Sunday, December 20, 2020

Negara Islam: Bab 1 Muhasabah Diri

 

Muhasabah Diri

 

1.      Setiap perkara dalam kehidupan berakar-umbikan aqidah

2.      Islam itu addin dan syumul

3.      Ijtihad politik sangat dinamik dan cepat berubah berdasarkan konteks dan situasi semasa

4.      Harapan pada pemimpin bertaqwa dan berakhlak memimpin negara. Pemimpin adalah pemegang amanah dan pekerja bagi rakyat.

5.      Tidak ramai pemimpin yang memiliki sifat amanah dan quwwah, maka prinsip muwa’amah (penyesuaian), takamul (saling menyempurnakan) dan usaha secara kolektif dapat menjadi pengimbang antara kekuatan individu dengan syura.

6.      Budaya musyawarah, syura dan dialog serta tempoh pemerintahan yang pendek (terhad 2 penggal  atau 10 tahun) bagi mengelakkan kediktatoran

7.      Ketua adalah pemegang amanah dalam urus tadbir negara daripada sumber kuasa ummah (rakyat), maka rakyat juga boleh menurunkan ketua.

8.      Musyawarah dan Syura bertujuan memberi nasihat kepada ketua bukannya membuat keputusan kecuali dengan persetujuan ketua.

9.      Pembangkang adalah penasihat kerajaan

10.  Memilih mudarat lebih kecil daripada menghadapi mudarat paling besar

11.  Kesederhanaan, ukhwah, maslahah, rahmat (Kasih sayang), keadilan, hikmah (kebijaksanaan) dan keutamaan adalah sempadan keselamatan bagi ummah.

12.  Mendokong parti yang perlembagaan paling dekat merujuk kepada al Quran dan as Sunnah, dipimpin oleh orang bertaqwa dan berakhlak dan pengikut yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

 

Polemik Politik Islam dan Negara Islam tidak pernah selesai sepanjang zaman. Pada pandangan penulis, ‘Negara Islam’ WAJIB ditubuhkan jika ada kemampuan. Konsep Negara Islam difahami dengan pelbagai pandangan. Ada bersetuju. Ramai juga yang tidak bersetuju. Semuanya berdasarkan kadar ilmu dan konteks masing-masing. Apa yang penting, kita tidak perlu bersengketa atau putus ukhwah ekoran perbezaan pandangan dalam mendepani polemik ini.

            Dalam hidup ini, manusia bergantung harap kepada [1] ilmu dan [2] semangat. Ilmu tanpa semangat, ilmu membeku tanpa amal. Semangat tanpa ilmu, membawa ke lembah kesesatan dan ekstrem. Dalam mendepani konteks masa, situasi dan tempat, kita memerlukan faham ilmu yang betul. Faham ilmu dapat dibentuk melalui bimbingan guru, banyak membaca, luas pengaulan dan banyak menimba pengalaman. Faham ilmu yang betul, sahih dan berhidayah akan menghasilkan akhlak dan adab kepada seseorang individu. Tanpa membuahkan akhlak dan adab, ilmu itu difahami dengan niat yang tidak betul.

Pengalaman dan pengaulan yang luas memberi nilai tambah kepada kematangan dalam membuat keputusan. Pengalaman dan pengaulan melembutkan bara dalam diri manusia ekoran daripada ketinggian ilmu dan semangat. Dalam banyak perkara, manusia mesti mengutamakan perkara yang mesti diutamakan, utamakan ukhwah, mendahulukan kestabilan politik dan pendamaian, dan berpendirian sederhana.

Polemik Negara Islam biasanya berakhir dengan perpecahan dan sengketa. Muncul dua kelompok ekstrem iaitu kelompok yang menolak konsep Negara Islam dan kelompok yang mahu mewujudkan Negara Islam secara tergesa-gesa. Kedua-dua kelompok ini terperangkap dengan ilmu dan semangat yang menutup kebenaran ilmu.

 

Peringkat-Peringkat Amal

Menubuhkan Negara Islam memerlukan kebijaksanaan agar ia tidak membawa mudarat yang lebih besar kepada rakyat dan negara. Negara Islam mesti diwujudkan secara berperingkat-peringkat. Imam Hassan al Banna mengariskan seperti dibawah:

1.      Memperbaiki diri sendiri

2.      Membentuk keluarga muslim

3.      Membentuk masyarakat muslim

4.      Membebaskan negara-negara Islam daripada kekuasaan asing

5.      Bekerja memperbaiki pemerintahan sehingga menjadi pemerintahan Islami

6.      Menegakkan kembali hubungan antarabangsa bagi umat Islam.

Sebelum wujudnya Negara Islam, orang Islam perlu memperbaiki diri dan membentuk keluarga muslim terlebih dahulu.

            Negara Islam tidak boleh diwujudkan secara tergesa-gesa dan dengan semangat semata-mata. Ia perlu dirancang dan diabsahkan oleh rakyat.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...