Sampai bila isu kuil hindu dipolitikkkan sebagai isu keagamaan dan perkauman?
Tak kiralah sama ada masjid, gereja, surau, kuil, tokong atau apa sahaja bangunan, sekiranya ia dibina secara haram di atas tanah haram, ia mesti diROBOHkan. Ia BUKAN isu perkauman dan isu keagamaan kerana pokok isunya adalah ISU TANAH.
Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, yang menyebut begini:
(1) “Orang-orang yang membina dan memiliki kuil di atas tanah kerajaan secara haram adalah penceroboh. Mereka tidak mempunyai apa-apa hak di sisi undang-undang. Kerajaan berhak meroboh kuil itu bila-bila masa.”
(2) “Kerajaan perlu bertindak tegas: Semua rumah ibadat, tidak kira kuil, tokong, gurdwara, gereja, masjid dan surau atau apa juga, yang dibina tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan atau tanpa mematuhi undang-undang hendaklah diroboh, tanpa diberi tanah gantian dan/atau pampasan.”
(3) “Sesiapa yang menyokong dan menggalakkan pelanggaran undang-undang dan mengapi-apikan semangat rasis pihak yang melanggar undang-undang sambil menuduh pihak yang hendak melaksanakan undang-undang dengan sah, rasis dan tidak adil, hendaklah dibawa ke muka pengadilan.”
(Rujuk FB: Dr Kamarul Zaman Yusuf)
Tetapi cara ramai pemimpin DAP menangani isu ini bersifat rasis dan melampau kerana menyulami ia dengan isu perkauman dan keagamaan. Ramasamy dan Lim Kit Siang umpamanya menunjukkan sikap ini walaupun mereka orang berpengalaman yang tahu undang-undang dan perlembagaan.
No comments:
Post a Comment