat tidak mahu insaf dan masih tidak sedar akan kesilapan yang berlaku.
Menurut DS
Ahmad Maslan, pertembungan yang berlaku dalam UMNO kerana pemimpin utama dalam
UMNO (Presiden-Timbalan-Naib-Naib Presiden) tiada jawatan dan kuasa dalam
kerajaan. Pemimpin utama tiada pengaruh dan hilang kawalan terhadap pemimpin
dan ahli parlimen sendiri terutamanya yang berjawatan menteri atau timbalan
menteri. Oleh sebab itu, ada kelompok dalam UMNO mahu UMNO sebagai kuasa
dominan dalam Kerajaan PN.
Menurut TS
Anuar Musa, UMNO berpecah kepada tiga kelompok iaitu kelompok yang mahu bersama
PN melalui kerjasama UMNO-PPBM-PAS. Mereka kebanyakan yang berjawatan dalam
kerajaan. Kelompok kedua mahu kerjasama UMNO-PAS melalui MN tanpa PPBM. Kelompok mahu PRU dipercepatkan. Kelompok ketiga,
mahu bersama DS Anwar Ibrahim dan rela bersama DAP. UMNO dan BN sudah beberapa
kali menegaskan dalam keputusan mesyuarat menolak kerjasama dengan Anwar
Ibrahim dan DAP.
Bagi Anuar
Musa, segala keputusan muktamad perlu dipulangkan kepada akar umbi UMNO melalui
persidangan UMNO. Walaupun UMNO perlu mendapat sokongan akar umbi, paling baik
ialah pemimpin membuat keputusan dan melakukan penerangan kepada ahli.
Pemimpinlah yang perlu memimpin ahli mengikut dan menerima keputusan
kepimpinan. Pemimpin tidak boleh mengikut kehendak pandangan popular dalam
parti. Pemimpin kena memimpin ahli dan rakyat ke arah kebenaran dan kebaikan.
Ini yang berlaku semasa pemimpin memutuskan melakukan kerjasama dengan PAS
melalui Muafakat Nasional. Pemimpin memimpin ahli mengikut keputusan
kepimpinan.
UMNO mesti
berkorban dan mengalah demi kelangsungan politik Melayu-Islam bukannya
kepentingan perut masing-masing. Ingatlah, kuasa politik Melayu-Islam berada
pada tahap paling lemah sejak merdeka. Tanpa kekuatan dominasi politik
Melayu-Islam dalam kerajaan, kestabilan politik telah terjejas. UMNO mesti
mengutamakan penyatuan ummah. Sebagaimana kes dengan PAS, UMNO kena balut luka
yang dalam dengan PPBM melalui semangat penyatuan ummah. Barulah UMNO boleh
memulakan ‘road map’ menuju PRU 15 dengan tenang.
No comments:
Post a Comment