Friday, December 11, 2020

DAP-PKR-AMANAH Dan Anwar Ibrahim Nak Peluk UMNO

 

PKR, DAP dan AMANAH sanggup bekerjasama dengan para kleptorat, penyamun dan perompak negara demi kelangsungan kuasa. Anwar Ibrahim yakin mendapat nombor daripada UMNO-BN yang dimaki, dihentam dan difitnah sebagai penyamun dan perompak. Sebelum itu, Anwar Ibrahim berpeluk dengan Maha Firaun dan Maha Zalim. PAS seringkali ditohmah sebagai rakan penyamun dan perompak. Giliran mereka, pelbagai alasan berpakat dengan UMNO-BN demi  kuasa. Kenapa PAS tak boleh? Kenapa DAP, PKR dan Anwar Ibrahim boleh pula?.


Kerjasama politik atas kepentingan bersama dan kelangsungan politik adalah lumrah. Ia bukan bersifat mutlak dan kekal. Segalanya melihat kepada konteks dan situasi. Itulah yang MESTI kita faham. Kita tiada masalah DAP dan Anwar Ibrahim nak peluk Tun M atau UMNO-BN. Sudah itu kerjasama dan penyatuan ummah itu perkara baik. Tetapi jangan giliran PAS atau orang lain, kamu hina, buat fitnah dan buat tohmahan tak bertebing.



Dalam politik, kelangsungan politik itu penting. Gerakan Islam mesti mengutamakan kelangsungan kuasa politik Islam-Melayu dalam apa jua situasi walaupun terpaksa berpakat dengan pihak bertentangan termasuk pihak SEPILIS dengan syarat :

1.  Bersepakat dalam perkara dipersetujui bersama dan menghormati perbezaan. Mencari titik persamaan dalam perbezaan.

2. Bersepakat demi kepentingan Islam, rakyat dan negara. 

3. Mengutamakan yang paling penting walaupun kelihatan kerugian, nampak bodoh dan memerlukan pengorbanan

4. Menerima mudarat kecil daripada mudarat lebih besar

5. Tidak bersetuju dan tidak menghalalkan segala dosa, kezaliman, kemaksiatan, kemungkaran, kesalahan dan kesilapan peribadi seseorang individu. Menyerah kes-kes peribadi kepada mahkamah dunia dan mahkamah akhirat untuk diputuskan hukuman bukannya diputuskan hukuman oleh rakyat, netizen atau di jalan raya.

6. Menolak sikap dan pendirian melampau yang ada dalam semua parti walaupun parti sahabat.


Contohnya, PAS bekerjsama dengan UMNO-BN atas dasar permuafakatan demi kelangsungan politik Islam-Melayu bukannya PAS bersetuju dengan pendirian parti dan menghalalkan kesalahan, penyelewengan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin UBN. Kesilapan dan kesalahan kita maafkan tanpa melepaskan mereka daripada hukuman undang-undang. Kesalahan UBN diserahkan kepada mahkamah dunia dan mahkamah akhirat. PAS memilih mudarat lebih kecil berbanding mudarat lebih besar dalam situasi dan konteks politik pada hari ini.


Konteks dan situasi politik hari ini ialah ANCAMAN TERHADAP KESTABILAN POLITIK DOMINASI ISLAM-MELAYU-BUMIPUTERA (IMB). UMNO layak kalah atas segala kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpinnya tetapi perbalahan politik yang kurang cerdik dalam kalangan pemimpin Melayu-Islam menyebabkan dominasi kaum majoriti (IMB) tergugat. Dalam keadaan sekarang pemimpin IMB perlu bersatu dan bersepakat demi kelangsungan politik negara. Tanpa politik dominasi IMB, kestabilan politik negara ini akan terjejas.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...