Sunday, December 13, 2020

Anwar Ibrahim, UMNO dan 'No Anwar, No DAP'

 

Jika diikut poster dibawah, dah 20 kali Anwar Ibrahim dan PH tewas dalam pengundian Belanjawan 2021 daripada ucapan dasar dan jawatankuasa2. Adakah Anwar Ibrahim tidak malu ekoran dakwaan yang mengatakan beliau sudah cukup nombor (jumlah) ahli parlimen untuk menumbangkan PM dan Kerajaan PN.




Ia bermula pada 23 September 2020, Anwar membuat kenyataan Kerajaan PN telah tumbang kerana beliau ada SD yang cukup untik melantik beliau sebagai PM. 

Pada 13 Oktober 2020, Anwar Ibrahim mengadap YDPA dan mengemukakan jumlah sokongan tanpa nama.

Menjelang 17 Disember 2020, sekali lagi Anwar Ibrahim dikhabarkan sudah ada seramai 113 orang dimana 10 orang ahli parlimen dalam kalangan anggota parlimen UMNO-BN, GPS dan Pejuang.


II

TS Anuar Musa, SUA BN menempelak kem dalam UMNO yang cuba melobi ahli parlimen UMNO agar menyokong Anwar Ibrahim. Ini bertentangan dengan prinsip, pendirian dan keputusan mesyuarat tertinggi BN dan UMNO. Prinsip Parti (bukan sekadar pemimpin) UMNO dan BN ialah 'Tidak UMNO, Tidak DAP'.

Dalam UMNO terdapat 3 pihak utama iaitu

a. Kem cenderung kepada PN dan MN
b. Kem menolak PN dan cenderung PRU
c. Kem sokong Anwar Ibrahim dan nak selamat diri sendiri.

III


Masalah besar Anwar Ibrahim ialah NOMBOR. Nombor yang dimainkan oleh broker dan barua beliau.
Teringat ketika Langkah Kajang, ada anggota PKR dan PAS menjadi barua dan broker.

Tular berita Ketua Angkatan Muda PKR, YB Akmal Nasir  menyatakan rasa kecewa dan tidak puas hati terhadap Anwar, selepas kegagalan membuktikan dirinya mempunyai sokongan majoriti untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Akmal didesak letak jawatan.

Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR yang bersara politik menasihati Anwar Ibrahim,

'Anwar perlu pandai memilih orang di sekelilingnya yang menjadi 'penjaga tol' ke pejabatnya.'

Dengan tegas Rafizi membuat teguran,

'Saya jenis yang tidak suka bercakap benda yang sama berulang-ulang. Kalau dah nasihat itu telah diberi dan nampaknya tidak berkesan, maka biarlah Anwar tanggung sendiri risiko menyimpan jenis-jenis opportunis di keliling beliau'

Malah, otai Reformasi menegur Anwar Ibrahim,

'Sewajarnya Anwar bakar sahaja SD itu dan mula turun ke negeri untuk bertemu pimpinan setempat dan ‘move on’'

Apapun kita lihat apa yang akan berlaku menjelang 17 Disember 2020.

Anwar Ibrahim, zaman Dato Seri dah berakhir. Cukup-cukuplah...

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...