Friday, December 25, 2020

Parti Amanah Negara Diambang Perpecahan?

 i

Pertama, politik adalah ruang ijtihad yang dinamika dan luas. Ia sangat bergantung kepada situasi dan konteks. Prinsip kekal tetapi pendekatan dan strategi boleh berubah-ubah berdasarkan konteks dan situasi.

Kedua, perkara disebalik tabir dan proses menghasilkan natijah dan keputusan boleh menimbulkan fitnah jika diceritakan kepada khalayak umum. Maka, sejauh mungkin menggelakkan diri daripada meluahkan secara umum dan semasa berborak di kedai kopi.

 

Parti Amanah Negara diambang perpecahan ekoran perselisihan dalam strategi dan pendekatan politik. Mereka terbahagi dua kumpulan besar:

a.     Kem bersama satu gabungan besar iaitu PH+ hasil gabungan PH dengan pembangkang yang lain iaitu kekuatan 108 MP yang membangkang dalam belanjawan 2021. Mereka bersetuju DSAI mengetuai PH+. Masalah kem ini ialah [1] syarat Tun M dan Part Warisan dan [2] pendirian DSAI dan PKR terhadap Tun M.

b.     Kem kedua ialah menyokong DSAI sebagai calon PM. Menyerahkan kepada DSAI menyelesaikan masalah sokongan Ahli Parlimen terhadap PH. DSAI gagal menarik MP GPS dan UMNO lompat menyokong beliau walaupun beliau seringkali mengatakan beliau ada NOMBOR.

 

 

ii

 

Parti Amanah Negara sudah masuk ke dalam zon mengulangi apa yang kumpulan ‘progresif’ lakukan terhadap TGHH dan PAS.

 

Dr Mohamad Kamil ‘membahagikan’ ‘kem’ dalam Amanah iaitu politik idealism dan politik kuasa. Dalam PAS, TG Fadzil Nor dan TGNA menyeru kepada idealism perjuangan Islam. TGHH dinasihat oleh professional dikeliling menyanjung politik kuasa. Dr Kamil mengharapkan Dr Mujahid meneruskan perjuangan rahmatan lilalamin.

 

Pada  pengamatan penulis, kenyataan Dr Kamil mengambarkan pertembungan besar dalam Parti Amanah. Kedua, mahu Dr Mujahid mengetuai Parti Amanah.

 

Tentang idealism perjuangan Islam oleh TG Fadzil Nor dan TGNA berbeza dengan TGHH, pada pengamatan penulis ia hanya  propaganda politik sahaja. Perbezaan antara mereka hanyalah gaya kepimpinan, sekitar strategi dan pendekatan bukannya prinsip sekalipun TGNA membenci UMNO.

 

Penulis   tertarik dengan komentar seorang bernama Abdul Manaf Shafei dalam FB Dr Kamil,

a.     Politik idealism: Menyokong DSAI bersama UMNO Kleptokrat.

b.     Politik kuasa: Bersama gabungan PH dan semua pembangkang

 

Penulis pula menulis, dulu dalam PAS,

a.     Politik kuasa: Menyokong TGHH dan puak ulama bersama (menjadi pelampung, bercumbu dan bertunang-kahwin) UMNO.

b.     Politik idealism: Menyokong DSAI dan bersama PH (termasuk DAP)

Semua ini hanyalah permainan kata dan dalil demi kepentingan kem dan individu tertentu. Ia lebih kepada propaganda dan pemasaran politik. Hakikat sebenar, politik memang mendambakan kekuasaan. Dalam kontek gerakan politik Islam pada hari ini, ia berkaitan persoalan ijtihad dalam menghasilkan strategi dan pendekatan. Ada strategi salah, ada strategi betul. Ada yang kedua-duanya betul tetapi tidak ‘kena’ pada keutamaan, situasi dan saatnya.

iii

Kecenderungan kem IKRAM-JIM menyokong DSAI manakala kem bekas aktivisme PAS  (Mohamad Sabu-Salahudin-Mahfuz[?]) menyokong idea gabungan besar parti pembangkang. Kem UM (MAYO) kelihatan berpecah dua. Dato Husam Musa jelas menyokong DSAI manakala sebahagian anak muda menyokong Mohamad Sabu.

 

iv

Parti Amanah perlu menyerahkan mandat setuju atau tidak idea gabungan besar parti pembangkang kepada perwakilan. Biar akar umbi membuat keputusan. Pemimpin akur arahan perwakilan. Cuma perwakilan biasanya melihat fenomena popular tetapi tidak merasai kepahitan dan kepedihan kisah disebalik tabir yang menyebabkan sebahagian pemimpin menyokong idea gabungan parti pembangkang yang lebih besar. Ia bukan sekadar persoalan perseteruan antara Anwar dan Tun M, ia juga persoalan agenda reformasi, maruah, prinsip dan kejujuran dalam perjuangan.

 

Sebahagian pemimpin Parti Amanah seperti Mohamad Sabu, Salahudin Ayub dan Khalid mempertaruhkan nasib politik mereka kepada perwakilan dan majlis pimpinan Parti Amanah. Ia juga satu krisis keyakinan dan undi tidak percaya kepada Presiden Parti Amanah, Haji Mohamad Sabu. Barangkali boleh abang Mat dan ‘kartelnya’ boleh bersiap berhijrah ke dalam parti baru atau DAP. Dr Aziz Bari bahagia tanpa kerenah Anwar dan PKR di sana. Begitu Sheikh Umar bahagia di sana tanpa kerenah gerakan Islam yang lembab dan lambat.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...