Friday, December 18, 2020

Cabaran PH+ Bermula

 

I

Khabarnya, kenyataan bersama Mat Sabu dan Lim Guan Eng tentang gabungan besar PH+ menimbulkan kemarahan Anwar Ibrahim yang bertindak membatalkan mesyuarat Majlis Presiden PH. Cadangan DAP dan Amanah disambut baik oleh Tian Chua, Naib Presiden PKR yang pro Azmin. Tian Chua dalam Majlis Penutupan Kongres Nasional 2019 telah menyatakan, “Saya kecewa dalam meraikan ulang tahun kita pada kongres kali ini, sepatutnya terus memperkukuh agenda perjuangan dan membela rakyat, tetapi sebaliknya menjadi medan untuk mengampu, mengipas secara bergilir-gilir (untuk) Anwar sebagai PM kelapan”. Agenda mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM terlalu kuat sehingga agenda reformasi tenggelam dalam khayalan Anwar Ibrahim PM ke 8. Dalam kongres ini, kartel Azmin dilanyak habis-habisan sehingga sebahagian besar kartel bertindak menyokong TSMY dan dibersihkan daripada PKR.

 

II

Parti Amanah Nasional kelihatan berombak apabila Mazlan Aiman meletak jawatan. Presiden Amanah dan Timbalannya dilihat bersama DAP yang inginkan pembentukan gabungan besar dan tanpa UMNO. Husam Musa dan Saari Sungip dilihat mahu PH berketuakan AI dan bersedia menerima pendekatan Anwar Ibrahim.

 

Sejauh manakah Mohamad Sabu mampu menghadapi suara dalaman Parti Amanah? Kita akan melihat perang bermula dalam Parti Amanah.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...