Akhir-akhir ini, ramai Melayu berpendidikan, Melayu Urban, anak elit Orang Melayu dan kelas pertengahan menyertai DAP. Anak-anak tokoh UMNO yang terkenal seperti anak Khir Johari dan Johan Jaafar menyertai DAP. Begitu anak tokoh PAS Pahang yang menjadi Ahli Parlimen Raub dan mantan ADUN Mentakab. Begitu anak-anak Melayu lepasan UiTM turut menyertai DAP. Apakah punca mereka menyertai DAP?
1. Bosan dan kecewa dengan pemimpin dan parti politik
Melayu-Islam-Bumiputera. Umpamanya, UMNO gagal memperjuangkan nasib Orang
Melayu. UMNO dipenuhi dengan budaya komisen, salah guna kuasa, korupsi,
kronisme dan nepotisme. Lafthefa Koya pernah membidas PKR yang mengamalkan
kronisme dan nepotisme (Utusan: 18.12.18)
2. Pencanggahan pandangan, pendekatan, strategi dan ideologi dengan
pemimpin-pemimpin dalam parti berasaskan Melayu-Islam.
3. Perubahan pemikiran ke arah lebih demokrat, meritokrasi kebaratan,
sekularisme, liberalism dan pluralism.
4. DAP lebih cekap, disiplin dan integriti.
5. Islamfobia dan tidak mahu terikat dengan Islam sebagai satu gaya hidup
Menurut
Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan dan bekas pensyarah UIA yang menyertai DAP
kerana [1] DAP sebuah parti yang efisien, prinsip meritokrasi,[1]
tiada sistem kelas dan kecewa dengan pengalaman perpolitikan Melayu-Islam.
Kekecewaan terbesar sebagai calon pilihan raya Sabak Bernam mewakili PKR dan
pemilihan PKR menyebabkan beliau melompat masuk DAP. Aziz Bari telah menjadi
ADUN Tebing Tinggi.
Sasterawan
Negara Dato Samad Said menyertai DAP disebabkan parti sekular ini lebih
mewakili rakyat Malaysia, DAP mula menunjukkan kemesraan dengan orang Melayu
dan interaksi pemimpin DAP dengan rakyat sangat baik.
Pada
pandangan Dr Mohamad Abu Bakar, mantan pensyarah UM, antara sebab orang Melayu
menyertai DAP ialah keterujaan, tawaran, pengumpulan rahsia dan menyelamatkan
masyarakat Melayu.
Dorongan
sifat keterujaan sikap 'multiculturalism' yang kononnya diperjuangkan DAP,
dilihat semakin menarik minat pelbagai kaum. Generasi baru yang berasakan
mereka tidak seharusnya ada unsur perkauman.
Kemungkinan
ada tawaran dan habuan supaya masyarakat Melayu menyertai DAP. Antara tawaran
dan habuan ialah dilantik calon pilihan raya, dipilih sebagai pimpinan DAP dan
dicalon sebagai Menteri Besar.
Anak
muda progresif dan genius hasil tarbiah PAS turut menyertai DAP. Antaranya
Sheikh Umar, ADUN Paloh Johor. Beliau asalnya anak tarbiah Madrasah Yahya
Othman dan beberapa pimpinan PAS. Kemudian bersama kelompok progresif dalam
gerakan mahasiswa dan PAS sehingga terbentuk PASma dan GHB tetapi beliau membuat
kejutan tidak menunggu untuk menyertai Parti Amanah sebaliknya terjun ke dalam
DAP. Kepantasan politik beliau boleh dibangga dan menyusup disebalik baju
seorang pimpinan DAP dan akhirnya menjadi wakil rakyat.
Masalah
ruang dan peluang dalam kepimpinan Melayu dan gerakan Islam yang sukar menukar
kepimpinan yang sedia ada. Parti Melayu dan gerakan Islam sukar membuat
perubahan ke atas kepimpinan. Akhirnya puluhan tahun sekitar pemimpin yang sama
sahaja. Mungkin ini yang menyebabkan
Sheikh Omar menyatakan “Saya memilih DAP
kerana saya melihat ada ruang untuk saya mainkan peranan ke arah perubahan di
Malaysia”. Pemimpin yang mahu perubahan dan progresif dicantas. "Bukan tidak ada figura progresif,
namun pasca muktamar lalu seolah-olah menyaksikan satu proses 'ethnic
cleansing' yang akhirnya akan membawa semula PAS 30 tahun ke belakang,".
Ruang demokrasi yang sempit dalam gerakan Islam. “DAP berjuang atas dasar sosial demokrasi. Sosial bermaksud DAP ingin
mengangkat martabat rakyat tanpa mengira latar belakang. Demokrasi bermaksud
DAP akan bergerak mengikut lunas-lunas demokrasi untuk menjayakan agenda
perjuangannya”.
Parti
Amanah Negara sendiri dianggap sebagai lujnah Melayu DAP atau boneka DAP kerana
sepanjangan pengasasannya, DAP sangat membantu kemunculan Parti Amanah.
Kelompok progresif, kelompok kecewa dan kelompok terpinggir dalam PAS menyertai
Parti Amanah. Antara kelompok kecewa ialah kelompok aktivisme PAS (Mat
Sabu-Salahudin-Mahfuz), kelompok MAYO-HUSAM-UM (termasuk para pendokong awal
Ameerah yang bermentor YB Mumtaz) dan beberapa kelompok lagi. Asasnya mereka
kecewa dan benci terhadap PAS dan pemimpinnya.
Berbalik
kepada DAP, penyertaan Dr Aziz, Sheikh Umar dan Pak Samad Said bukanlah berasas
kepada perubahan ideologi atau pemikiran tetapi ada dasar kecewa dan bosan
dengan politik tokoh dan pihak tertentu dalam perpolitikan Melayu-Islam. Sudah
tentu mereka faham ancaman bahaya Perlembagaan DAP yang sarat dengan nilai
sekularisme, ramai anggota mendokong SEPILIS dan penguasaan kelompok SEPILIS-Evegelis-ekstremis
anti Melayu dalam kepimpinan DAP.
Seteruk
mana sekalipun acuan politik pemimpin umat Islam, kita harus mendokong dengan
kesedaran, keinsafan dan doa agar Allah kurniakan hidayah kepada pemimpin umat
Islam. Kita perlu bersama dengan para pemimpin Islam yang bertaqwa dan
berakhlak serta istiqamah dengan perjuangan Islam. Korbankan keegoan dan
keuntungan diri demi kelangsungan politik umat Islam.
DAP
bukan musuh untuk diperangi tetapi musuh untuk disantuni dengan ilmu dan akhlak
terpuji. Salah DAP pada perlembagaan DAP, memperjuangkan demokrasi sosial, nilai
sekularisme, liberalisme, pluralisme dan hak asasi manusia. Salah DAP kerana
tidak memahami pandangan alam dan budaya Melayu Islam, tidak mahu memahami sensitiviti
umat Melayu-Islam-Bumiputera dan sombong dalam melakukan perubahan yang gopoh
dan tiada budi bicara. Kita boleh terus bekerjasama dengan DAP dalam situasi
tertentu walaupun pada hakikatnya kita tidak setuju perjuangan DAP.
Rumusan
penulisa dalam isu Melayu Masuk DAP ialah orang Melayu terutamanya anak muda
kecewa dan bosan dengan budaya politik Melayu dan pemimpin Melayu. Kedua, anak
muda yang tidak faham sejarah dan perlembagaan DAP. Ketiga, keterujaan dengan
kepelbagaian kaum dan demokratik DAP. Keempat, tawaran dan habuan politik.
No comments:
Post a Comment